You are on page 1of 45

BAB 10

DASAR-DASAR KERAJAAN
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
• 1. Memahami pengertian dasar-dasar
kerajaan.
• 2. Menerangkan matlamat dan
perkembangan dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan.
• 3. Menjelaskan kepentingan dasar-dasar
kerajaan.
10.1 PENGENALAN

• Selepas merdeka sehingga kini pelbagai dasar


yang telah dibentuk oleh kerajaan
– Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

• Menerangkan tentang definisi dan kepentingan


dasar.
– Latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan
selepas merdeka - antaranya matlamat dan strategi
pelaksanaannya.
10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar

• Dasar/polisi ialah suatu garis panduan


pentadbiran/pegangan mengenai sesuatu idea/gagasan
yang tersusun rapi.
• Merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman demi
mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah
negara yang gemilang dan maju.
• Mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian
terhadap keberkesanannya.
• Menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk
mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.
• Mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di
dalam masyarakat.
10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN

• Sejak merdeka kerajaan telah menggubal


pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk
mencapai perpaduan negara bagi mengatasi
masalah ketidakseimbangan ekonomi yang
timbul akibat daripada dasar penjajahan British.
• Apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun
1969, kerajaan telah mengambil langkah menilai
semula dan memperbaharui strategi-strategi
tertentu untuk mengatasi masalah
ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.
10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka

• Penjajahan Inggeris telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap


perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan
kaum.

• Dari perspektif ekonomi, Inggeris


– Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi yang liberal dan
menjalankan dasar pecah dan perintah.
– Rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha mengeksploitasi
sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah
pertanian.
– Dasar ekonomi ekstraktif - beri keutamaan kepada perlombongan
dan pembukaan ladang-ladang getah
– Memberi galakan terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan
kepakaran dari Eropah di samping membawa masuk buruh-buruh Cina
dan India secara besar-besaran di negara ini.
• Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan
– kaum bumiputera yang tinggal di luar bandar terus
tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum
imigran yang tinggal di bandar-bandar dan terlibat
dalam sektor ekonomi moden.
– Kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian
dan perikanan tradisional dengan daya pengeluaran
yang rendah.
– Perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem
ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis.
– Golongan pemerintah tradisional bumiputera
kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan kuasa
politik mereka pindah ke tangan Inggeris.
– Kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada
keuntungan dan secara tidak langsung
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik.
– Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan
yang mempunyai sumber-sumber kekayaan
terutama sekali di sebelah barat Semenanjung.
– Wujud suasana dual economy.
• Ekonomi moden di Pantai Barat Semenanjung dengan
ladang, lombong dan aktiviti perdagangan.
• Ekonomi secukup hidup tradisional di kawasan luar
bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.
10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka

• Selepas merdeka, kerajaan


– Memulakan usaha merancang dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun.
– Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai
masalah sosio ekonomi dan politik .
– Membangunkan negara agar hasilnya boleh
dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak
kira keturunan atau kaum.
– Merancang rancangan-rancangan pembangunan lima
tahun untuk dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat.
• 1. 1956-1960 Rancangan Malaya Pertama.
• 2. 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua.
• 3. 1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama.
• 4. 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua.
• 5. 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga.
• 6. 1980-1985 Rancangan Malaysia Keempat.
• 7. 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima.
• 8. 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam.
• 9. 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh.
• 10. 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan.
• 11. 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan.
• Rancangan ini menentukan
– Projek-projek yang perlu dijalankan, soal pembiayaan,
dalam dan luar negeri
– Keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas
pembangunan yang perlu dijalankan.
• Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah
menumpukan perhatian kepada pembinaan
infrastruktur.
• Rancangan Malaysia Pertama
– menitikberatkan pertumbuhan ekonomi
– pembangunan negara secara menyeluruh.
– Skim-skim luar bandar dengan rancangan pembukaan
tanah secara besar-besaran.
• Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di
luar bandar dapat dipertingkatkan.
– Mendedahkan kelemahan strategi dan penentuan
andaian
• Wujud kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak
seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara
kita.
• Mengancam keselamatan dan perpaduan negara
dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.

– Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan


menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara
kaum.
• mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara
kaum adalah terlalu besar.
• Penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi semata-
mata tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya
masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara
kaum.
• Pembangunan yang tidak mengambilkira dengan
secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan
yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan
sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang
menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah
pertumbuhan.
• Pembangunan negara seharusnya mempunyai
matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan,
perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang
adil.
10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

• Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh tahun (1971 –


1990)
• Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud
di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.
• Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
• Strategi serampang dua mata, iaitu
– (i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan
dan kaum.
– (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum -
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• Menggugat kestabilan negara sekiranya
kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu
kaum sahaja.
• Bancian tahun 1970
– 49.3% keluarga menerima pendapatan di bawah garis
kemiskinan.
– 86% daripada keluarga miskin ini berada di kawasan
luar bandar,
– 14% lagi di kawasan bandar.
– Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang
Melayu - penanam padi, pekebun kecil getah dan
kelapa dan nelayan.
• Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan
merangkumi:

– (i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor


– (ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,
antara kawasan dan antara wilayah.
– (iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan
menambahkan kemudahan semua golongan miskin melalui
peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
– (iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah
produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan.
– (v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-
lain.
– (vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi
kaum.
– (vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan
perdagangan bumiputera.
– (viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.
• Penyusunan semula dalam pembahagian
tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan,
pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
pengangkutan dan perhubungan, pemilikan
harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
pelbagai kaum.
• Menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan
ekonomi negara akan melambangkan
komposisi kepentingan kaum dengan kadar
40:30:30 - bumiputera 30%, bukan
bumiputera 40%, pelabur luar negara 30%.
• Antara strategi pentingnya ialah
• (i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka
mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.
• (ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank
Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional
bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang
perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi
yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA
dan lain-lain.
• (iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya
supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum
menjelang tahun 1990.
• (iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan
kawasan luar bandar.
• (v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan
modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
• Bagi menjayakan matlamat pembangunan ekonomi negara,
pelbagai dasar diwujudkan antaranya seperti Dasar Perindustrian
Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar
Persyarikatan, Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara dan
Dasar Kependudukan.

• Dasar Pembangunan Negara (DPN) selepas tamat DEB


– Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) - 1991-2000.
– Berlandaskan Wawasan 2020 - negara maju menjelang tahun 2020.
– Tumpuan DPN - kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya.
– Tambahan dimensi - pembangunan sumber manusia, menjadikan
sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan ekologi.
– Matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan
pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.
10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)

• Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada


Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
• Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang
merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik.
• Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari
perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi
menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah.

• Pada zaman British,


– Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan
matlamat yang tetap,
– Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak-kehendak
kumpulan etnik.
– Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di
antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris,
sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama.
– Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah
• Selepas merdeka,
– Memberikan perhatian utama terhadap bidang
pendidikan dalam membangunkan negara.
– Untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
– Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan
dan sebagainya.
• Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa
laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke
arah satu sistem pelajaran kebangsaan.

• 10.4.1 Penyata Barnes 1950

• Laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.


Barnes, telah mencadangkan
– (i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan
dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh
guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan.
– (ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-
beza mengikut kaum.
– (iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar
utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama
enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada
semua murid.

• Jawatankuasa berhasrat untuk mengadakan sebuah


sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris
sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara
kaum di Tanah Melayu.
• Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling
komprehensif dan berpengaruh sekali pernah
diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak
berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat
negara ini keseluruhannya.
10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951

• Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan Dr. Wu
Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan
pelaksanaan sekolah Cina.

• Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan pada


asasnya:
– (i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa
Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar dan persediaan buku-buku teks.
– (ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan,
sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah
berorientasikan Tanah Melayu.
• Meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan
menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan,
bahasa pengantar Melayu danbahasa
pengantar Inggeris.
• Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam
sistem pelajaran kebangsaan.
• Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan
kemelesetan ekonomi.
10.4.3 Penyata Razak 1956

• Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa telah


dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.
• Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan
mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar
pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak.
• Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi
teras pembangunan pendidikan, iaitu
– (i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran.
– (ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat
yang bersatu padu.
• Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan
negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin
kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini.
• Penyata Razak telah menyatakan:
– Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun
perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

• Menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan


sistem pendidikan di negara kita.
• Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan - untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan.
• Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.
• 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan
sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan
Razak.
– Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum
di Tanah Melayu.
– Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada
ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.
– Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat
sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan
kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina.
• Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu telah
mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah
menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai
Penyata Rahman Talib.
10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960)

• Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu


– (i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun;
– (ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga
tingkatan tiga;
– (iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah;
– (iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan
– (v) Pengalihan bahasa pengantar.

• Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah


dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak
dan patut diteruskan.
• Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta
Pelajaran 1961.
• Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman
Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan
perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat
– satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat
berbilang kaum.
• Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis
gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama,
bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya.
• 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk
mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan.
– Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras dengan
keperluan semasa dalam memenuhi keperluan tenaga kerja
untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan
dan perpaduan negara.
• Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan
pada tahun 1979.
• Beberapa perubahan telah dibuat bagi
memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan
selaras dengan keperluan pembangunan negara.
– (i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
yang utama.
– (ii) Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
– (iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua.
– (iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
– (v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
– (vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama
sembilan tahun.
– (vii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang
dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara
adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
– (viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira.
– (ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan
vokasional.
– (x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti, terutamanya dalam bidang
sastera gunaan dan sains gunaan.
– (xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral
dan disiplin.
– (xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di
sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain
seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
– (xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang
dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet
tentera, polis, pengakap dan bomba.
• DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang
terlatih di samping mendirikan sekolah-sekolah
selaras dengan pertambahan kanak-kanak.
– Bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran
secara keseluruhannya
10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

• Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan


mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.
• Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan
negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan
perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.

– (i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua


komuniti.
– (ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang
mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan.
– (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga
cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada
unsur-unsur lain.
• Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga
prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan
kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.

• (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu
merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian
kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak
berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan
teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
• (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan
mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik
sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara
berterusan.
Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang
sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian
ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat,
serta Islam sebagai agama rasmi negara.
• (iii) Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai
dengan perkembangan sejarah negara ini
yang menerima kedatangan Islam sejak 600
tahun yang lampau dan menjadi agama
anutan sebahagian besar umat di rantau ini.
Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam
dijadikan unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
• Pada asasnya, pembentukan kebudayaan
kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:
– (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui kebudayaan.
– (ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang lahir dari kebudayaan
kebangsaan.
– (iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan aspek pembangunan sosio
ekonomi.
• Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-
strategi berikut:
– (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan
kebangsaan melalui usahasama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya;
– (ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,
mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya
sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
– (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
– (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
– (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
10.6 WAWASAN 2020

• Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir


Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja
bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis
pelancaran Malaysian Business Council.
– Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali
sebagai “Wawasan 2020”.
• Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan suatu
tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan
politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat
kepada negara.
• Menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi
oleh rakyat Malaysia,
– (i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu
mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok
etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
“Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
– (ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh
dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan
keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan
cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan.
Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat
mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala
kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati
pula oleh bangsa lain.
– (iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah
masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan
sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul,
berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh
dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
– (iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi
oleh budi pekerti yang luhur.
– (v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang
bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia,
tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya,
bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing,
tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
– (vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta
progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi
kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
– (vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem
kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
– (viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan
negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya
dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak
akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi
berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada
kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
– (ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi
yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.
• Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama
yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf
negara maju.

– (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini


tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit.
Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah
tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara,
keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.
– (ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara
pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara
maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses
perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga
perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
– (iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih
bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada
falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa
nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan
berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
• (iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan
semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti
pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di
antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara
bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat
Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang
diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan
usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam
masyarakat.
• (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini
bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada
keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti
masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi
iaitu melalui institusi keluarga.
10.7 KESIMPULAN

• Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-


nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa.
• Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan
sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk
pimpinan dari semasa ke semasa.
• Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal
khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB
sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan
negara.
• Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan
2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
• Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal.
Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan
dengan perubahan masa.

You might also like