You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengacara majlis,

Yang Berusaha, Pn Norzida Binti Ab Muin, Pengetua SMK Bandar Tasik Puteri
Yang Dihormati, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, semua
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Pada sepanjang minggu yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang, di mana
kemuncak kejohanan telah berlangsung pada hari Sabtu yang lalu, dan telah menyaksikan satu acara
yang cukup meriah, dengan pertandingan perbarisan antara rumah-rumah sukan, pertandingan
perbarisan antara badan-badan beruniform, dan pertandingan sukan Olahraga antara rumah-rumah
sukan. Tahniah kepada yang menang, dan cuba lagi kepada yang kurang berjaya.

Apa yang telah kita jalankan pada minggu lepas itu, merupakan sebahagian daripada aktiviti
kokurikulum yang telah berlangsung. Perlu dingatkan sekali lagi bahawa penglibatan murid di dalam
aktiviti kokurikulum merupakan sesuatu yang wajib kepada semua murid. Murid wajib mendaftar
menjadi ahli kepada 3 unit, iaitu Sukan atau Permainan, Kelab atau Persatuan, dan salah satu badan
beruniform. Sekiranya di kalangan murid tidak melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum, maka pihak
sekolah berhak untuk memberi hukuman,. Contohnya..mengenakan demerit.

Setiap penglibatan dan pencapaian murid di dalam aktiviti kokurikulum pula akan diberi markah.
Pelaporan markah kokurikulum tersebut akan direkodkan di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK). Sejak akhir-akhir ini, PAJSK telah menjadi penting kerana markah PAJSK
akan diambil kira sebagai syarat utama di dalam permohonan ke mana-mana institusi pendidikan bagi
mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

Di atas kepentingan inilah, maka unit kokurikulum telah mengambil inisiatif bagi memberi kesedaran
kepada semua bahawa penglibatan dan pencapaian murid-murid di dalam apa jua aktiviti kokurikulum
perlu direkodkan dan dimaklum serta didokumenkan. Oleh sebab itu, sebentar lagi kita akan membuat
pelancaran satu program yang dinamakan WARNA-WARNI SLIPKU. Tujuan utama program ini adalah
untuk memberi peluang kepada semua murid untuk meningkatkan kehadiran, meningkatkan
penglibatan, dan meningkatkan pencapaian murid di dalam aktiviti kokurikulum yang telah dirancang
sama ada di peringkat sekolah, daerah, seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Semoga usaha murni yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil yang cemerlang dan seterusnya
menaikkan nama sekolah kita dengan kejayaan demi kejayaan.

Sekian, terima kasih.

You might also like