You are on page 1of 5

Kaum Negrito terbahagi kepada 6 suku, iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

Kensiu

Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan.
Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada
kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri
Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong.

Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik,
bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca
pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama
Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang.

Kintak

Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan.
Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada
kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang
berjumlah 112 orang

Lanoh

Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu
Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini
Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar
setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359
orang.
Jahai

Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil
berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di
kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan
pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.

Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman
dan Aeta di Filipina.

Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat
yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka
membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka
berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan
kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.

Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan
daripada agensi kerajaan.

Mendriq

Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak
kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq
sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding
dengan masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14
keluarga yang berjumlah 82 orang.

Bateq

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan
Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk
mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi
kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah
cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di
daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah
kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu
terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.

Senoi

Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan
Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut,
Semoq Beri, Semai dan Temiar

Temiar

Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini
dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah
perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak
membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga
kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang
akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara
bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah
beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga
masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam,
berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

Semai

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak
Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat
lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka
hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang
diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang,
bomoh dan ketua adat.
Semoq Beri

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang
Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan.
Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq
Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai
735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan
daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri
Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga
seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284
orang.

Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh
mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala
Krau – Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai
Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di
samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung
dan ubi.

Mah Meri

Mah Meri bermakna \”Orang Hutan\” sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut
\”bersisik\”. Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan
laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka,
walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai
negeri Selangor kerana lari dari musuh. Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari
segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

Che Wong
Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu
Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini
Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka
agar setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah
Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga
seramai 417 orang.

Melayu proto

Semelai

Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay).
Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera,
Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan
seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak
bezanya dengan Orang Melayu.

You might also like