You are on page 1of 194

Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu

MPU3313
Kesihatan dan Kesejahteraan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU3313
KESIHATAN DAN
KESEJAHTERAAN
Prof Dr Sha’ari Abd. Hamid
Prof Madya Raijah Rahim
Rames Prasath Mahatam Rai
Rosnida Abu Bakar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Raijah A Rahim
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Dr Sha’ari Abd. Hamid


Prof Madya Raijah Rahim
Rames Prasath Mahatam Rai
Rosnida Abu Bakar
Open University Malaysia

Penyederhana: Prof Dr Faridah Hashim


Open University Malaysia

Penterjemah: Norsiah Rahmat


University Malaya

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2016


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2016, MPU3313
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ixăxiv

Topik 1 Konsep Kesihatan dan Kesejahteraan 1


1.1 Pengertian Kesihatan 3
1.2 Pengertian Kesejahteraan 5
1.3 Ciri-ciri Gaya Hidup Sihat 6
1.3.1 Tanggungjawab Peribadi untuk Kesihatan dan 9
Kesejahteraan
1.4 Pengaruh ke Atas Kesihatan dan Kesejahteraan 13
1.4.1 Faktor Penggalak 14
1.4.2 Faktor Pengukuh 16
1.4.3 Halangan kepada Kesejahteraan 17
1.4.4 Pengaruh Gaya Hidup 18
1.5 Manfaat Gaya Hidup Kesihatan dan Kesejahteraan yang 19
Komprehensif
1.5.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau 20
Jantung dan Saluran Darah
1.5.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan 20
Ketahanan Otot
1.5.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri 21
dan Harga Diri
1.5.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan 21
dalam Kehidupan
1.5.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal 22
1.5.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat 22
Penyakit
1.6 Kesimpulan 22
Rumusan 24
Kata Kunci 25
Rujukan 26

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 2 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan I 27


2.1 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan 28
2.2 Dimensi Fizikal 32
2.2.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kecergasan 34
Fizikal?
2.2.2 Membangunkan Program Kecergasan 35
Kardiorespiratori
2.3 Dimensi Emosi 38
2.3.1 Kestabilan Emosi 39
2.3.2 Konsep Kendiri 39
2.4 Dimensi Spiritual 41
2.5 Dimensi Intelektual 44
Rumusan 47
Kata Kunci 48
Rujukan 48

Topik 3 Dimensi Kesihatan dan Kesejahteraan II 49


3.1 Dimensi Sosial 50
3.2 Dimensi Pekerjaan 56
3.3 Dimensi Persekitaran 60
3.4 Dimensi Kewangan 65
3.4.1 Dorongan yang Membawa kepada Pewujudan 66
Program Kesejahteraan Kewangan
3.4.2 Kesejahteraan Kewangan di Tempat Kerja 67
Rumusan 68
Kata Kunci 69
Rujukan 69

Topik 4 Memahami Pemakanan dan Diet 71


4.1 Komponen Diet yang Sihat 73
4.1.1 Protein 74
4.1.2 Karbohidrat 75
4.1.3 Lemak 77
4.1.4 Vitamin 80
4.1.5 Mineral 82
4.1.6 Air 83
4.1.7 Cabaran Pemakanan untuk Kumpulan Khas 84
4.2 Diet yang Sihat Berbanding Diet Terapeutik 86
4.2.1 Diet yang Sihat 86
4.2.2 Diet Terapeutik 89
Rumusan 94
Kata Kunci 95
Rujukan 95

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Mengekalkan Berat Badan 97


5.1 Konsep Asas Pengurusan Berat Badan 98
5.1.1 Indeks Jisim Tubuh (BMI ă Body Mass Index) 99
5.1.2 Komposisi Tubuh 101
5.2 Obesiti 103
5.3 Gangguan Pemakanan 106
5.3.1 Anoreksia Nervosa 107
5.3.2 Bulimia Nervosa 109
5.4 Teknik Pengurusan Berat Badan 111
Rumusan 114
Kata Kunci 115
Rujukan 116

Topik 6 Pencegahan Penyakit 117


6.1 Kepentingan Pencegahan Penyakit 118
6.2 Penyakit Kardiovaskular 120
6.2.1 Memahami Jantung 121
6.2.2 Faktor Risiko yang Menyebabkan Penyakit Jantung 122
Koronari (CHD)
6.2.3 Keseriusan Penyakit Jantung Koronari 123
6.2.4 Tanda dan Gejala Penyakit Jantung Koronari 123
6.2.5 Mencegah Penyakit Jantung Koronari 124
6.3 Memahami Kanser 125
6.3.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kanser? 126
6.3.2 Jenis Kanser yang Biasa 127
6.3.3 Faktor Risiko Kanser 128
6.3.4 Tanda dan Gejala Kanser 129
6.3.5 Strategi Pencegahan Kanser 129
6.4 Memahami Diabetes Melitus 131
6.4.1 Penyebab Diabetes Melitus 132
6.4.2 Klasifikasi Diabetes Melitus 133
6.4.3 Faktor Risiko Diabetes Melitus 134
6.4.4 Pencegahan Diabetes Melitus 134
6.5 Osteoporosis 135
6.5.1 Faktor Risiko Osteoporosis 136
6.5.2 Strategi untuk Osteoporosis 137

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.6 Penyakit Buah Pinggang 137


6.6.1 Penyebab yang Biasa bagi Penyakit Buah Pinggang 139
6.6.2 Tanda dan Gejala Penyakit Buah Pinggang 140
6.6.3 Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang 140
6.6.4 Pencegahan Penyakit Buah Pinggang 141
Rumusan 145
Kata Kunci 147
Rujukan 148

Topik 7 Kesihatan dan Kesejahteraan Kewangan 149


7.1 Kesihatan dan Kesejahteraan Kewangan 150
7.1.1 Kepentingan Kesejahteraan Kewangan dalam 152
Konteks Kesihatan Keseluruhan Seseorang
7.2 Cabaran Kesejahteraan Kewangan 155
7.2.1 Cabaran Ekonomi 156
7.2.2 Cabaran Lain 157
7.2.3 Faktor Penyumbang kepada Kelewatan Kedewasaan 159
7.3 Elemen Kesejahteraan Kewangan 165
7.4 Kecergasan Kewangan 170
Rumusan 173
Kata Kunci 174
Rujukan 175

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3133 Kesihatan dan Kesejahteraan ialah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan
selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ialah kursus wajib bagi semua pelajar OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan konsep kesihatan dan kesejahteraan;

2. Membincangkan lapan dimensi kesihatan dan kesejahteraan;

3. Merancang diet mengikut keperluan pemakanan;

4. Mengesyorkan pengurusan berat badan yang ideal;

5. Memilih strategi untuk mencegah penyakit lazim; dan

6. Merumuskan apa yang dimaksudkan dengan kesejahteraan kewangan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada tujuh topik. Sinopsis bagi setiap topik disenaraikan
seperti yang berikut:

Topik 1 memperkenalkan pelajar kepada konsep asas kesihatan dan


kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup sihat dan tanggungjawab peribadi untuk
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai pelajar, anda akan
berpeluang untuk merancang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
peribadi berdasarkan skor individu untuk gaya hidup sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 2 menumpukan kepada empat dimensi pertama bagi kesihatan dan


kesejahteraan, iaitu fizikal, emosi, spiritual dan intelektual. Dalam topik ini,
pelajar akan didedahkan kepada contoh aktiviti fizikal yang menyumbang
kepada kesejahteraan fizikal. Diharapkan pelajaran ini akan membantu anda
dalam merancang strategi untuk kesejahteraan emosi, mencapai sokongan
spiritual serta mengetahui kepentingan dimensi intelektual bagi kesihatan dan
kesejahteraan.

Topik 3 menekankan empat dimensi lain bagi kesihatan dan kesejahteraan, iaitu
sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan. Ia juga menerangkan beberapa
strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial. Dengan ini diharapkan anda
dapat mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan
dan tanggungjawab peribadi anda untuk menggalakkan kesedaran terhadap
alam sekitar. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, pemahaman asas
mengenai perihal pengurusan kewangan peribadi juga dinyatakan dalam topik
ini.

Topik 4 menjelaskan komponen diet yang sihat dan keperluan pemakanan khas
untuk individu dalam kumpulan khas. Topik ini juga membincangkan cabaran
yang dihadapi oleh kumpulan khas tertentu dalam memenuhi diet terapeutik.
Diharapkan dengan mempelajari topik ini, anda akan dapat merancang diet
berdasarkan keperluan peribadi.

Topik 5 membincangkan konsep pengurusan berat badan yang berkaitan dengan


indeks jisim tubuh (BMI ă body mass index). Anda akan dapat mengaitkan
dengan keadaan obesiti, anoreksia nervosa dan bulimia adalah akibat daripada
gangguan pemakanan. Pada akhir topik ini, diharapkan anda dapat
mencadangkan teknik untuk pengurusan berat badan yang ideal.

Topik 6 mengetengahkan kepentingan pencegahan penyakit dan menggalakkan


kesihatan dan kesejahteraan. Seterusnya, terdapat perbincangan mengenai
penyakit tidak berjangkit yang biasa dikaitkan dengan pilihan gaya hidup.
Diharapkan dengan mempelajari topik ini, anda akan dapat mengaplikasikan
pengetahuan dalam merancang pendekatan pencegahan penyakit jantung
koronari, kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang. Di
samping itu anda boleh mereka bentuk pelan peribadi anda sendiri untuk
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda berdasarkan risiko diabetes dan
osteoporosis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 7 memfokuskan kepada kesihatan dan kesejahteraan kewangan. Topik ini


dimulakan dengan perbincangan tentang kesihatan dan kesejahteraan kewangan
diikuti oleh cabaran yang dihadapi oleh golongan belia dalam mencari
kesejahteraan kewangan. Kemudian, anda akan diperkenalkan kepada elemen
kesejahteraan kewangan. Akhir sekali, anda akan mempelajari kecergasan
kewangan. Diharapkan pada akhir topik ini, anda akan dapat membentuk pelan
kecergasan kewangan anda sendiri berdasarkan pengetahuan yang diberi dalam
topik ini dan topik lain.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and
fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth.

Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA:
Jones & Bartlett.

Hoeger, W. K., & Hoeger S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness:
A personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston,
MA: McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Ismawati, S., Zainalabidin, M., & Golnaz, R. (2014). Healthy eating: The
preventive factors among Malaysians. Journal of Economics, Business and
Management, 2(4), 257261.

National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health


Malaysia. (2010). Malaysian dietary guidelines. Dicapai dari http://dg.
cnsoc.org/upload/affix/20140818104029708.pdf

Payne, W. A., Hahn D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health
(Ed. ke-8). Boston, MA: McGraw-Hill.

Pruss-Ustun, A., & Corvalan, C. (2006). Preventing disease through health


environment: Towards an estimate of the environmental burden of disease.
Geneva, Switzerland: WHO Press.

Whitney, E. N., & Rolfes, S. R. (2002). Understanding nutrition (Ed. ke-9).


Victoria, Australia: Wadsworth Thomson Learning.

Williams, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health,
fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Konsep
1 Kesihatan dan
Kesejahteraan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan antara kesihatan dengan kesejahteraan;
2. Menghuraikan ciri gaya hidup sihat;
3. Mengenal pasti tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan bagi individu;
4. Mengenal pasti faktor yang mencirikan keadaan kesihatan dan
kesejahteraan individu; dan
5. Merumuskan manfaat bagi gaya hidup yang mengamalkan kesihatan
dan kesejahteraan yang menyeluruh.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan pembelajaran modul ini dengan melihat pada konsep yang
mungkin biasa bagi anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Rajah 1.1: Ucapan yang biasa disampaikan pada hari jadi

Bagaimanakah anda rasa apabila seseorang menyampaikan ucapan mesra seperti


yang digambarkan dalam Rajah 1.1? Apakah jenis mesej dan perasaan yang
diungkapkan apabila kita mengucapkan sesuatu kepada seseorang? Kami pasti
anda akan bersetuju bahawa mesej tersebut membayangkan harapan untuk
kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan yang melimpah-ruah. Ucapan
sebegini mewujudkan rasa gembira dan meningkatkan interaksi sosial
terutamanya pada majlis keraian seperti hari kelepasan, hari jadi, majlis
perkahwinan dan perayaan lain. Beramah mesra yang disampaikan melalui
ucapan menjangkaui jantina, ekonomi, status, kaum, agama, budaya dan usia.
Renungkan masa ketika anda sendiri menyampaikan ucapan kepada seseorang
dan begitu juga sebaliknya, anda mesti merasa gembira apabila ucapan tersebut
dibalas. Ungkapan secara sedar atau tidak sedar ini menggambarkan nilai yang
kita sematkan untuk mendapatkan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran
bagi diri kita sendiri serta orang yang kita sayangi.

Mengambil kira perkara itu, hasrat yang diungkapkan dengan ucapan


terutamanya adalah untuk menyampaikan kebaikan dengan cara yang mesra.
Ucapan tersebut diakui sebagai salah satu elemen penting untuk perasaan
sebenar bagi kepuasan dan kesejahteraan dalam kehidupan seseorang.
Kandungan hasrat yang baik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga
elemen ă dalam kes ini, kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran yang
diharapkan dikurniakan kepada penerimanya. Konteks sesuatu ucapan adalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  3

menyampaikan harapan untuk keadaan fikiran yang menyeronokkan yang


dimanifestasikan dalam bentuk perasaan kegembiraan dari segi psikologi, bebas
daripada kelemahan fizikal dan pengumpulan kekayaan dalam bentuk
kebendaan yang menandakan kemakmuran.

Rumusan penting yang dapat disimpulkan daripada perbincangan tadi adalah


kesejahteraan seseorang itu bergantung pada gabungan faktor. Oleh itu,
kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran ialah elemen gabungan yang diingini
untuk rasa kesejahteraan. Sukar untuk berasa gembira jika seseorang itu tidak
sihat. Begitu juga, seseorang mungkin tidak dapat menikmati kemakmuran jika
dia tidak gembira atau kurang sihat untuk menikmatinya.

Dalam subtopik berikut, anda akan memperoleh penjelasan lanjut mengenai


konsep kesihatan dan kesejahteraan sebagai komponen penting dalam
kesejahteraan. Di samping itu, kandungan subtopik ini juga akan meliputi ciri-
ciri gaya hidup yang sihat, tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, faktor yang menyifatkan keadaan
kesihatan dan kesejahteraan individu dan manfaat gaya hidup kesihatan dan
kesejahteraan yang menyeluruh. Kami berharap anda akan menyukai topik
pertama ini dan memperoleh banyak pengetahuan mengenai kesihatan dan
kesejahteraan. Mari kita mendalami lagi pelajaran ini!

1.1 PENGERTIAN KESIHATAN


Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan melihat pada maksud kesihatan.
Kemudian pada subtopik seterusnya, kita akan melihat pada konsep
kesejahteraan. Diharapkan pada akhir kedua-dua subtopik ini, anda akan dapat
membezakan antara kesihatan dengan kesejahteraan.

Bagaimanakah anda mentakrifkan kesihatan? Seperti yang anda mungkin sudah


ketahui, terdapat individu yang mungkin tidak mempunyai idea sebenar
mengenai maksud „kesihatan‰, walaupun masing-masing boleh
mengungkapkannya dengan cara yang unik dan tersendiri. Walau bagaimanapun,
sesetengah orang memahami maksud kesihatan tetapi tidak dapat menyatakan
konsep tersebut dengan jelas. Mari kita lihat definisi formal bagi kesihatan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO  World Health Organization).

Kesihatan ditakrifkan sebagai keadaan yang kesihatan fizikal, kesihatan


mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap, dan bukan hanya tanpa
penyakit dan lemah.
WHO (2003)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Seperti yang anda boleh simpulkan daripada definisi oleh WHO, keadaan sihat
merangkumi lingkungan pelbagai faktor dan ia bukan sahaja bebas daripada
penyakit.

Sejak definisi ini ditetapkan oleh WHO, terdapat penerangan tambahan untuk
membantu menjelaskan lagi kesihatan sebagai konsep dalam beberapa dimensi.
Pada masa ini, ramai orang menghuraikan kesihatan sebagai dimensi pelbagai
konsep yang merangkumi aspek yang berlainan dalam kehidupan peribadi.
Sebagai contoh, Donatelle, Snow dan Wilcox (1999) menganggap konsep
kesihatan sebagai keseimbangan antara dimensi sosial, fizikal, psikologi,
intelektual, alam sekitar dan spiritual seseorang.

Hari ini, kesihatan dianggap sebagai konsep yang dinamik dan sentiasa berubah
serta sangat bergantung pada pilihan peribadi. Ini menunjukkan bahawa
seseorang itu boleh mempengaruhi kesihatannya sama ada positif atau negatif
melalui pilihan gaya hidup yang disukainya. Sebaliknya, terdapat individu pada
hari ini yang masih terus bergelut antara memilih untuk menurutkan nafsu
dengan tabiat negatif atau mengekalkan gaya hidup yang sihat. Komponen
kesihatan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.

AKTIVITI 1.1

1. Berdasarkan definisi „kesihatan‰ oleh WHO (2003), kenal pasti


status setiap ciri kesihatan berikut dalam kehidupan peribadi
anda sendiri:
(a) Kesihatan fizikal
(b) Kesihatan mental
(c) Kesejahteraan sosial

2. Cari sebarang perbezaan utama antara definisi WHO dengan


sumber lain mengenai maksud kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  5

1.2 PENGERTIAN KESEJAHTERAAN


Sekarang mari kita meneruskan pelajaran dengan memberi tumpuan pada
kesejahteraan. Sejak beberapa tahun, penemuan baharu dan inovasi teknologi
telah meningkatkan literasi dan pemahaman mengenai nilai penting dalam
aspek pencegahan dan penggalakan pemuliharaan kesihatan.

Oleh itu, jangkaan daripada hanya untuk menjadi sihat kepada aspirasi untuk
kualiti hidup yang lebih tinggi turut meningkat. Orang ramai tidak lagi
menganggap bahawa menjadi sihat dan bebas penyakit bermakna budaya
„menelan pil‰. Sebaliknya, mereka berharap untuk menjadi lebih kuat dan cergas
serta berusaha dalam aktiviti sukan dan rekreasi fizikal sebagai jaminan kepada
keadaan kesihatan yang unggul.

Dari segi sejarah, konsep „kesejahteraan‰mula diperkenalkan pada awal tahun


1970-an untuk menggambarkan cubaan individu untuk menambah keadaan
kesihatan yang sedia ada. Dunn (1977) pertama kali menggunakan perkataan
kesejahteraan untuk menandakan proses aktif yang seseorang mula menyedari
dan membuat pilihan peribadi secara sedar untuk mencapai keadaan yang lebih
sihat dalam semua dimensi penting dalam kehidupan mereka.

Edlin dan Golanty (2010) pula merumuskan dengan lebih lanjut konsep
kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka
bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang
optimum. Ia boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi
ke arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada
ketiadaan penyakit sahaja.

Berdasarkan penjelasan terdahulu, diharapkan anda menyedari sedikit


perbezaan antara kesejahteraan dan kesihatan. Ringkasnya, kesihatan adalah
keadaan sihat sejahtera pada masa tertentu berdasarkan keupayaan seseorang
individu untuk melaksanakan aktiviti asas dalam kehidupan harian.
Kesejahteraan sebaliknya ialah proses aktif yang seseorang itu menyedari
batasan peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk mendapat lebih
kebebasan daripada kekangan terhadap kepuasannya untuk berjaya.

Adakah anda bersedia untuk subtopik seterusnya? Kita akan meneroka ciri
penting yang mencerminkan gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan dalam
subtopik berikutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

SEMAK KENDIRI 1.1

Berikan perbezaan antara kesihatan dengan kesejahteraan.

AKTIVITI 1.2

Renungkan keadaan kesihatan anda sendiri dan jawab soalan berikut:

(a) Apakah perkara-perkara yang anda bimbangkan tentang isu


kesihatan peribadi?

(b) Tuliskan beberapa contoh aktiviti yang mungkin anda lakukan


untuk meningkatkan kesejahteraan peribadi anda.

(c) Bandingkan jawapan anda bagi soalan-soalan tadi dengan rakan-


rakan sekuliah anda.

1.3 CIRI-CIRI GAYA HIDUP SIHAT


Selepas membaca subtopik ini, kami berharap anda akan dapat menghuraikan
ciri-ciri gaya hidup yang sihat.

Sekarang anda telah mempunyai pemahaman asas mengenai konsep kesihatan


dan kesejahteraan. Oleh itu, mari kita pertimbangkan pula ciri-ciri individu yang
sihat. Sebelum kita teruskan, fikirkan tentang jenis kehidupan yang anda lalui
sekarang dan apakah penambahbaikan yang anda harapkan untuk diri sendiri
pada masa hadapan. Berkemungkinan anda akan memilih menjadi sihat
walafiat, mempunyai lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian dan bebas
untuk mengejar impian anda selagi jangka hayat yang diberi Tuhan
membenarkannya.

Mengapakah kita perlu memilih gaya hidup yang sihat? Gaya hidup yang sihat
menawarkan pilihan tingkah laku hidup yang memaksimumkan keadaan
kesejahteraan, pengurangan risiko terhadap penyakit dan kematian awal.

Pilihan untuk menjalani gaya hidup yang sihat boleh dipengaruhi oleh pelbagai
faktor peribadi dan pengaruh luaran. Contoh faktor peribadi berkisar pada
motivasi dalaman ke luaran, nilai peribadi, etika dan pengaruh budaya,
kepercayaan agama serta takut pada penyakit yang mengancam nyawa.
Sebaliknya, pengaruh luar yang mempengaruhi pilihan gaya hidup termasuklah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  7

faktor alam sekitar, politik dan sosioekonomi. Ciri-ciri gaya hidup sihat akan
ditentukan oleh kesan tindak balas seseorang dalam membuat pilihan terhadap
tabiat peribadi dan pengaruh luaran yang akan membentuk status kesihatannya.

Apakah yang boleh seseorang lakukan untuk mengamalkan gaya hidup yang
sihat? Pilihan segera mungkin didorong oleh tahap lokus kawalan dalaman atau
luaran seseorang berdasarkan keinginan untuk berubah. Seseorang dengan lokus
kawalan dalaman yang teguh akan mendapat inspirasi daripada hasrat peribadi
untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, tanpa mengira sekuat mana pun
halangannya. Sebaliknya, seseorang dengan perasaan lokus kawalan luaran
mahu meninjau nilai ganjaran luaran atau pengesahan daripada sumber luaran
dahulu sebagai alasan untuk melakukan perubahan.

Kadangkala, pujukan daripada sumber luaran untuk bertindak mungkin


kelihatan remeh atau tidak difahami dengan jelas. Contohnya, pemikiran tentang
kesejahteraan yang idealistik selepas melihat seorang model yang kita kagumi
atau membaca satu rencana mengenai strategi kesihatan dan kesejahteraan. Pada
masa lain, keinginan boleh menjadi lebih kuat seperti memberi komitmen yang
tinggi untuk mengubah amalan pemakanan kerana kecewa melihat bacaan berat
badan pada penimbang. Walau apa pun motifnya, merapatkan jurang antara
aspirasi dan pencapaian memerlukan komitmen yang tinggi dan pelaksanaannya
secara beransur-ansur perlulah konsisten ke arah matlamat yang diingini.

Manusia amat dipengaruhi oleh faktor sosial. Kebanyakan motif dan dorongan
nafsu kita dipacu oleh pengaruh luar. Kita ingin kelihatan bagus dan berasa
gembira terutamanya dalam lingkungan sosial. Ia sifat manusia biasa yang
sentiasa peka mengenai imej badan. Namun seseorang yang telah meluangkan
masa dan usaha untuk mengekalkan tahap kesejahteraan yang tinggi akan
menonjolkan keyakinan diri dan tidak mudah merasa terganggu oleh pandangan
negatif orang lain.

Sifat sesuatu hubungan yang dijalin dengan orang lain serta penghargaan dan
toleransi terhadap kepelbagaian ialah faktor penting untuk meningkatkan
keadaan kesejahteraan. Boleh menerima jenaka dan mempunyai minda terbuka
membantu untuk menyekat perkara negatif dan menggalakkan fikiran positif
dalam individu. Tingkah laku kesejahteraan tersebut menyumbang kepada
perkembangan kesedaran positif yang boleh mengurangkan tekanan dan
mempunyai pengaruh penting ke atas kesihatan dan kesejahteraan seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Berdasarkan perbincangan tadi, kita dapat melihat bahawa pilihan gaya hidup
boleh dipengaruhi oleh pelbagai keadaan yang terdiri daripada faktor peribadi
kepada pengaruh luaran. Walau apa pun ciri-ciri sesuatu pengaruh, akhirnya,
terpulang pada individu tersebut untuk bertindak.

Yang berikut ialah beberapa garis panduan yang mencirikan pilihan gaya hidup
yang sihat:

(a) Makan diet yang seimbang dan berkhasiat;

(b) Mengekalkan berat badan ideal;

(c) Kerap bersenam;

(d) Mampu mengawal tekanan;

(e) Mampu menguruskan emosi yang berlebihan;

(f) Rehat dan tidur yang mencukupi;

(g) Mengekalkan keseimbangan yang baik antara pekerjaan dan aktiviti sosial;

(h) Melibatkan diri dalam penyuburan spiritual atau ibadah menurut


kepercayaan seseorang;

(i) Mengelak daripada merokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah rekreasi;

(j) Menjalani pemeriksaan saringan kesihatan yang kerap untuk pengesanan


awal ancaman kesihatan;

(k) Mengutamakan keselamatan diri;

(l) Melakukan usaha untuk peningkatan diri yang berterusan;

(m) Mengekalkan pandangan yang optimistik dan positif terhadap kehidupan;


dan

(n) Menjadi pengamal yang aktif untuk persekitaran yang sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  9

AKTIVITI 1.3
Renungkan keadaan kesihatan anda sekarang. Seterusnya lakukan
perkara berikut:

(a) Senaraikan faktor sebanyak mungkin yang telah mempengaruhi


status kesihatan anda sekarang.

(b) Tuliskan „senarai hasrat‰ (wish list) peribadi yang boleh


meningkatkan lagi keadaan kesihatan anda sekarang.

1.3.1 Tanggungjawab Peribadi untuk Kesihatan dan


Kesejahteraan
Mari kita meneruskan pelajaran. Dengan ini diharapkan anda akan dapat
mengenal pasti tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan
kesihatan dan kesejahteraan individu melalui subtopik ini.

Perspektif utilitarian kesihatan dan kesejahteraan akan bersetuju dengan andaian


bahawa orang ramai harus bertanggungjawab secara peribadi untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebagai alternatif, tunduk pada sentimen
buruk seperti pemikiran negatif, berlengah-lengah dan perasaan „kasihan pada
diri sendiri‰ hanya akan mengurangkan keadaan kesejahteraan.

Dalam subtopik seterusnya, kita akan mengkaji beberapa ciri yang memberi
impak terhadap tanggungjawab peribadi individu untuk kesihatan dan
kesejahteraannya. Apakah ciri tersebut? Mari kita lihat Rajah 1.2 untuk
mengetahui jawapannya.

Rajah 1.2: Tiga sifat tanggungjawab peribadi untuk mencapai


dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan dalam individu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Sekarang mari kita lihat ketiga-tiga sifat ini dengan lebih lanjut.

(a) Tanggungjawab Peribadi untuk Mengambil Tindakan


Individu yang berusaha untuk mengekalkan kesihatan optimum selalunya
dapat membezakan antara faktor risiko yang boleh diubah suai dengan
faktor risiko yang tidak boleh diubah suai yang boleh mempengaruhi
status kesihatan mereka. Apakah yang dirujuk oleh faktor ini? Mari kita
lihat Jadual 1.1 untuk mendapatkan jawapannya.

Jadual 1.1: Faktor Risiko yang Boleh Diubah Suai


Berbanding Faktor Risiko yang Tidak Boleh Diubah Suai

Faktor Risiko yang Faktor Risiko yang Tidak


Boleh Diubah Suai Boleh Diubah Suai

Merujuk kepada faktor dalam kawalan Merujuk kepada faktor yang bukan dalam
individu yang seseorang boleh mengambil kawalan individu seperti peningkatan
tindakan untuk mengurangkan atau pendedahan kepada penyakit tertentu
mengelakkan risiko kejadian buruk kerana jantina atau akibat peningkatan
daripada berlaku seperti memilih untuk usia.
menahan diri daripada merokok.

Kesedaran terhadap faktor risiko yang boleh dan tidak boleh diubah suai
akan dapat membantu seseorang untuk menyesuaikan aktiviti fizikal.
Aktiviti ini perlu padan dengan keupayaan peribadi dan batasan mereka
apabila membuat pilihan secara sedar untuk memperbaiki keadaan
kesejahteraan mereka. Melalui maklumat yang betul, mereka boleh
memberi komitmen peribadi yang tinggi untuk mengubah suai gaya hidup
mereka dan mengelakkan tingkah laku negatif yang akan menghalang
usaha mereka untuk kesihatan yang optimum.

Terdapat beberapa garis panduan untuk meningkatkan corak tingkah laku


boleh diubah suai seperti yang berikut:

(i) Melibatkan diri dalam senaman fizikal yang kerap dan berkesan;

(ii) Tidak merokok atau terlibat dalam dadah rekreasi atau alkohol;

(iii) Makan makanan yang berkhasiat;

(iv) Mencapai keseimbangan yang baik antara kerja, peribadi, keluarga


dan kehidupan sosial;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  11

(v) Menghindari daripada mengalami tekanan yang berlebihan; dan

(vi) Penyokong bagi polisi dan program berorientasikan kesihatan dalam


keluarga dan masyarakat.

(b) Mengambil Berat terhadap Orang Lain


Elemen sosial mempunyai potensi yang kuat untuk mempengaruhi pilihan
kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Individu yang mementingkan
orang lain (people-centered) cenderung untuk menikmati rasa
kesejahteraan yang lebih berbanding dengan orang yang menyendiri dari
segi sosial (social recluses). Individu pertama tadi menghasilkan aura
hubungan sosial dan mempunyai kecenderungan untuk lebih selesa dalam
menyesuaikan diri pada perubahan situasi serta kekal komited kepada
matlamat kesejahteraan mereka. Golongan ini juga menjadi model ikutan
(role model) yang baik kepada orang lain yang mungkin ingin mengambil
bahagian dalam aktiviti berorientasikan kesejahteraan tetapi malu untuk
berbuat sedemikian.

Individu yang baik menunjukkan sikap keprihatinan melalui kata-kata dan


tindakan yang mencerminkan rasa hormat dan mengambil berat terhadap
orang lain di sekeliling mereka. Selain itu, mereka cenderung untuk tidak
menjadi pengkritik dan tidak memberikan nilai mereka sendiri dengan
mengadili orang lain. Mereka mungkin akan lebih menyedari kelainan
sosial dalam isu kesihatan dalam kalangan orang lain di sekeliling mereka.
Mereka bertindak berdasarkan tanggungjawab sosial untuk menyesuaikan
diri dengan individu yang berfikiran serupa dan bermatlamat sama.

(c) Kesedaran terhadap Kesihatan dan Membuat Keputusan yang Baik


Walaupun psikologi dianggap mempunyai pengaruh ke atas fisiologi,
pencapaian tahap kesejahteraan yang tinggi tidak berlaku dalam sekelip
mata dengan hanya berharap atau dengan menjadi positif mengenainya.
Sesetengah orang yang ingin menjadi cergas dengan segera, mencari
„laluan pintas‰ (shortcuts) melalui kaedah formula komersial „jalan
pantas‰ (fast-track) yang selalu diuar-uarkan di pasaran. Kekecewaan
bagaimanapun akan berlaku selepas beberapa ketika apabila gembar-
gembur yang dijanjikan pudar dan mereka menyedari kebenaran tentang
pepatah „kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya‰ (no
pain, no gain) untuk mendapat manfaat daripada senaman dan kecergasan
fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Individu yang berjaya mengekalkan keadaan kesejahteraan dalam sesuatu


tempoh masa ialah orang yang secara sedar memilih untuk mengasingkan
masa dan tenaga yang khusus untuk aktiviti yang membolehkan
kesejahteraan dicapai mengikut kemampuannya.

Perbezaan antara kegagalan dengan kejayaan dalam program mengekalkan


kesejahteraan (terutamanya untuk jangka panjang) adalah kesedaran yang
baik bagi keupayaan dan batasan peribadi. Pilihan maklumat berdasarkan
fakta untuk menyokong proses membuat keputusan membantu
mengekalkan minat dan ketahanan dalam aktiviti kecergasan dalam satu
tempoh yang lebih lama.

Kejayaan mana-mana program terutamanya pelan kecergasan adalah


untuk mereka bentuk kursus peribadi yang sesuai dengan keperluan
individu tersebut dan mengambil kira keadaan semasa tahap kesihatan dan
kecergasannya. Untuk kejayaan pelaksanaan program kesejahteraan yang
berkesan, seseorang perlu mempunyai keinginan mendesak untuk berubah
atau menyesuaikan gaya hidup semasa untuk pilihan yang lebih sihat,
yang dirancang dengan baik dan sepadan dengan individu tersebut.

Untuk orang yang baru bermula, langkah persediaan yang baik adalah
mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang betul dan menyelesaikan apa-
apa isu lain supaya program yang dipilih akan dapat memberikan intensiti
yang betul dan bermanfaat dari segi fisiologi. Biasanya pakar kesihatan dan
kesejahteraan dapat memberi nasihat kepada orang yang baru bermula
dengan pelan yang betul berdasarkan sumber yang ada dan juga keadaan
kesihatan semasa mereka.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, individu perlu mengumpul


maklumat yang sesuai dengan membaca penulisan mengenai
kesejahteraan. Selain itu, perundingan dengan pengamal kesihatan dan
kesejahteraan juga penting bagi membuat keputusan berdasarkan
maklumat untuk program kecergasan peribadi. Petua ini akan membantu
anda untuk membuat keputusan mengenai rutin senaman dan kaedah
pemulihan yang berkaitan, pengubahsuaian pemakanan, keadaan
kesihatan semasa dan sasaran untuk mencapai kesejahteraan dalam jangka
pendek dan jangka panjang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  13

AKTIVITI 1.4

1. Senaraikan lima contoh setiap faktor risiko yang boleh diubah


suai dan tidak boleh diubah suai yang boleh mempengaruhi
kesejahteraan seseorang.

2. Kenal pasti dua contoh fikiran negatif. Bincangkan bagaimana ia


boleh memberi impak kepada kesejahteraan am seseorang.

3. Bincangkan berdasarkan dua contoh, bagaimana tingkah laku


yang mementingkan diri sendiri dan suka menghukum boleh
memberi impak kepada kesejahteraan am seseorang.

4. Syorkan strategi umum yang akan menggalakkan lebih ramai


remaja mengambil bahagian dalam aktiviti kesihatan dan
kesejahteraan.

1.4 PENGARUH KE ATAS KESIHATAN DAN


KESEJAHTERAAN
Sekarang kita sampai pada subtopik baharu yang melihat pada pengaruh ke atas
kesihatan dan kesejahteraan. Diharapkan apabila selesai subtopik ini, anda akan
dapat mengenali faktor yang mencirikan keadaan kesihatan dan kesejahteraan
individu.

Jelas sekali, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk


mendapatkan kecergasan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kebanyakan
orang yang konsisten dalam usaha mereka untuk mengekalkan kesihatan,
berbuat demikian dengan kepercayaan teguh untuk meraih pelbagai manfaat
fizikal, psikologi dan sosial untuk diri mereka sendiri. Kemudian, terdapat
pengamal kecergasan yang menjalankan aktiviti kecergasan selepas mendapat
inspirasi daripada model peranan (role model) yang menawan. Masih terdapat
individu yang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan semata-mata untuk
membentuk tubuh mereka bagi menarik perhatian terhadap diri mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Perlu diingat bahawa motif yang mempunyai kesedaran realistik adalah perlu
untuk mengekalkan keseimbangan yang rasional antara jangkaan manfaat
daripada mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kecergasan dan risiko
yang berkaitan dengan kesejahteraan diri. Di samping itu, mengambil bahagian
dalam program kesejahteraan tidak semestinya melindungi seseorang daripada
risiko penyakit dan tidak diberi kekebalan yang berkekalan terhadap semua
penyakit utama. Cuma, kemungkinan untuk mendapat penyakit adalah sangat
sedikit berbanding mereka yang mengabaikan terus kesemua aktiviti gaya hidup
yang sihat.

Dalam subtopik berikut, kita akan mengambil kira faktor tertentu yang
menyebabkan orang menjadi mudah terdedah kepada penyakit, tanpa
mengambil kira status kecergasan mereka.

1.4.1 Faktor Penggalak


Apakah yang dimaksudkan dengan faktor penggalak?

Faktor penggalak (pradispos factors) ialah ciri-ciri pada seseorang yang


mendorong tingkah laku ke arah tabiat atau perbuatan tertentu.

Terdapat lebih daripada 7 bilion orang di planet ini pada hari ini. Walaupun kita
unik dengan cara tersendiri, kita juga sama dengan yang lain. Semua manusia
mempunyai keperluan fisiologi yang sama, namun terdapat beberapa keunikan
sosiobudaya dan individu dalam kalangan kita.

Terdapat pepatah popular mengatakan kita merupakan hasil daripada masa lalu.
Ciri-ciri unik kita terdapat dalam pelbagai cara yang dipengaruhi oleh faktor
genetik yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Ahli keluarga yang ada
pertalian darah terutamanya adalah terdedah kepada penyakit tertentu yang
diwarisi secara genetik. Sering kali ahli keluarga terdekat yang mempunyai
penyakit kronik mewariskan kecenderungan genetik mereka kepada keturunan
mereka. Ciri-ciri genetik boleh membawa risiko penyakit kronik seperti diabetes,
darah tinggi, penyakit mental dan gangguan darah yang serius, misalnya,
hemofilia dan talasemia.

Berita baik adalah walaupun seseorang mungkin mempunyai kecenderungan


genetik terhadap beberapa jenis penyakit kronik, mengikuti program kesihatan
dan kesejahteraan menyeluruh yang direka bentuk dengan baik boleh
mengurangkan risiko atau melewatkan bermulanya keadaan tersebut. Walaupun
anda mungkin tidak dapat mengelak kecenderungan genetik anda untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  15

penyakit tertentu, anda masih boleh membuat perubahan terhadap gaya hidup
untuk mengurangkan peluang mendapat keadaan tersebut. Contohnya, jika
seseorang itu mempunyai sejarah keluarga diabetes, ia adalah langkah yang bijak
untuk seseorang itu bermula awal dalam hidupnya untuk membuat perubahan
gaya hidup yang sesuai sebagai strategi pencegahan bagi mengurangkan risiko
diabetes pada kemudian hari.

Selain daripada faktor genetik, secara semula jadi umumnya, tindak balas emosi
seseorang dalam menangani kehidupan harian mereka juga mempunyai
pengaruh besar ke atas hasil kesihatan dan kesejahteraan. Biasanya, orang yang
sihat mempunyai daya tahan emosi yang lebih dan berupaya untuk kembali
pulih dengan mudah selepas kejadian trauma emosi.

Selain daripada pembawaan ini, keadaan sosial dan alam sekitar juga ialah faktor
penggalak penting yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan. Sifat dan
kualiti perhubungan interpersonal boleh mempengaruhi seseorang untuk
berfikiran positif, penyayang dan menyesuaikan diri dengan baik. Namun, jika
sebaliknya, ia boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam aktiviti yang tidak
sihat dan berisiko seperti keganasan, amalan heteroseksual, merokok dan
alkohol serta penyalahgunaan dadah. Patuh kepada mentaliti secara
berkelompok dan tekanan daripada rakan sebaya ialah beberapa contoh
pengaruh sosial yang membentuk tindakan seseorang. Ia dipercayai bahawa
kanak-kanak yang ibu bapanya ketagihan alkohol, mempunyai risiko yang lebih
untuk turut ketagihan alkohol. Namun jika persekitaran sosial mereka diubah
kepada menjadi lebih sihat dan positif, risiko itu boleh dineutralkan dengan
mudah.

Satu lagi faktor penggalak yang amat mempengaruhi pilihan kesihatan dan
kesejahteraan ialah nilai, sikap dan kepercayaan yang diterapkan dalam diri
seseorang dari awal zaman kanak-kanak. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang
mementingkan kesihatan lebih cenderung untuk memilih aktiviti sihat sebagai
kegiatan rekreasi semula jadi mereka. Sebagai alternatif, kanak-kanak yang
dibesarkan dalam keluarga yang adik-beradiknya mengalami obesiti dan
mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif, akan lebih
cenderung untuk mengekalkan amalan buruk ini apabila dewasa.

AKTIVITI 1.5

Kenal pasti halangan yang anda mungkin hadapi sendiri dalam


mengikuti pelan tetap kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.4.2 Faktor Pengukuh


Sekarang kita akan mengkaji peranan faktor pengukuh yang mempengaruhi
kesihatan dan kesejahteraan. Adakah anda mempunyai sebarang idea apakah
maksudnya?

Faktor pengukuh untuk kesihatan dan kesejahteraan ialah elemen yang


membantu untuk mempromosikan dan menggalakkan tingkah laku
terhadap pilihan kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan seseorang.

Faktor pengukuh dianggap sebagai berlawanan dengan faktor penggalak kerana


sifatnya memberi daya dorongan tambahan untuk meningkatkan peluang bagi
ciri-ciri tertentu terjadi dengan mudah. Biasanya, galakan untuk bersungguh-
sungguh dengan program kesihatan dan kesejahteraan banyak dipengaruhi oleh
faktor pengukuh. Contohnya, memaparkan gambar ngeri mangsa kanser pada
kotak rokok akan membantu untuk mengukuhkan daya menahan diri daripada
merokok.

Beberapa faktor pengukuh mungkin disebabkan oleh motif luaran atau dalaman
kerana ia boleh dikaitkan dengan pelbagai sebab peribadi untuk meneruskan
program kesejahteraan. Contoh pemacu luaran mungkin kerana mahu kelihatan
dan berasa menarik di mata rakan atau orang tersayang, kepada mematuhi
kumpulan sosial tertentu yang memberi sokongan pada kepentingan kesihatan
dan kesejahteraan.

Begitu juga, orang yang merasa ganjaran dalaman didorong oleh komitmen
peribadi untuk mengekalkan kesihatan mereka. Sebagai contoh, mari kita lihat
pelari maraton (lihat Rajah 1.3). Apakah yang mendorong mereka untuk
meneruskan larian mereka?

Rajah 1.3: Pelari maraton mengalami runnerÊs high (pelari berasa keseronokan)
disebabkan oleh pelepasan endorfin dalam badan mereka selepas
berlari jarak jauh ă ini mendorong mereka untuk menamatkan larian mereka
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  17

AKTIVITI 1.6

Kenal pasti sekurang-kurangnya lima potensi manfaat yang boleh


mendorong orang dewasa untuk mengikuti program kesihatan dan
kesejahteraan dengan kerap.

1.4.3 Halangan kepada Kesejahteraan


Adakah anda bersetuju bahawa kadangkala ia adalah amat sukar untuk
membuat perubahan berkekalan kepada tabiat dan tingkah laku? Mengapakah
sesetengah orang yang berjaya mengekalkan program latihan untuk jangka masa
lama manakala yang lain cenderung untuk menyerah kalah selepas cubaan yang
singkat? Bagaimanakah dengan anda? Dalam kategori manakah anda tergolong?

Terdapat banyak nilai ketara dan halangan yang menghalang penggunaan


tingkah laku gaya hidup sihat. Sebagai contoh, faktor ekonomi boleh menjadi
penghalang utama untuk seseorang walaupun dia sangat bersemangat ke arah
gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan sebagai cara hidup. Seseorang dengan
pendapatan sederhana akan mendapati ia mencabar untuk kerap menghabiskan
wang untuk program kecergasan yang mahal atau perlu membeli pakaian khas
untuk senaman.

Bagi sesetengah orang, aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dianggap sebagai


pilihan kedua (sekunder) berbanding dengan keperluan fisiologi dan
keselamatan. Di samping itu, ciri-ciri pekerjaan dan jadual kerja juga
mempengaruhi kesinambungan rutin kesihatan dan kesejahteraan. Ramai orang
yang bekerja syif secara bergilir mendapati sukar untuk mengikuti program
senaman yang kerap, terutamanya disebabkan oleh gangguan ritma sirkadian
(circadian rhythm) mereka.

Selain itu, kawasan bandar telah dikenal pasti sebagai satu lagi faktor utama
yang memberi impak kepada penyertaan dalam rutin kesihatan dan
kesejahteraan. Kesesakan, pencemaran dan kekurangan langkah keselamatan
ialah ciri-ciri utama yang banyak terdapat di kawasan bandar yang tidak
menggalakkan aktiviti kecergasan. Taman permainan dan taman rekreasi adalah
terhad kerana premium yang semakin meningkat pada ruang tanah.
Kemunculan gimnasium dan kelab kecergasan komersial memang menyediakan
suasana yang kondusif untuk kecergasan, namun tempat eksklusif ini lebih
bersifat komersil dan menawarkan perkhidmatan untuk orang yang
berkemampuan sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

AKTIVITI 1.7

Bincangkan strategi-strategi yang boleh digunakan oleh pekerja syif


untuk mengikuti program kesihatan dan kesejahteraan secara tetap.

1.4.4 Pengaruh Gaya Hidup


Setakat ini, kita telah mempertimbangkan beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi perubahan tingkah laku positif untuk inisiatif kesihatan dan
kesejahteraan. Dalam subtopik ini, mari kita mengkaji kesan pilihan gaya hidup
peribadi yang menggalakkan tindakan atau melambatkan penyertaan dalam
meningkatkan keadaan keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan seseorang.

Secara umumnya, pilihan yang dibuat seseorang mempunyai impak yang besar
ke atas kualiti dan panjang usia kehidupan mereka. Contohnya, keputusan
untuk menurutkan hati dalam bentuk tingkah laku berisiko yang boleh
mengakibatkan kemudaratan walaupun dalam menjalankan aktiviti kesihatan
dan kesejahteraan. Pilihan aktiviti fizikal yang tidak sesuai dan menurutkan hati
dalam bentuk rekreasi yang ekstrem meningkatkan peluang kesan sampingan
dan kemalangan yang mengejutkan.

Risiko lain atau kesan yang tidak diingini dalam sukan termasuklah dadah
untuk meningkatkan prestasi atau untuk rekreasi, merokok dan alkohol. Di
samping itu, perubahan mendadak dalam tahap kecergasan seseorang yang
beralih daripada gaya hidup yang tidak aktif kepada melakukan aktiviti fizikal
yang mencabar, obesiti, terlibat dalam aktiviti seksual berisiko tinggi tanpa
langkah keselamatan, permusuhan berlebihan dalam pertandingan, keagresifan
tidak terkawal dan penyesuaian kurang baik terhadap tekanan juga boleh
meningkatkan risiko kejadian berbahaya.

Terdapat sesetengah orang yang mempunyai pemikiran berdelusi percaya


bahawa mereka adalah kebal kepada kesan kesihatan yang negatif yang
diakibatkan daripada tingkah laku berisiko mereka. Malangnya, kebanyakan
mereka ialah orang yang kemungkinan akan ditimpa maut secara tiba-tiba pada
suatu hari nanti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  19

AKTIVITI 1.8

1. Bincangkan kesan-kesan merokok yang menjejaskan kesihatan


dan kesejahteraan.

2. Adakah anda bersetuju dengan ungkapan bahawa „kesihatan


adalah kekayaan‰ (health is wealth)? Bincangkan pendapat anda
dengan pelajar lain.

1.5 MANFAAT GAYA HIDUP KESIHATAN DAN


KESEJAHTERAAN YANG KOMPREHENSIF
Apakah manfaat daripada gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang
menyeluruh? Apakah yang boleh anda dapat daripada gaya hidup ini? Setiap
dimensi aktiviti kesejahteraan menyumbang kepada set perubahan badan untuk
faedah kesihatan keseluruhan seseorang. Kebanyakan gaya hidup positif yang
dipilih seseorang pada hari ini akan menghasilkan faedah kesihatan jangka
pendek serta menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan individu dan
masyarakat.

Misalnya, kecergasan fizikal yang disebabkan oleh senaman dan amalan


pemakanan yang betul akan menambah baik kecergasan kardiovaskular dan
membolehkan seseorang untuk terlibat dalam sukan berpasukan bersama rakan.
Malah, ini akan meningkatkan rasa muhibah dan kemesraan dalam lingkaran
sosial mereka dan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan harga
diri dalam kalangan ahli kumpulan. Jika anda menjadikannya sebagai rutin,
kitaran ini akan menyebabkan tahap penyesuaian fizikal peribadi yang lebih
tinggi selari dengan peningkatan kecergasan kardiovaskular dan meningkatkan
paras tenaga. Tindakan anda juga akan membantu untuk mengekalkan budaya
sihat dalam kalangan rakan dan keluarga anda. Usaha ini akan membawa ke
arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan bahagia.

Terdapat senarai manfaat yang banyak yang seseorang boleh memperolehnya


dengan mengekalkan kesejahteraan pada tahap tinggi. Sebahagian daripada
manfaat ini disenaraikan dalam Rajah 1.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Rajah 1.4: Enam manfaat gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh

Enam manfaat tersebut diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik


berikutnya.

1.5.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau


Jantung dan Saluran Darah
Bolehkah anda menerangkan fungsi jantung? Prinsip fungsi jantung adalah
mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk membolehkan oksigen
sampai ke badan dan mengeluarkan bahan buangan daripada sel. Oleh itu,
sistem kardiovaskular yang lebih baik akan mengekalkan fungsi ini dengan
mudah sepanjang umur hidup seseorang dan membolehkan individu untuk
berfungsi dengan tekanan yang minimum.

1.5.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti


dan Ketahanan Otot
Apakah kelebihan bagi tonus otot yang baik? Otot yang baik memberikan bentuk
pada badan serta keupayaan untuk anggota badan bergerak dan bertindak untuk
menjalankan aktiviti harian. Oleh itu, peningkatan kekuatan otot menyokong
aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup individu. Seseorang
yang sihat fizikal selalunya membuat pilihan yang baik dalam kehidupan serta
menikmati fleksibiliti dan ketahanan terhadap tekanan dan keletihan. Sistem
muskuloskeletal yang terbentuk dengan baik juga melindungi badan daripada
kecederaan akibat regangan dan terseliuh. Tulang dan sendi menyokong
pergerakan badan, memberi ketangkasan dan kekuatan serta melindungi tubuh
daripada kecederaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  21

1.5.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan


Kendiri dan Harga Diri
Orang yang mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kesihatan dilihat
mempamerkan harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang
diri mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa berasa dirinya baik

Perasaan kebaikan dan keyakinan diri seperti itu boleh memberi impak positif
terhadap perkara lain dalam kehidupan seseorang dan juga orang lain di
sekelilingnya.

1.5.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan


Pandangan dalam Kehidupan
Seseorang yang sihat adalah lebih berkemungkinan untuk mempunyai
pandangan positif terhadap kehidupan dan dapat mengawal tekanan dan
mengubah persepsi yang membawa kepada tekanan yang tidak perlu.

Di samping itu, seseorang itu juga mempunyai potensi untuk pulih dengan cepat
daripada peristiwa yang penuh tekanan dan mampu berfikir dengan jelas
mengenai pilihan untuk menghadapi tekanan. Orang yang ada keyakinan diri
biasanya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan dan melihat
perkara itu sebagai peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.5.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal


Tahukah anda bahawa hubungan interpersonal yang berjaya sering memerlukan
dinamik sosial yang kompleks? Ini termasuklah pelbagai jenis kesejahteraan
fizikal dan psikologi yang terdapat dalam individu. Faktor dalaman „rasa baik‰
adalah ramuan penting bagi seseorang untuk berusaha memaksimumkan daya
tarikan sosialnya.

1.5.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat


Penyakit
Tahukah anda bahawa tahap kecergasan fizikal menyokong sistem imun
berfungsi dengan baik? Sistem imun kita boleh melindungi badan kita daripada
penyakit berjangkit. Malah, pengurangan bagi tahap tekanan dan rehat yang
mencukupi, tabiat pemakanan yang baik dan senaman meningkatkan kecergasan
kardiovaskular dan fungsi badan yang optimum yang boleh melambatkan
permulaan serangan penyakit kronik. Segala bentuk perlindungan membantu
untuk melindungi tubuh daripada kematian awal dan menggalakkan pemulihan
sepenuhnya dengan cepat daripada penyakit.

SEMAK KENDIRI 1.2

Huraikan manfaat gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang


komprehensif.

1.6 KESIMPULAN
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan topik pertama. Dengan ini diharapkan
anda telah memahami konsep asas bagi individu untuk menjalankan
tanggungjawab peribadi terhadap kesihatan dan kesejahteraan dirinya. Topik
seterusnya akan dikembangkan dengan lebih lanjut mengenai konsep
kesejahteraan dan memberikan anda pandangan yang holistik mengenai lapan
dimensi kesejahteraan, iaitu dimensi emosi, persekitaran, kewangan, intelektual,
pekerjaan, fizikal, sosial dan spiritual.

Dengan ini diharapkan pemahaman yang diperoleh daripada membaca modul


ini akan memperkayakan intelektual anda dan pada masa yang sama,
memperkasakan anda ke arah kesejahteraan peribadi. Semoga berjaya!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  23

AKTIVITI 1.9

1. Lengkapkan soal selidik sejarah kesihatan peribadi ini:

Sejarah Kesihatan Peribadi

1. Mempunyai mana-mana ahli keluarga (ibu, bapa, adik-beradik)


yang mengalami penyakit koronari atau aterosklerosis sebelum
umur 55?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
2. Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai diabetes?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
3. Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai osteoporosis?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
4. Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai kanser?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
5. Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai tekanan darah
tinggi?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
6. Adakah mana-mana ahli keluarga anda mempunyai kolesterol yang
tinggi?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
7. Adakah jumlah kolesterol anda  20mg/dl?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
8. Adakah tekanan darah anda  140/90mmHg?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
9. Adakah anda menjalani pemeriksaan kesihatan perubatan setahun
sekali?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tetap ă 2
10. Adakah anda obesiti (>20 lb atau 9kg lebih berat daripada purata)?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak tahu ă 2
11. Adakah anda merokok?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak setiap hari ă 2
12. Adakah anda menilai diri anda sebagai seorang yang tidak aktif
secara fizikal?
Ya ă 1 Tidak ă 3 Tidak pasti ă 2

Pemarkahan untuk menilai risiko untuk mendapat penyakit kronik:


 20 Risiko tinggi
21 ă 29 Risiko sederhana
 30 Risiko rendah

Sumber: Diadaptasi daripada Donatelle, Snow & Wilcox (1999)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

2. Berdasarkan tahap skor anda, sediakan satu pelan tindakan untuk


aktiviti gaya hidup sihat bagi diri andai. Bentangkan pelan anda di
dalam kelas dan bandingkan pelan anda dengan orang lain untuk
mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pendekatan
aktiviti dan keutamaan untuk kesejahteraan.

3. Ada yang mengatakan bahawa dengan meluangkan masa dalam 20


hingga 30 minit untuk bersenam secara tetap dalam seminggu
secara prospektif boleh menghalang 20 tahun atau lebih daripada
menjadi terlantar di atas katil semasa usia tua. Merujuk kepada
kenyataan ini, berikan beberapa contoh daripada pengalaman hidup
anda sendiri untuk menyokong atau menafikan kenyataan tersebut.

 Berdasarkan definisi oleh WHO (2003), kesihatan adalah keadaan yang


kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap;
bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. Kesihatan juga boleh difahami
sebagai keadaan kesejahteraan hasil keseimbangan yang baik antara dimensi
emosi, persekitaran, kewangan, intelektual, pekerjaan, fizikal, sosial dan
spiritual seseorang.

 Kesejahteraan ialah proses aktif yang seseorang mula menyedari batasan


peribadi terhadap kesihatan dan membuat pilihan secara sedar untuk
mendapat lebih kebebasan daripada kekangan kepada kepuasan seseorang
untuk menikmati kebahagiaan dan kejayaannya.

 Beberapa ciri gaya hidup yang sihat bagi individu termasuklah makan diet
yang seimbang dan berkhasiat, mengekalkan berat badan yang baik, kerap
bersenam, dapat mengawal tekanan, rehat dan tidur yang mencukupi,
mengekalkan keseimbangan yang baik antara kerja dan aktiviti sosial, dapat
mengurus emosi yang berlebihan, menjadi penyokong aktif untuk bagi
persekitaran yang sihat dan lain-lain.

 Tanggungjawab peribadi untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan


kesejahteraan pada individu termasuklah tanggungjawab peribadi untuk
tindakan memulihkan kesihatan, mengambil berat terhadap kesihatan dan
kebajikan orang lain dan merujuk kepada bukti untuk membuat keputusan
mengenai kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN  25

 Kualiti kesihatan dan kesejahteraan individu dipengaruhi oleh faktor


penggalak, faktor pengukuhan dan halangan untuk kesejahteraan.

 Beberapa faedah daripada gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan yang


menyeluruh termasuklah peningkatan kecekapan kardiovaskular atau
jantung dan saluran darah, meningkatkan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan
ketahanan otot, mengurangkan kadar kematian dan morbiditi penyakit dan
lain-lain.

Berat badan ideal Kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan


Diet yang seimbang dan berkhasiat Kematian dan morbiditi
Faktor penggalak Kesedaran
Faktor pengukuh Kesejahteraan
Gaya hidup yang sihat Kesihatan
Halangan kepada kesejahteraan Membuat keputusan yang betul
Harga diri Pengurusan tekanan dan pandangan
Hubungan interpersonal Pilihan peribadi secara sedar
Imej badan Senaman yang kerap
Kawalan kendiri Tanggungjawab peribadi
Kecekapan kendiri Tonus otot
Kecekapan kardiovaskular atau
jantung dan saluran darah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 KONSEP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and
fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth.

Dunn, L. (1977). What high level wellness means. Health Values, 1(1), 9.

Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA:
Jones & Bartlett.

World Health Organization (WHO). (2003). WHO definition of health. Dicapai


dari http://www.who.int/about/definition/en/print.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Dimensi
2 Kesihatan dan
Kesejahteraan
I
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti lapan dimensi kesihatan dan kesejahteraan;
2. Merancang aktiviti fizikal yang boleh menyumbang kepada
kesejahteraan fizikal;
3. Memilih strategi untuk mencapai keseimbangan kesejahteraan
emosi;
4. Menggunakan sokongan spiritual untuk meningkatkan
kesejahteraan; dan
5. Menilai kepentingan dimensi intelektual dalam kesejahteraan.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan topik ini dengan membaca petikan berikut daripada Benjamin
Disraeli (rujuk Rajah 2.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Rajah 2.1: Benjamin Disraeli, bekas perdana menteri Great Britain (dari 1804 hingga 1881)
Sumber: www.azquotes.com

Apakah yang boleh anda simpulkan daripada petikan ini? Jelas sekali, petikan
dalam Rajah 2.1 menyatakan kepentingan kesihatan. Namun adakah anda tahu
bahawa ada dimensi lain yang sama penting dengan kesihatan dan
kesejahteraan? Dimensi lain ini ialah dimensi fizikal, emosi, spiritual dan
intelektual yang merupakan sifat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Oleh itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada empat dimensi ini ă fizikal,
emosi, spiritual dan intelektual. Adakah anda bersedia untuk mengetahui
dengan lebih lanjut tentang dimensi ini? Mari kita mulakan pembelajaran ini!

2.1 DIMENSI KESIHATAN DAN


KESEJAHTERAAN
Kita mulakan subtopik ini dengan mempelajari lapan dimensi kesejahteraan.
Diharapkan pada akhir pembelajaran, anda dapat mengenal pastinya.

Adakah anda setuju bahawa kesihatan ialah sesuatu perkara yang lebih penting
daripada pilihan individu, keluarga dan perhubungan sosial yang lain?
Contohnya, jika pasangan seseorang itu mengidap penyakit yang serius, peluang
individu tersebut untuk mendapat penyakit yang serius adalah bertambah sekali
ganda (Stroebe et al., 2007). Ini kerana falsafah kesihatan holistik menekankan
kepada penyatuan minda, semangat dan tubuh badan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  29

Oleh itu, simptom keadaan sakit dan sesuatu penyakit mungkin boleh dilihat
sebagai ketidakseimbangan bagi keadaan keseluruhan hidup yang bukan hanya
merujuk kepada kepincangan pada bahagian tertentu tubuh badan.

Sebagai contoh, fikirkan satu masa ketika anda mengalami sakit kepala.
Walaupun sakit kepala boleh dikaitkan dengan kecederaan otak atau simptom
penyakit lain, puncanya tidak lain, ia lebih kerap disebabkan oleh tekanan emosi.
Ini mengakibatkan otot-otot pada leher atau kepala menjadi ketat. Otot yang
mengecut ini meningkatkan tekanan darah di kepala, sekali gus menyebabkan
sakit kepala. Kebanyakan orang melegakan sakit kepala dengan mengambil ubat
analgesik atau mencari ubat alternatif lain seperti mengurut bagi melegakan
kesakitan kerana ia boleh mengubah mekanisme fisiologi yang menghasilkan
kesakitan.

Sebaliknya, seseorang boleh menggunakan pendekatan holistik sebagai langkah


pertama untuk menentukan punca tekanan, ketegangan, bimbang, marah atau
kekecewaan dan kemudian merancang untuk mengurangkan tekanan emosi
yang boleh menyebabkannya jatuh sakit.

Kesihatan juga boleh ditakrifkan sebagai refleksi keupayaan anda untuk


menggunakan sumber intrinsik dan ekstrinsik yang berkaitan dengan setiap
dimensi kesihatan untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan anda, dengan matlamat
untuk merasai perasaan kesejahteraan semasa anda menilai kemajuan anda
melalui kehidupan (Payne, Hahn & Mauer, 2005).

Adakah anda sedar bahawa masalah sebenar kesihatan terletak dalam diri kita
sendiri? Walaupun kebanyakan orang menyedari gaya hidup mereka yang tidak
sihat seperti merokok, tidak aktif, diet yang tinggi lemak atau tekanan yang
berlebihan, mereka seolah-olah berpuas hati selagi mereka fikir mereka bebas
daripada sebarang simptom penyakit atau keadaan sakit. Oleh itu, mereka tidak
akan mengubah gaya hidup mereka sehingga mereka menderita akibat masalah
kesihatan yang besar seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau masalah
jantung. Itulah sebabnya betapa pentingnya kita mengenal pasti gaya hidup
semasa kita untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kita pada masa
hadapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Terdapat lapan dimensi kesejahteraan, iaitu fizikal, emosi, spiritual, intelektual,


sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan (rujuk Rajah 2.2). Walau
bagaimanapun, bagi subtopik ini, kita akan membincangkan empat dimensi
pertama dahulu, iaitu fizikal, emosi, spiritual dan intelektual.

Rajah 2.2: Lapan dimensi kesejahteraan

Penerangan mengenai empat dimensi ini yang kita akan lihat dalam subtopik
seterusnya adalah seperti yang berikut:

(a) Dimensi Fizikal


Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal
seseorang atau individu termasuklah kecergasan fizikal, senaman yang
kerap dan diet yang seimbang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  31

(b) Kesejahteraan Emosi


Kita boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk mencapai matlamat ini
dengan cara kekal fleksibel dan berkompromi dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah.

(c) Kesejahteraan Spiritual


Adakah anda sedar bahawa dalam usaha menghadapi tekanan, satu lagi
dimensi penting ialah aspek spiritual? Ia keupayaan seseorang untuk
mengintegrasikan kepercayaan dan nilai dalam tindakan mereka.

(d) Dimensi Intelektual


Apakah yang boleh kita katakan tentang perkara ini? Dimensi ini ialah
keupayaan seseorang untuk menyumbang idea, berfikir secara kritis dan
mencari cabaran baharu.

Ambil perhatian bahawa apabila kesemua dimensi kesihatan dan kesejahteraan


ini disatupadukan dan berfungsi bersama-sama, seseorang itu akan mencapai
tahap kesejahteraan yang tinggi atau kesihatan yang optimum.

Sekarang, bagaimanakah kita mencapai kesejahteraan yang positif? Untuk


mencapai kesejahteraan yang positif, seseorang mesti bebas daripada simptom
penyakit seperti kesakitan, menjadi aktif, bersemangat dan mempunyai emosi
yang sihat. Di samping itu, persekitaran seseorang (termasuklah pekerjaan,
sekolah, keluarga dan masyarakat) dan dimensi kesejahteraan fizikal, emosi,
intelektual, pekerjaan, spiritual dan sosial mereka juga perlu selaras antara satu
sama lain untuk menghasilkan keharmonian.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kesemua dimensi ini adalah saling
berkaitan; setiapnya kerap memberi kesan kepada yang lain. Contohnya,
seseorang yang emosinya rendah sering tidak mempunyai keinginan untuk
bersenam, belajar, bersosial dengan rakan atau pergi ke masjid atau gereja dan
mungkin lebih mudah terdedah kepada penyakit. Oleh itu, lapan dimensi
kesejahteraan ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana konsep itu jelas
melebihi daripada keadaan tanpa penyakit.

SEMAK KENDIRI 2.1

Nyatakan lapan dimensi kesejahteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

2.2 DIMENSI FIZIKAL


Subtopik ini memperkenalkan beberapa aktiviti fizikal yang boleh menyumbang
kepada kesejahteraan fizikal. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh
merancang aktiviti fizikal anda sendiri dalam usaha untuk kekal cergas dan
sihat.

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut mengenai dimensi pertama kesejahteraan,
iaitu fizikal. Apakah yang dimaksudkan untuk menjadi individu yang sihat
sejahtera secara fizikal?

Individu yang fizikalnya sihat sejahtera ialah


mereka yang aktif, kerap bersenam, makan diet
yang seimbang, mengekalkan berat badan yang
disyorkan dan meminimumkan pendedahan
kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, orang yang dalam keadaan fizikal yang baik juga mengelakkan
dadah berbahaya dan merokok serta mendapatkan rawatan perubatan yang
diperlukan dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang membantu mencegah
penyakit.

Sememangnya, kecergasan fizikal yang baik/ideal mempunyai ciri-ciri


ketahanan kardiorespiratori yang baik, kekuatan otot mencukupi yang
dipertingkatkan, fleksibiliti dan komposisi tubuh badan yang betul. Oleh itu,
orang yang fizikalnya cergas akan dapat menjalankan tuntutan biasa dan yang
mencabar dalam kehidupan seharian dengan selamat dan berkesan.

Bagaimanakah seseorang boleh mencapai keadaan sebegini? Kita akan melihat


secara ringkas pada satu faktor besar yang menyumbang kepada kesejahteraan
fizikal seseorang, iaitu kecergasan fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  33

Pada masa kini, kebanyakan orang mengiktiraf bahawa mengambil bahagian


dalam program kecergasan akan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Sebaliknya, kita harus ingat bahawa meningkatkan kecergasan fizikal semata-
mata tidak cukup untuk mengurangkan risiko penyakit dan memastikan
kesihatan yang lebih baik. Marilah kita kaji senario berikut:

Jim Fixx (rujuk Rajah 2.3) ialah pengarang terkenal buku laris berjudul The
Complete Book of Running. Beliau meninggal dunia pada usia 52 tahun
kerana serangan jantung, walaupun beliau berlari antara 60 dan 80 batu
seminggu.

Rajah 2.3: Jim Fixx (dari 1932 hingga 1984)


Sumber: www.allouteffort.com

Beliau percaya bahawa kecergasannya yang berada pada tahap tinggi akan
mengelakkannya mati akibat serangan jantung. Pada usia 36 tahun, Jim Fixx
menghisap dua kotak rokok sehari, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti
fizikal yang kerap dan keluarganya mempunyai sejarah penyakit jantung.

Bapanya mengalami serangan jantung pertama pada usia 35 tahun dan


meninggal dunia ketika beliau berumur 43 tahun. Jim Fixx mula
meningkatkan tahap kecergasannya. Beliau mula berjoging dan berhenti
merokok. Dalam beberapa peristiwa, beliau enggan untuk membuat ujian
elektrokardiogram (ECG ă electrocardiogram) yang kemungkinan akan
mendedahkan status kardiovaskular beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Kini, apakah yang boleh anda katakan untuk membuat kesimpulan kepada
senario yang telah diberi? Ia menggambarkan bahawa program senaman itu
sendiri tidak dapat membuat orang yang berisiko tinggi kebal terhadap penyakit
jantung, walaupun ia boleh melambatkan permulaan serangan jantung. Apakah
jenis senaman yang boleh anda amalkan untuk mencapai kecergasan fizikal?
Mari kita lihat Rajah 2.4 yang memaparkan beberapa contoh.

Rajah 2.4: Contoh latihan kecergasan fizikal


Sumber: www.fitnesshealtytips.com

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kesejahteraan fizikal memerlukan


perlaksanaan program positif untuk mengubah tingkah laku bagi meningkatkan
kesihatan dan kualiti hidup.

2.2.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kecergasan


Fizikal?
Bagaimanakah kita boleh mentakrifkan kecergasan fizikal?

„Kecergasan fizikal ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memenuhi


tuntutan permintaan biasa dan yang luar biasa dalam kehidupan seharian
dengan selamat dan berkesan tanpa terlalu letih, dan masih mempunyai
tenaga untuk aktiviti riadah dan rekreasi‰.
(Hoeger & Hoeger, 2003)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  35

Adakah anda sedar bahawa jika anda memilih untuk melakukan aktiviti fizikal
sebagai cara hidup, anda tetap akan melakukan senaman untuk kekal cergas?
Selain itu, apabila anda meneruskan aktiviti kecergasan fizikal, anda mungkin
akan bertemu dengan orang lain yang sihat dan aktif. Melalui aktiviti ini, anda
akan dapat menambahkan kenalan anda.

2.2.2 Membangunkan Program Kecergasan


Kardiorespiratori
Tahukah anda bahawa bagi semua peringkat umur manusia, penyesuaian
kardiorespiratori boleh dicapai melalui pelbagai aktiviti? Ini benar selagi aktiviti
yang anda pilih meletakkan tuntutan yang mencukupi pada jantung dan paru-
paru yang akan meningkatkan kecergasan fizikal. Aktiviti keluarga yang biasa
seperti berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas,
permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan
kecergasan kardiorespiratori. Tanpa mengira usia atau had fizikal, anda boleh
memilih pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk meningkatkan sistem
kardiorespiratori anda.

Mari kita lihat syor oleh American College of Sport Medicine (ACSM) untuk
mencapai kecergasan kardiorespiratori. Syor ACSM (2000) yang terkini adalah
untuk memasukkan empat bidang utama (rujuk Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Empat bidang untuk mencapai kecergasan kardiorespiratori


seperti yang disyorkan oleh American College of Sport Medicine

Keempat-empat bidang ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Mod Aktiviti


ACSM mencadangkan mod aktiviti bagi aktiviti fizikal yang berterusan
menggunakan kumpulan otot yang besar, dan berirama dan aerobik secara
semula jadi. Bolehkah anda namakan beberapa aktiviti ini? Antara aktiviti
tersebut ialah berenang secara berterusan, berbasikal, aerobik, bola
keranjang, berjalan dan berlari. Ambil perhatian bahawa tidak kira mana-
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

mana aktiviti berterusan yang anda pilih, ia perlulah menyeronokkan.


Anda juga harus mempelbagaikan aktiviti anda untuk mengelakkan
kebosanan.

(b) Kekerapan Latihan


Apakah yang dimaksudkan dengan kekerapan latihan? Kekerapan latihan
merujuk kepada bilangan jumlah kali dalam seminggu seseorang perlu
melakukan senaman. Jadi berapa kalikah yang dianggap sesuai? Adakah ia
beberapa jam setiap hari atau setiap minggu? ACSM mengesyorkan
bersenam tiga hingga empat kali seminggu.

(c) Keamatan Latihan


Berapa banyakkah usaha anda perlu letakkan dalam sesuatu aktiviti? Mana
satukah anda lebih gemari ă berlari laju, berjoging perlahan atau berenang
pada kadar yang selesa? Perlukah seseorang berpeluh dengan banyak
untuk menjadi cergas? Keamatan ialah bilangan sesi senaman/latihan
dalam seminggu; untuk kecergasan aerobik antara 50% dan 85% daripada
julat kadar jantung anda adalah disyorkan. Tahap keamatan ini dipanggil
sasaran kadar jantung (THR ă target heart rate).

ACSM juga mengesyorkan orang dewasa yang sihat bersenam pada tahap
intensiti antara 65% dan 90% daripada kadar jantung maksimum. Anda
harus sedar bahawa perlu ada perbezaan besar antara anggaran kadar
jantung maksimum dan kadar jantung maksimum sebenar anda.
Contohnya, orang yang lebih muda seperti seseorang yang berusia 20
tahun dengan kadar jantung berehat 60 denyutan/minit, perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti berterusan bagi tempoh berpanjangan ketika
bersenam pada THR 158 denyutan/minit. Bagi orang yang lebih tua seperti
seseorang yang berusia 40 tahun dengan kadar jantung berehat 80
denyutan/min, perlu berfungsi pada THR 150 denyutan seminit untuk
mencapai kesan latihan yang positif.

(d) Tempoh Latihan


ACSM mengesyorkan tempoh latihan haruslah antara 20 dan 60 minit bagi
aktiviti yang berterusan. Mereka yang memilih aktiviti dengan keamatan
rendah dengan julat antara 50% dan 60% daripada julat kadar jantung perlu
mengekalkan aktiviti untuk tempoh yang lebih lama. Oleh itu, berjoging
yang cepat dan berjalan kaki yang sederhana kelajuannya akan
memerlukan jumlah masa yang berbeza untuk mencapai keberkesanan
latihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  37

Kesimpulannya, kita boleh katakan seseorang yang mempunyai kesejahteraan


fizikal berupaya untuk:

(a) Bersenam secara kerap dan memilih diet yang seimbang;

(b) Membuat pilihan berdasarkan maklumat mengenai ubat yang digunakan


dan rawatan perubatan; dan

(c) Mengekalkan gaya hidup yang menggalakkan kesihatan yang positif.

AKTIVITI 2.1

Pilih program senaman oleh Leslie Sanson bertajuk Three Miles Fast
melalui YouTube di http://goo.gl/24avKi.

Lantik seorang pengajar dan mula bersenam untuk 15 minit pertama.

Kemudian bincangkan kesan senaman ini dalam kumpulan.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Kecergasan terdiri daripada empat komponen ă ketahanan


kardiorespiratori, kecergasan otot, fleksibiliti dan komposisi
tubuh badan. Bincangkan dengan mendalam daya ketahanan
komponen kardiorespiratori dalam kesihatan fizikal.

2. Bincangkan manfaat kesihatan yang boleh dicapai melalui


senaman secara sederhana dan kerap.

3. Tulis objektif untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan


anda dan bentuk satu program kesejahteraan untuk masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

2.3 DIMENSI EMOSI


Sekarang mari kita lihat satu lagi dimensi kesejahteraan, iaitu emosi. Dengan ini
diharapkan setelah mempelajari dimensi ini, anda akan dapat memilih strategi
yang sesuai untuk mencapai kesejahteraan emosi yang seimbang.

Dimensi emosi kesihatan merangkumi keupayaan untuk menghadapi tekanan


seperti kekal fleksibel dan berkompromi untuk menyelesaikan masalah. Sila
ambil perhatian bahawa keupayaan kita untuk menghadapi tekanan akan
berubah apabila kita semakin tua dan kita perlu mempelajari kemahiran baharu
untuk mengurus emosi kita. Contohnya, orang muda yang dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan akan mengalami kelemahan emosi yang boleh
membawa kepada perasaan penolakan dan kegagalan. Ini boleh menjejaskan
produktiviti dan kepuasan diri (rujuk Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Ilustrasi kelemahan emosi


Sumber: http://media.cagle.com

Sebaliknya, dimensi kesejahteraan emosi melibatkan membentuk kesedaran dan


menerima perasaan orang lain. Contohnya, orang yang emosinya baik dapat
meluahkan dan mengawal perasaan mereka dengan berkesan, mengekalkan
hubungan rapat, menangani konflik dan kekal teguh walaupun dalam keadaan
tertekan. Ini sebahagian daripada proses berterusan untuk perubahan dan
pertumbuhan belia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  39

2.3.1 Kestabilan Emosi


Bagaimanakah kita mengaitkan kesejahteraan emosi dengan kestabilan emosi?
Jawapannya terdapat dalam definisi kesejahteraan emosi.

Kesejahteraan emosi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memahami


perasaan kita sendiri, menerima hadnya dan mencapai kestabilan emosi.

Dengan kata lain, ia adalah keupayaan untuk meluahkan emosi yang sesuai,
menerima perubahan dan menghadapi tekanan dengan cara yang sihat serta
menikmati kehidupan walaupun berasa hampa dan kecewa.

Sekarang, apakah yang boleh kita katakan tentang kestabilan emosi? Apakah
maknanya?

Kestabilan emosi adalah juga keupayaan untuk melihat kejayaan dan


kegagalan dalam cara yang positif.

Apabila kejayaan terbukti, orang yang emosinya sihat sejahtera memancarkan


kegembiraan yang dijangka. Sebaliknya, apabila kegagalan dilihat akan berlaku,
mereka bertindak balas dengan menggunakan sebaik-baik keadaan itu dan maju
ke depan melangkaui kegagalan.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kesejahteraan emosi juga melibatkan
kebahagiaan; ia dilihat sebagai keadaan minda dalam satu tempoh yang panjang
yang meresap ke dalam pelbagai aspek kehidupan dan mempengaruhi
penampilan kita. Dengan kata lain, ia bermakna kebahagiaan sebenar memberi
isyarat yang mengecualikan seseorang daripada ketegangan dan kemurungan
yang dihidapi oleh ramai orang.

2.3.2 Konsep Kendiri


Sekarang kita akan membincangkan konsep kendiri dan harga diri sebagai
sebahagian daripada kesihatan emosi. Pertama berkenaan definisi konsep
kendiri. Adakah anda mempunyai apa-apa idea apakah maksudnya?

Konsep kendiri adalah bagaimana seseorang menggambarkan dirinya


sendiri secara dalaman; cara seseorang melihat diri sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Konsep kendiri juga adalah perkara berkaitan maklumat yang anda mengetahui
fakta mengenai diri sendiri. Bagaimanakah pula dengan harga diri?

Harga diri adalah bagaimana perasaan anda tentang karakter dan kebolehan
anda sendiri. Contohnya, sama ada anda suka hakikat bahawa anda gemar
bercakap (tinggi harga diri) atau anda berfikir bahawa anda menjengkelkan
(rendah harga diri).

Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mencapai keseimbangan kesejahteraan emosi?


Beberapa amalan yang boleh membantu untuk meningkatkan kesejahteraan
emosi anda adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenali konflik sebagai berpotensi sihat dan bukan menafikannya;

(b) Bertanggungjawab ke atas tindakan anda;

(c) Merenung kembali perasaan anda;

(d) Menerima perasaan anda dan bukan menafikannya;

(e) Menerima perasaan orang lain;

(f) Mendapatkan sokongan dan panduan untuk perasaan dan emosi yang
tidak terkawal;

(g) Membina rangkaian sokongan sosial yang kukuh;

(h) Mengamalkan tingkah laku kewangan yang positif untuk meningkatkan


rasa selamat dan kestabilan emosi; dan

(i) Menjadi seorang yang terbuka terhadap perkembangan peribadi dan


profesional yang berterusan.

Kita boleh rumuskan bahawa seseorang yang mempunyai kesihatan emosi akan:

(a) Boleh menerima jenaka;

(b) Mengenali perasaan sendiri dan meluahkannya dengan sewajarnya;

(c) Berusaha untuk memenuhi keperluan emosi; dan

(d) Bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  41

SEMAK KENDIRI 2.3

Berikan perbezaan antara konsep kendiri dengan harga diri.

AKTIVITI 2.2

1. Perkembangan emosi memerlukan dua perkara, iaitu mengetahui


tentang diri anda sendiri dan belajar daripada pengalaman
baharu. Pertimbangkan senario berikut:

Azman pelajar berusia 30 tahun. Beliau merasakan beliau ditarik


ke dalam pelbagai arah yang berbeza. Kadangkala beliau berasa
kehilangan dirinya sendiri atau tertanya-tanya jika beliau pernah
mempunyai harga diri. Apakah yang beliau boleh lakukan untuk
membantu emosi dirinya berkembang?

Pilih aktiviti yang anda fikir boleh digunakan untuk memupuk


perkembangan emosi Azman. Bincangkan rancangan anda dalam
satu kumpulan.

2. Bincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk


meningkatkan motivasi diri seseorang.

2.4 DIMENSI SPIRITUAL


Subtopik ini meliputi dimensi spiritual. Dengan ini diharapkan anda akan dapat
menggunakan sokongan spiritual untuk meningkatkan kesejahteraan anda.

Dimensi kesejahteraan spiritual merupakan satu lagi usaha selepas kesejahteraan


emosi. Dimensi kesejahteraan spiritual melibatkan penerokaan makna dan
tujuan dalam kewujudan manusia. Bagaimanakah kita mengenali orang yang
mempunyai sifat spiritual? Kita boleh mengenali mereka dengan ciri-ciri asas
mereka termasuklah perasaan terhadap kehidupan yang bermakna dan ada hala
tuju, dan hubungan mereka kepada Penciptanya. Ciri-ciri ini kemudiannya
membawa kepada kebebasan peribadi, doa, iman, kasih, mendekatkan diri
kepada orang lain, keamanan dan mengutamakan kebajikan. Oleh itu, orang
yang mempunyai dimensi kesejahteraan spiritual memiliki keupayaan untuk
mengintegrasikan kepercayaan dan nilai mereka ke dalam tindakan seharian
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Sila ambil perhatian bahawa dimensi kesejahteraan spiritual berkait rapat


dengan kepercayaan dan aktiviti keagamaan. Menghadiri aktiviti keagamaan
atau meditasi akan bukan sahaja menghasilkan kesihatan yang lebih baik dengan
mengurangkan kejadian penyakit kronik tetapi juga membantu kita menangani
tekanan dengan lebih berkesan (lihat Rajah 2.7).

Rajah 2.7: Animasi peringkat meditasi


Sumber: www.meditationcartoons.com

Malah, aktiviti keagamaan atau meditasi juga boleh memberi kesan yang positif
ke atas gaya hidup sosial kita kerana ia boleh membantu kita mengatasi krisis
dan memberikan kita teknik menghadapi krisis dengan lebih baik untuk
menangani trauma masa depan.

Selain itu, dalam dimensi spiritual, doa adalah teras kebanyakan pengalaman
spiritual sebagai kaedah berkomunikasi dengan Pencipta kita. Walau
bagaimanapun, bagi hasil yang berkesan, kita perlu menerima keberkesanan doa
dan berdoa dengan ikhlas, rendah hati dan kasih sayang.

Istilah utama lain di bawah subjek dimensi spiritual ialah altruisme. Apakah
maknanya?

Altruisme bermakna benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan orang


lain yang boleh meningkatkan kesihatan dan umur panjang seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  43

Adakah anda tahu bahawa altruisme ialah sifat yang sangat berkuasa? Ia begitu
kuat sehinggakan walaupun menonton filem berunsur altruistik, ia akan
meningkatkan pembentukan sistem imun yang membantu melawan penyakit.

Apakah yang boleh kita amalkan untuk meningkatkan kesejahteraan spiritual


kita? Ada beberapa amalan yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan
kesejahteraan spiritual anda, iaitu:

(a) Mempunyai set kepercayaan yang boleh membimbing;

(b) Menghormati kepercayaan dan nilai orang lain;

(c) Hidup dengan cara yang konsisten dengan prinsip anda;

(d) Meluangkan masa untuk berdoa dan meditasi;

(e) Menyedari makna yang lebih mendalam terhadap peristiwa harian; dan

(f) Meluangkan masa dengan alam semula jadi.

Rumusannya, seseorang dengan kesejahteraan spiritual berupaya untuk:

(a) Mengkaji nilai peribadi dan kepercayaan mereka sendiri;

(b) Mencari sesuatu yang bermakna yang membantu menerangkan tujuan


hidup;

(c) Mempunyai tafsiran yang jelas tentang benar dan yang salah; dan

(d) Mengakui kuasa semula jadi dalam alam semesta.

AKTIVITI 2.3

1. Bentuk satu kumpulan dan duduk dalam bulatan. Sediakan


latihan meditasi dengan memainkan muzik latar bunyi alam
semula jadi selama 10 hingga 15 minit. Bincangkan pengalaman
anda dengan ahli kumpulan. Kenal pasti tahap ketegangan dan
tekanan anda. Akhir sekali, syorkan satu program pengurusan
tekanan bagi kumpulan ini.

2. Apakah peranan agama atau spiritual dalam kesihatan kita?


Setakat manakah spiritual perlu menjadi sebahagian daripada
pertemuan klinikal antara pesakit dan tempat penjagaan
kesihatan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

2.5 DIMENSI INTELEKTUAL


Akhir sekali, kita telah sampai ke subtopik terakhir yang menumpukan kepada
dimensi intelektual. Maka diharapkan dengan mempelajari dimensi ini, anda
akan dapat menilai kepentingan dimensi intelektual dalam kesejahteraan anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi intelektual?

Dimensi intelektual adalah keupayaan untuk memproses dan bertindak ke


atas maklumat, menjelaskan nilai, kepercayaan dan membuat keputusan.

Sebaliknya, kesejahteraan intelek merujuk kepada penyertaan aktif dalam


pelajaran akademik, budaya dan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, pendekatan
lain seperti menghargai dan memupuk kreativiti, rasa ingin tahu dan
pembelajaran sepanjang hayat adalah juga sebahagian daripada kesejahteraan
intelektual. Maka, individu yang mempunyai intelektual yang sihat bersikap
terbuka kepada idea baharu, boleh berfikir secara kritis, mencari cabaran baharu
dan lebih cenderung untuk mengekalkan kognisi yang baik walaupun mereka
semakin tua.

Dengan kata lain, apabila anda mempunyai dimensi intelek yang positif, anda
tidak takut dengan fakta dan angka yang anda tidak biasa tetapi anda
mengambil peluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Anda mempunyai
motivasi diri untuk meningkatkan kehidupan anda dari segi melanjutkan
pelajaran atau perkembangan profesional dan pada masa yang sama berpegang
pada idea dan falsafah anda sendiri.

Tambahan pula, anda akan mendapat keyakinan diri yang menjamin bahawa
anda boleh mengambil tempat anda dalam kalangan yang lain tanpa perlu
melepaskan sebahagian daripada diri sendiri dan tanpa memerlukan orang lain
untuk melakukan perkara yang sama. Mari kita lihat Rajah 2.8 yang
menunjukkan anda contoh petikan motivasi kendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  45

Rajah 2.8: Contoh petikan motivasi diri


Sumber: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com

Apakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kesejahteraan intelektual


kita? Yang berikut ialah beberapa amalan yang akan meningkatkan kesejahteraan
intelektual anda:

(a) Belajar untuk mempercayai keupayaan anda untuk membuat keputusan


yang baik;

(b) Mengiktiraf dan menghargai pembelajaran sebagai proses pembelajaran


sepanjang hayat;

(c) Mengembangkan kreativiti dan sumber penting;

(d) Menilai dengan teliti apabila menerima maklumat daripada TV, Internet
dan akhbar; dan

(e) Menganalisis situasi secara kritikal dan menyelesaikan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

Rumusannya, orang yang mempunyai kesejahteraan intelektual dapat:

(a) Berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan bertulis;

(b) Melihat di sebalik sesuatu dengan makna yang lebih luas;

(c) Mengikuti perkembangan isu semasa; dan

(d) Mempamerkan kemahiran pengurusan masa yang baik.

AKTIVITI 2.4

Renungkan pengalaman hidup anda ketika anda sakit teruk.

(a) Huraikan bagaimana perasaan anda tentang ciri dan tempoh


penyakit tersebut.

(b) Bincangkan semua faktor yang anda fikir mungkin telah


menyebabkan anda sakit.

(c) Ringkaskan semua faktor yang menyebabkan anda semakin sihat.

(d) Apakah yang anda fikir adalah faktor paling penting yang
menyebabkan anda sakit?

(e) Apakah yang anda fikir adalah faktor paling penting dalam
proses penyembuhan anda?

(f) Tulis jurnal reflektif anda berdasarkan kenyataan di atas.

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu memasukkan faktor seperti


tekanan, masalah emosi dan pemakanan yang tidak baik. Anda juga
boleh memasukkan faktor penjagaan perubatan, doa, ubat-ubatan
alternatif dan faktor lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I  47

 Terdapat lapan dimensi untuk kesihatan, iaitu fizikal, emosi, spiritual,


intelektual, sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan. Dalam topik ini,
kita telah membincangkan empat dimensi pertama ă fizikal, emosi, spiritual
dan intelektual.

 Aktiviti fizikal yang menyebabkan kesejahteraan fizikal adalah kerap


bersenam, mengambil diet yang seimbang, mengekalkan berat badan ideal
dan meminimumkan pendedahan kepada bahan cemar alam sekitar.

 Beberapa strategi untuk mencapai keseimbangan kesejahteraan emosi adalah


seperti yang berikut:

 Mengenali konflik sebagai potensi untuk sihat dan bukan menafikannya;

 Bertanggungjawab terhadap tindakan anda;

 Merenung kembali perasaan anda;

 Menerima perasaan anda dan bukannya menafikannya; dan

 Menerima perasaan orang lain.

 Sokongan spiritual untuk meningkatkan kesejahteraan ialah:

 Memiliki set kepercayaan yang boleh membimbing;

 Menghormati kepercayaan dan nilai orang lain;

 Hidup dengan cara yang konsisten dengan prinsip anda;

 Meluangkan masa untuk berdoa atau meditasi;

 Menyedari makna yang lebih mendalam terhadap peristiwa harian; dan

 Meluangkan masa dengan alam semula jadi.

 Dimensi kesejahteraan intelektual adalah keupayaan untuk memproses dan


bertindak ke atas maklumat, menjelaskan nilai, kepercayaan dan membuat
keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN I

 Kepentingan dimensi kesejahteraan intelektual ialah dimensi kesejahteraan


intelektual yang positif yang membuatkan anda lebih terbuka kepada idea
baharu, boleh berfikir secara kritis, mendapatkan cabaran baru dan lebih
cenderung untuk mengekalkan kognisi yang baik walaupun anda semakin
tua.

Altruisme Kesejahteraan fizikal


Doa Kesejahteraan intelektual
Kesejahteraan emosi Kesejahteraan spiritual

American College of Sports Medicine (ACSM). (2000). Guidelines for exercise


testing and prescription. Baltimore, MD: Williams & Wilkins.

Edlin, G., & Golanty, E. (2010). Health and wellness (Ed. ke-10). Sudbury, MA:
Jones & Bartlett.

Hoeger, W. K., & Hoeger, S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness:
A personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Payne, W. A., Hahn, D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health
(Ed. ke-8). New York, NY: McGraw-Hill.

Stroebe, M., Schut H., & Stroebe, W. (2007). Health outcomes of bereavement.
The Lancet, 370(9603), 1960ă1973.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Dimensi
3 Kesihatan dan
Kesejahteraan
II
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial;
2. Menilai faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan;
3. Merancang strategi untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar; dan
4. Mentafsirkan kesejahteraan kewangan.

 PENGENALAN
Masihkah anda mengingati lapan dimensi kesejahteraan? Bolehkah anda
menyenaraikannya? Jawapannya ialah intelektual, kerohanian, pekerjaan,
persekitaran, kewangan, emosi, sosial dan fizikal. Dalam topik sebelum ini, anda
telah mempelajari empat dimensi pertama kesejahteraan, iaitu dimensi fizikal,
emosi, kerohanian dan intelektual. Oleh itu, topik ini akan diteruskan dengan
dimensi yang lain ă sosial, pekerjaan, persekitaran dan kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Sebelum kita teruskan, mari kita renungkan sebentar. Adakah anda bekerja dan
melanjutkan pelajaran anda pada masa yang sama? Bagaimanakah anda
menguruskan antara kedua-duanya? Adakah anda menyedari bahawa dimensi
kesejahteraan pekerjaan adalah penting bagi anda? Dimensi kesejahteraan
pekerjaan adalah penting untuk orang dewasa yang bekerja. Ini kerana mereka
perlu untuk mengimbangi antara pelajaran dan pekerjaan, keibubapaan dan
tanggungjawab lain.

Jadi bagaimanakah anda mengimbangi kehidupan anda dengan pelajaran anda,


keluarga dan komitmen pekerjaan? Bagaimanakah pula kemahiran interaksi
sosial anda? Adakah anda mampu untuk mengambil bahagian dalam
perbincangan kumpulan? Sebagai pelajar jarak jauh, anda diharapkan untuk
berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan dengan rakan kursus anda
melalui interaksi di dalam bilik darjah atau perbincangan dalam talian.

Oleh itu, kemahiran pekerjaan dan sosial ialah dua dimensi penting untuk
dibincangkan dalam topik ini bersama-sama dengan kesedaran alam sekitar dan
aspek kewangan. Ingatlah bahawa semua lapan dimensi ini adalah saling
berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Adakah anda bersedia
untuk mempelajarinya dengan lebih lanjut? Marilah kita teruskan pelajaran ini!

3.1 DIMENSI SOSIAL


Marilah kita mulakan perbincangan ini dengan melihat dimensi sosial.
Diharapkan dengan mempelajari subtopik ini, anda akan dapat mengaplikasikan
strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial anda.

Apakah yang kita boleh katakan tentang dimensi sosial?

Dimensi sosial dihuraikan sebagai perhubungan yang anda ada dan


bagaimanakah anda berinteraksi dengan orang lain.

Dengan kata lain, dimensi ini melibatkan pembentukan perhubungan sihat,


memupuk dan menyokong orang lain untuk memelihara hubungan ikhlas antara
anda dan rakan atau orang lain di sekeliling anda. Oleh itu, subtopik ini akan
meneroka kepentingan dimensi sosial terhadap kesihatan dan kesejahteraan
terutamanya kepada golongan belia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  51

Dimensi sosial menggalakkan kita untuk melibatkan atau menyumbang kepada


alam sekitar dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah lebih kepada saling bergantung
antara anda dan alam semula jadi; anda akan merasakan bahawa anda lebih
menyedari kepentingan anda dalam masyarakat dan kesan yang anda ada dalam
pelbagai persekitaran. Pada masa yang sama, anda perlu melibatkan diri atau
mengambil bahagian yang aktif dalam meningkatkan dunia kita dengan
menggalakkan kehidupan yang lebih sihat atau gaya hidup sihat dan
memulakan komunikasi yang lebih baik dengan orang lain di sekeliling anda.

Jadi bagaimanakah anda mencapai perkara tersebut? Baiklah, untuk mencapai


kesejahteraan sosial, anda perlu aktif mencari jalan bagi mengekalkan kecantikan
dan keseimbangan alam semula jadi. Sambil kita teruskan pelajaran ini, anda
mungkin menemui kuasa untuk membuat pilihan bijak bagi meningkatkan
hubungan peribadi, kepentingan persahabatan dan akhirnya membina
kehidupan tempat tinggal dan komuniti yang lebih baik.

Bagaimanakah kita boleh mengembangkan kemahiran sosial peribadi kita?


Adakah ia diwarisi daripada ibu bapa kita atau dibentuk melalui pengalaman
hidup? Kemahiran sosial yang bersesuaian dikembangkan dan dipupuk
sepanjang usia dewasa seseorang. Semasa proses menjadi belia, kita membina
banyak interaksi dan membentuk perhubungan dengan rakan, rakan sekerja
serta ibu bapa. Ini mungkin membolehkan seseorang untuk mengembangkan
kemahiran sosial yang berkesan pada tahap yang lebih jauh daripada apa yang
mereka telah capai sebelumnya.

Oleh itu, bagi golongan belia mencapai kemahiran kesihatan sosial, mereka perlu
memperbaiki pelbagai kemahiran sosial termasuklah kemahiran komunikasi yang
berkesan, kemahiran mendengar dan kemahiran pengurusan konflik. Dengan kata
lain, ia lingkaran penyesuaian sosial yang kita lalui secara semula jadi tanpa
disedari ketika meningkat usia. Lingkaran itu bermula dengan interaksi keluarga,
pengalaman di sekolah dan interaksi rakan sebaya yang memupuk perkembangan
kemahiran sosial dalam kalangan belia (lihat Rajah 3.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Rajah 3.1: Lingkaran penyesuaian sosial yang memupuk


perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan belia

Pada peringkat seterusnya, kita akan membina kemahiran sosial baharu dengan
rakan kita apabila kita memasuki kolej. Interaksi di institusi yang lebih tinggi
akan meningkatkan dimensi sosial kesihatan dalam kalangan pelajar, pensyarah
dan lain-lain. Oleh itu, dimensi sosial memerlukan kita menghargai hidup dalam
harmoni dengan rakan kursus dan rakan serumah, mencari perhubungan yang
positif, saling bergantung pada orang lain dan membina kemahiran komunikasi
yang baik.

Kemudian, ini akan berkembang menjadi kesejahteraan sosial. Apakah yang


dimaksudkan dengan kesejahteraan sosial? Pada asasnya, kesejahteraan sosial
merujuk kepada keupayaan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang
lain dengan imej diri yang positif. Imej diri yang positif ini bermakna anda
berkeyakinan, peramah, mesra dan penyayang terhadap orang lain. Di samping
itu, keseimbangan anda sendiri dan memahami diri membolehkan anda untuk
menghulurkan rasa hormat dan toleransi kepada orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  53

Sebaliknya, kesejahteraan sosial tidak hanya mengambil berat tentang diri


seseorang tetapi juga kepentingan dalam kemanusiaan dan alam sekitar secara
keseluruhannya. Orang yang menyesuaikan diri secara sosial akan secara sedar
meningkatkan perhubungan peribadi mereka, memupuk kepentingan
persahabatan untuk membina masyarakat yang penyayang. Dengan kata lain,
penyesuaian pada kesejahteraan sosial akan meningkatkan kesejahteraan fizikal
dan emosi anda.

Hari ini, kita telah mempunyai satu istilah lain dinamakan „media sosial‰.
Apakah yang diwakili oleh media sosial? Mari kita lihat Rajah 3.2 untuk
mengetahui jawapannya.

Rajah 3.2: Media sosial ialah mod komunikasi moden


Sumber: http://wronghands1.wordpress.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Bagaimanakah kita boleh meningkatkan kesejahteraan sosial kita? Yang berikut


ialah beberapa cadangan amalan yang boleh meningkatkan kesejahteraan sosial
kita:

(a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain dengan membina
rangkaian sokongan sosial yang kuat;

(b) Mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan dengan orang lain;

(c) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dengan orang ramai daripada
pelbagai penempatan;

(d) Menyelesaikan konflik interpersonal dalam persekitaran yang sihat dan


cara yang penuh hormat;

(e) Berinteraksi dengan orang dari budaya, latar belakang dan kepercayaan
yang lain; dan

(f) Menghargai prinsip pengurusan masa.

Kesimpulannya, kesejahteraan sosial ialah keupayaan seseorang untuk


membentuk perhubungan dengan rakan dan orang lain. Individu seperti ini
akan mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan, menyumbang kepada
kebajikan bersama masyarakat, dan hidup dalam harmoni dan persekitaran yang
sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  55

AKTIVITI 3.1

1. Menggunakan Penilaian Kesejahteraan Sosial Hettler (1976),


jawab semua soalan berikut dan kongsi skor anda dengan rakan-
rakan sekuliah anda.

Penilaian Kesejahteraan Sosial


Dimensi kesejahteraan sosial melibatkan pembinaan, penyuburan dan
penggalakan perhubungan yang memuaskan. Baca setiap pernyataan
berikut dengan teliti dan beri respons secara jujur menggunakan skor
berikut:

Kadang-kadang/
Hampir selalu Sangat jarang
jarang-jarang
= 2 mata = 0 mata
= 1 mata

Penyataan Skor
Saya menyumbang masa dan/atau wang untuk projek
komuniti sosial.
Saya komited seumur hidup kepada aktiviti
kesukarelawanan.
Saya mempamerkan keadilan dan kesaksamaan dalam
berurusan dengan orang ramai.
Saya mempunyai jaringan rakan-rakan rapat dan/atau
keluarga.
Saya berminat terhadap orang lain, termasuk daripada
latar belakang yang berbeza daripada saya.
Saya dapat mengimbangkan keperluan saya dengan
keperluan orang lain.
Saya dapat berkomunikasi dan bergaul dengan pelbagai
orang.
Saya mematuhi undang-undang dan peraturan masyarakat
kita.
Saya seorang yang penuh belas kasihan (compassionate)
dan cuba untuk membantu orang lain apabila saya boleh.
Saya menyokong dan membantu keluarga saya, kejiranan
dan perjumpaan sosial di tempat kerja.
Jumlah Dimensi Kesejahteraan Sosial

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Skor (Mata) Deskripsi


15 hingga 20 Kekuatan yang cemerlang dalam dimensi ini.

9 hingga 14 Terdapat ruang untuk penambahbaikan. Lihat


semula pada item yang skor anda ialah 0 atau 1.
Apakah perubahan yang boleh anda lakukan untuk
meningkatkan skor anda?

0 hingga 8 Dimensi ini memerlukan banyak lagi usaha. Lihat


semula pada dimensi ini dan cabar diri anda untuk
mula membuat langkah kecil ke arah perkembangan
di sini. Ingatlah bahawa matlamatnya ialah
kesejahteraan yang seimbang.

2. Bincangkan kepentingan media sosial dalam meningkatkan


kesejahteraan sosial dalam kalangan belia.

3. Bincangkan kebaikan dan keburukan media sosial dalam


menggalakkan kesejahteraan sosial.

SEMAK KENDIRI 3.1

Kenal pasti enam faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan


sosial.

3.2 DIMENSI PEKERJAAN


Sekarang mari kita beralih kepada dimensi keenam kesejahteraan, iaitu
pekerjaan. Diharapkan dengan mempelajari dimensi ini, anda akan dapat
menilai faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan.

Cuba renungkan soalan berikut mengenai diri anda: Adakah anda gembira
dengan pekerjaan anda sekarang? Adakah anda rasa tertekan di tempat kerja?
Apakah faktor yang menyumbang kepada tekanan anda di tempat kerja? Soalan
ini berkaitan dengan dimensi pekerjaan. Marilah kita membincangkannya
dengan lebih lanjut, bermula dengan definisinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  57

Kesejahteraan pekerjaan dihuraikan sebagai tuntutan rutin yang


digabungkan dengan cabaran baharu dan tidak menentu yang menjadikan
sesuatu pekerjaan itu menyeronokkan, bermakna dan memberikan ganjaran.

Ia turut melibatkan pencarian kepuasan peribadi dan pengayaan dalam


kehidupan seseorang melalui pekerjaan. Jika anda mampu mencapai
kesejahteraan pekerjaan, anda akan menemui kepuasan hasrat peribadi dan
memberi sumbangan kepada kesejahteraan institusi atau masyarakat amnya.
Dengan kata lain, kesejahteraan pekerjaan adalah pekerjaan yang menyediakan
kepuasan peribadi dan pengayaan dalam kehidupan seseorang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ă World Health Organization) (1994)


menyatakan bahawa sehingga 58% daripada penduduk dunia menghabiskan
satu pertiga daripada kehidupan dewasa mereka di tempat kerja. Kita
menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan kesejahteraan diri, keluarga
kita dan masyarakat.

Statistik ini bermakna kesejahteraan pekerjaan membentuk bahagian penting


dalam keseluruhan perasaan kesejahteraan diri kita. Cuba untuk mencapai
keseimbangan antara kerja dan aktiviti tidak berkaitan dengan kerja ialah kunci
kepada kesejahteraan pekerjaan. Menguruskan tekanan di tempat kerja dan
membina perhubungan yang berfungsi dengan rakan sekerja turut akan
menyumbang kepada perasaan kesejahteraan pekerjaan anda.

Kesejahteraan pekerjaan juga dilihat sebagai seseorang yang melakukan sesuatu


sepertimana yang beliau mahu lakukan dalam kehidupan dan berasa selesa
menjalankannya. Ini berkaitan dengan perkembangan peribadi dan profesional,
kedudukan kewangan dan rancangan masa depan individu tersebut. Oleh itu,
bagi ramai orang, persekitaran tempat kerja yang sihat yang menyumbang
kepada perasaan kesejahteraan tidak semestinya terikat dengan gaji yang tinggi
atau kedudukan yang berprestij.

Gaji mungkin menjadi elemen yang paling penting bagi sesetengah orang tetapi
kepada orang lain, ia lebih kepada nilai dan kreativiti atau komitmen kerja.
Sebaliknya, bagi sesetengah orang, perkara yang paling penting adalah ganjaran
dibandingkan pekerjaan kerana orang yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan
turut akan perlu memenuhi tuntutan di tempat kerja. Walau bagaimanapun,
mereka juga boleh bersuara terhadap tuntutan permintaan ke atas mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Marilah kita beralih kepada isu utama dalam kesejahteraan pekerjaan. Apakah
isu tersebut? Terdapat enam isu utama yang berkaitan dengan dimensi pekerjaan
seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Enam Isu Utama dalam Kesejahteraan Pekerjaan

Isu Deskripsi
Tekanan Keupayaan untuk mengendalikan tekanan yang anda hadapi setiap
hari di tempat kerja.

Ganjaran Situasi yang anda dapati secara peribadi memberikan manfaat.

Kepuasan Persekitaran tempat kerja atau keadaan yang bermakna dan


mewujudkan perasaan kepuasan peribadi.

Perhubungan Keupayaan untuk mewujudkan dan mengekalkan interaksi dan


perhubungan dengan orang lain di tempat kerja.

Sumbangan Keupayaan untuk membuat sumbangan kepada kesejahteraan orang


lain dan masyarakat yang akan membawa kepada perasaan kepuasan
dan bermakna untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada
masyarakat.

Keseimbangan Keupayaan dapat menyelesaikan semua kerja, di samping berseronok


dan mengekalkan keseimbangan antara bahagian lain dalam hidup
kita dan dimensi lain.

Jadi, apakah faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan?


Bagaimanakah anda menggalakkan budaya kesejahteraan pekerjaan di tempat
kerja anda? Bagaimanakah pula pengiktirafan daripada pegawai atasan atau
majikan anda? Adakah mereka benar-benar menghargai sumbangan anda?

Anda perlu mencari cara untuk melibatkan diri dalam aktiviti kreatif dan
merangsang yang membolehkan anda untuk memaksimumkan kemahiran anda
atau meluaskan kemahiran sedia ada dan mendapatkan kemahiran yang baharu.
Anda juga boleh mengambil peluang untuk kemajuan dan pengiktirafan
pencapaian. Tidak lupa untuk menggalakkan kerjasama dan interaksi dalam
kalangan rakan sekerja yang memupuk semangat kerja berpasukan yang baik
dan sokongan.

Di samping itu, kesejahteraan pekerjaan akan membolehkan anda mencari jalan


untuk meneroka kreativiti anda, kemahiran menyelesaikan masalah dan cara
belajar lebih lanjut mengenai minat atau kepentingan peribadi anda dan dunia di
sekeliling anda. Malahan, anda boleh mengikuti peristiwa semasa, mencari idea
baharu dan memenuhi rasa ingin tahu intelektual anda yang membolehkan anda
untuk terus berkembang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  59

Walau bagaimanapun, kesejahteraan pekerjaan mungkin mempunyai kesan


positif atau negatif ke atas kesihatan pekerja. Dalam keadaan sebenar, pekerjaan
menyediakan pendapatan dan hasil kebendaan yang merupakan keperluan
untuk hidup dan pada masa yang sama, turut mempunyai impak positif kepada
kesejahteraan sosial, psikologi dan fizikal. Selain itu, tahap kesejahteraan
pekerjaan yang tinggi akan menyumbang kepada pencapaian kebendaan dan
objektif ekonomi yang akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan
berprestasi tinggi di tempat kerja.

Malangnya, sukar untuk memilih dan mendapatkan kerjaya yang secara peribadi
dan kewangan adalah bermanfaat dan menyeronokkan. Oleh itu, berikut ialah
beberapa cadangan untuk meningkatkan kesejahteraan pekerjaan anda:

(a) Anda mungkin perlu untuk mencari apa jenis pekerjaan yang menarik
minat anda. Adakah anda melakukan apa yang anda mahu dengan hidup
anda? Pilih kerjaya yang selaras dengan nilai peribadi, minat dan
kepercayaan.

(b) Mempelajari cara untuk mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang


betul. Anda perlu memahami kerja anda dan gaya pembelajaran supaya
anda boleh melaksanakan kedua-duanya secara bersendirian dan dengan
orang lain.

(c) Menyedari kekuatan dan kelemahan anda dengan meneroka bakat dan
minat anda. Anda perlu berbincang dengan pengurus anda atau rakan
sekerja apabila masalah timbul. Percayalah bahawa anda mempunyai
kualiti pekerja yang baik dan dihargai oleh orang lain.

(d) Komitmen untuk menyumbang kemahiran unik anda untuk


perkembangan peribadi dan profesional (dengan cara yang bermakna dan
bermanfaat).

(e) Mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat dan


mendapatkan peluang perkembangan profesional.

(f) Akhir sekali, jangan lupa untuk mempunyai hobi/minat/aktiviti yang


memberikan anda keseronokan yang bukannya aktiviti kerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Rumusannya, untuk mencapai kesejahteraan pekerjaan, anda perlu memilih


kerjaya yang selaras dengan nilai peribadi, minat dan kepercayaan. Oleh itu,
mereka yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan yang tinggi akan:

(a) Terlibat dalam penerokaan idea baharu;

(b) Menggalakkan rangsangan, perkembangan mental dan aktiviti intelektual;


dan

(c) Membuat perbezaan besar dalam cara mereka berurusan dengan keadaan
kerana mereka menonjolkan imej dan tenaga positif yang boleh menjadi
kuasa penyembuhan kepada orang di sekeliling mereka.

Oleh itu, pilihan profesion, kepuasan kerja, pembangunan kerjaya dan prestasi
peribadi ialah komponen yang paling penting dalam kesejahteraan pekerjaan.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Berikan definisi kesejahteraan pekerjaan.

2. Nyatakan komponen yang paling penting dalam kesejahteraan


pekerjaan.

AKTIVITI 3.2

1. Secara berkumpulan, bincangkan strategi-strategi untuk


meningkatkan kesejahteraan pekerjaan di tempat kerja anda.

2. Tulis satu jurnal reflektif mengenai pengalaman kerja anda dan


kaitkannya dengan kesejahteraan pekerjaan.

3.3 DIMENSI PERSEKITARAN


Sekarang mari kita beralih kepada dimensi persekitaran. Apakah yang
dimaksudkan dengan kesejahteraan persekitaran? Adakah anda menyedari
kepentingan kesejahteraan persekitaran? Sesungguhnya, ia penting untuk
membawa kita kepada gaya hidup yang menghormati alam sekitar. Sekarang,
mari kita membincangkan kesejahteraan persekitaran secara mendalam supaya
pada akhir subtopik ini, anda akan dapat merancang beberapa strategi untuk
meningkatkan kesedaran persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  61

Pertama, apakah maksud kesejahteraan persekitaran?

Kesejahteraan persekitaran dihuraikan sebagai gaya hidup yang sepatutnya


saling menghormati dan dalam keharmonian dengan alam sekitar kita.

Dengan kata lain, anda harus menyedari tentang had sumber asli bumi dan
kesan tindakan kita terhadap alam sekitar. Orang yang mempunyai kesedaran
persekitaran yang baik secara sedar memilih untuk hidup dengan cara yang
melindungi persekitaran di sekeliling mereka.

Walau bagaimanapun, dalam iklim hari ini, ramai orang mungkin masih tidak
prihatin tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu kesejahteraan
alam sekitar. Sebagai individu, anda tidak perlu menjadi ahli sesebuah
organisasi. Anda boleh dengan mudah membantu dengan hanya menjalani
kesedaran kehidupan pada alam sekitar.

Bagaimanakah anda menyumbang kepada kesejahteraan persekitaran? Baiklah,


anda boleh menyumbang dengan menekankan kepentingan hidup dalam
persekitaran yang sihat dengan memastikan kesucian keadaan air, udara dan
tempat tinggal. Pada masa yang sama, jika anda melihat seseorang membuang
sampah merata-rata, apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan sopan
memberitahu orang itu yang anda tidak bersetuju dengan tindakannya.

Anda boleh menyumbang kepada peningkatan kesihatan alam sekitar dengan


terlibat secara aktif dalam program kitar semula komuniti anda dengan
mendidik masyarakat mengenai kepentingan program ini, dan melaksanakan
program kitar semula seperti mencari cara untuk menjimatkan penggunaan
kertas di rumah dan tempat kerja anda.

Jangan lupa untuk mengadakan perjumpaan dengan komuniti atau masyarakat


anda untuk memastikan mereka menyokong dan terlibat secara aktif dalam
program ini. Pastikan tong kitar semula yang terdapat di rumah dan di tempat
kerja anda digunakan sebaik mungkin (lihat Rajah 3.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Rajah 3.3: Tong kitar semula


Sumber: http://recyclingrangers.blogspot.com

Kesejahteraan persekitaran juga termasuklah keupayaan untuk menggalakkan


langkah yang meningkatkan taraf hidup dan kualiti kesihatan dalam
persekitaran kita. Oleh itu, ia sebenarnya tanggungjawab peribadi, komuniti dan
masyarakat kita untuk mendidik dan melindungi diri kita daripada bahaya alam
sekitar.

Ia penting untuk diambil perhatian bahawa kita juga perlu melindungi alam
sekitar supaya kanak-kanak dan generasi akan datang dapat hidup dalam
persekitaran yang lebih selamat dan bersih. Contohnya, jika kita mengambil kira
masalah jerebu baru-baru ini yang menjejaskan alam sekitar kita, kebanyakan
kita tidak menyedari bahayanya kepada kesihatan kita. Kita perlu mendidik
orang ramai untuk mengambil berat terhadap keadaan ini bagi memastikan
keluarga mereka dan kanak-kanak selamat daripada jerebu. Ini untuk
mengelakkan sebarang penyakit kerana jerebu boleh menyebabkan pelbagai
masalah pernafasan serta penyakit kulit (rujuk Rajah 3.4). Oleh itu, langkah
berjaga-jaga dan penghakiman segera terhadap pencemaran alam sekitar boleh
membawa kepada kesejahteraan alam sekitar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  63

Rajah 3.4: Bahaya jerebu


Sumber: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com

Pernahkah anda mendengar mengenai teori alam sekitar? Apakah maksudnya?

Teori alam sekitar ialah teori yang dirumuskan oleh Florence Nightingale
(pengasas kejururawatan moden) yang memberi tumpuan kepada penjagaan
persekitaran pesakit untuk mencapai matlamat kesihatan dan
menyembuhkan penyakit.

Pada asasnya, fokus model ini dalam bidang kejururawatan adalah untuk
mengubah persekitaran pesakit bagi mempengaruhi perubahan dalam kesihatan
mereka. Florence Nightingale percaya faktor alam sekitar akan memberi kesan
kepada kesihatan (seperti yang dinyatakan dalam teori tersebut). Contohnya,
udara yang segar, air yang tulen, bekalan makanan yang mencukupi, saliran
yang cekap, kebersihan pesakit dan cahaya terang (terutamanya cahaya matahari
secara langsung). Sekiranya mana-mana faktor tersebut tidak mencukupi, pesakit
mungkin kurang sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Walau bagaimanapun, beberapa aspek teori mungkin tidak relevan pada


persekitaran hari ini. Tahukah anda tahu sebabnya? Misalnya, mari kita ambil
cahaya matahari secara langsung dan pengudaraan yang baik. Nightingale
menyebut pintu perlu ditutup dan tingkap dibuka untuk membolehkan cahaya
matahari secara langsung dan memberikan pengudaraan yang baik. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan sebenar pada hari ini, semua pintu dan tingkap
ditutup kerana kita menggunakan sistem penghawa dingin di hospital.

Dalam keadaan yang tiada sistem penghawa dingin, tingkap dan pintu dibuka
untuk membolehkan pergerakan bebas udara dan pengudaraan tetapi masih
perlu diperiksa keberkesanannya bagi memastikan udara bebas daripada
mikroorganisma. Dalam usaha untuk memastikan keselamatan persekitaran di
hospital, semua sistem penghawa dingin, terutamanya di dewan bedah, perlu
diperiksa secara berkala untuk mengesan jika terdapat sebarang
mikroorganisma.

Jadi, bagaimanakah kita meningkatkan kesihatan persekitaran? Yang berikut


ialah beberapa petua untuk anda amalkan:

(a) Anda boleh memilih untuk menunggang basikal dan bukannya memandu
kereta;

(b) Anda perlu menghargai dan menghormati alam semula jadi;

(c) Anda perlu melindungi diri anda dan orang lain daripada bahaya alam
sekitar. Ia mungkin daripada asap perokok, persekitaran yang bising,
pencemaran udara dan air serta radiasi ultra ungu; dan

(d) Anda perlu mempelajari isu alam sekitar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  65

AKTIVITI 3.3

1. Secara berkumpulan, bincangkan isu kesejahteraan alam sekitar


berikut:

(a) Kesedaran mengenai had sumber asli muka bumi.

(b) Menjimatkan tenaga seperti menutup suis lampu yang tidak


digunakan.

(c) Kitar semula kertas, tin dan kaca sebanyak mungkin.

(d) Nikmati, hargai dan meluangkan masa di luar rumah dalam


persekitaran semula jadi.

(e) Jangan mencemarkan udara, air dan bumi jika anda boleh
mengelakkannya.

(f) Elakkan asap perokok.


(www.definitionofwellness.com)

Rancang aktiviti yang sesuai untuk setiap isu ini bagi


meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti/
penduduk.

2. Bincangkan beberapa strategi untuk memupuk kesedaran alam


sekitar dalam kalangan masyarakat anda pda hari ini.

3.4 DIMENSI KEWANGAN


Akhir sekali, marilah kita lihat dimensi kewangan. Diharapkan pada akhir
subtopik ini, anda akan dapat mentafsirkan kesejahteraan kewangan.

Adakah anda menyedari bahawa kesejahteraan kewangan ialah dimensi yang


baru? Kewangan dianggap baru kerana ia dimensi terakhir bagi kesihatan dan
kesejahteraan. Ia pada umumnya diterima sebagai dimensi kelapan selepas
Zaman Kemelesetan pada bulan Disember 2007 hingga Jun 2008.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan kewangan? Mari kita lihat
definisi yang diberi oleh LiveLifeWell.co (2015).

„Kesejahteraan dan kesihatan kewangan boleh ditakrifkan sebagai satu


„keadaan‰, „tahap‰ atau „kualiti‰ kedudukan kewangan atau kekayaan
seseorang. Kekayaan boleh diwujudkan, dikekalkan atau hilang dan akan
turun naik dalam keadaan yang berubah-ubah‰.
LiveLifeWell.co (2015)

Keadaan yang berubah ini terdiri daripada pelbagai bentuk. Sesetengah


daripadanya boleh dikawal manakala sebahagiannya tidak. Mengetahui ciri-ciri
setiap satu daripada tekanan yang relevan dalam tempoh tertentu adalah amat
penting. Idea ini adalah untuk membolehkan seseorang mengambil langkah
yang secukupnya untuk meminimumkan pendedahan aset seseorang kepada
kesan negatif tekanan persekitaran.

3.4.1 Dorongan yang Membawa kepada Pewujudan


Program Kesejahteraan Kewangan
Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan, Malaysia (NBER ă National Bureau of
Economic Research) pada tahun 2014 menyatakan bermulanya kemerosotan
ekonomi adalah pada bulan Disember 2007. Di Amerika, kira-kira 8.7 juta orang
telah hilang pekerjaan dari bulan Februari 2008 hingga Februari 2010. Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup sebanyak 5.1%, menjadikannya
Zaman Kemerosotan yang paling teruk sejak Zaman Kemelesetan.

Di samping itu, Zaman Kemelesetan Besar menyebabkan:

(a) Pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment);


(b) Kekurangan pekerjaan; dan
(c) Kurang pendapatan, peningkatan kemiskinan.

Kemelesetan ekonomi membawa kepada pecahnya „gelembung perumahan‰


dan pasaran saham jatuh menjunam serta penurunan dari segi kekayaan
keluarga. Tekanan yang serius juga telah berlaku.

Masyarakat menjadi tertekan akibat wang dan ini telah memberi kesan kepada
mental dan fizikal pekerja, memberi impak terhadap kos yang berkaitan dengan
kesihatan dan mengurangkan produktiviti dengan ketara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  67

3.4.2 Kesejahteraan Kewangan di Tempat Kerja


Tahukah anda bahawa penaksiran dapatan di tempat kerja menunjukkan
masalah kewangan sebagai penentu utama tekanan kewangan dalam kalangan
pekerja? Mereka yang mempunyai masalah kewangan tahap tinggi mengalami
tahap tekanan kewangan yang lebih tinggi yang menyebabkan kemerosotan
tahap kesejahteraan kewangan.

Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan bahawa dalam kalangan semua


peramal, tekanan kewangan mencatatkan kadar kesan tertinggi (kesan negatif)
pada kesejahteraan kewangan. Ia boleh dianggap bahawa mengurangkan tahap
beban kewangan pekerja akan meningkatkan kepuasan mereka terhadap aspek
kewangan.

Di samping memenuhi tanggungjawab pengawalseliaan untuk memantau


aktiviti pekerja perdagangan, beberapa syarikat menawarkan pendidikan
kewangan dan program kesejahteraan untuk membantu meningkatkan
keupayaan pekerja mereka dalam menguruskan kewangan peribadi mereka.
Program kesejahteraan kewangan boleh membantu mengurangkan
ketidakhadiran pekerja, menambah produktiviti dan meningkatkan kesetiaan
pekerja.

Kami pasti anda bersetuju bahawa masalah kewangan pekerja juga menjadi
masalah majikan. Kesejahteraan kewangan dan tempat kerja yang menggalakkan
boleh menjadi faktor jangka panjang dalam penyediaan penyelesaian yang
meningkatkan produktiviti dan ketenangan fikiran. Pekerja yang mengalami
kesejahteraan kewangan adalah lebih gembira dan berpotensi menjadi pekerja
yang lebih produktif kepada syarikat.

SEMAK KENDIRI 3.3

Nyatakan tiga faedah program kesejahteraan kewangan kepada


pekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

AKTIVITI 3.4

Baca Delafrooz, N., & Paim, L. (2013). Role of financial stress on


relationship between financial problem and financial wellness among
Malaysia workers. African Journal of Business Management, 7(20),
1966-1972 di http://goo.gl/MDdUMw.

Dalam kumpulan empat orang, bincangkan hubung kait yang wujud


antara masalah kewangan, tingkah laku kewangan, tekanan kewangan
dan kesejahteraan kewangan.

 Kesejahteraan sosial adalah perhubungan dengan orang lain. Ia melibatkan


pembinaan hubungan yang sihat, memupuk dan menyokong orang lain
untuk memelihara hubungan yang sejati antara anda dan rakan anda atau
orang di sekeliling anda.

 Sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kesejahteraan sosial


merupakan membina hubungan yang baik dengan orang lain melalui
rangkaian sokongan sosial yang kuat, mengamalkan kemahiran
berkomunikasi berkesan dengan orang lain, berinteraksi dengan individu
daripada budaya, latar belakang dan kepercayaan yang berbeza, dan
menghargai prinsip pengurusan masa.

 Kesejahteraan pekerjaan adalah berkaitan dengan pekerjaan yang


menyediakan kepuasan peribadi dan memperkayakan kehidupan seseorang.

 Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan pekerjaan


ialah pilihan profesion, kepuasan kerja, pembangunan kerjaya dan prestasi
peribadi.

 Kesejahteraan persekitaran merupakan salah satu dimensi penting dalam


kesihatan dan kesejahteraan. Ia menumpukan kepada kesedaran individu,
komuniti dan masyarakat untuk mencegah bahaya alam sekitar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II  69

 Sesetengah strategi yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan


kesejahteraan alam sekitar ialah kempen kitar semula untuk mendidik dan
melindungi kita terhadap bahaya alam sekitar, membentuk penghargaan
kepada alam semula jadi dan menghormati segala spesies hidupan dalam
alam semula jadi.

 Kesejahteraan kewangan ialah satu dimensi yang agak baru dan secara
umumnya diterima pakai sebagai dimensi kelapan selepas kesan Zaman
Kemelesetan yang bermula dari bulan Disember 2007 hingga Jun 2008. Ia
boleh ditakrifkan sebagai keadaan, tahap atau kualiti kedudukan kewangan
atau kekayaan seseorang.

Kepuasan peribadi dan pengayaan Kesejahteraan sosial


Kesejahteraan kewangan Kitar semula
Kesejahteraan pekerjaan Program pendidikan kewangan dan
kesejahteraan
Kesejahteraan persekitaran

Hettler, B. (1976). The six dimensions of wellness. Dicapai dari http://www.


nationalwellness.org/?page=Six_Dimensions

Hoeger, W. K., & Hoeger, S. S. (2003). Lifetime physical fitness and wellness, a
personalized program (Ed. ke-7). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

LiveLifeWell.co. (2015). Financial wellness. Dicapai dari http://livelifewell.


co/category/wellness/wellness_financial/wellness_financial.php

National Bureau of Economic Research (NBER). (2014). Economic report of the


president. Dicapai dari http://www.nber.org/erp/2014_economic_report_
of_the_president.pdf

Payne, W. A., Hahn, D. B., & Mauer, E. B. (2005). Understanding your health
(Ed. ke-8). New York, NY: McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 DIMENSI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN II

Petiprin, A. (2015). Nightingale environment theory. Dicapai dari http://www.


nursing-theory.org/theories-and-models/nightingaleenvironment-theory.
php

World Health Organization (WHO). (1994). Global strategy on occupational


health for all: The way to health at work. Dicapai dari http://www.
who.int/occupational_health/publications/globstrategy/en/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Memahami
4 Pemakanan
dan Diet
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti komponen diet yang sihat;
2. Membezakan cabaran pemakanan untuk golongan tertentu;
3. Membandingkan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik; dan
4. Merancang diet yang sihat.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan pelajaran kita dalam topik keempat ini dengan melihat
petikan berikut (rujuk Rajah 4.1 dan 4.2).

Rajah 4.1: Hippocrates (dari 460 hingga 370 SM) ă


Pakar perubatan Yunani pada zaman Pericles
Sumber: www.azquotes.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Rajah 4.2: Terri Guillemets (1973) ă Antologi petikan


Sumber: www.vebidoo.com

Pernahkah anda mendengar tentang kedua-dua petikan ini? Adakah anda faham
maksudnya? Bagaimanakah ubat dikaitkan dengan makanan? Bolehkah badan
kita benar-benar mendapat sumber tenaga daripada bahan api hijau? Bayangkan
jika ini benar-benar berlaku dalam kehidupan! Bukankah ia satu yang menarik?
Petikan tersebut adalah berkaitan dengan diet yang sihat dan pengambilan
makanan yang sihat untuk meningkatkan kehidupan kita secara luar biasa.

Topik ini akan meningkatkan pemahaman anda tentang pemakanan dan diet. Di
samping itu, terdapat beberapa aktiviti berkaitan yang boleh membantu anda
untuk lebih memahami topik ini. Sebagai orang dewasa yang bekerja, adalah
sangat penting bagi anda untuk memahami maklumat asas mengenai
pemakanan dan diet supaya anda mendapat manfaat daripada pengetahuan
yang diperoleh.

Adakah anda bersetuju bahawa makanan ialah sumber keseronokan? Ini


pendapat sesetengah orang. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang makan
dengan cara yang tersendiri dan memang benar bahawa makanan bukan sahaja
alat untuk kelangsungan hidup. Makanan boleh menjadi sumber keselesaan,
simbol layanan yang baik serta petunjuk taraf sosial. Walau apa pun sebabnya,
ingatlah makanan juga boleh menjadi punca kita mendapat penyakit. Jadi,
bagaimanakah kita mengelakkan diri daripada mendapat penyakit disebabkan
oleh makanan kita?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  73

Makanan pada umumnya adalah bagus tetapi ia juga boleh memberi masalah
kepada anda. Jadi, bagaimanakah untuk kita kekal sihat? Pertama, anda perlu
tanya diri anda, „Adakah saya makan dengan betul?‰ Seterusnya ialah
kesedaran. Dengan meningkatkan kesedaran anda tentang makan dengan sihat,
anda boleh mencegah diri anda daripada jatuh sakit. Ramai orang mengetahui
peranan pemakanan dalam kesihatan dan mereka mahu makan secara berhemah
demi kesihatan tetapi gagal menterjemahkan keinginan mereka melalui tindakan
yang betul.

Tabiat makan yang buruk merangkumi semua kumpulan umur. Pemakanan


sihat ialah faktor yang semakin mendapat perhatian di kebanyakan negara
disebabkan oleh peningkatan kes berat badan berlebihan dan obesiti, bukan
sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Gaya hidup moden seperti
makan lewat dan generasi muda bergantung pada makanan segera telah
menyebabkan keadaan gangguan makan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar dan kempen


untuk menggalakkan tingkah laku pemakanan yang sihat dalam kalangan orang
ramai. Antara kempen yang telah dijalankan ialah Kempen Cara Hidup Sihat,
Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Garis Panduan Pelaksanaan
Pemakanan Sihat dalam Sektor Awam yang telah dilancarkan di peringkat
kebangsaan. Versi yang telah disemak semula iaitu Garis Panduan Diet Malaysia
(MDG) telah dilancarkan pada tahun 2010, terdiri daripada 14 mesej dan 55 syor
untuk diet yang sihat. Objektif garis panduan ini adalah mempromosikan
pemakanan yang sihat, senaman yang kerap dan penggunaan berkesan bagi
maklumat pemakanan pada label makanan (Tee, 2011). Anda boleh mendapatkan
salinan garis panduan ini untuk anda sendiri di http://goo.gl/eUrivj.

Dalam usaha untuk makan dengan betul atau merancang pemakanan anda, anda
perlu mengetahui komponen diet yang sihat. Oleh itu, topik ini akan mengajar
anda cara untuk melakukan perkara ini dan kemudian, anda akan dapat memilih
diet yang betul mengikut keperluan badan anda. Ingat: untuk meneruskan dan
mengekalkan gaya hidup sihat, anda juga perlu bersenam!

4.1 KOMPONEN DIET YANG SIHAT


Apakah yang anda faham mengenai komponen diet yang sihat? Adakah anda
fikir bahawa dengan memakan sandwic tuna dengan beberapa hirisan timun di
dalamnya dan minum segelas susu segar, anda akan mendapat komponen yang
betul untuk diet yang sihat? Apakah nutrien penting yang terkandung dalam
makanan tersebut? Mari kita periksa kandungan makanan berdasarkan piramid
makanan yang sentiasa disyorkan oleh pakar pemakanan untuk diet yang sihat
(rujuk Rajah 4.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Rajah 4.3: Piramid makanan


Sumber: www.healthworks.my

Berdasarkan Rajah 4.3, adakah anda boleh mengenal pasti kandungan dalam
makanan ini? Secara umumnya, badan kita memerlukan protein, lemak,
karbohidrat, vitamin, mineral dan air yang boleh didapati dalam makanan yang
kita makan. Ini disebut nutrien penting yang bermaksud anda perlu
mendapatkan bahan ini daripada makanan yang anda makan kerana badan anda
langsung tidak dapat menghasilkannya.

Sekarang mari kita lihat nutrien ini dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

4.1.1 Protein
Tahukah anda bahawa protein ialah asas bagi struktur badan kita? Protein
membentuk bahagian penting dalam komponen struktur utama badan (otot dan
tulang) dan juga membentuk bahagian penting dalam darah, enzim, beberapa
hormon dan membran sel (Insel & Roth, 2008).

Apakah yang membentuk protein? Protein terdiri daripada rantaian asid amino.
Asid amino seolah-olah „batu-bata‰ bagi badan di mana badan membentuk
proteinnya sendiri. Dalam badan manusia, kita menggunakan 20 asid amino
dalam pelbagai kombinasi untuk membina protein yang diperlukan untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  75

proses fisiologi supaya kita boleh terus menjadi sihat (Williams, Anderson &
Rawson, 2013).

Penyelenggaraan tisu badan adalah penting kerana tubuh badan sentiasa


mengalami keadaan haus dan lusuh. Oleh itu, protein dan asid amino
melakukan pembaikan yang berterusan. Apakah yang dimaksudkan dengan
haus dan lusuh? Haus dan lusuh bermakna bahawa setiap hari tisu dan sel kita
mati dan akan digantikan dengan yang baharu.

Di samping itu, protein turut bertindak sebagai perisai. Ia akan mempertahankan


tubuh daripada pelbagai penyakit. Apabila badan mengesan sebarang antigen
akan menyerang, badan akan mengeluarkan antibodi dan molekul protein
gergasi yang direka bentuk khusus untuk memerangi antigen.

Di manakah kita boleh mendapatkan protein? Apakah jenis diet yang


mengandungi protein? Protein dalam diet manusia datang daripada dua sumber
utama, iaitu:

(a) Protein haiwan (seperti telur, susu, daging dan ikan); dan

(b) Protein tumbuhan (seperti bijirin, kacang [nuts], kekacang [beans] dan
produk soya).

AKTIVITI 4.1

Buat kumpulan kecil semasa sesi tutorial anda dan bincangkan


kepentingan protein dalam diet mengikut kumpulan umur.

4.1.2 Karbohidrat
Anda telah mempelajari bahawa protein membentuk struktur asas badan.
Bagaimanakah pula dengan karbohidrat? Apakah peranan karbohidrat dalam
badan kita? Mari kita lihat dahulu definisinya.

Karbohidrat ialah gabungan unit gula dan sumber tenaga utama untuk
badan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Malah, setiap gram karbohidrat mengandungi empat kalori. Karbohidrat terjadi


dalam tiga bentuk ă monosakarida, disakarida dan polisakarida. Saya pasti anda
sudah biasa dengan glukosa. Tahukah anda bahawa glukosa ialah salah satu
monosakarida yang paling penting? Ia membentuk gula dalam darah yang
digunakan sebagai sumber utama tenaga tubuh badan. Di samping itu, ia satu-
satunya sumber tenaga untuk otak dan sistem saraf.

Apakah yang akan berlaku jika otak dan sistem saraf tidak mempunyai tenaga
yang mencukupi? Kekurangan glukosa boleh menyebabkan kelemahan, pening
dan glukosa darah rendah (hipoglisemia). Glukosa darah yang rendah semasa
bersenam mengurangkan prestasi dan ini boleh menyebabkan keletihan mental
serta fizikal. Semua sel dan tisu dalam badan kita memerlukan karbohidrat.
Tambahan lagi, ia juga penting untuk kesihatan usus dan penyingkiran bahan
buangan. Malah, karbohidrat mudah ditukar kepada bahan tenaga apabila ia
memasuki badan kita.

Terdapat dua jenis karbohidrat, iaitu yang ringkas dan kompleks. Karbohidrat
ringkas (juga dikenali sebagai gula ringkas) termasuklah gula yang terdapat
dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan susu serta gula yang ditambahkan
semasa pemprosesan makanan.

Bagaimanakah pula dengan karbohidrat kompleks? Karbohidrat kompleks (juga


disebut kanji) termasuklah roti gandum penuh dan bijirin, sayur-sayuran
berkanji dan kekacang. Kebanyakan karbohidrat kompleks mengandungi serat
yang membantu kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan kepuasan
makan (berasa kenyang), mengurangkan makan berlebihan dan kenaikan berat
badan. Di samping itu, makanan yang tinggi serat membantu menurunkan
kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sekarang mari kita lihat fungsi karbohidrat. Apakah fungsinya? Adakah anda
mempunyai apa-apa idea? Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk jawapannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  77

Jadual 4.1: Fungsi Karbohidrat

Fungsi Deskripsi

Memberi tenaga Karbohidrat adalah seperti sumber tenaga di dalam badan kita.
Apabila anda makan makanan yang mengandungi karbohidrat,
badan anda akan memecahkannya menjadi glukosa untuk
penyerapan yang lebih baik.

Protein simpanan Digunakan sebagai tenaga akibat kekurangan karbohidrat.

Mengekalkan Serat ialah karbohidrat yang diperlukan untuk kesihatan


kesihatan penghadaman. Fungsi utamanya adalah membantu mencegah
penghadaman sembelit dan cirit-birit serta membantu anda berasa kenyang
dengan lebih lama yang membantu dan mengelakkan anda
daripada makan secara berlebihan.

Merangsang Karbohidrat yang berada di dalam usus anda akan merangsang


pertumbuhan pertumbuhan bakteria. Bakteria ini membantu memecahkan
bakteria di dalam makanan supaya ia boleh digunakan oleh badan. Sesetengah
usus bakteria melindungi usus besar daripada sel yang berbahaya
seperti kanser. Makanan yang merangsang bakteria jenis ini
dikenali sebagai probiotik. Probiotik sangat penting untuk
kesihatan usus dan anda mungkin mahu mengambilnya dalam
bentuk tablet atau cecair. Contohnya, minuman yogurt seperti
Yakult atau Vitagen.

AKTIVITI 4.2

Fikirkan satu resipi untuk makan tengah hari bagi memastikan anda
mendapat bahagian karbohidrat yang mencukupi. Bincangkan dengan
rakan-rakan sekuliah anda semasa tutorial dan kongsi dapatan anda.

4.1.3 Lemak
Sekarang mari kita mengalih perhatian kita kepada lemak. Tahukah anda
bahawa lemak juga dikenali sebagai lipid? Lemak disimpan di dalam badan kita
mewakili tenaga yang boleh digunakan, membantu sebagai menebat badan, dan
menyokong dan menjadi pelapik pada organ kita. Lemak dalam diet membantu
badan kita untuk menyerap vitamin larut lemak (A, D, E dan K) serta menambah
perasa penting dan tekstur kepada makanan. Di samping itu, lemak ialah bahan
tenaga utama bagi badan semasa berehat dan aktiviti ringan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Terdapat dua jenis lemak ă asid linoleik dan asid alfa-linolenik. Ia komponen
penting dalam diet kita. Ia digunakan untuk membuat sebatian yang mengawal
selia fungsi utama badan seperti mengekalkan tekanan darah dan kemajuan
kehamilan yang sihat.

Fungsi lemak diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Fungsi Lemak di Dalam Badan

Fungsi Deskripsi

Tenaga Karbohidrat ialah sumber utama bahan tenaga di dalam badan


kita. Kadangkala sistem badan kita beralih kepada lemak sebagai
sumber tenaga sandaran apabila tiada karbohidrat.
Penyerapan
Beberapa jenis vitamin bergantung pada lemak untuk penyerapan
vitamin dan penyimpanannya. Vitamin A, D, E dan K (disebut vitamin
larut lemak) tidak boleh berfungsi tanpa pengambilan lemak
harian yang mencukupi. Vitamin ini ialah bahagian penting dalam
diet harian anda. Penyerapan vitamin ini boleh terjejas tanpa diet
yang betul.

Penebatan Sel lemak, disimpan dalam tisu adipos, menjadi penebat pada
badan anda dan membantu untuk mengekalkan suhu badan
normal. Tisu adipos tidak selalunya boleh dilihat tetapi jika anda
mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin dapat
melihatnya di bawah kulit anda. Lemak disimpan mengelilingi
organ penting untuk memastikannya dilindungi daripada
pergerakan secara tiba-tiba atau impak luaran.

Adakah anda menyedari bahawa kebanyakan lemak yang kita makan adalah
„tersembunyi‰ dalam makanan? Ini kerana ia telah digabungkan semasa
penyediaan atau kaedah memasak seperti menggoreng.

Setiap jenis lemak terdiri daripada gabungan tiga lemak ă tepu, mono tak tepu
dan poli tak tepu berdasarkan komposisi kimia. Ambil perhatian bahawa kita
tidak akan mempelajari dengan lebih terperinci jenis lemak ini tetapi sebagai
pengguna, kita perlu memberi perhatian kepada jumlah setiap jenis dalam diet
kita kerana ia mempunyai peranan dalam penyakit jantung.

Selain itu, jenis lemak berlainan mempunyai kesan yang berbeza ke atas
kesihatan terutamanya tahap kolesterol dan risiko penyakit jantung. Lemak tepu
dan lemak asid trans meningkatkan tahap darah lipoprotein ketumpatan rendah
(LDL ă low-density lipoprotein). Ini kolesterol jahat yang meningkatkan risiko
masalah jantung. Asid lemak mono tak tepu boleh didapati di dalam minyak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  79

zaitun atau minyak bunga kanola. Asid lemak jenis ini boleh meningkatkan
lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL ă high-density lipoprotein) yang juga
dikenali sebagai kolesterol baik. Bolehkah anda mengenal pasti antara lemak
baik dan jahat? Mari kita lihat Rajah 4.4 untuk jawapannya.

Rajah 4.4: Lemak baik dan lemak jahat


Sumber: https://blogs.otago.ac.nz

Lemak tepu didapati boleh menjejaskan kemampuan HDL untuk mencegah


keradangan saluran darah dan mengurangkan keupayaannya untuk bertindak
balas secara normal kepada tekanan, sekali gus mengurangkan risiko penyakit
jantung. Jadi adalah penting untuk kita memilih lemak tak tepu dan bukannya
lemak trans atau tepu.

Bagaimanakah kita mengurangkan kedua-dua lemak tepu dan trans dalam diet
kita? Cara terbaik adalah untuk mengurangkan pengambilan daging dan produk
tenusu penuh lemak (susu penuh, krim, mentega, yogurt dan ais krim).
Bagaimanakah pula dengan lemak trans? Adakah anda suka makan kentang
goreng? Jika jawapan anda ya, harap pertimbangkannya semula kerana makanan
bergoreng dengan minyak banyak, keropok, biskut dan makanan yang dibakar
mengandungi lemak trans yang tidak begitu baik untuk kesihatan anda.

AKTIVITI 4.3

Bincangkan hubung kait antara lemak baik dan jahat, dan bagaimanakah
lemak ini boleh menyebabkan penyakit jantung. Kemudian, cadangkan
cara-cara untuk mencegahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

4.1.4 Vitamin
Apakah yang anda faham mengenai vitamin? Kita telah mendengar tentang
semua jenis vitamin tetapi sejauh manakah kita memahami kepentingan vitamin
dalam diet kita? Perlukah kita mengambil vitamin tambahan untuk memastikan
kita mempunyai vitamin yang mencukupi? Ini soalan yang selalu diutarakan
oleh ramai orang apabila mereka merancang untuk membeli vitamin tambahan.
Sekarang, mari kita lihat butiran lanjut tentang vitamin. Pertama, definisinya.

Vitamin ialah sebatian organik yang diperlukan dalam jumlah yang kecil
untuk pertumbuhan normal, pembiakan dan mengekalkan kesihatan.

Ambil perhatian bahawa vitamin tidak menjadi kalori tetapi bertindak sebagai
koenzim. Dengan memudahkan tindakan koenzim, vitamin membantu
memulakan pelbagai tindak balas badan termasuklah pengeluaran tenaga,
penggunaan mineral dan pertumbuhan tisu yang sihat.

Sebagai manusia, kita memerlukan 13 jenis vitamin, iaitu empat larut lemak (A,
D, E dan K) dan sembilan larut air (C dan lapan vitamin B-kompleks seperti
tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B-6, folat, vitamin B-12, biotin dan asid
pantotenik). Vitamin larut air diserap terus ke dalam aliran darah (Insel & Roth,
2008).

Vitamin penting untuk melepaskan tenaga yang tersimpan dalam karbohidrat,


protein dan lemak. Ia penting dalam pengeluaran sel darah merah dan
mengekalkan sistem saraf, rangka dan imun. Sebahagian daripada vitamin
tersebut bertindak sebagai antioksidan yang membantu memelihara sel sihat di
dalam badan.

Di manakah kita boleh mendapatkan vitamin dengan mudah? Lupakan vitamin


di dalam botol di farmasi! Mari kita lihat sumber semula jadi. Vitamin banyak
terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Malah, kulit kita
menghasilkan vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari dan bakteria
usus kita turut menghasilkan vitamin K.

Apakah yang akan berlaku jika anda tidak mendapat cukup vitamin?
Kekurangan vitamin akan menyebabkan banyak masalah. Contohnya,
kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta dan kekurangan vitamin B6
boleh menyebabkan sawan. Namun anda perlu ingat! Jika anda mengambil
vitamin tambahan, ia juga boleh membahayakan anda! Misalnya, dos vitamin A
yang tinggi menghasilkan toksik dan meningkatkan risiko kecacatan kelahiran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  81

manakala pengambilan vitamin B6 berlebihan boleh menyebabkan kerosakan


saraf yang tidak boleh dipulihkan.

Mari kita lihat Jadual 4.3 yang menunjukkan kepada anda vitamin larut air dan
fungsinya. Anda mungkin mahu mengingati fungsi ini untuk memastikan anda
mendapat dos yang mencukupi.

Jadual 4.3: Vitamin Larut Air dan Fungsinya

Vitamin Fungsi
B1 (tiamin)  Mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat.

B2 (riboflavin)  Mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.


 Menggalakkan kulit dan mata yang sihat.

B3 (niasin)  Mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.


 Terlibat dalam pengeluaran kolesterol.

B5 (asid  Mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.


pantotenik)

B6 (piridoksin)  Memecahkan protein.


 Membantu penghasilan sel darah merah.

B12  Membantu penghasilan sel darah merah, sel saraf dan bahan
(sianokobalamin) genetik (deoxyribonucleic acid atau DNA).
 Memecahkan karbohidrat dan lemak.

Folat (asid folik)  Membantu penghasilan sel darah merah dan enzim serta
mencegah kecacatan tiub neural.
 Memecahkan bahan DNA dan mengurangkan paras homosistin
(tahap tinggi ialah faktor risiko penyakit kardiovaskular).

Biotin  Memecahkan lemak dan protein.


 Menggalakkan pertumbuhan dan sel saraf yang sihat.

C (asid askorbik)  Membentuk kolagen (komponen penting di dalam kulit, salur


darah, tulang dan gigi).
 Bertindak sebagai antioksidan, memberikan rintangan terhadap
jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka.
 Meningkatkan penyerapan zat besi yang tidak berbahaya.

Sumber: Carruthers (2006)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Jadual 4.4 pula menerangkan vitamin larut lemak dan fungsinya.

Jadual 4.4: Vitamin Larut Lemak dan Fungsinya

Vitamin Fungsi
Vitamin A (retinol) • Mengekalkan kulit dan mata yang sihat, meningkatkan
penglihatan pada waktu malam dan dalam cahaya malap.
 Bertindak sebagai antioksidan, mempunyai peranan dalam
pencegahan kanser.

Vitamin D  Menggalakkan tulang dan gigi yang kuat.


(kolekalsiferol)

Vitamin E • Mengekalkan membran sel yang sihat.


(tokoferol)
 Bertindak sebagai antioksidan.

Vitamin K  Diperlukan untuk pembekuan darah.


(filokuinon)

Sumber: Carruthers (2006)

AKTIVITI 4.4

Adakah anda fikir bahawa dengan mendedahkan diri anda kepada


cahaya matahari secara langsung, anda boleh mendapatkan vitamin D
yang mencukupi? Bincangkan kebaikan dan keburukan kaedah ini
dengan tutor anda.

4.1.5 Mineral
Mengapakah kita memerlukan mineral? Mineral ialah elemen penting untuk
mengawal atur fungsi badan, membantu dalam pertumbuhan dan mengekalkan
tisu badan serta membantu melepaskan tenaga. Ia juga kritikal dalam mengawal
atur beberapa proses badan, termasuklah keseimbangan cecair, impuls saraf,
pengecutan otot, fungsi jantung, pembekuan darah, sintesis protein dan sintesis
sel darah merah.

Untuk pengetahuan anda, terdapat kira-kira 17 mineral penting yang diperlukan


oleh badan kita termasuklah kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium dan
klorida.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  83

Mineral penting dibahagikan kepada mineral utama (mineral makro) dan


mineral surih (mineral mikro). Kedua-dua kumpulan mineral ini adalah sama
penting tetapi mineral surih diperlukan dalam jumlah yang lebih kecil daripada
mineral utama. Contoh mineral makro ialah kalsium, fosforus, natrium, kalium
dan magnesium, manakala mineral mikro terdiri daripada zink, zat besi,
tembaga, selenium dan iodin.

Bolehkah anda namakan beberapa contoh makanan yang mengandungi mineral?


Contoh makanan yang mengandungi mineral ialah daging tanpa lemak (kaya
dengan zat besi), produk tenusu (sumber terbaik kalsium). Sayur-sayuran
berdaun hijau, kentang putih dan keledek, pisang dan buah-buahan lain juga
mengandungi kalium.

SEMAK KENDIRI 4.1

Namakan semua nutrien yang kita perlukan untuk kekal sihat dan
berikan tiga contoh untuk setiap satu.

4.1.6 Air
Kami pasti anda sedar bahawa air ialah komponen utama di dalam badan kita
dan dalam makanan. Secara umumnya, manusia boleh mati jika tidak mendapat
air untuk tempoh tertentu disebabkan dehidrasi. Badan kita terdiri daripada 50
hingga 60% air. Air membentuk bahan asas untuk darah, cecair penghadaman,
air kencing dan peluh, dan terkandung dalam otot tanpa lemak (lean muscle),
lemak dan tulang.

Mengapakah kita memerlukan air? Badan kita memerlukan air untuk mengawal
atur suhu badan; air memainkan peranan penting dalam hampir semua tindak
balas biokimia tubuh badan. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak pernah
memikirkan secara serius tentang kepentingan air untuk badan mereka. Malah,
ramai antara kita mendapatkan cecair daripada buah-buahan atau sayur-sayuran
daripada meminumnya secara terus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

Yang berikut ialah beberapa fakta menarik tentang air untuk anda ketahui
(Better Health Channel, 2015):

(a) Kandungan air di dalam badan adalah lebih tinggi pada lelaki berbanding
wanita dan berkurangan mengikut usia;

(b) Kebanyakan orang dewasa matang kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter
air setiap hari. Kehilangan air boleh meningkat dalam cuaca panas dan
dengan senaman yang berpanjangan;

(c) Orang tua kehilangan kira-kira dua liter sehari;

(d) Orang yang menaiki pengangkutan udara boleh kehilangan kira-kira 1.5
liter air semasa tiga jam penerbangan; dan

(e) Kehilangan air perlu diganti.

Apakah risiko jika kita tidak minum air yang cukup? Pengambilan air yang tidak
mencukupi boleh meningkatkan risiko batu karang dan jangkitan saluran
kencing, terutamanya dalam kalangan wanita! Ia juga boleh menurunkan
prestasi fizikal dan mental kita dan menyebabkan dehidrasi. Bagaimanakah anda
tahu bila tubuh anda memerlukan air? Sedikit air kencing berwarna gelap boleh
menjadi petunjuk bahawa anda tidak minum air yang mencukupi! Tahukah
anda apakah penyelesaiannya? Minum banyak air (disyorkan lapan gelas sehari)
kerana air kencing yang berwarna jernih atau pucat ialah petunjuk bahawa cecair
mencukupi di dalam badan anda.

4.1.7 Cabaran Pemakanan untuk Kumpulan Khas


Mari kita membincangkan cabaran pemakanan untuk golongan tertentu.
Siapakah yang dikategorikan sebagai kumpulan khas? Mereka ialah kanak-
kanak dan remaja, pelajar kolej, orang tua, atlet dan wanita hamil.

Secara umumnya, kumpulan orang dengan usia yang berbeza memerlukan jenis
makanan yang berlainan. Contohnya, orang muda perlu memakan pelbagai jenis
makanan. Kanak-kanak dan remaja, sering memerlukan galakan untuk makan
sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan ini biasanya suka mengambil
makanan segera yang mengandungi lebih natrium dan bahan pengawet
daripada makanan sihat yang segar. Perkara terbaik yang ibu bapa boleh
lakukan adalah menyediakan pelbagai jenis makanan kepada kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  85

Pelajar kolej selalu memilih untuk mengambil makanan yang tidak sihat kerana
aktiviti harian mereka. Sesetengah kolej menyediakan dewan makan atau medan
selera yang tidak menawarkan makanan yang kaya dengan nutrien atau rendah
lemak. Mereka juga suka mengambil makanan segera kerana kesibukan jadual
mereka.

Ambil perhatian bahawa nutrien tidak berubah begitu banyak seperti usia
seseorang tetapi orang tua cenderung untuk menjadi kurang aktif dan mereka
memerlukan kalori yang sedikit untuk mengekalkan berat badan. Oleh sebab
perubahan yang berkaitan dengan usia berlaku dalam saluran penghadaman,
badan mereka juga mempunyai masalah dengan penyerapan nutrien. Maka,
mereka perlu mengambil makanan yang penuh dengan nutrien untuk
memenuhi keperluan pemakanan bagi badan mereka.

Untuk menjadi atlet elit memerlukan gen yang baik, latihan yang teratur dan
bersesuaian serta diet yang betul. Pemakanan yang optimum adalah penting
untuk prestasi yang terbaik. Aspek yang paling penting untuk atlet adalah
meningkatkan keperluan tenaga mereka dan memastikan mereka minum air
secukupnya semasa sesi latihan untuk kekal terhidrat.

Yang berikut ialah beberapa garis panduan bagi atlet:

(a) Atlet boleh mencapai prestasi yang terbaik dengan latihan yang kerap dan
makan makanan yang seimbang yang merangkumi pelbagai jenis
makanan;

(b) Karbohidrat dan lemak boleh membekalkan tenaga untuk badan mereka;

(c) Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga bergantung pada keamatan dan
tempoh senaman serta keadaan atlet tersebut;

(d) Senaman akan meningkatkan keperluan protein untuk atlet; dan

(e) Air ialah nutrien yang sangat kritikal untuk semua atlet. Jika air yang
diminum tidak mencukupi, dehidrasi boleh berlaku dan menyebabkan
kekejangan otot dan keletihan. Selain itu, keadaan ini akan meningkatkan
risiko strok haba.

Untuk membolehkan anda memahami jenis diet, perbincangan lanjut dalam


subtopik seterusnya akan membolehkan anda melihat perbezaan antara diet
yang sihat dengan diet terapeutik. Mari kita teruskan pembelajaran!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

AKTIVITI 4.5

1. Bincangkan dengan tutor anda diet yang sesuai untuk kanak-


kanak lelaki dan perempuan yang berusia enam tahun. Sediakan
diet yang sesuai yang perlu diambil oleh kanak-kanak tersebut.

2. Buat dua kumpulan dan bahaskan dua pernyataan ini:

(a) Setiap kali anda makan atau minum, anda dikatakan sama
ada mengundang penyakit atau melawannya.

(b) Jangan kurangkan pengambilan makanan, sebaliknya


makan makanan yang betul.

4.2 DIET YANG SIHAT BERBANDING DIET


TERAPEUTIK
Sebelum kita tamatkan pelajaran kita tentang pemakanan dan diet, marilah kita
membincangkan isu antara diet yang sihat dengan diet terapeutik. Diharapkan
pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan antara diet yang sihat
dengan diet terapeutik.

4.2.1 Diet yang Sihat


Adakah anda sedar bahawa pemakanan yang sihat bukanlah mengenai
mengehadkan diet anda, menjadi terlalu kurus secara tidak realistik atau
menahan diri anda daripada makan makanan yang anda gemari? Sebenarnya, ia
lebih kepada berperasaan hebat, mempunyai lebih tenaga, memperbaiki
penampilan anda dan menstabilkan angin anda. Kita tahu bahawa makan
dengan betul boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan
mengelakkan masalah kesihatan yang tertentu. Namun apakah yang akan
berlaku jika diet anda mempunyai kesan mendalam kepada angin (mood) anda
dan kesejahteraan? Sebab itulah jika anda mahu kekal sihat, anda perlu
mengambil diet yang sihat.

Anda perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, memasak


makanan di rumah dan mengurangkan pengambilan lemak dan gula. Dengan
kata lain, ia akan membantu meningkatkan angin anda dan mengurangkan
risiko terhadap masalah kesihatan mental. Jika anda telah didiagnosis dengan
masalah kesihatan mental, makan dengan baik juga boleh membantu anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  87

menguruskan gejala dan mengawal semula hidup anda. Ini menunjukkan kuasa
yang ada pada makanan.

Bagaimanakah kita memastikan diri kita mengikuti diet yang sihat? Anda tidak
perlu menjadi sempurna dan menghapuskan semua makanan yang anda gemari
untuk mendapatkan diet yang sihat yang akan membuahkan perbezaan pada
cara anda berfikir dan rasa.

Yang berikut ialah beberapa petua untuk merancang diet yang sihat (Robinson,
Segal & Segal, 2015):

(a) Petua Mudah untuk Berjaya

(i) Sediakan makanan anda sendiri: Memasak makanan di rumah akan


membantu anda menjaga pemakanan anda. Anda boleh memantau
dengan tepat apa yang masuk ke dalam makanan anda.

(ii) Buat perubahan yang tepat: Pilih makanan yang sihat hanya untuk
diet anda.

(iii) Mudahkan: Kira kalori anda; fikirkan diet anda dari segi warna,
kepelbagaian dan kesegaran. Elakkan makanan yang dalam pek dan
diproses serta pilihlah bahan yang lebih segar.

(iv) Baca label: Berhati-hati dengan apa yang ada dalam makanan anda
seperti jumlah gula dan garam yang tersembunyi dalam makanan
berpek.

(v) Perasaan anda selepas makan: Ini akan membantu memupuk tabiat
baharu yang sihat dan rasa makanan. Lebih banyak makanan sihat
yang anda makan, anda akan rasa lebih segar selepas makan. Jangan
makan makanan ringan kerana ia mengandungi lebih banyak
keburukan daripada kebaikan.

(b) Banyakkan Minum Air

(i) Air boleh membantu dalam pembilasan sistem bahan buangan dan
toksin kita.

(ii) Anda boleh mengalami dehidrasi jika anda tidak minum air yang
mencukupi dan tanda gejalanya ialah keletihan, kurang bertenaga
dan sakit kepala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

(c) Kesederhanaan ialah Kunci Kejayaan

(i) Ia bermakna makan apabila anda berasa lapar.

(ii) Anda harus berasa puas selepas makan tetapi tidak terlampau
kenyang.

(iii) Dapatkan diet yang seimbang: Protein, lemak, serat, vitamin dan
mineral untuk mengekalkan badan yang sihat.

(d) Lebihkan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Berwarna-warni

(i) Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah kalori dan padat


dengan nutrien. Tumpukan kepada makan secara minimum lima
hidangan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan.

(ii) Cuba makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang


berwarna-warni setiap hari seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
dengan warna yang lebih terang yang mengandungi kepekatan yang
lebih tinggi dari segi vitamin, mineral dan antioksidan. Anda boleh
tambahkan buah beri pada bijirin untuk sarapan, buah-buahan untuk
pencuci mulut dan makan snek sayur-sayuran seperti lobak merah,
kacang pea atau ceri tomato dan bukannya makanan ringan yang
diproses.

(e) Makan Lebih Banyak Karbohidrat yang Sihat dan Bijirin Penuh

(i) Karbohidrat yang sihat (atau karbohidrat baik) termasuklah bijirin


penuh, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Karbohidrat yang
sihat dicerna perlahan-lahan, membantu anda berasa kenyang lebih
lama dan menjadikan gula dalam darah dan tahap insulin anda stabil.

(ii) Karbohidrat yang tidak sihat (atau karbohidrat jahat) ialah makanan
seperti tepung putih, gula halus dan beras putih yang telah
ditanggalkan semua bran, serat dan nutrien. Ia dihadamkan dengan
cepat dan boleh menyebabkan kenaikan tinggi paras gula darah dan
tenaga.

(f) Mengurangkan Pengambilan Gula dan Garam

(i) Gula bukan sahaja menimbulkan masalah berat badan tetapi ia juga
menyebabkan tenaga meningkat. Di samping itu, ia dikaitkan dengan
diabetes, kemurungan dan peningkatan terhadap tingkah laku untuk
membunuh diri bagi sesetengah orang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  89

(ii) Itulah sebabnya kita perlu mengurangkan jumlah gula-gula dan


pencuci mulut yang kita makan. Walau bagaimanapun, ia hanya
sebahagian daripada penyelesaian kerana gula juga tersembunyi
dalam makanan seperti roti, bijirin, sup dalam tin dan sayur-sayuran,
sos pasta, marjerin, kentang putar segera, makan malam sejuk beku,
makanan rendah lemak, makanan segera dan sos tomato.

(iii) Sodium ialah satu bahan lain yang sering ditambah kepada makanan
untuk menambah rasa. Walau bagaimanapun, badan kita sebenarnya
tidak memerlukan banyak sodium dalam pengambilan harian kita.

(iv) Mengambil terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah


tinggi dan menyebabkan peningkatan risiko strok, penyakit jantung,
penyakit buah pinggang, hilang ingatan dan mati pucuk.

4.2.2 Diet Terapeutik


Sekarang mari kita beralih kepada diet terapeutik. Apakah yang dimaksudkan
dengan diet terapeutik?

Diet terapeutik ialah pelan hidangan yang mengawal pengambilan makanan


atau nutrien tertentu.

Ia sebahagian daripada rawatan bagi keadaan perubatan dan biasanya diarahkan


oleh doktor dan dirancang oleh pakar pemakanan. Diet terapeutik biasanya
adalah pengubahsuaian diet biasa; ia diubah suai atau disediakan khusus untuk
memenuhi keperluan pemakanan individu tertentu (Akademi Latihan IHSS,
t. t.).

Untuk modul ini, perbincangan mengenai diet terapeutik akan memberi


tumpuan kepada diabetes, tekanan darah tinggi dan diet buah pinggang sahaja.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit lain daripada
buku teks atau Internet. Mengapakah kita hanya memberi tumpuan kepada
ketiga-tiga penyakit utama ini? Ini kerana ia penyakit biasa pada masa kini dan
boleh memberi kesan kepada orang ramai pada semua peringkat umur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

(a) Diet Terapeutik untuk Diabetes


Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan diabetes?

Diabetes ialah gangguan kronik yang dicirikan oleh glukosa dalam


darah tinggi dan sama ada insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan;
bergantung pada jenis diabetes.

Apakah fungsi insulin? Fungsi insulin adalah membantu dalam


mengekalkan glukosa darah dalam had normal dan merangsang sintesis
protein, sintesis glikogen dalam hati dan otot serta sintesis lemak (Whitney
& Rolfes, 2002).

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan diet diabetes? Dalam bidang


perubatan, ia juga dikenali sebagai terapi pemakanan perubatan (MNT ă
medical nutrion therapy) untuk pesakit diabetes. Ia mengenai pemakanan
pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam jumlah yang sederhana dan
mengikut waktu makan yang tetap. Ia bukanlah diet terhad yang ketat
tetapi MNT ialah pelan makanan sihat yang kaya dengan nutrien dan
rendah lemak dan kalori. Malah, diet ini menekankan pemakanan buah-
buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh; ia pelan pemakanan terbaik bagi
semua orang untuk kekal sihat.

Apakah makanan yang disyorkan untuk pesakit diabetes? Makanan yang


disyorkan untuk pesakit diabetes adalah seperti yang berikut:

(i) Karbohidrat yang sihat: Pesakit boleh mengambil buah-buahan,


sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak untuk
mendapatkan karbohidrat ringkas.

(ii) Makanan kaya serat: Ia penting untuk mengurangkan risiko penyakit


jantung dan membantu dalam mengawal gula dalam darah.
Contohnya, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, biji kacang,
tepung gandum penuh dan bran gandum.

(iii) Ikan: Pesakit boleh makan ikan sekurang-kurangnya dua kali


seminggu. Ikan boleh menjadi alternatif yang baik kepada daging
tinggi lemak. Sebagai contoh, ikan kod, tuna dan halibut mempunyai
jumlah lemak, lemak tepu dan kolesterol yang kurang daripada
daging dan ayam. Ikan seperti salmon, tenggiri, tuna dan sardin yang
kaya dengan asid lemak omega-3 yang boleh menggalakkan
kesihatan jantung dengan menurunkan lemak darah yang dikenali
sebagai trigliserida.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  91

(iv) Lemak „baik‰: Kebanyakan lemak adalah berkalori tinggi. Walau


bagaimanapun, makanan yang mengandungi lemak mono tak tepu
dan poli tak tepu seperti avokado, badam, kacang pekan, walnut,
buah zaitun, minyak kanola, minyak zaitun dan minyak kacang tanah
boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda.

Ambil perhatian bahawa penyakit diabetes boleh meningkatkan risiko


penyakit jantung dan strok dengan mempercepatkan pembentukan arteri
tersumbat dan keras. Yang berikut ialah makanan yang anda perlu elakkan
jika anda ada diabetes:

(i) Lemak tepu: Produk tenusu tinggi lemak dan protein haiwan seperti
daging lembu, hot dog, sosej dan bakon mengandungi banyak lemak
tepu. Anda harus mengehadkan makanan ini untuk memastikan
anda dapat kekal sihat.

(ii) Lemak trans: Lemak ini boleh didapati dalam makanan ringan yang
diproses, makanan yang dipanggang, lelemak dan marjerin, serta
harus dielakkan sepenuhnya.

(iii) Kolesterol: Sumber kolesterol termasuklah produk tenusu yang tinggi


lemak dan protein haiwan yang tinggi lemak, kuning telur, kerang,
hati dan organ lain dalaman haiwan. Itulah sebabnya mengapa anda
harus mengehadkan pengambilan anda.

(iv) Sodium: Sasarkan pengambilan kurang daripada 2,300mg sodium


sehari. Sodium yang tinggi amat tidak digalakkan kerana ia boleh
meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan
penyakit lain.

(b) Diet Terapeutik untuk Tekanan Darah Tinggi (HBP  High Blood Pressure)
Sekarang mari kita lihat HBP. Tekanan darah tinggi atau hipertensi ialah
satu penyakit. Walaupun ia biasanya tidak mempunyai gejala, HBP boleh
memberi kesan pada kesihatan yang boleh membawa maut jika tidak
dirawat dengan sewajarnya. Memakan diet jantung sihat adalah sangat
penting untuk menguruskan tekanan darah dan mengurangkan risiko
serangan jantung, penyakit jantung, strok dan penyakit lain.

Persatuan Jantung Amerika mencadangkan menggunakan diet melalui


Pendekatan Pemakanan untuk Menghentikan Hipertensi (DASH  Dietary
Approaches to Stop Hypertension). Ia pendekatan diet sepanjang hayat
untuk tabiat pemakanan sihat yang menggalakkan atau membantu dalam
mencegah tekanan darah tinggi. Diet DASH ini menggalakkan anda
mengurangkan natrium (sodium) dalam diet anda dan makan pelbagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

jenis makanan yang kaya dengan nutrien yang dapat membantu tekanan
darah yang lebih rendah seperti kalium (potasium), kalsium dan
magnesium (Mayo Clinic, 2015).

Apakah diet yang terkandung dalam diet DASH? Berpandukan diet ini,
apakah pemakanannya? Untuk kekal sihat, anda perlu mengikuti diet yang
disyorkan untuk mencegah penyakit ini (rujuk Jadual 4.5).

Jadual 4.5: Makanan untuk Mencegah Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Makanan Deskripsi
Bijirin • Enam hingga lapan hidangan sehari.
• Roti, bijirin, nasi dan pasta.
Sayur-sayuran • Empat hingga lima hidangan sehari.
• Tomato, lobak merah, brokoli, ubi keledek, sayur-sayuran dan
sayur-sayuran lain yang penuh dengan serat, vitamin dan
mineral seperti kalium dan magnesium.
Buah-buahan • Empat hingga lima hidangan sehari.
Hasil tenusu • Dua hingga tiga hidangan sehari.
• Susu, dadih, keju dan produk tenusu lain ialah sumber utama
kalsium, vitamin D dan protein.
• Pilih produk tenusu yang rendah lemak.
Daging tanpa • Enam atau kurang hidangan sehari.
lemak, ayam/ • Daging boleh menjadi sumber yang kaya dengan protein,
itik dan ikan vitamin B, zat besi dan zink.
Kacang, biji • Empat hingga lima hidangan seminggu.
kacang dan • Badam, biji bunga matahari, kacang parang, kacang pea, kacang
kekacang merah dan makanan lain dalam kumpulan kekacang ini
merupakan sumber terbaik magnesium, kalium dan protein.
Lemak dan • Dua hingga tiga hidangan sehari.
minyak • Lemak membantu badan anda menyerap vitamin dan membantu
sistem imun badan anda.
• Walau bagaimanapun, terlalu banyak lemak boleh meningkatkan
risiko penyakit jantung, diabetes dan obesiti.
Makanan yang • Lima kali atau kurang makanan yang manis dalam seminggu.
manis • Apabila anda makan makanan yang manis, pilih yang bebas
lemak atau rendah lemak seperti serbat, ais buah-buahan, gula-
gula jeli, gula-gula keras atau biskut rendah lemak.

Sumber: Mayo Clinic (2013)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  93

Satu perkara penting yang perlu diingat: Minum alkohol terlalu banyak
boleh meningkatkan tekanan darah. Diet DASH ini mengesyorkan lelaki
dewasa mengehadkan minuman beralkohol kepada dua gelas atau kurang
dalam sehari dan wanita hanya satu gelas atau kurang. Walau
bagaimanapun, diet DASH tidak menyatakan penggunaan kafein.
Pengaruh kafein terhadap tekanan darah masih tidak jelas. Namun kafein
boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat buat sementara waktu.

(c) Diet Terapeutik untuk Masalah Buah Pinggang


Jika anda telah didiagnosis dengan masalah buah pinggang seperti
penyakit buah pinggang kronik, anda mungkin perlu mengubah diet anda.
Perubahan ini termasuk:

(i) Mengehadkan cecair.

(ii) Makan diet yang rendah protein.

(iii) Mengehadkan garam, kalium, fosforus dan elektrolit lain.

(iv) Mendapatkan kalori yang mencukupi jika anda kehilangan berat


badan.

Diet ini untuk mengekalkan keseimbangan tahap elektrolit, mineral dan


cecair di dalam badan anda terutamanya apabila anda mempunyai
penyakit buah pinggang kronik atau menjalani rawatan dialisis. Individu
yang menjalani dialisis perlu mengikuti diet yang khas ini untuk
mengehadkan bahan buangan yang terbentuk di dalam badan. Pengehadan
cecair antara rawatan dialisis adalah sangat penting kerana kebanyakan
orang yang menjalani dialisis membuang air kecil dalam kuantiti yang
sangat sedikit disebabkan oleh kerosakan buah pinggang mereka. Tanpa
membuang air kecil, cecair akan terkumpul di dalam badan dan
menyebabkan cecair terlalu banyak di jantung, paru-paru dan pergelangan
kaki, dan boleh menyebabkan komplikasi lain.

SEMAK KENDIRI 4.2

Bezakan antara diet yang sihat dengan diet terapeutik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

AKTIVITI 4.6
1. Syorkan satu diet yang sesuai untuk pesakit dengan tekanan
darah tinggi.

2. Rancang diet yang betul untuk pesakit diabetes.

3. Bincangkan kelebihan makanan organik berbanding makanan


biasa.

4. Terangkan potensi faedah makanan yang diubah suai secara


genetik untuk masyakat.

 Makanan bukan sekadar alat untuk kelangsungan hidup.

 Komponen diet yang sihat ialah protein, karbohidrat, lemak, vitamin,


mineral dan air.

 Individu daripada kumpulan umur yang berlainan memerlukan jenis


makanan yang berbeza. Kumpulan populasi khas termasuklah kanak-kanak
dan remaja, pelajar kolej, orang dewasa, atlet dan wanita hamil.

 Pemakanan yang sihat adalah mengenai perasaan yang hebat, mempunyai


lebih banyak tenaga, meningkatkan pandangan dan menstabilkan angin
anda.

 Diet terapeutik ialah pelan hidangan yang mengawal pengambilan makanan


tertentu atau nutrien.

 Diet terapeutik ialah pengubahsuaian diet yang biasa. Ia diubah suai atau
disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemakanan individu.

 Diabetes adalah gangguan kronik yang dicirikan oleh glukosa darah tinggi;
sama ada insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan dan bergantung pada
jenis diabetes.

 Persatuan Jantung Amerika mencadangkan menggunakan diet DASH kerana


ia diet pendekatan sepanjang hayat kepada tabiat pemakanan sihat yang
menggalakkan atau membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET  95

 Penting untuk mengekalkan keseimbangan tahap elektrolit, mineral dan


cecair di dalam badan anda apabila anda mempunyai penyakit buah
pinggang kronik atau menjalani rawatan dialisis.

Air Lipid
Antioksidan Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL
 low-density lipoprotein)
Asid amino
Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL 
Cabaran pemakanan
high-density lipoprotein )
Diabetes
Masalah buah pinggang
Diet yang sihat
Mineral
Diet terapeutik
Protein
Glukosa
Tekanan darah tinggi (HBP  high
Karbohidrat blood pressure )
Koenzim Vitamin
Lemak

Better Health Channel. (2015). Water: A vital nutrient. Dicapai dari http://
www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcpdf.nsf/ByPDF/Water_a_vital_
nutrient/$File/Water_a_vital_nutrient.pdf

Blakely, T. (2013). A fat week: Debates about saturated fat that will not go away.
Dicapai dari http://blogs.otago.ac.nz/pubhealthexpert/2013/10/29/afat-
week-debates-about-saturated-fat-that-will-not-go-away/

Carruthers, F. (2006). The facts about vitamins and minerals. Dicapai dari http://
www.healthyfood.co.nz/articles/2006/december/the-facts-aboutvitamins-
and-minerals

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 MEMAHAMI PEMAKANAN DAN DIET

IHSS Training Academy. (t. t.). Types of therapeutic diets. Dicapai dari http://
www.cdss.ca.gov/agedblinddisabled/res/VPTC2/9%20Food%20Nutrition
%20and%20Preparation/Types_of_Therapeutic_Diets.pdf

Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston,
MA: McGraw-Hill.

Mayo Clinic. (2013). DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure.
Dicapai dari http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutritionand-
healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456

Mayo Clinic. (2015). Sample menus for the DASH diet. Dicapai dari http://
www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthyeating/in-
depth/dash-diet/art-20047110?pg=1

National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health


Malaysia. (2010). Malaysian dietary guidelines. Dicapai dari http://dg.
cnsoc.org/upload/affix/20140818104029708.pdf

Robinson, L., Segal, J., & Segal, R. (2015). Healthy eating. Dicapai dari http://
www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-eating.htm

Whitney, E. N., & Rolfes, S. R. (2002). Understanding nutrition (Ed. ke-9).


Victoria, Australia: Wadsworth Thomson Learning.

Williams, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health,
fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengekalkan
5 Berat Badan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep pengurusan berat badan;
2. Mengenal pasti punca obesiti;
3. Membezakan antara dua jenis gangguan pemakanan; dan
4. Merancang teknik pengurusan berat badan.

 PENGENALAN
Adakah anda gembira dengan berat badan anda? Adakah anda menimbang
berat anda setiap pagi dan berasa tidak puas hati? Bagaimanakah anda rasa
apabila anda melihat penimbang itu? Diharapkan anda tidak merosakkan
penimbang itu, bukan seperti paparan kartun dalam Rajah 5.1!

Rajah 5.1: „Bahaya pekerjaan‰ untuk penimbang berat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakan orang berfikir mereka perlu berat
lebih atau kurang daripada berat ideal mereka? Mengapakah mereka berfikir
seperti ini? Ya, sebab utama perkara ini berlaku biasanya kerana penampilan
mereka! Penampilan kita mempunyai kaitan yang sangat ketara untuk berat
badan kita. Contohnya, saiz pakaian anda. Cuba ingat kembali saiz pakaian anda
ketika berusia 20 tahun. Adakah ia sama seperti saiz anda sekarang? Jika
jawapannya tidak, maka ada dua kemungkinan; sama ada saiz anda telah
berkurangan atau bertambah. Jika saiz anda telah berkurangan, baguslah! Syabas
untuk anda! Namun jika saiz badan anda telah bertambah, maka anda perlu
renungkan pemakanan dan aktiviti fizikal semasa anda.

Sebahagian besar daripada kita mempunyai imej kita sendiri atau persepsi
bagaimana kita ingin dilihat, terutamanya jika ia melibatkan berat badan kita.
Kadangkala kita perlu mengubah cara kita dilihat untuk memastikan kita
mencapai imej yang kita mahukan. Perubahan mungkin diperlukan untuk
mencapai berat badan yang ideal terutamanya untuk mencapai penampilan yang
baharu. Penampilan fizikal seseorang boleh meningkatkan harga diri seseorang.

Oleh itu, dalam perkara ini, kita akan membincangkan beberapa aspek berkaitan
mengekalkan berat badan. Kami yakin anda setuju bahawa mengurangkan berat
badan bukanlah tugas yang mudah. Jika anda gagal untuk mengekalkan berat
badan ideal anda, berat badan anda yang hilang akan naik semula. Dalam usaha
untuk memastikan anda memahami konsep pengekalan berat badan, kita akan
melihat komponen asas pengurusan berat badan. Selamat belajar!

5.1 KONSEP ASAS PENGURUSAN BERAT


BADAN
Subtopik pertama ini membincangkan dua konsep asas pengurusan berat badan.
Dengan ini diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh membincangkan
pengurusan berat badan dengan keluarga dan rakan anda.

Dua konsep asas pengurusan berat badan ialah indeks jisim tubuh (BMI ă body
mass index) dan komposisi tubuh. Bagaimanakah kita membezakannya? Mari
kita cari jawapannya dalam subtopik berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  99

5.1.1 Indeks Jisim Tubuh (BMI – Body Mass Index)


Apakah indeks jisim tubuh (BMI)? Apakah maksudnya?

Indeks jisim tubuh ialah indeks mudah untuk berat bagi ketinggian yang
biasa digunakan untuk mengklasifikasikan orang dewasa yang kurang berat
badan, berat badan berlebihan dan obesiti.
WHO (2015)

Bagaimanakah kita mengira BMI? Ia dikira menggunakan formula berat badan


seseorang dalam kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggiannya dalam
meter (kg/m2) (WHO, 2015). Rajah 5.2 menunjukkan anda formula untuk
mengira BMI.

Rajah 5.2: Cara mengira indeks jisim tubuh (BMI)


Sumber: http://www.the-health-magazine.com

Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi komputer dan laman web yang boleh
melakukan pengiraan untuk anda. Anda boleh mencuba salah satunya di laman
web ini http://goo.gl/zURa85.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Ambil perhatian bahawa mengira BMI untuk kanak-kanak dan remaja adalah
lebih kompleks daripada orang dewasa kerana ia merangkumi kedua-dua jantina
dan umur (Insel & Roth, 2008). Tahukah anda BMI digunakan sebagai alat
saringan untuk mengenal pasti masalah berat badan pada kanak-kanak? Pusat
Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC ă Centres for Disease Control and
Prevention) (2015) telah membangunkan carta BMI pertumbuhan umur untuk
kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang boleh dirujuk untuk
memberikan persentil mengikut jantina dan umur kanak-kanak atau remaja
(Williams, Anderson & Rawson, 2013). Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Persentil BMI bagi kanak-kanak dan remaja oleh


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC)
Sumber: http://nccd.cdc.gov

BMI tidak mendedahkan apa-apa mengenai komposisi tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan satu lagi kaedah untuk menilai komposisi tubuh yang sebenar. Ini
akan diterangkan dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  101

5.1.2 Komposisi Tubuh


Apakah yang dimaksudkan dengan komposisi tubuh? Komposisi tubuh ialah
apa yang membentuk tubuh manusia. Tubuh manusia terbahagi kepada jisim
bebas lemak dan jisim tubuh (lemak). Jisim bebas lemak termasuklah tisu tanpa
lemak seperti tulang, otot, air, tisu perantara, tisu organ dan gigi manakala lemak
badan termasuklah lemak yang tergabung dalam saraf, otak, jantung, paru-paru,
hati dan kelenjar mamari.

Bagaimanakah kita mengira komposisi tubuh? Kita boleh melakukannya dengan


menggunakan analisis komposisi tubuh.

Analisis komposisi tubuh ialah ujian fizikal yang mengukur perkadaran


pelbagai komponen tubuh badan seseorang.

Dengan kata lain, ia prosedur penting dalam menentukan peratusan lemak


badan anda. Jenis analisis komposisi tubuh yang paling biasa ialah BMI.
Komposisi tubuh boleh ditukar untuk membaiki penampilan dan perasaan anda
dengan mengekalkan diet yang sihat. Walau bagaimanapun, kita tidak akan
meneroka dengan lebih lanjut bagi butiran komposisi tubuh dalam topik ini. Jika
anda memerlukan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh
melayari Internet dan membaca mengenainya.

Namun, perlu diingat bahawa fakta paling penting yang anda perlu tahu ialah
faktor yang menyebabkan lemak badan yang berlebihan. Sebahagian besar
daripada kita mendakwa bahawa kita mengikuti diet yang betul tetapi masih
bertambah berat badan. Mengapakah begitu? Ini kerana berat badan dan
komposisi tubuh kita ditentukan oleh pelbagai faktor yang mungkin berbeza
daripada seorang individu dengan individu lain. Faktor tersebut boleh
digolongkan mengikut genetik, fisiologi, gaya hidup dan psikososial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Keempat-empat faktor tersebut dijelaskan dengan lebih lanjut dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Empat Faktor yang Menyebabkan Lebihan Lemak Badan

Faktor Deskripsi

Genetik Gen mempengaruhi saiz dan bentuk badan, agihan lemak badan dan
kadar metabolisme. Gen yang anda warisi daripada ibu bapa boleh
mempengaruhi berat badan anda tetapi gaya hidup yang anda
amalkan boleh mengubahnya! Anda perlu ingat fakta ini.

Fisiologi Faktor ini termasuklah metabolisme, hormon, sel lemak dan keinginan
kuat terhadap karbohidrat. Perubahan pada diet boleh mengubah
faktor ini daripada buruk kepada baik.

Gaya hidup Makan dan aktiviti fizikal mempengaruhi berat badan kita. Majoriti
orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai berat badan
berlebihan akan mengaku mereka terlebih makan, mengambil
makanan yang tinggi lemak, tinggi kandungan gula dan tinggi kalori.

Di samping itu, kemudahan teknologi moden seperti alat kawalan


jauh, lif dan eskalator telah mengurangkan beberapa aktiviti fizikal
harian kita. Untuk menjadikan situasi ni lebih teruk, kebanyakan kita
mempunyai gaya hidup sedentari (tidak aktif). Gaya hidup sedentari
ini menyebabkan peningkatan berat badan.

Psikososial Makanan ialah alat yang sangat berkuasa untuk mengatasi emosi
negatif dan tekanan. Sesetengah orang cuba mengalihkan perhatian
mereka daripada masalah mereka dengan makan. Dalam sesetengah
budaya, makanan telah digunakan sebagai simbol kasih sayang dan
prihatin. Ia juga telah menjadi sebahagian daripada sambutan keraian
bagi sesetengah budaya.

Anda boleh melayari laman web yang disenaraikan untuk penjelasan lanjut
mengenai empat faktor tersebut:

(a) Research Chair in Obesity di http://goo.gl/nqq9wz

(b) Harvard Health Publications di http://goo.gl/5gYwlJ

SEMAK KENDIRI 5.1

Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang
dalam kuliah tutorial anda dan bincangkan faktor yang menyebabkan
lemak badan berlebihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  103

5.2 OBESITI
Sekarang mari kita lihat tentang obesiti. Diharapkan pada akhir subtopik ini,
anda akan dapat mengenal pasti punca obesiti.

Adakah anda sedar bahawa pemakanan yang sihat pada masa ini semakin
diutamakan di banyak negara? Ini kerana kenaikan kadar berat badan berlebihan
dan obesiti di seluruh dunia (lihat Rajah 5.4).

Rajah 5.4: Berat badan berlebihan dan kadar obesiti di seluruh dunia
Sumber: http://www.nbcnews.com

Berat badan berlebihan dan obesiti telah mengubah cara kita melihat
pemakanan. Peralihan pemakanan ialah istilah yang merujuk kepada perubahan
dalam struktur diet, gaya hidup sedentari dan peningkatan pesat dalam kadar
obesiti (Ismawati, Zainalabidin & Golnaz, 2014; Wan Nazaimoon et al., 2011).
Berdasarkan laporan WHO pada tahun 2010, Malaysia telah dinilai sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

negara keenam dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara (Kementerian


Kesihatan Malaysia, 2010). Adakah kita akan „mengekalkan‰ rekod ini? Sudah
tentu tidak! Oleh sebab itu kita perlu menjalani gaya hidup sihat.

Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan dan obesiti?


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2015) mendefinisikan BMI melebihi atau
sama dengan 25 sebagai berat badan berlebihan dan BMI melebihi atau sama
dengan 30 sebagai obesiti. Ini digambarkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Indeks jisim tubuh (BMI) untuk berat badan berlebihan dan obesiti

Perlu diingat bahawa menjadi obes atau berat badan berlebihan bukanlah
mengenai estetika tetapi lebih kepada berisiko tinggi mengalami masalah
kesihatan. Beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan isu berat badan
diterangkan dalam Jadual 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  105

Jadual 5.2: Masalah Kesihatan yang Berkaitan Obesiti

Masalah Kesihatan Penerangan

Penyakit jantung Dengan meningkatnya BMI anda, begitu juga risiko masalah
jantung. Masalah ini berlaku apabila plak terbentuk dalam
arteri koronari atau arteri yang membekalkan otot jantung
anda dengan darah dan mengurangkan aliran darah ke otot
jantung. Plak yang terkumpul pada dinding bahagian dalam
arteri anda diperbuat daripada pelbagai bahan yang beredar
dalam darah anda. Ini termasuklah kalsium, lemak, kolesterol,
bahan buangan selular dan fibrin, bahan yang terlibat dalam
pembekuan darah. Ketika deposit plak berkembang, ia
menyebabkan keadaan yang dipanggil aterosklerosis.
Keadaan ini menyebabkan arteri menjadi sempit dan keras.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin


mengalami tekanan darah tinggi, diabetes dan aterosklerosis.
Kesemua syarat ini akan meletakkan anda pada risiko tinggi
penyakit kardiovaskular. Obesiti boleh menyebabkan keadaan
jantung anda mungkin tidak dapat mengepam darah yang
mencukupi untuk memenuhi keperluan badan anda.

Tekanan darah tinggi Tekanan darah adalah daya tekanan darah menolak ke arah
dinding arteri. Jika tekanan meningkat untuk tempoh masa
yang panjang, ia boleh merosakkan badan kita dalam pelbagai
cara. Peluang mendapat keadaan ini adalah lebih tinggi jika
anda obes.

Strok Apabila anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes,


plak boleh dengan mudah terbentuk dalam arteri. Jika
kawasan plak pecah, darah beku mungkin terbentuk dan
keadaan ini boleh menyebabkan penyumbatan darah dan
aliran oksigen ke otak. Risiko strok adalah lebih tinggi jika
BMI anda lebih tinggi.

Diabetes (Jenis 2) Diabetes dalam perkataan yang mudah bermakna tahap tinggi
glukosa dalam darah kita. Bagi diabetes Jenis 2, sel badan
anda gagal untuk menggunakan insulin dengan betul.
Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih
cenderung untuk mendapat diabetes Jenis 2 jika mereka gagal
menurunkan berat badan.

Anda boleh melayari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai
masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti di http://goo.gl/T16QGR.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

AKTIVITI 5.1

1. Bincangkan halangan untuk pemakanan sihat yang menyebabkan


obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

2. Jelaskan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

5.3 GANGGUAN PEMAKANAN


Marilah kita alihkan perhatian kita kepada masalah gangguan pemakanan. Kami
berharap pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan antara dua jenis
gangguan pemakanan (lihat Rajah 5.6).

Pertama, mari kita lihat definisi gangguan pemakanan.

Gangguan pemakanan boleh didefinisikan sebagai keadaan yang serius


berkaitan dengan tabiat pemakanan secara berterusan yang memberi kesan
negatif kepada kesihatan, emosi dan keupayaan anda untuk berfungsi.

Rajah 5.6: Dua jenis gangguan pemakanan

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6, terdapat dua keadaan tabiat
pemakanan melampau yang menyebabkan gangguan pemakanan. Pertama,
seseorang yang makan terlalu banyak dan suka makan berdepan dengan risiko
mengalami obesiti. Gangguan ini dikenali sebagai bulimia nervosa. Kedua,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  107

seseorang yang enggan makan berisiko terhadap keadaan yang ekstrem yang
dikenali sebagai anoreksia nervosa.

Remaja dan wanita muda ialah kumpulan individu yang banyak mengalami
gangguan pemakanan. Mengapakah gangguan pemakanan ini merbahaya untuk
kesihatan kita?

Kita akan melihat setiap gangguan ini secara dekat dalam subtopik seterusnya.

5.3.1 Anoreksia Nervosa


Bagaimanakah kita mendefinisikan anoreksia nervosa? Yang berikut ialah
definisinya untuk anda memahami maksud anoreksia nervosa.

Anoreksia nervosa ialah gangguan yang kompleks yang mempunyai tiga ciri
penting, iaitu keengganan untuk mengekalkan badan yang ideal dan sihat,
takut mengalami kenaikan berat badan dan imej tubuh yang terherot
(distorted).

Rajah 5.7 menunjukkan anda bagaimana rupa penghidap anoreksia nervosa.

Rajah 5.7: Imej penghidap anoreksia nervosa


Sumber: www.freakingnews.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Anda boleh melayari pautan YouTube ini untuk memahami dengan lebih baik
mengenai masalah ini di https://goo.gl/W2AycE.

Bagi mereka yang menghidap anoreksia nervosa, kehidupan mereka menjurus


ke arah usaha berterusan untuk kurus; mereka sanggup melakukan perkara yang
ekstrem untuk menurunkan berat badan, walaupun mereka sudah kurus kering.
Anoreksia bukan mengenai makanan atau berat badan tetapi adalah lebih rumit
daripada itu. Seseorang yang mengalami keadaan ini boleh mati jika tidak
mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Mujurlah, pemulihan boleh dilakukan
jika mereka mahu berubah.

Terdapat dua jenis anoreksia nervosa seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Dua Jenis Anoreksia Nervosa

Pengehadan Penyingkiran

 Penurunan berat badan dapat dicapai  Penurunan berat badan dapat dicapai
dengan mengehadkan bilangan kalori. dengan muntah atau menggunakan
julap dan diuretik.
 Contohnya, mengikut diet yang
drastik, berpuasa dan bersenam secara
berlebihan.

Sekarang mari kita bincangkan tentang ciri anoreksia nervosa. Apakah ciri
tersebut? Orang yang mempunyai anoreksia nervosa biasanya introvert,
emosinya terpendam dan kurang keyakinan sosial. Di samping itu, perasaan
harga diri mereka berkait rapat sepenuhnya dengan cara mereka menilai bentuk
badan dan berat badan mereka (Insel & Roth, 2008).

Apakah risiko kesihatan jika anda mempunyai anoreksia nervosa? Kesan


terhadap kesihatan yang boleh berlaku termasuklah perkara berikut:

(a) Bagi wanita, ia boleh menghentikan haid kerana kehilangan berat badan
yang melampau;

(b) Tidak tahan suhu sejuk;

(c) Tekanan darah rendah; dan

(d) Kadar jantung rendah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  109

Tahukah anda apabila lemak badan hampir hilang dan otot tersusut teruk, badan
kita akan beralih kepada organ sendiri dalam usaha terdesak untuk mencari
protein? Itulah sebabnya ia mungkin menjadi punca utama kematian bagi
pesakit anoreksia nervosa. Di samping itu, keadaan terdesak untuk mereka
kelihatan kurus boleh menjadi salah satu daripada sebab mereka membunuh
diri.

Jadi bagaimanakah kita mengatasi masalah ini? Dalam usaha untuk memastikan
penyakit serius ini dirawat mengikut ciri penyakit tersebut, anda mesti tahu cara
mengatasinya. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengelakkan krisis
perubatan dengan memastikan berat badan yang mencukupi, seterusnya
mengatasinya dengan kaunseling psikologi.

5.3.2 Bulimia Nervosa


Sekarang mari kita lihat tentang bulimia nervosa. Bulimia nervosa juga ialah
gangguan pemakanan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa. Orang
yang menghidap bulimia mungkin makan banyak mengikut nafsu (binge-eating)
secara rahsia dan kemudian cuba menyingkirkannya, bagi membuang kalori
tambahan dengan cara yang tidak sihat. Contohnya, seseorang dengan bulimia
nervosa boleh memaksa dirinya untuk muntah atau melibatkan diri dalam
senaman yang berlebihan (lihat Rajah 5.8).

Rajah 5.8: Memuntahkan makanan selepas makan


adalah salah satu ciri bulimia nervosa
Sumber: http://amarhealth.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Kadangkala, terdapat orang menyingkirkan makanan selepas makan hanya satu


snek kecil atau makanan saiz normal. Adakah anda pernah mendengar mana-
mana selebriti terkenal yang mempunyai masalah ini?

Bulimia boleh dikategorikan dalam dua jenis seperti yang dijelaskan dalam
Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Dua Jenis Bulimia Nervosa

Penyingkiran Bukan Penyingkiran

Sering mendorong diri sendiri untuk Menggunakan kaedah lain untuk


muntah atau penyalahgunaan julap, membakar kalori dan mencegah
diuretik atau enema selepas makan banyak peningkatan berat badan, seperti puasa,
mengikut nafsu. diet yang ketat atau senaman yang
berlebihan.

Apakah yang anda fikirkan tentang ciri-ciri seseorang dengan bulimia nervosa?
Seseorang bulimia dalam keadaan makan banyak mengikut nafsu, akan
memakan banyak makanan dan ini biasanya diikuti dengan penyingkiran,
muntah atau menggunakan julap. Mereka sentiasa kelihatan makan seperti biasa
tetapi dalam keadaan sebenar, mereka tidak merasa gembira apabila dikelilingi
oleh makanan. Faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini adalah
perubahan dalam kehidupan seperti baru melahirkan bayi, kehilangan pekerjaan
atau tekanan.

Apakah risiko kesihatan gangguan pemakanan ini? Salah satu risikonya ialah
kerosakan gigi. Kerosakan gigi boleh terjadi kerana pengambilan gula yang
banyak. Di samping itu, berulang-ulang muntah atau penggunaan julap dengan
kombinasi kurang pengambilan kalori boleh merosakkan hati dan buah
pinggang dan boleh menyebabkan ritma jantung yang tidak normal (aritmia
jantung). Terdapat banyak lagi kesan kesihatan bulimia nervosa yang anda boleh
membacanya dengan lebih mendalam di mana-mana laman web yang berkaitan.
Salah satu contoh adalah dari laman web ini di http://goo.gl/K8dBXX.

Jadi bagaimanakah kita merawat penyakit ini? Seseorang yang mengalami


bulimia nervosa perlu menstabilkan corak pemakanan dan meningkatkan
kemahiran menghadapi penyakit mereka. Untuk rawatan perubatan, mereka
perlu mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri dan pakar pemakanan yang
bertauliah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  111

SEMAK KENDIRI 5.2

Buat satu jadual yang membezakan antara anoreksia nervosa dan


bulimia nervosa. Gunakan „Definisi‰, „Ciri‰, „Risiko Kesihatan‰ dan
„Rawatan‰ sebagai elemen perbandingan.

AKTIVITI 5.2

Bayangkan anda menderita akibat gangguan pemakanan. Apakah


langkah yang anda boleh ambil apabila anda menyedari bahawa hidup
anda adalah lebih bernilai daripada masalah yang anda hadapi?

5.4 TEKNIK PENGURUSAN BERAT BADAN


Akhir sekali, sebelum kita akhiri topik menarik ini, mari kita belajar cara untuk
menguruskan berat badan kita. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan
dapat merancang pengurusan berat badan anda sendiri dengan menggunakan
teknik yang sesuai.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan berat badan ideal?
Senaman? Mengehadkan apa yang kita makan? Kebanyakan daripada kita akan
memilih pilihan yang kedua tetapi mengapakah anda perlu menderita apabila
anda boleh menikmati makanan anda dengan merancang diet anda. Hanya perlu
ingat bahawa anda mesti tahu cara untuk memastikan anda mendapat berat
badan ideal dan kekal sihat. Dalam usaha untuk memastikan sasaran ini dicapai,
anda perlu mempelajari teknik pengurusan berat badan.

Pertama, mari kita lihat amalan gaya hidup sihat untuk pengurusan berat badan
yang berjaya.

(a) Tabiat Diet dan Makan


Rancang diet anda dan nikmati makanan pilihan anda. Anda boleh rujuk
pada mana-mana piramid makanan untuk membuat pilihan (lihat Rajah
5.9).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Rajah 5.9: Piramid makanan


Sumber: https://tiffanycodilla.wordpress.com

Ambil perhatian bahawa anda juga perlu memberi fokus kepada jumlah
keseluruhan ambilan kalori dan saiz bahagian supaya dapat menyesuaikan
tabiat pemakanan berdasarkan keperluan anda.

(b) Aktiviti Fizikal dan Senaman


Kami yakin anda bersetuju bahawa senaman secara kerap adalah sangat
penting dalam pengurusan berat badan. Dalam usaha untuk mendapatkan
berat badan ideal, anda perlu membakar kalori dan menggerakkan
metabolisme agar badan menggunakan makanan sebagai tenaga dan bukan
menyimpannya sebagai lemak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda
cuba seperti berjalan, berkebun, membuat kerja rumah, menari atau
Zumba. Anda boleh memilih pilihan aktiviti anda sendiri untuk membakar
kalori anda.

(c) Pemikiran dan Emosi


Sedarkah anda bahawa kedua-dua aspek tersebut adalah sangat penting
dalam pengurusan berat badan? Ini adalah kerana apa yang masuk ke
dalam kepala anda adalah pengaruh utama yang boleh mengubah
pemikiran anda tentang gaya hidup anda untuk mendapatkan berat badan
ideal. Secara umumnya, orang yang gemuk mempunyai harga diri yang
rendah. Jadi, untuk berubah, anda perlu mengubah cara pemikiran anda;
fikiran negatif akan menghalang anda daripada membuat satu permulaan.
Oleh itu, anda perlu berfikir bahawa anda boleh melakukannya kerana
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  113

gaya hidup sihat memerlukan sokongan daripada pemikiran positif,


kepercayaan realistik dan menetapkan matlamat untuk mencapai berat
badan ideal anda.

Kita kini membincangkan beberapa petua untuk memastikan anda berupaya


mengamalkan teknik yang betul untuk pengurusan berat badan. Sekarang mari
kita lihat bagaimana imej badan adalah penting untuk membantu anda berasa
sihat. Objektifnya adalah memastikan anda gembira dengan berat badan ideal
anda dan berupaya menyingkirkan fikiran negatif jika berat badan anda
meningkat.

Apakah yang dimaksudkan dengan imej badan?

Imej badan terdiri daripada persepsi, imej, pemikiran, sikap dan emosi
seseorang.

Apabila anda mempunyai berat badan ideal, imej anda akan berubah dengan
segera dan anda akan berasa gembira dengan penampilan anda.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kita mempunyai masalah imej


badan yang teruk. Ini akan menyebabkan tekanan psikologi yang ketara. Remaja
dan orang dewasa yang mempunyai imej tubuh yang negatif lebih cenderung
untuk mempunyai diet terhad atau gangguan pemakanan lain. Secara umumnya,
wanita lebih prihatin atau tidak berpuas hati dengan badan mereka (Insel &
Roth, 2008).

Bagaimanakah anda boleh mengelakkan masalah imej badan? Yang berikut ialah
beberapa petua bagi mereka yang merancang untuk membuat perubahan:

(a) Memberi tumpuan kepada diet yang sihat dan memastikan anda
melakukan senaman yang betul.

(b) Memastikan anda mempunyai kesihatan psikologi yang baik kerana nilai
anda sebagai manusia bukannya berdasarkan penampilan anda.

(c) Anda boleh mempengaruhi saiz badan anda dan menentukan gaya hidup
anda sendiri. Anda mungkin mahu menerima saiz anda.

(d) Menghargai dan menghormati orang lain.

(e) Tabiat pemakanan yang sihat adalah sebahagian dari aspek penting dalam
kesejahteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

(f) Jangan menilai diri sendiri atau orang lain berdasarkan penampilan. Saiz
badan hanyalah satu ciri; anda perlu ingat bahawa merasa gembira adalah
lebih penting.

AKTIVITI 5.3

1. Bincangkan strategi anda untuk pengurusan berat badan. Strategi


anda perlu merangkumi komponen ini:

(a) Pilihan makanan.

(b) Perancangan dan hidangan.

(c) Aktiviti fizikal.

2. Bayangkan anda ada rakan yang mengalami gangguan


pemakanan. Apakah rancangan anda untuk membantu rakan
anda mendapatkan semula keyakinan diri dan memulakan
lembaran baharu dalam kehidupannya?

 Terdapat dua konsep penting dalam pengurusan berat badan, iaitu indeks
jisim tubuh dan komposisi tubuh.

 Indeks jisim tubuh ialah indeks mudah bagi berat dengan ketinggian biasa
dan digunakan untuk mengklasifikasikan berat badan berlebihan dan obesiti
dalam kalangan orang dewasa. Ia didefinisikan sebagai berat badan
seseorang dalam kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggiannya
dalam meter (kg/m2).

 Komposisi tubuh merujuk kepada jisim bebas lemak dan jisim badan (lemak).
Badan kita dibahagikan kepada dua komponen ini. Jisim bebas lemak
termasuklah tisu tanpa lemak seperti tulang, otot, air, tisu perantara, tisu
organ dan gigi, manakala lemak badan terdiri daripada lemak yang
tergabung dalam saraf, otak, jantung, paru-paru, hati dan kelenjar mamari.

 Terdapat empat faktor yang menyumbang kepada lebihan lemak badan, iaitu
genetik, fisiologi, gaya hidup dan faktor psikososial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN  115

 Berat badan berlebihan terjadi apabila BMI anda melebihi daripada atau
sama dengan 25 dan obesiti berlaku apabila BMI anda adalah melebihi
daripada atau sama dengan 30.

 Terdapat dua jenis gangguan pemakanan, iaitu anoreksia nervosa dan


bulimia nervosa.

 Anoreksia nervosa adalah gangguan kompleks dengan tiga gejala yang


berikut:

 Keengganan untuk mengekalkan badan yang ideal dan sihat;

 Takut kenaikan berat badan; dan

 Imej badan terganggu (terherot).

 Orang yang mempunyai anoreksia nervosa biasanya introvert, emosi


terpendam dan kurang keyakinan sosial.

 Bulimia nervosa ialah gangguan pemakanan yang serius dan berpotensi


mengancam nyawa. Orang yang menghidap bulimia mungkin akan makan
banyak mengikut nafsu dan kemudian menyingkirkannya, cuba untuk
membakar kalori berlebihan dengan cara yang tidak sihat.

 Teknik pengurusan berat badan memerlukan seseorang mengamalkan gaya


hidup sihat seperti tabiat pemakanan yang baik, bersenam dan bersikap
positif.

Anoreksia nervosa Jisim bebas lemak


Berat badan berlebihan Jisim tubuh
Bulimia nervosa Komposisi tubuh
Gaya hidup sedentari Obesiti
Imej badan Pengurusan berat badan
Indeks jisim tubuh (BMI ă body mass
index)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 MENGEKALKAN BERAT BADAN

Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2015). Division of nutrition,
physical activity and obesity. Dicapai dari http://www.cdc.gov/healthy
weight/assessing/bmi/index.html

Insel, P. M., & Roth, W. T. (2008). Core concepts in health (Ed. ke-10). Boston,
MA: McGraw-Hill.

Ismawati, S., Zainalabidin, M., & Golnaz, R. (2014). Healthy eating: The
preventive factors among Malaysians. Journal of Economics, Business and
Management, 2(4), 257ă261.

Keyes, A. (2014). Infographic: Obesity skyrockets across the globe. Dicapai dari
http://www.nbcnews.com/nightly-news/infographic-obesity
skyrocketsacross-globe-n116996

Minsitry of Health Malaysia. (2010). Kenyataan akhbar Menteri Kesihatan


Malaysia. Dicapai dari http://www.moh.gov.my/index.php/database_
stores/store_view_page/22/71

Wan Nazaimoon, W. M., Kamarul Imran, M., Amir Sharifuddin, M. K., Azizal-
Safi, I., Ikram Shah, I., Khalid, A. K., Nor Azmi, K., ... Wan Mohamad,W. B.
(2011). Prevalence of overweight and obesity among: An update. Asia
Pacific Journal of Clinical Nutrition, 20(1), 35ă41.

William, M. H., Anderson, D. E., & Rawson, E. S. (2013). Nutrition for health,
fitness and sport (Ed. ke-10). New York, NY: McGraw-Hill.

World Health Organization (WHO). (2015). Obesity and overweight. Dicapai dari
http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pencegahan
6 Penyakit
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan kepentingan pencegahan penyakit untuk
menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan;
2. Merumuskan faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan
penyakit kardiovaskular;
3. Menghuraikan jenis, faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan
kanser;
4. Membincangkan diabetes melitus dan penyebabnya, klasifikasi,
faktor risiko dan pencegahannya;
5. Merumuskan faktor risiko dan pencegahan osteoporosis; dan
6. Menerangkan penyakit buah pinggang dan penyebabnya, tanda dan
gejala, faktor risiko serta pencegahannya.

 PENGENALAN
Mari kita mulakan pelajaran kita dengan melihat petikan yang masyhur ini:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Kami pasti anda sudah biasa dengannya. Apakah yang dimaksudkan oleh
petikan ini? Mesej tersirat di sini ialah menggalakkan tabiat yang baik untuk
mengekalkan kesihatan yang merupakan pilihan yang lebih baik daripada
mencari penawar untuk penyakit. Implikasi mesej ini mencadangkan orang yang
mengamalkan tabiat yang sihat sebagai cara hidup mempunyai peluang yang
lebih tinggi untuk bebas daripada penyakit. Ini kerana kebergantungan pada
ubat-ubatan dan rawatan untuk mengekalkan kesejahteraan bukanlah cara yang
sihat untuk kehidupan.

Adakah anda sedar bahawa pada masa kini, penyakit tidak berjangkit yang
disebabkan oleh pilihan gaya hidup muncul sebagai corak penyakit yang utama?
Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih terdedah kepada
penyakit ini. Beberapa contoh penyakit tersebut termasuklah penyakit jantung
koronari, kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang.
Lima penyakit tersebut menjadi fokus dalam topik ini.

Anda akan mempelajari definisi, faktor risiko, tanda dan gejala serta pencegahan
lima penyakit ini. Diharapkan pada akhir topik ini, anda boleh merancang
perancangan peribadi anda untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
anda serta mencegah lima penyakit ini.

6.1 KEPENTINGAN PENCEGAHAN PENYAKIT


Mengapakah kita perlu mempelajari kepentingan pencegahan penyakit?
Sebenarnya, kita perlu mempelajari tentang pencegahan penyakit sebagai cara
untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan diri kita sendiri. Oleh itu,
subtopik ini akan menyampaikan butirannya untuk anda ingati.

Tahukah anda sejak awal abad ke-20, jangka hayat telah meningkat secara
mendadak di seluruh dunia terutamanya di negara maju? Kini, manusia hidup
lebih lama dengan kualiti hidup yang semakin bertambah baik dan tidak tunduk
dengan mudah kepada penyakit yang lemah. Di Malaysia, purata jangka hayat
telah meningkat secara mendadak dalam tempoh 50 tahun lepas, dari di bawah
60 tahun semasa era kemerdekaan kepada purata 75 tahun pada hari ini (MOH,
2015).

Menggalakkan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit melalui perubahan


gaya hidup telah banyak menyumbang dalam meningkatkan taraf kesihatan di
negara ini. Memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran yang
sesuai untuk mengubah suai gaya hidup mereka dan mengambil peranan yang
lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi dorongan yang menarik bagi
mereka yang memahami manfaat untuk sentiasa sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  119

Di samping itu, ramai orang kini lebih gemar memainkan peranan aktif dalam
membuat keputusan yang berkaitan hal kesihatan mereka kerana mereka takut
terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk seumur hidup bagi mengawal
penyakit kronik.

Tambahan pula, peningkatan kesedaran mengenai peranan kebersihan alam


sekitar ke atas kesihatan dan kesejahteraan juga menjadi perhatian utama dalam
kalangan ramai orang kerana mereka mula menyedari kesan langsung alam
sekitar kepada kesihatan mereka. Hasilnya, terdapat trend yang semakin
meningkat dalam kalangan individu yang mementingkan kesihatan dan
memainkan peranan yang lebih aktif dalam mewujudkan persekitaran yang
bersih dan sihat secara kondusif untuk kesejahteraan menyeluruh.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia


(WHO  World Health Organization) bekerjasama dengan negara anggota untuk
menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Penggalakan tingkah
laku sihat oleh pihak berkuasa kesihatan dilihat berkesan mengurangkan beban
penyakit yang boleh dicegah dan menggalakkan kualiti hidup yang lebih baik
dan perasaan sejahtera dalam kalangan penduduk.

Contohnya, beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kematian seperti


penyakit cacar dan poliomielitis dikatakan telah terhapus sama sekali pada masa
kini. Dengan kawalan berkesan terhadap jangkitan yang amat ditakuti dan
penyakit berjangkit terutamanya di negara yang mempunyai sistem penjagaan
kesihatan moden, penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit pula kini
muncul sebagai bentuk corak penyakit yang utama yang disebabkan oleh pilihan
gaya hidup.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kenaikan penyakit tidak berjangkit ini
disebabkan oleh pilihan gaya hidup seseorang. Orang yang tidak mengamalkan
gaya hidup sihat akan lebih terdedah kepada penyakit tidak berjangkit tersebut
yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas badan kita dan jauh lebih sukar
untuk dikawal. Tahukah anda bahawa kebanyakan jenis penyakit tidak
berjangkit ini juga dikenali sebagai penyakit kronik? Apakah contoh penyakit
ini? Beberapa contoh penyakit ini termasuklah penyakit jantung koronari (CHD
ă coronary heart disease), kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit
buah pinggang. Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit arteri
koronari (CAD ă coronary artery disease).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Anda akan mempelajari lebih banyak lagi mengenai kelima-lima penyakit ini
dalam subtopik seterusnya. Diharapkan anda dapat memahami bahawa
kebanyakan penyakit ini boleh dikawal dan juga boleh dicegah dengan
pengubahsuaian gaya hidup. Mari kita berikan tumpuan kita kepada beberapa
penyakit yang serius tetapi sering tersebar di negara ini.

AKTIVITI 6.1

1. Bezakan antara penyakit berjangkit dengan tidak berjangkit.

2. Cari Health Facts 2014 (Fakta Kesihatan) yang diterbitkan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia di https://goo.gl/qcdXV7.
Kenal pasti empat contoh penyakit berjangkit dan lima contoh
penyakit tidak berjangkit.

3. Nyatakan secara ringkas tabiat gaya hidup yang berkaitan


dengan punca setiap penyakit yang anda telah kenal pasti dalam
Soalan 2.

6.2 PENYAKIT KARDIOVASKULAR


Subtopik ini memberi tumpuan kepada penyakit kardiovaskular. Diharapkan,
anda akan dapat mengenal pasti jenis penyakit jantung lazim yang berkaitan
dengan pilihan gaya hidup setelah menyelesaikan pelajaran ini. Pertama, apakah
yang dimaksudkan dengan penyakit kardiovaskular?

Penyakit kardiovaskular ialah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan


kepincangan fungsi dalam jantung dan juga peredaran darah dalam badan.

Penyakit kardiovaskular yang paling serius berkaitan dengan pilihan gaya hidup
ialah penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, tekanan darah tinggi dan
strok. Terdapat beberapa keadaan jantung yang disebabkan oleh faktor lain
seperti penyakit jantung reumatik dan penyakit injap jantung yang disebabkan
oleh jangkitan dan kecacatan septum yang berlaku kerana kecacatan kongenital.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  121

6.2.1 Memahami Jantung


Apakah yang boleh kita katakan untuk mentakrifkan jantung?

Jantung ialah organ berotot bersaiz sebesar genggaman tangan anda dan
terletak di tengah-tengah dada, di belakang tulang sternum.

Rajah 6.1 berikut menunjukkan kepada anda lokasi dan rajah jantung.

Rajah 6.1: Jantung manusia

Fakta yang menakjubkan bahawa jantung kita mengepam lebih kurang 70 kali
seminit bagi orang dewasa untuk mengedarkan darah beroksigen kepada sel
badan melalui rangkaian arteri dan menerima kembali darah nyahoksigen
melalui salur darah vena. Arteri yang membekalkan darah beroksigen ke otot
jantung sendiri dikenali sebagai arteri koronari.

Ambil perhatian bahawa terdapat penyakit yang berkaitan dengan arteri


koronari. Ia dikenali sebagai penyakit jantung koronari (CHD ă Coronary heart
disease) yang menyumbang kepada paling banyak kematian dalam kalangan
penyakit kardiovaskular terhadap golongan orang dewasa. Dengan kata lain,
penyakit arteri koronari menyebabkan penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita
akan mempelajari penyakit ini supaya anda akan dapat mengenal pasti faktor
risiko yang biasa bagi penyakit jantung koronari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit Jantung Koronari


Apakah makna CHD?

Penyakit jantung koronari ialah keadaan yang bekalan darah ke jantung


berkurangan atau tersumbat sepenuhnya oleh plak yang terbentuk kerana
pembentukan lemak atau deposit lain seperti tar daripada rokok dalam
dinding arteri koronari.

Tahukah anda bahawa penyempitan arteri disebabkan oleh plak dikenali sebagai
aterosklerosis? Ambil perhatian bahawa saiz plak secara beransur-ansur menjadi
lebih besar, bekalan darah beroksigen berkurangan yang menyebabkan
kerosakan sel otot jantung. Ketika kejadian ini berlaku, seseorang akhirnya akan
mengalami serangan jantung yang kelihatan seperti sakit dada. Dalam istilah
perubatan, serangan jantung kecil (minor) atau sakit dada transien (sementara)
dikenali sebagai angina pectoris, manakala serangan jantung besar dikenali
sebagai infarksi miokardium.

6.2.2 Faktor Risiko yang Menyebabkan Penyakit


Jantung Koronari (CHD)
Apakah faktor yang menyebabkan serangan jantung? Serangan jantung boleh
dicetuskan oleh faktor berikut:

(a) Merokok;
(b) Diabetes melitus;
(c) Tekanan darah tinggi;
(d) Kolesterol darah tinggi;
(e) Obesiti; dan
(f) Tekanan yang berlebihan dan berpanjangan.

AKTIVITI 6.2

1. Kenal pasti bahaya merokok terhadap kesihatan.

2. Bincangkan kesan obesiti ke atas jantung anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  123

6.2.3 Keseriusan Penyakit Jantung Koronari


Tahukah anda bahawa penyakit jantung koronari ialah punca utama kematian di
Malaysia? Ini berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM, 2015) yang menunjukkan bahawa CHD ialah punca kematian nombor
satu, berjumlah kira-kira 25% daripada semua kematian di hospital pada tahun
2013.

Malah, penyakit jantung koronari juga menjadi antara lima sebab tertinggi
kemasukan ke hospital di Malaysia sejak dekad yang lalu. Arah aliran ini adalah
sama dengan negara maju dan membangun utama yang lain.

Sebagai contoh, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC  Centers for
Disease Control and Prevention) (2015) melaporkan kira-kira 610,000 orang mati
kerana penyakit jantung di Amerika pada setiap tahun, iaitu satu daripada
empat kematian. Bagi United Kingdom, kira-kira 1 daripada 6 lelaki dan 1
daripada 10 wanita mati disebabkan oleh CHD setiap tahun. Fakta yang
menggerunkan ini adalah peringatan ngeri tentang ancaman serius yang
ditimbulkan oleh CHD terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

AKTIVITI 6.3

1. Rujuk Health Facts 2014 (Fakta Kesihatan), yang diterbitkan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia di https://goo.gl/qcdXV7.
Kenal pasti lima penyakit yang paling utama menjadi punca
kemasukan ke hospital di negara ini pada tahun 2013.

2. Bincangkan berapa banyak daripada penyakit tersebut


disebabkan oleh faktor gaya hidup.

6.2.4 Tanda dan Gejala Penyakit Jantung Koronari


Apakah tanda dan gejala penyakit kardiovaskular? Untuk penyakit arteri
koronari, sakit dada adalah gejala yang paling biasa dialami oleh seseorang.
Manakala bagi penyakit jantung koronari, mangsa juga mungkin mengalami
beberapa tanda dan gejala, iaitu:

(a) Kesakitan pada bahagian lengan kiri, leher, rahang, bahu atau perut;
(b) Sesak dada;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

(c) Sesak nafas;


(d) Jantung berdebar-debar;
(e) Berpeluh secara berlebihan;
(f) Pening kepala atau pengsan; dan
(g) Mual.

Ambil perhatian bahawa bukan semua mangsa serangan jantung mengalami


tanda dan gejala yang dinyatakan tadi kerana seseorang mungkin mendapat
serangan jantung secara senyap semasa tidur. Serangan jantung secara senyap
diketahui boleh berlaku dalam kalangan penghidap diabetes.

6.2.5 Mencegah Penyakit Jantung Koronari


Bagaimanakah kita boleh mencegah CHD? Subtopik ini akan memberikan
jawapan supaya anda menyedari cara untuk mencegah dan mengurangkan
risiko penyakit jantung koronari.

Pilihan gaya hidup adalah berkaitan dengan penyakit jantung koronari. Antara
cara tertentu untuk mengelakkan CHD adalah seperti yang berikut:

(a) Mengekalkan tekanan darah dalam keadaan terkawal;

(b) Mengekalkan gula dalam darah dalam keadaan terkawal;

(c) Menguruskan tekanan;

(d) Mengambil makanan yang sihat dan seimbang;

(e) Aktif secara fizikal dan kerap bersenam;

(f) Mengekalkan berat badan yang normal dan sihat;

(g) Menahan diri daripada merokok, mengambil dadah rekreasi dan alkohol;

(h) Sering makan ubat yang diberi preskripsi; dan

(i) Mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  125

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Berikan definisi penyakit jantung koronari (CHD ă coronary heart


disease).

2. Senaraikan semua faktor yang menyebabkan serangan jantung.

3. Huraikan tanda dan gejala penyakit jantung koronari serta


pencegahannya.

AKTIVITI 6.4

Bincangkan kesan merokok dari segi risiko penyakit jantung koronari.

6.3 MEMAHAMI KANSER


Sekarang mari kita belajar tentang kanser. Diharapkan pada akhir subtopik ini,
anda menyedari bahawa kanser merupakan penyakit yang dikaitkan dengan
pilihan gaya hidup kita.

Tahukah anda bahawa sejak 50 tahun yang lalu, kanser telah menanam rasa
takut yang besar dalam kalangan orang ramai? Ini kerana kemungkinan ia
menjadi penyakit yang membawa maut dengan hampir tiada harapan untuk
sembuh. Walaupun terdapat kemajuan yang besar dalam bidang sains perubatan
dan teknologi, penyakit ini terus menimpa orang ramai pada semua peringkat
umur, jantina, asal usul etnik dan status sosioekonomi.

Sebelum ini, kanser merupakan gejala yang membimbangkan dalam kalangan


kumpulan umur yang lebih tua tetapi kini kanser kanak-kanak seperti leukemia
dan kanser tulang dilaporkan kian meningkat. Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM, 2015) melaporkan 4,414 kematian adalah akibat kanser pada tahun 2013;
berada dalam kedudukan yang keempat sebagai punca kematian utama di
hospital Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

6.3.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kanser?


Mari kita ketahui definisi kanser. Adakah anda mempunyai sebarang idea
mengenainya?

Kanser ialah keadaan yang sel pada bahagian tertentu dalam badan mula
berkembang pada kadar yang tidak normal dan tidak terkawal.

Ia dihasilkan daripada pembentukan tumor. Apakah pula yang dimaksudkan


dengan tumor?

Tumor ialah sekumpulan sel tisu tidak normal yang telah berkembang dan
membiak secara berganda dengan pesatnya.

Tumor tersebut boleh jadi benigna atau malignan. Apakah perbezaan antara
kedua-duanya? Marilah kita lihat Jadual 6.1 untuk mengetahui jawapannya.

Jadual 6.1: Tumor Benigna Berbanding Tumor Malignan

Tumor Benigna Tumor Malignan

Ketumbuhan setempat yang tidak Berkembang pesat dan merebak dari tapak
mengancam nyawa ă ia tidak merebak ke asal primer untuk membentuk
bahagian badan yang lain. ketumbuhan tumor sekunder baharu di
bahagian lain badan melalui proses yang
Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi dipanggil metastasis.
besar dan mengganggu peredaran darah
dan limfa atau boleh menghalang fungsi Sel kanser boleh menyusup masuk ke
badan lain. dalam sel sekitarnya dan memusnahkan
salur darah, organ, saraf dan sistem limfa.

Keterukan tumor malignan sering


diklasifikasikan dengan tahap pembezaan
dan tahap lanjut pertumbuhan sel.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  127

Mari kita lihat Rajah 6.2 yang menunjukkan kepada anda perbezaan antara
tumor benigna dengan tumor malignan.

Rajah 6.2: Perbezaan antara sel benigna (bukan kanser) dengan sel malignan (kanser)
Sumber: www.medicinenet.com

SEMAK KENDIRI 6.2

Huraikan perbezaan antara tumor benigna dengan tumor malignan.

6.3.2 Jenis Kanser yang Biasa


Tahukah anda bahawa tumor kanser biasanya diklasifikasikan mengikut jenis
tisu dari mana ia berasal? Terdapat empat jenis kanser seperti yang diterangkan
dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Empat Jenis Kanser

Jenis Kanser Deskripsi


Karsinoma Berasal daripada lapisan luar tisu badan dipanggil tisu epitelium.
Sarkoma Terbentuk terutamanya dalam tisu serat dan tisu perantara dalam
badan.
Limfoma Terbentuk dan merebak dalam sistem limfatik.
Leukemia Menjejaskan leukosit yang merupakan satu bentuk sel darah dalam
badan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Selain daripada empat kanser tersebut, kanser juga ditentukan oleh organ di
mana ia membiak. Bolehkah anda fikirkan beberapa contoh? Jawapannya ialah
kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat, kanser usus, kanser otak dan
lain-lain. Perlu diingat bahawa diagnosis dan rawatannya adalah berbeza bagi
setiap jenis kanser.

6.3.3 Faktor Risiko Kanser


Subtopik ini menerangkan faktor risiko yang biasa untuk kanser. Diharapkan
pada akhir subtopik ini, anda boleh mengenal pasti faktor risiko yang biasa
untuk kanser. Jadi, apakah faktor risiko untuk kanser?

Pakar percaya bahawa punca kebanyakan jenis kanser adalah pelbagai faktor.
Jadual 6.3 memberikan anda faktor risiko untuk pembentukan kanser.

Jadual 6.3: Faktor Risiko bagi Pembentukan Kanser

Faktor Risiko Deskripsi

Pilihan gaya hidup Sesetengah jenis diet, merokok, tekanan dan obesiti boleh
menyebabkan pembentukan kanser.

Pendedahan alam Asbestos, tembakau, alkohol, radiasi, pelepasan karbon, hasil


sekitar kepada produk petroleum, bahan kimia toksik, pewarna tertentu, bahan
karsinogen pengawet makanan, cahaya ultra ungu dan lain-lain boleh
menyebabkan pembentukan kanser.

Virus Herpes II, hepatitis B, HIV dan virus Epstein Barr dikaitkan
dengan beberapa jenis kanser.

Kerengsaan kronik Mengunyah tembakau menyebabkan kerengsaan kronik pada


bahagian lapisan dalam mulut.

Genetik Kehadiran onkogen yang mempengaruhi pertumbuhan kanser.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  129

6.3.4 Tanda dan Gejala Kanser


Pertama, anda perlu peka dengan badan anda. Perhatikan perubahan yang
berlaku secara tiba-tiba, yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian dan proses
normal badan seperti kemunculan ketulan atau darah dalam air kencing atau
najis; ia perlu disiasat untuk tanda awal kanser. Potensi lain bagi tanda dan
gejala kanser termasuklah yang berikut:

(a) Penurunan berat badan secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan;
(b) Ketulan di payudara atau bahagian badan lain;
(c) Pendarahan antara tempoh haid, darah dalam air kencing, batuk atau
muntah;
(d) Batuk kronik, rasa sakit yang hambar (tidak mencucuk) dan berterusan
pada satu bahagian badan, demam ringan dan sesak nafas;
(e) Perubahan tabiat membuang air besar seperti darah dalam najis, cirit-birit
atau sembelit tanpa sebab yang jelas; dan
(f) Tahi lalat yang semakin membesar lebih daripada tujuh milimeter
diameter, bentuk dan saiz tidak teratur, gatal, berkuping atau pendarahan.

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Terangkan secara ringkas lima faktor risiko bagi pembentukan


kanser.

2. Kenal pasti lima perubahan yang tidak normal dalam badan yang
boleh memberi isyarat terhadap permulaan kanser.

6.3.5 Strategi Pencegahan Kanser


Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita mengenai kanser, mari kita
mempelajari cara pencegahannya supaya anda boleh mencadangkan pendekatan
yang boleh kita ambil untuk mencegah atau mengurangkan risiko peribadi
terhadap kanser.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan kanser? Pencegahan kanser


merujuk kepada pengecaman bahaya yang berpotensi menyebabkan kanser dan
melaksanakan program bagi mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada
karsinogen daripada sumber makanan dan bahaya alam sekitar lain. Beberapa
strategi pencegahan yang khusus dijelaskan dalam Jadual 6.4.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
130  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Jadual 6.4: Strategi Pencegahan Khusus untuk Kanser

Strategi Deskripsi

Meningkatkan • Berwaspada tentang faktor risiko seperti pemeriksaan


tingkah laku gaya saringan secara teratur jika terdapat sejarah kanser dalam
hidup kalangan ahli keluarga yang ada hubungan darah dan
mengelakkan pendedahan berlebihan kepada bahan
pencemaran yang diketahui sebagai satu jenis bahaya
pekerjaan.
• Mengelakkan bahan kimia toksik dan pendedahan kepada
sinaran radioaktif.
• Perlindungan terhadap pendedahan berlebihan kepada
cahaya ultra ungu.
• Makan makanan yang seimbang dan sihat.
• Mengelakkan alkohol dan tembakau.
• Mengawal berat badan yang berlebihan.
 Kerap bersenam.
 Mengurus tekanan.
 Pemeriksaan teratur pada bahagian badan untuk mengesan
perubahan tidak normal secara tiba-tiba seperti yang berikut:
 C : Perubahan terhadap tabiat membuang air besar
atau kecil (Change in bowel or bladder habits).
 A : Luka yang tidak sembuh (A sore that does not
heal ).
 U : Pendarahan luar biasa atau pengeluaran cecair
daripada badan (Unusual bleeding or fluid
discharge from the body).
 T : Penebalan atau ketulan pada payudara atau di
tempat lain (Thickening or lump in breasts or
elsewhere).
ă I : Masalah penghadaman yang berterusan atau
kesukaran untuk menelan (Indigestion that
persist or difficulty in swallowing).
ă O : Perubahan yang jelas pada ketuat atau tahi lalat
(Obvious change in a wart or mole).
ă N : Batuk berterusan atau suara menjadi serak
(Nagging cough or voice hoarseness).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  131

Menjadi pengguna • Walaupun mengekalkan alam sekitar yang sihat


yang memerlukan usaha bersama dalam masyarakat yang lebih
bertanggungjawab besar, seseorang boleh:
 Mula menjalankan haknya dengan melaksanakan tabiat
pembelian yang bagus.
 Memilih produk yang lebih „hijau‰.
 Memilih produk makanan organik.
 Mengelakkan pencemaran.
 Menyertai rekreasi yang bertanggungjawab.

Menjadi pejuang • Menyedari pilihan yang lebih selamat ketika mencari


yang aktif untuk rawatan perubatan.
kesihatan anda
• Kesedaran dan mengelakkan faktor risiko terhadap diri
sendiri, keluarga dan masyarakat.
• Menyebarkan kesedaran tentang peranan masyarakat
sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
• Menjalankan hak mengundi bagi tadbir urus yang selamat,
alam sekitar yang sihat dan undang-undang terhadap dasar
kesihatan yang baik.

6.4 MEMAHAMI DIABETES MELITUS


Sekarang mari kita mengalihkan perhatian kita kepada diabetes melitus. Kami
berharap dengan membaca subtopik ini, anda akan dapat meningkatkan
kesedaran anda tentang diabetes melitus kerana ia keadaan kronik yang
berkaitan terutamanya dengan pilihan gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda sesiapa di keliling anda yang mempunyai penyakit diabetes


melitus? Kemungkinan dengan mudah anda boleh mengingati seseorang yang
anda tahu menghidap diabetes melitus. Ia telah menjadi salah satu daripada
keadaan penyakit yang paling pesat berkembang melanda manusia dalam era
moden.

Mengapakah ia dianggap sebagai suatu keadaan penyakit yang sangat serius?


Diabetes melitus ialah keadaan penyakit yang sangat serius kerana ia membawa
kepada pelbagai komplikasi badan seperti ateriosklerosis, penyakit jantung
koronari, tekanan darah tinggi, jangkitan, katarak, buta, penyakit buah pinggang
kronik, jangkitan kulit, gangren dan gangguan fungsi erektil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

6.4.1 Penyebab Diabetes Melitus


Sebelum kita melihat sebab diabetes melitus, mari kita lihat definisinya dahulu.

Biasanya, penyakit diabetes melitus ialah satu gangguan endokrin yang


berlaku kerana ketidakteraturan pengeluaran insulin atau tindakan
fisiologinya di dalam badan.

Apakah makna insulin?

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsinya adalah


membolehkan glukosa (daripada metabolisme karbohidrat) dalam aliran
darah untuk masuk ke dalam sel badan bagi penghasilan tenaga.

Apakah yang akan berlaku jika insulin tidak mencukupi? Jika insulin tidak
mencukupi, paras glukosa kekal tinggi dalam aliran darah yang membawa
kepada hiperglisemia. Begitu juga, kurang tahap glukosa darah atau tahap
insulin berlebihan dalam aliran darah akan menyebabkan hipoglisemia. Rajah 6.3
menunjukkan anda perbezaan dari segi tanda dan gejala untuk kedua-dua
keadaan yang insulin adalah tidak mencukupi.

Rajah 6.3: Tanda dan gejala hiperglisemia dan hipoglisemia


Sumber: http://positivemed.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  133

SEMAK KENDIRI 6.4

Kenal pasti penyebab dan juga tanda dan gejala hiperglisemia dan
hipoglisemia.

6.4.2 Klasifikasi Diabetes Melitus


Tahukah anda secara umumnya terdapat tiga jenis diabetes melitus? Ia
diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Tiga Jenis Diabetes Melitus

Jenis Diabetes Melitus Deskripsi

Diabetes melitus Jenis 1 Ia juga dikenali sebagai pergantungan pada insulin,


permulaan diabetes juvenil.

Diabetes melitus Jenis 2 Ini diabetes yang tidak bergantung pada insulin, biasanya
permulaan diabetes orang dewasa. Ini jenis diabetes yang
paling biasa.

Diabetes gestasi Selain dua jenis utama tersebut, ini jenis diabetes
sementara yang terdapat pada sesetengah wanita semasa
tempoh kehamilan dan sembuh apabila kehamilan
berakhir.

Dalam perbincangan kita seterusnya mengenai diabetes melitus, kita akan


memberi tumpuan kepada diabetes melitus Jenis 2 kerana risiko bermulanya
penyakit ini biasanya dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat.

SEMAK KENDIRI 6.5

Nyatakan perbezaan utama antara diabetes melitus Jenis 1 dengan Jenis


2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

6.4.3 Faktor Risiko Diabetes Melitus


Dengan membaca subtopik ini, diharapkan anda akan dapat mengenal pasti
faktor risiko yang biasa bagi diabetes melitus. Jadi, apakah ia?

Faktor risiko untuk diabetes melitus berpunca daripada gabungan pengabaian


pilihan gaya hidup sihat dan beberapa elemen faktor risiko yang tidak boleh
diubah suai seperti yang berikut:

(a) Obesiti dan tidak aktif secara fizikal;

(b) Tahap gula yang tinggi dalam darah semasa berpuasa;

(c) Umur semakin lanjut;

(d) Kecenderungan genetik; dan

(e) Etnik.

Daripada lima faktor tersebut, kita dapat lihat bahawa obesiti, tidak aktif secara
fizikal dan tinggi tahap gula dalam darah boleh dikawal dan dengan itu
diklasifikasikan sebagai risiko yang boleh diubah suai. Sebaliknya, kita
perhatikan bahawa lanjut usia, kecenderungan genetik dan etnik ialah faktor
risiko yang tidak boleh diubah suai untuk diabetes melitus.

AKTIVITI 6.5

Lakukan carian dalam talian dan sediakan penerangan ringkas tentang


bagaimana obesiti boleh menyebabkan penyakit diabetes melitus.

6.4.4 Pencegahan Diabetes Melitus


Akhir sekali, bagaimanakah kita boleh mencegah diabetes melitus? Subtopik ini
memberikan anda jawapannya supaya anda boleh mencadangkan pendekatan
untuk mengelakkan risiko penyakit ini.

Sehingga kini, diabetes dianggap sebagai keadaan penyakit yang tidak boleh
diubati dan intervensi perubatan hanya cuba untuk mengawal tahap gula dalam
darah dengan pelbagai cara untuk mengatasi kesan komplikasi penyakit diabetes
ke atas tubuh badan. Oleh itu, pencegahan diabetes adalah pilihan yang lebih
baik kerana ia tidak mempunyai penawar; adalah bijak untuk mencegah diabetes

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  135

daripada berakar umbi. Ini boleh dilakukan dengan pengecaman dan kawalan
faktor pencetus dalam bentuk faktor risiko boleh diubah suai dan tidak boleh
diubah suai.

Berwaspada dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan faktor


risiko terpendam adalah penting untuk pencegahan penyakit. Yang berikut ialah
aspek penting dalam pencegahan untuk mengelakkan permulaan berlakunya
diabetes melitus:

(a) Mengekalkan berat badan ideal;

(b) Melibatkan diri dalam program latihan kecergasan aerobik yang teratur;

(c) Mengekalkan tahap normal glukosa darah; dan

(d) Pengecaman awal tanda amaran diabetes.

6.5 OSTEOPOROSIS
Sekarang mari kita mempelajari osteoporosis. Diharapkan setelah membaca
bahagian ini, anda akan dapat mengaitkan osteoporosis sebagai satu keadaan
yang berkaitan dengan pilihan gaya hidup kita.

Apakah yang anda tahu tentang osteoporosis? Apakah yang anda boleh katakan
mengenainya?

Osteoporosis ialah keadaan yang tulang menjadi lemah dan rapuh akibat
kandungan mineral yang rendah, biasanya disebabkan oleh penuaan
progresif.

Kehilangan kandungan mineral secara beransur-ansur, terutamanya kalsium


fosfat menjadikan tulang berisiko lebih tinggi untuk patah dan penyembuhan
yang lambat. Wanita terutamanya adalah berisiko lebih tinggi mendapat
osteoporosis tidak lama selepas badan mereka berhenti menghasilkan estrogen
ketika putus haid. Rajah 6.4 menunjukkan kepada anda bagaimana rupa
osteoporosis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Rajah 6.4: Tulang yang normal berbanding tulang osteoporosis


Sumber: http://scienceblogs.com

6.5.1 Faktor Risiko Osteoporosis


Apakah faktor risiko untuk penyakit ini? Mari kita teruskan pelajaran kita
supaya anda boleh mengenal pasti faktor risiko yang biasa untuk osteoporosis.

Osteoporosis boleh terjadi hasil daripada kombinasi faktor seperti yang berikut:

(a) Genetik;
(b) Saiz rangka tubuh;
(c) Jantina;
(d) Bangsa;
(e) Umur semakin lanjut;
(f) Puncak jisim tulang berkurangan;
(g) Tahap estrogen dan testosteron yang rendah;
(h) Tidak aktif secara fizikal;
(i) Pengambilan kalsium dalam diet yang tidak mencukupi;
(j) Merokok; dan
(k) Pengambilan alkohol.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  137

AKTIVITI 6.6

Lakukan carian dalam talian mengenai amalan gaya hidup biasa yang
meningkatkan risiko osteoporosis. Kongsi hasil carian anda semasa sesi
tutorial.

6.5.2 Strategi untuk Osteoporosis


Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda boleh mencadangkan pendekatan
yang boleh kita ambil untuk mencegah osteoporosis.

Ambil perhatian bahawa satu aspek penting dalam pencegahan termasuklah


membuat pilihan gaya hidup yang betul pada peringkat awal untuk
mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang pada tahun kemudian. Beberapa
strategi termasuklah yang berikut:

(a) Meningkatkan aktiviti fizikal;


(b) Mengambil kalsium sebagai makanan tambahan seperti yang diperlukan;
(c) Berhati-hati dengan senaman yang berlebihan;
(d) Mengawal pengambilan alkohol; dan
(e) Berhenti merokok.

AKTIVITI 6.7

Kenal pasti lima contoh produk makanan tempatan yang mengandungi


kandungan kalsium yang tinggi, sesuai bagi seseorang untuk
mengelakkan osteoporosis.

6.6 PENYAKIT BUAH PINGGANG


Akhir sekali, sebelum kita tamatkan topik yang menarik ini, mari kita lihat
penyakit buah pinggang. Diharapkan dengan mempelajari subtopik ini, anda
boleh mengaitkan penyakit buah pinggang sebagai keadaan penyakit yang ada
hubungan dengan pilihan gaya hidup kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Tahukah anda bahawa penyakit buah pinggang telah menjadi punca utama yang
biasa bagi penyakit kegagalan buah pinggang? Ia menyebabkan pesakit perlu
menjalani rawatan dialisis, selalunya untuk seumur hidup. Statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (2015) memetik bahawa penyakit buah
pinggang sebagai penyebab kelapan yang paling biasa untuk kemasukan ke
hospital pada tahun 2013, menyumbang lebih daripada 5% daripada semua
kemasukan ke hospital di Malaysia.

Manusia mempunyai sepasang buah pinggang dalam rongga abdomen pada


kedua-dua belah tulang belakang, di atas pinggang (rujuk Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Kedudukan buah pinggang


Sumber: www.ehealthstar.com

Apakah fungsi buah pinggang? Buah pinggang melakukan beberapa fungsi


mampan kehidupan seperti:

(a) Mencuci darah dengan mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang
berlebihan;

(b) Mengekalkan keseimbangan garam dan mineral dalam darah;

(c) Membantu mengawal atur tekanan darah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  139

(d) Menghasilkan hormon bernama eritropoietin yang merangsang


pengeluaran sel darah merah; dan

(e) Menghasilkan satu bentuk vitamin D yang kita perlukan untuk kesihatan
tulang.

Kehilangan fungsi buah pinggang dipanggil kegagalan buah pinggang akut atau
kecederaan buah pinggang akut. Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh tiga
kesan berikut yang mengganggu fungsi buah pinggang:

(a) Kekurangan aliran darah kepada buah pinggang;

(b) Kerosakan secara langsung kepada tisu buah pinggang; dan

(c) Sekatan aliran air kencing daripada buah pinggang.

Ambil perhatian bahawa kegagalan buah pinggang boleh membawa maut dan
memerlukan rawatan segera dan intensif.

6.6.1 Penyebab yang Biasa bagi Penyakit Buah


Pinggang
Apakah penyebab yang biasa bagi penyakit buah pinggang? Beberapa faktor
yang biasa yang menyebabkan penyakit buah pinggang termasuklah:

(a) Kecederaan trauma kepada tisu buah pinggang yang membawa kepada
pendarahan;

(b) Dehidrasi berpanjangan yang teruk;

(c) Kerosakan kepada buah pinggang disebabkan oleh renjatan ketika sepsis
yang teruk;

(d) Sekatan aliran air kencing akibat pembesaran prostat, penyempitan atau
kalkuli (batu karang) buah pinggang;

(e) Kerosakan dari ubat nefrotoksik tertentu atau racun; dan

(f) Komplikasi berkaitan dengan kehamilan seperti eklampsia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

6.6.2 Tanda dan Gejala Penyakit Buah Pinggang


Kadangkala, kegagalan fungsi buah pinggang akibat penyakit mempunyai
permulaan insidius (tersembunyi) yang perlahan dan tidak menunjukkan
sebarang tanda yang ketara. Ia dikesan secara kebetulan melalui ujian makmal
rutin yang dilakukan atas sebab lain. Walau bagaimanapun, anda boleh melihat
tanda dan gejala fizikal yang jelas, iaitu:

(a) Pengeluaran air kencing berkurangan;


(b) Pembendungan cecair menyebabkan bengkak di kaki, kawasan buku lali
dan kaki;
(c) Mengantuk;
(d) Sesak nafas;
(e) Keletihan kronik;
(f) Kekeliruan;
(g) Mual;
(h) Sawan atau koma dalam kes yang teruk; dan
(i) Sakit dada atau tekanan.

6.6.3 Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang


Tahukah anda bahawa diabetes dan tekanan darah tinggi ialah dua punca utama
kerosakan buah pinggang? Ini kerana ia menyebabkan kerosakan berbahaya
kepada saluran darah halus dalam buah pinggang. Faktor risiko yang lain
termasuklah:

(a) Penyakit kardiovaskular;


(b) Sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang;
(c) Jangkitan; dan
(d) Ubat nefrotoksik dan bahan kimia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  141

6.6.4 Pencegahan Penyakit Buah Pinggang


Akhir sekali, marilah kita pelajari cara untuk mencegah penyakit ini supaya anda
akan dapat mencadangkan pendekatan yang boleh kita ambil untuk
mengelakkan risiko penyakit buah pinggang.

Seperti yang telah kita baca dalam perbincangan sebelum ini, strategi pencegahan
terbukti menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk mengelakkan faktor risiko
melalui ubah suai gaya hidup untuk mengawal faktor risiko yang boleh diubah
suai bagi kerosakan buah pinggang. Oleh itu, seseorang yang menghadapi risiko
kerosakan buah pinggang perlu mematuhi langkah berikut:

(a) Menjadikan gaya hidup sihat sebagai keutamaan;

(b) Pemeriksaan kesihatan yang teratur untuk menyaring kerosakan buah


pinggang;

(c) Mengurus diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung;

(d) Mengambil ubat yang diberi preskripsi secara teratur dan mengikut
masanya;

(e) Pastikan buah pinggang sihat dengan memilih untuk makan makanan
yang bebas daripada bahan kimia toksik, dan meningkatkan pengambilan
makanan segar dan sayur-sayuran hijau;

(f) Mengekalkan penghidratan badan yang mencukupi dengan minum air


kosong;

(g) Kawal garam, makanan yang kaya dengan kalium dan pengambilan gula
dalam diet;

(h) Mengehadkan pengambilan alkohol;

(i) Sentiasa aktif secara fizikal;

(j) Menjaga berat badan pada tahap ideal;

(k) Memastikan paras kolesterol dalam julat yang normal; dan

(l) Berhenti merokok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

AKTIVITI 6.8

Lengkapkan penilaian risiko kesihatan peribadi yang berikut:

Penaksiran Risiko Diabetes Jenis 2


Bulatkan jawapan yang betul dan jumlahkan mata kutipan. Bandingkan skor
akhir anda dengan risiko mendapat diabetes melitus.

Soalan Mata Soalan Mata


Umur Berapa kerapkah anda makan sayur-
sayuran atau buah-buahan segar?
Kurang dari 35 tahun 0 Setiap hari 0
35 hingga 44 tahun 1 Bukan setiap hari 1
45 hingga 54 tahun 2 Pernahkah anda mengambil ubat untuk
tekanan darah tinggi secara teratur?
55 hingga 64 tahun 3 Tidak 0
Melebihi 64 tahun 4 Ya 2
Indeks jisim tubuh (BMI ă body mass Pernahkah anda didapati mempunyai
index) glukosa darah tinggi (seperti dalam ujian
saringan kesihatan, semasa sakit)?
Kurang daripada 25kg/m2 0 Tidak 0
25 hingga 30kg/m2 1 Ya 5
Melebihi 30kg/m2 3 Adakah ahli keluarga anda atau saudara
mara rapat telah didiagnosis dengan
diabetes?
Lilitan pinggang diukur pada tahap pusat Tidak 0
Bagi lelaki Ya, datuk, makcik, 3
pakcik atau sepupu
Kurang daripada 94cm 0 Ya, ibu bapa, adik 5
beradik atau anak
sendiri
94cm hingga 102cm 3 Jumlah skor risiko
Melebihi 102cm 4
Bagi wanita Tafsiran skor peribadi
Kurang daripada 80cm 0 Lebih rendah Risiko rendah untuk
daripada 7 mendapat diabetes
80cm hingga 88cm 3 7 hingga 11 Risiko sedikit tinggi
Melebihi 88cm 4 12 hingga 14 Risiko sederhana
15 hingga 20 Risiko tinggi
Melebihi 20 Sangat berisiko
Adakah anda biasa melakukan sekurang-
kurangnya 30 minit aktiviti fizikal lasak
atau bersenam setiap hari, tidak termasuk
aktiviti harian?
Ya 0
Tidak 2

Sumber: http://www.diabetes.fi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  143

Nasihat untuk Anda Mengurangkan Risiko Diabetes Jenis 2

Anda tidak boleh berbuat apa-apa tentang umur anda atau


kecenderungan genetik anda. Sebaliknya, faktor penggalak untuk
diabetes seperti berat badan berlebihan, kegemukan pada abdomen, gaya
hidup yang tidak aktif, tabiat makan dan merokok adalah terpulang
kepada anda. Pilihan gaya hidup anda boleh mencegah diabetes Jenis 2
sepenuhnya atau sekurang-kurangnya melambatkan permulaan sehingga
umur yang lebih lanjut.

Jika ada diabetes dalam keluarga anda, anda perlu berhati-hati untuk
tidak menambah berat dalam tahun seterusnya. Pertambahan saiz
pinggang, khususnya, meningkatkan risiko diabetes, manakala aktiviti
fizikal sederhana akan menurunkan risiko. Anda juga perlu memberi
perhatian kepada diet anda; mengambil inisiatif untuk makan banyak
produk bijirin yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari.
Tidak mengambil lemak keras yang berlebihan dalam diet anda dan
memilih lemak sayur-sayuran lembut.

Peringkat awal diabetes Jenis 2 jarang menyebabkan apa-apa gejala. Jika


anda mendapat 12 hingga 14 mata dalam penaksiran risiko, anda akan
dinasihatkan secara serius mempertimbangkan aktiviti fizikal dan tabiat
makan anda serta memberi perhatian kepada berat badan anda untuk
mengelakkan diri daripada diabetes. Sila hubungi jururawat kesihatan
awam atau doktor anda sendiri untuk panduan lanjut dan ujian.

Jika anda mendapat 15 mata atau lebih dalam penaksiran risiko, anda
perlu membuat ujian ukuran glukosa darah (kedua-dua nilai puasa dan
nilai selepas dos glukosa atau makan) untuk menentukan jika anda
mempunyai diabetes tanpa gejala.

Sumber: http://www.diabetes.fi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Menilai Risiko Anda terhadap Osteoporosis


Bagi setiap soalan berikut, tandakan sama ada ya atau tidak.

1. Adakah keluarga anda mempunyai 2. Adakah anda mengalami putus haid


sejarah osteoporosis? (Adakah mana- atau ovari telah dikeluarkan melalui
mana saudara perempuan anda patah pembedahan sebelum berumur 50
pergelangan tangan atau pinggul atau tahun?
mempunyai bongkok udang atau
dowagerÊs hump?)
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
3. Adakah tempoh haid anda pernah 4. Adakah keturunan anda datang dari
berhenti untuk lebih dari setahun atas England, Ireland, Scotland, Utara
sebab selain daripada kehamilan atau Eropah atau Asia atau adakah anda
menyusu? mempunyai rangka badan yang kecil
dan kurus?
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
5. Adakah anda pernah menjalani 6. Adakah anda mengambil atau telah
pembedahan pada mana-mana mengambil ubat seperti kortison,
bahagian perut atau usus anda steroid atau antikonvulsan (ubat
dibuang? sawan) untuk tempoh masa yang
panjang?
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
7. Adakah anda mempunyai gangguan 8. Adakah anda alah kepada produk
tiroid atau paratiroid (hipertiroidisme susu atau adakah anda tidak sesuai
atau hiperparatairoidisme)? dengan laktosa?
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
9. Adakah anda merokok? 10. Adakah anda minum wain, bir atau
minuman beralkohol lain setiap hari?
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
11. Adakah anda melakukan senaman 12. Adakah anda pernah melakukan
kurang dari sejam seperti senaman berat sehingga anda
senamrobik, berjalan atau berjoging mempunyai tempoh haid tidak
setiap minggu? teratur atau tiada haid langsung?
Ya  Tidak  Ya  Tidak 
13. Pernahkah anda mempunyai
gangguan makan (bulimia atau
anoreksia nervosa)?
Ya  Tidak 

Bagaimanakah keadaan anda?


Adakah anda mempunyai beberapa jawapan ya? Jika begitu, anda berkemungkinan
mendapat peluang sangat tinggi mendapat osteoporosis. Ia idea yang baik untuk
berbincang dengan doktor anda hari ini supaya anda boleh bekerjasama untuk
menjauhkan penyakit melumpuhkan ini daripada berlaku kepada anda.

Sumber: Donatelle, Snow & Wilcox (1999)

Berdasarkan tahap skor peribadi anda pada setiap skala di atas, sediakan
pelan tindakan untuk aktiviti gaya hidup sihat untuk diri anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  145

• Penggalakan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit melalui perubahan


gaya hidup telah banyak menyumbang kepada peningkatan standard
kesihatan rakyat di negara ini.

• Memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan dan kemahiran yang


sesuai untuk mengubah suai gaya hidup mereka dan mengambil peranan
yang lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi dorongan yang kuat
bagi sesiapa yang memahami manfaat untuk sentiasa sihat.

• Kebanyakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronari,


kanser, diabetes melitus, osteoporosis dan penyakit buah pinggang adalah
disebabkan oleh pilihan gaya hidup.

• Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan menjadi lebih mudah
terdedah kepada penyakit tidak berjangkit yang mempunyai kesan jangka
panjang pada badan dan sukar untuk dikawal.

 Penyakit kardiovaskular terdiri daripada pelbagai penyakit yang berkaitan


dengan gangguan fungsi dalam jantung dan peredaran darah dalam badan.
Penyakit kardiovaskular paling serius yang berkaitan dengan pilihan gaya
hidup ialah penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, tekanan darah
tinggi dan strok.

• Faktor risiko yang biasa untuk penyakit jantung koronari termasuklah


merokok, diabetes melitus yang tidak terkawal, tekanan darah tinggi yang
tidak terkawal, tinggi darah kolesterol, obesiti dan tekanan berlebihan dan
berpanjangan.

• Sakit dada ialah gejala yang paling biasa dialami oleh seseorang yang
mempunyai penyakit arteri koronari. Bagi penyakit jantung koronari,
sebahagian tanda dan gejala adalah mual, sesak nafas dan berpeluh yang
berlebihan.

 Beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari


ialah menguruskan tekanan, mengawal kandungan gula dalam darah dan
mengawal tekanan darah.

 Kanser ialah keadaan yang sel pada bahagian tertentu badan mula
berkembang pada kadar yang tidak normal dan tidak terkawal. Terdapat
empat jenis kanser, iaitu karsinoma, sarkoma, limfoma dan leukemia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

 Faktor risiko yang biasa untuk kanser termasuklah pilihan gaya hidup yang
tidak sihat, pendedahan alam sekitar kepada karsinogen, pendedahan
kepada virus yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser, kerengsaan
kronik dan kecenderungan genetik kepada kanser.

 Sebahagian daripada tanda dan gejala kanser ialah kehilangan berat badan
secara mendadak yang tidak dapat dijelaskan, ketulan pada payudara atau
bahagian badan yang lain, tahi lalat yang tumbuh lebih daripada tujuh
milimeter diameter dan lain-lain.

 Pencegahan am kanser merujuk kepada pengecaman potensi kanser yang


menyebabkan bahaya dan mengambil tindakan menyokong untuk
mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada karsinogen daripada
sumber makanan dan bahaya alam sekitar yang lain.

 Diabetes melitus ialah gangguan endokrin yang berlaku akibat


ketidakteraturan pengeluaran insulin atau tindakan fisiologinya dalam
badan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis ă Jenis 1, Jenis 2 dan diabetes
gestasi.

 Faktor risiko lazim untuk diabetes melitus termasuklah obesiti dan tidak aktif
secara fizikal, tinggi tahap gula dalam darah semasa berpuasa, usia yang
semakin lanjut, kecenderungan genetik dan kecenderungan etnik.

 Pencegahan umum untuk diabetes melitus merupakan pengecaman dan


kawalan faktor pencetus yang ada dalam bentuk faktor risiko boleh diubah
suai dan tidak boleh diubah suai. Contohnya, mengekalkan berat badan ideal
dan tahap normal glukosa darah, senaman dan pengesanan awal.

 Osteoporosis ialah keadaan yang tulang menjadi lemah dan menjadi rapuh
akibat kandungan mineral rendah yang biasanya disebabkan oleh penuaan
progresif.

 Faktor risiko lazim untuk osteoporosis termasuklah kecenderungan genetik,


jantina, bangsa, umur semakin lanjut, penurunan puncak jisim tulang, tahap
estrogen dan testosteron yang rendah, aktiviti fizikal, pengambilan kalsium
diet tidak mencukupi, merokok dan pengambilan alkohol.

 Aspek penting dalam pencegahan osteoporosis termasuklah membuat


pilihan gaya hidup yang tepat pada peringkat awal yang boleh
mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang pada tahun lewat usia. Pilihan
gaya hidup yang tepat boleh dilakukan dari segi peningkatan aktiviti fizikal,
mengambil kalsium tambahan dan berhenti merokok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT  147

 Kegagalan buah pinggang akut menghasilkan ketidakupayaan buah


pinggang untuk menapis bahan buangan di dalam darah yang menyebabkan
kemerosotan yang pesat pada kesihatan mangsa penghidapnya.

 Penyebab yang biasa bagi penyakit buah pinggang ialah kecederaan trauma
pada tisu buah pinggang, dehidrasi yang teruk dan berpanjangan, eklampsia
semasa kehamilan dan lain-lain.

 Sebahagian daripada tanda dan gejala penyakit buah pinggang ialah


pengeluaran air kencing yang berkurangan, mengantuk, kekeliruan, mual,
keletihan yang kronik dan lain-lain.

 Faktor risiko yang biasa untuk penyakit buah pinggang termasuklah yang
wujud bersama penyakit kardiovaskular, sejarah keluarga dengan penyakit
buah pinggang, jangkitan, pendedahan kepada dadah nefrotoksik dan bahan
kimia.

 Sebahagian daripada pencegahan untuk penyakit buah pinggang ialah gaya


hidup sihat, pemeriksaan kesihatan yang teratur, menjadi aktif secara fizikal,
mempunyai berat badan ideal dan berhenti merokok.

Berat badan ideal Limfoma


Diabetes gestasi Osteoporosis
Diabetes melitus Pencegahan
Diabetes melitus Jenis 1 Pencegahan penyakit
Diabetes melitus Jenis 2 Penyakit arteri koronari (CAD ă
coronary artery disease)
Faktor risiko
Penyakit jantung koronari (CHD ă
Gaya hidup sihat
coronary heart disease)
Kanser
Penyakit tidak berjangkit
Karsinoma
Sarkoma
Kegagalan buah pinggang akut
Strok
Kegagalan jantung
Tanda dan gejala
Leukemia
Tekanan darah tinggi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 PENCEGAHAN PENYAKIT

Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2015). Heart disease facts.
Dicapai dari http://www.cdc.gov/heartdisease/facts.htm

Donatelle, R., Snow, C., & Wilcox, A. (1999). Wellness: Choices for health and
fitness (Ed. ke-2). Belmont, CA: Wadsworth.

Finnish Diabetes Association. (2003). Programme for the prevention of type


2 diabetes in Finland. Dicapai dari http://www.diabetes.fi/files/1108/
Programme_for_the_Prevention_of_Type_2_Diabetes_in_Finland_2003-
2010.pdf

Ministry of Health Malaysia (MOH). (2014). Health facts 2014. Dicapai dari
https://goo.gl/qcdXV7

NHS Choices. (2013). Cancer information and useful links. Dicapai dari
http://www.nhs.uk/conditions/Cancer/Pages/Introduction.aspx

NHS Choices. (2014). Osteoporosis. Dicapai dari http://www.nhs.uk/conditions/


Osteoporosis/Pages/Introduction.aspx

Palevsky, P. M. (2015). Definition of acute kidney injury (acute renal failure).


Dicapai dari http://www.uptodate.com/contents/definition-of-acute-
kidney-injury-acute-renal-failure

Pruss-Ustun, A., & Corvalan, C. (2006). Preventing disease through health


environment: Towards an estimate of the environmental burden of disease.
Geneva, Switzerland: World Health Organization Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kesihatan dan
7 Kesejahteraan
Kewangan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan antara kesihatan kewangan dengan kesejahteraan
kewangan;
2. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh golongan dewasa
„peralihan‰ dalam usaha mereka untuk kesejahteraan kewangan;
3. Membincangkan elemen kesejahteraan kewangan; dan
4. Membentuk pelan kecergasan kewangan.

 PENGENALAN
Seperti yang dibincangkan dalam Topik 3 sebelum ini, kesihatan dan
kesejahteraan kewangan adalah salah satu daripada lapan dimensi model
holistik kesihatan dan kesejahteraan. Masihkah anda ingat? Ambil perhatian
bahawa setiap satu daripada lapan dimensi tersebut perlu diikuti satu persatu
tetapi seiring dengan usaha mencapai tujuh dimensi lain.

Apakah yang akan anda pelajari dalam topik ini? Pada asasnya, topik ini
dibahagikan kepada empat subtopik. Dalam Subtopik 7.1, kita akan
diperkenalkan kepada kesihatan kewangan dan kesejahteraan kewangan. Ia juga
membincangkan kepentingan kesejahteraan kewangan dalam konteks kesihatan
keseluruhan seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Kemudian pada Subtopik 7.2, kita akan membincangkan cabaran untuk


mencapai kesejahteraan kewangan terutamanya dalam perjalanan seseorang ke
alam dewasa. Pengetahuan cabaran masa lalu (yang telah dialami oleh generasi
lalu) akan membolehkan seseorang untuk lebih bersedia menanganinya ketika
seseorang melalui gangguan dalam menjalani kehidupan.

Ini diikuti dengan Subtopik 7.3 yang akan membincangkan elemen kesejahteraan
kewangan yang boleh membantu ketika seseorang berusaha mencapai
kesejahteraan. Akhir sekali, subtopik terakhir akan merumuskan konsep
kecergasan kewangan, yang menjadi ikutan dalam kalangan syarikat besar di
seluruh dunia bagi membantu membiayai kos pencapaian kesihatan dan
kesejahteraan dalam syarikat tersebut dan bahagian masing-masing. Diharapkan
pada akhir topik ini, anda akan dapat membentuk pelan kecergasan kewangan
yang sesuai dengan diri anda. Semoga berjaya!

7.1 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN


KEWANGAN
Subtopik pertama ini menerangkan kesihatan kewangan dan kesejahteraan
kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat membezakan
kedua-duanya. Sekarang, mari kita lihat dahulu definisi kesihatan kewangan.
Adakah anda mempunyai sebarang idea tentang maksudnya?

Kesihatan kewangan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan


„keadaan situasi kewangan peribadi seseorang‰.

Ambil perhatian bahawa terdapat banyak dimensi kesihatan kewangan.


Contohnya, pendapatan boleh guna, simpanan dan pembayaran balik pinjaman.
Di samping itu, konsep ini juga tersemat sebagai amalan dalam organisasi.

Bagaimanakah kita menentukan kesihatan kewangan pada organisasi


perniagaan? Kesihatan kewangan sesebuah organisasi perniagaan ditentukan
dengan menyemak perkara berikut:

(a) Keadaan kewangan (apakah yang dimiliki oleh firma) seperti aset;

(b) Liabiliti (apakah yang oleh firma telah berhutang); dan

(c) Nilai bersih (jumlah bersih daripada apa yang dimiliki oleh firma selepas
mengambil kira tuntutan pemberi pinjaman ke atas milik firma itu).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  151

Selain daripada mengetahui jumlah mutlak setiap item, penting juga untuk kita
mengetahui komposisi yang berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun, item
ini hanya menunjukkan kedudukan masing-masing pada satu ketika pada waktu
tertentu. Aspek penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah dimensi yang
menunjukkan potensi peningkatan item ini dari semasa ke semasa atau
sebaliknya. Dimensi ini pada dasarnya digambarkan sebagai keuntungan
syarikat. Ini kerana keuntungan ialah penentu penting kewangan atau
kesejahteraan bagi masa depan sesuatu syarikat.

Bagaimanakah pula dengan kesihatan kewangan individu? Kesihatan kewangan


individu ialah penjelasan bagaimana seseorang mengendalikan kewangan
mereka dengan baik seperti membuat bayaran tepat pada masanya dan
mengasingkan sejumlah tertentu untuk simpanan.

Sekarang mari kita beralih kepada kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan


kewangan individu, sebaliknya ialah penerangan yang lebih holistik. Ia
menandakan „keadaan kesejahteraan psikologi yang seseorang berasa mereka
mempunyai kawalan ke atas kewangan semasa dan masa depan masing-
masing‰.

Tahukah anda kesejahteraan kewangan ialah konsep baharu yang muncul akibat
daripada Kemelesetan Besar (Great Recession) global pada tahun 2008 hingga
2009? Kemelut Kemelesetan Besar ini menyebabkan ramai orang dalam keadaan
lemah. Ramai yang tidak bersedia untuk menempuhi pengalaman krisis
kewangan peribadi yang telah berlaku.

Tempoh dua tahun Kemelesetan Besar tersebut bukan saja menjadi punca krisis
kewangan peribadi. Kesan kemelesetan pada individu diburukkan lagi oleh
peningkatan kekurangan penghayatan prinsip asas amalan kewangan peribadi
yang baik. Akibatnya, penghasilan kewangan yang buruk telah dialami.

Apakah impak daripada keadaan kewangan yang buruk ini? Kesan keadaan
kewangan yang teruk ini diburukkan lagi oleh kehilangan pekerjaan secara
meluas, penurunan nilai aset dan kejatuhan dalam nilai simpanan. Keadaan
fenomena yang buruk ini menyebabkan ramai dalam keadaan kesukaran
kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesukaran kewangan?

Kesukaran kewangan ialah istilah dalam kewangan korporat yang


menggambarkan keadaan sesebuah syarikat yang gagal menunaikan janji
untuk membayar pemiutangnya mengikut terma kredit yang dipersetujui.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Apakah yang akan berlaku jika kesukaran kewangan tidak boleh diatasi? Jika
kesukaran kewangan tidak boleh diatasi, ia boleh menyebabkan bankrap.

Oleh yang demikian, konsep kesejahteraan kewangan muncul sebagai dimensi


penting dalam kesihatan dan kesejahteraan. Secara umumnya, kesejahteraan
kewangan ialah keadaan hal ehwal kewangan yang individu telah mencapai
perkara berikut:

(a) Asas kewangan yang kukuh dengan sedikit atau tiada hutang, mempunyai
beberapa dana simpanan kecemasan dan pendapatan melebihi
perbelanjaan;

(b) Pelan berterusan yang meletakkan seseorang di landasan yang betul untuk
mencapai matlamat kewangan pada masa hadapan; dan

(c) Ketiadaan tekanan kewangan.

AKTIVITI 7.1

Layari laman web University of Wisconsin-River Falls dan ambil ujian


penilaian kesejahteraan di https://goo.gl/rPHR1s. Jawab setiap soalan
dengan jujur dan bayangkan sama ada anda boleh menjadi lebih baik
jika setiap amalan tersebut telah dipatuhi sepenuhnya.

7.1.1 Kepentingan Kesejahteraan Kewangan dalam


Konteks Kesihatan Keseluruhan Seseorang
Lien (2012) dalam memperkenalkan Siri Kewangan Primal (Primal Finance
Series) beliau, menggunakan hierarki keperluan Maslow untuk menggambarkan
blok binaan pencapaian kewangan dan kebahagiaan peribadi. Berdasarkan
Maslow, Lien merasakan bahawa adalah sukar bagi seseorang untuk mencapai
kejayaan profesional jika tidak mempunyai tempat tinggal yang „bermakna‰
untuk didiami, pakaian untuk dipakai atau makanan untuk dimakan. Memenuhi
keperluan asas perlu dilakukan sebelum anda mencuba untuk memuaskan
keinginan pada tahap yang lebih tinggi. Lien dengan itu meletakkan tapak asas
siri beliau selari dengan hierarki keperluan Maslow.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  153

Bagi tujuan kita, ia adalah munasabah untuk menggunakannya sebagai blok


binaan untuk mencapai kesejahteraan kewangan peribadi. Mari kita kaji semula
hierarki keperluan Maslow yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Hierarki keperluan Maslow


Sumber: https://jimlien.files.wordpress.com

Hierarki keperluan Maslow ialah model psikologi berdasarkan analisis


keperluan manusia dan mencuba untuk memenuhinya mengikut susunan
bertingkat.

Keseluruhannya, keperluan dalam susunan bertingkat akan dijelaskan dalam


Jadual 7.1; ia bermula daripada tahap asas kepada tahap yang paling tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Jadual 7.1: Hierarki Keperluan Maslow

Jenis
Tahap Keperluan Khusus
Keperluan

1 Fisiologi Pernafasan, makanan, air, seks, tidur, homeostasis dan


(keperluan perkumuhan. Secara umumnya, kesemua ini isu yang
paling asas) berkaitan dengan kesihatan. Perlukah anda mencuba
mencapai sesuatu yang lebih baik daripada kesihatan
jika anda tidak boleh menikmatinya?

2 Keselamatan Keselamatan tubuh badan, pekerjaan, sumber,


kemoralan, keluarga, kesihatan dan harta benda.
Kebanyakan perkara ini berkaitan dengan luaran
terutamanya politik. Yang paling penting, adakah satu
sistem moral diwujudkan di kawasan kediaman saya di
mana saya berasa selamat secara peribadi dan bersama
keluarga? Jika saya memperoleh sesuatu, adakah saya
dapat menyimpannya? Adakah terdapat peluang yang
mencukupi untuk mencari nafkah bagi menyara hidup
keluarga saya?

3 Kasih sayang/ Manusia ialah makhluk sosial. Kebanyakan orang yang


perasaan berjaya ada penghubung. Mereka membantu seseorang
kekitaan bertemu orang lain yang kemudiannya boleh
memberikan sesuatu nilai dalam cara yang saling
menguntungkan.

4 Harga diri Menghormati diri, keyakinan, kekuatan, penguasaan,


kemerdekaan dan kebebasan. Harga diri akhirnya
datang hasil daripada hubungan yang baik, amalan
dan pengalaman.

5 Penghargaan Ini bermakna mencapai potensi penuh. Dengan


(keperluan kendiri menggunakan Maslow sebagai model, anda boleh
paling menentukan bahagian mana anda perlu tumpukan
tinggi/ usaha awal anda sebagai pendorong dari segi
lanjutan) kewangan; ia cara yang baik untuk memulakannya.

Sumber: Lien (2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  155

SEMAK KENDIRI 7.1

Terangkan dengan ringkas hierarki keperluan Maslow berdasarkan


lima tahap yang berlainan.

AKTIVITI 7.2

Dalam kumpulan kecil, bincangkan bagaimana anda akan menerangkan


„kebahagiaan kewangan‰ dalam konteks hierarki keperluan Maslow.

7.2 CABARAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN


Sekarang mari kita lihat cabaran kepada kesejahteraan kewangan. Maka,
diharapkan dengan mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran ini, anda boleh
merancang pelan yang boleh membantu anda menghapuskan halangan untuk
meletakkan asas pada kesejahteraan kewangan anda.

Mari kita renungkan soalan ini: Pada umur berapakah seseorang itu dijangka
berdikari dari segi kewangan? Ya, seseorang dijangka berdikari dari segi
kewangan apabila seseorang memasuki alam dewasa. Ini kerana dewasa dari
segi perundangan ialah seorang yang sudah mencapai umur majoriti dan oleh
itu dianggap sebagai seorang yang berdikari, mampu menanggung diri sendiri
dan bertanggungjawab.

Tahukah anda kedewasaan boleh dikenal pasti dengan menggunakan penanda?


Perjalanan daripada remaja hingga dewasa ditandakan dengan pengalaman
peristiwa tertentu dalam hidup. Jadi, apakah penanda itu? Secara tradisinya,
penanda utama telah dikenal pasti sebagai peristiwa hidup (lihat Rajah 7.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Rajah 7.2: Empat pengalaman untuk menandakan kedewasaan

Pada masa lalu, sehingga era baby boomers (lahir antara tahun 1946 dan 1964),
laluan ke alam dewasa agak lancar. Golongan peralihan kedewasaan akan
memperoleh kemahiran kedewasaan terutamanya melalui bimbingan langsung
dan sokongan daripada ibu bapa.

7.2.1 Cabaran Ekonomi


Kebanyakan Generasi X (lahir antara tahun 1965 dan 1980 ) dan boomers percaya
bahawa Generasi Y atau Milenium (lahir selepas tahun 1980) menghadapi lebih
banyak cabaran ekonomi daripada apa yang mereka sendiri telah alami ketika
mereka mula menjadi dewasa (Pew Reseach Centre, 2014).

Keadaan yang lebih mencabar yang dihadapi oleh generasi Milenium sendiri
telah menyebabkan mereka bersikap realistik mengenai perkara berkaitan
kedudukan mereka. Satu tinjauan penyelidikan pada tahun 2014 mendedahkan
bahawa hanya 42% daripada generasi Milenium memperkenalkan diri mereka
sebagai „kelas pertengahan‰, manakala 53% daripada rakan Milenium mereka
dalam pungutan suara lebih awal (yang diadakan pada tahun 2008) mendakwa
diri mereka sama sahaja. Malah, lebih ketara, 46% daripada mereka menyifatkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  157

diri mereka sebagai lebih rendah daripada kelas pertengahan dalam kaji selidik
baru-baru ini (Pew Reseach Centre, 2014).

7.2.2 Cabaran Lain


Sedarkah anda bahawa terdapat lebih banyak perubahan perkembangan dan
cabaran utama yang berkaitan dengan masa remaja? Contohnya, golongan belia
Milenium perlu mendapatkan dan mengukuhkan kecekapan, sikap, nilai dan
modal sosial mereka yang perlu untuk membuat peralihan ke alam dewasa yang
berjaya.

Tempoh lewat keremajaan dan yang berikutnya (sering dirujuk sebagai


peralihan kedewasaan) telah diperhatikan sebagai penting. Ia merupakan satu
peringkat perkembangan berterusan yang mana individu mula membuat pilihan
dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang akan menjadi pengaruh kuat
untuk sepanjang hidup mereka.

Ambil perhatian ketika belia melangkah ke alam peralihan kedewasaan, pilihan


dan cabaran mereka turut beralih. Ini termasuklah keputusan berkaitan dengan
penanda tradisional kedewasaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Baru-baru ini, ahli sains sosial mendapati bahawa peralihan ke alam dewasa
mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan. Ini kerana menjadi orang
dewasa pada hari ini (untuk Generasi Y dan Milenium) adalah berbeza sama
sekali dari 30 tahun dahulu. Ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor
penyumbang termasuklah yang berikut (Richardson, 2015):

(a) Landskap ekonomi baharu;

(b) Perubahan perspektif; dan

(c) Perubahan laluan kepada profesionalisme.

Namun begitu, generasi Milenium adalah hampir optimistik dengan kewangan


masa depan mereka seperti Generasi X pada ketika usia yang sama. Individu
yang bekerja ketika itu berkeyakinan bahawa mereka berpendapatan mencukupi
untuk meneruskan kehidupan yang mereka cita-citakan, manakala mereka yang
tidak bekerja menepati sasaran dalam kewangan masa depan mereka (Pew
Reseach Centre, 2015).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Walaupun individu peralihan kedewasaan yang belum berpindah keluar rumah


menyedari bahawa mereka telah melenyapkan perjuangan masa remaja mereka
dan mula merasa bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, mereka masih
perlu bergantung pada ibu bapa yang menyediakan tempat kediaman kepada
mereka (Munsey, 2006).

Menurut Munsey, Arnett (2000) dengan itu mencadangkan satu tempoh baharu
dalam jangka hayat manusia yang dikenali sebagai "peralihan kedewasaan".
Peralihan kedewasaan ini mempunyai beberapa ciri tertentu yang berbeza
seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2 berikut.

Jadual 7.2: Lima Ciri Peralihan Kedewasaan

Ciri Deskripsi

Usia yang Belia sedang memutuskan siapa diri mereka dan apa yang mereka
meneroka mahu daripada perihal pekerjaan, persekolahan dan kasih sayang.
identiti

Usia tanpa Tahun selepas sekolah menengah ditandakan dengan bertukar


kestabilan tempat kediaman berulang kali. Sebagai belia, mereka sama ada
pergi ke kolej atau tinggal dengan rakan, atau dengan pasangan
romantis. Bagi kebanyakan orang, kerap kali berpindah berakhir
menjadi sebuah keluarga dan mendapat kerjaya tetap dalam usia 30-
an.

Usia yang Bebas daripada ibu bapa dan rutin masyarakat, iaitu persekolahan,
memberi fokus belia cuba untuk memutuskan apakah yang mereka mahu lakukan,
terhadap diri ke mana mereka mahu pergi dan dengan siapa mereka mahu
sendiri bersama ă sebelum pilihan itu dihadkan oleh kekangan
perkahwinan, anak dan kerjaya.

Usia perasaan di Ramai golongan peralihan kedewasaan berkata mereka


perantaraan bertanggungjawab terhadap diri sendiri tetapi masih tidak benar-
benar merasa lengkap seperti orang dewasa.

Usia bagi segala Terus berkeyakinan optimis. Kebanyakan golongan peralihan


kemungkinan kedewasaan percaya mereka mempunyai peluang yang baik untuk
hidup „lebih baik daripada ibu bapa mereka‰ dan walaupun ibu
bapa mereka berpisah, mereka percaya mereka akan bertemu
dengan pasangan yang sejiwa dan bersama sepanjang hayat.

Sumber: Arnett (2000)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  159

Menurut Arnett (2000), golongan peralihan kedewasaan menyematkan harapan


mereka untuk kehidupan ă pekerjaan yang bergaji besar dan penuh bererti bagi
diri dan ikatan berkekalan dengan pasangan. Walau bagaimanapun, Arnett
pesimis ă mungkin ramai akan berasa kecewa. Kebanyakan majikan hanya mahu
seseorang yang boleh melakukan kerja. Jika kebahagiaan ialah perbezaan positif
antara apa yang anda benar-benar peroleh dengan apa yang anda harapkan
daripada kehidupan, maka ramai golongan peralihan kedewasaan menetapkan
diri mereka mengharungi hidup tanpa kebahagiaan (Munsey, 2006).

7.2.3 Faktor Penyumbang kepada Kelewatan


Kedewasaan
Apakah faktor yang menyumbang kepada kelewatan kedewasaan? Mari kita cari
jawapannya dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Faktor penyumbang kepada kelewatan kedewasaan

Faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Landskap Ekonomi


Pernahkah anda bekerja di sebuah kilang semasa cuti sekolah atau cuti
semester? Kebanyakan anda akan berkata „ya‰. Adakah saya betul? Pada
masa lalu, walaupun sebelum tamat sekolah, ramai remaja boleh bekerja di
kilang, mendapat wang yang cukup untuk menyara diri atau keluarga.
Mereka yang berpandangan jauh pula akan memasuki kolej dan menikmati
faedah. Contohnya, menyelia pekerja pengeluaran.

Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kekosongan di kilang


tempatan menjadi kurang kerana kilang pembuatan berpindah ke kawasan
yang lebih murah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Mereka yang bercita-cita meninggalkan persekolahan tidak lama selepas itu


menyedari bahawa mereka perlu untuk meningkatkan diri ă maka akan
menyambung pelajaran di kolej. Setelah waktu berlalu, biasanya dapat
dilihat seseorang itu perlu meneruskan pendidikan ke peringkat tinggi
untuk berjaya. Oleh itu, kemasukan pendidikan ke kolej terus melonjak.

Walau bagaimanapun, dengan kemasukan ke kolej, akan adanya hutang. Ia


ditambahkan lagi dengan kenaikan kos sara hidup, makanan, penginapan
dan pengangkutan. Jadi, bukanlah kejutan besar bahawa belia sering tidak
dapat menyesuaikan diri dengan alam kerjaya dan kekeluargaan sehingga
selepas mereka berusia dalam pertengahan 20-an. Ini semata-mata
disebabkan mereka tiada wang. Faktor yang mendominasi ialah ia
mengambil masa lebih lama bagi belia untuk beralih ke alam dewasa.
Tempoh peralihan ini dilabel sebagai „peralihan kedewasaan‰ oleh
sesetengah atau sebagai „usia di perantaraan‰ oleh sesetengah yang lain
(Richardson, 2015).

(b) Isu Perumahan


Adakah anda sedar bahawa berjuta-juta belia masih tinggal dengan ibu
bapa mereka? Tahukah anda mengapa? Malah, beberapa belia telah gagal
untuk mengecap kehidupan dengan keberanian manakala yang lain
sememangnya tidak mempunyai wang untuk hidup berdikari.

(c) Pengangguran dan Guna Tenaga Tidak Penuh (Underemployment)


Tahukah anda hampir 75 juta belia di seluruh dunia yang menganggur?
Malah, kadar pengangguran belia global kekal pada 12.6% sejak tahun
2009.

Di Malaysia, kadar pengangguran belia kekal tinggi sejak krisis kewangan


Asia pada tahun 1998. Daripada serendah 6.7% pada tahun 1996, kadar
pengangguran belia melonjak naik kepada 11.3% pada tahun 2010.

Malah kadar pengangguran graduan yang tidak melebihi 2.3% pada awal
tahun 1990-an sebelum krisis kewangan Asia, semenjak itu tidak
berkurangan di bawah paras 2.9%.

Angka tersebut belum lagi mengambil kira berjuta-juta belia yang


menggunakan tenaga tidak penuh. Di samping itu, kos sara hidup,
perumahan, penjagaan kesihatan dan penjagaan anak juga semakin
meningkat, di sebalik peningkatan pengangguran dan guna tenaga tidak
penuh. Ditambah pula dengan pengecutan peluang pekerjaan yang akan
melanda dalam kalangan pencari pekerjaan yang disebabkan oleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  161

pertambahan umur persaraan yang lebih tinggi (Asia Pacific Youth


Employment Network, 2012).

(d) Pendekatan Baharu untuk Perhubungan


Perubahan sosial dan ekonomi yang menyumbang kepada kebangkitan
golongan peralihan kedewasaan termasuklah peralihan daripada bidang
ekonomi pembuatan kepada ekonomi berasaskan teknologi maklumat dan
perkhidmatan terutamanya. Ini telah menyebabkan lebih ramai belia
melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah dengan lebih lama bagi
mempersiapkan diri mereka untuk memperoleh pekerjaan dalam ekonomi
baharu.

Oleh itu, ini bermakna usia yang lewat untuk memasuki alam perkahwinan
dan keibubapaan, dan penerimaan meluas (atau sekurang-kurangnya
bertoleransi) terhadap seks sebelum berkahwin dan bersekedudukan, maka
terciptanya pil perancang pada tahun 1960-an.

Perlu diingat, tiada satu pun perubahan ini berkemungkinan akan berubah
kembali pada masa akan datang. Atas sebab ini, adalah munasabah bagi
kita melihat alam peralihan kedewasaan sebagai peringkat hidup baharu
dan bukan sebagai peralihan generasi yang dalam masa terdekat akan
beralih lagi (Richardson, 2015).

Ambil perhatian bahawa selain daripada empat faktor yang dibincangkan tadi,
terdapat dua faktor lain yang menyumbang juga kepada kelewatan kedewasaan
(rujuk Rajah 7.3). Ia dihuraikan seperti yang berikut:

(a) Tingkah Laku yang Tidak Stabil


Tingkah laku ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Pengaruh Vikarius (daripada Pemerhatian)


Adakah anda setuju bahawa belia lebih mudah terdedah kepada
pengaruh selebriti berbanding dengan orang tua mereka? Dengan
kata lain, mereka cenderung untuk mengikut selebriti. Seperti yang
dinyatakan oleh Boon dan Lomore (2006), "Remaja sering berdamping
rapat dengan tokoh yang dikenali mereka melalui media popular.‰

Bintang sukan juga dikenali sebagai selebriti kesukaan ramai dan


model peranan (role model) bagi golongan muda. Atlet model
peranan diketahui boleh mempengaruhi niat dan tingkah laku remaja,
terutamanya dari aspek berkaitan produk (lihat Rajah 7.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Rajah 7.4: Christiano Ronaldo dalam iklan Nike


Sumber: www.nike.com

Berdasarkan perkara ini, hasil daripada kajian relevan yang dijadikan


replika dalam negara mendapati bahawa kedua-dua model peranan
secara langsung dan daripada vikarius (pemerhatian) akan
mempengaruhi niat dan tingkah laku membeli remaja Malaysia.
Malah, dapatan kajian mencadangkan bahawa model peranan
vikarius (daripada pemerhatian) memainkan peranan yang lebih
berpengaruh daripada model peranan yang secara langsung (ibu
bapa) (Cyril de Run, Butt & Chung, 2010).

Tambahan pula, hasilnya seolah-olah bertentangan dengan nilai dan


budaya ketimuran yang dipercayai telah berakar umbi dalam
kalangan rakyat Malaysia. Barangkali, ia kesan daripada perkara
berikut:

 Fenomena pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dikecap dalam


tempoh tiga dekad yang lalu; atau

 Perindustrian dan kemungkinan aliran kebaratan masyarakat


Malaysia yang telah mempengaruhi nilai budaya golongan
peralihan kedewasaan.

(ii) Pembelian Impulsif


Apakah yang dimaksudkan dengan pembelian impulsif? Pembelian
impulsif merujuk kepada pembelian barangan dan perkhidmatan
yang seseorang tidak merancang untuk membelinya. Secara
tradisinya, pembelian impulsif (mengikut gerak hati) berlaku di
dalam gedung jualan hasil daripada strategi paparan dan strategi
jualan peribadi yang digunakan oleh peruncit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  163

Mari kita renungkan dua senario berikut (rujuk Jadual 7.3).

Jadual 7.3: Dua Senario untuk Refleksi Anda

Senario Deskripsi
Pernahkah anda membeli gula-gula dan coklat yang anda tidak merancang
Senario A
untuk membelinya? Namun, anda dengan mudah membelinya apabila
terlihat barang tersebut di tempat juruwang semasa anda hendak membayar
barang yang telah dirancang untuk dibeli (lihat Rajah 7.5).

Rajah 7.5: Kaunter bayaran


Sumber: www.novograf.co.uk

Senario B Pernahkah anda membeli barangan dalam talian dan semasa anda berbuat
sedemikian, perhatian anda telah diarahkan kepada paparan "pelanggan
yang membeli barangan yang anda beli juga membeli barang ini‰ (rujuk
Rajah 7.6).

Rajah 7.6: Strategi membeli-belah dalam talian


Sumber: http://www.lazada.com.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Apakah yang boleh anda rumuskan tentang kedua-dua senario tersebut?


Berdasarkan Senario A, penjual mencontohi strategi paparan dan strategi
jualan peribadi penjual di dalam bangunan kedai. Bagi Senario B, berhati-
hati membeli barangan yang anda tidak pernah rancang tetapi secara
impulsif berbuat demikian disebabkan anda telah termakan pujukan.

(b) Kuasa yang Kuat


Faktor terakhir untuk kita bincangkan ialah kuasa yang kuat. Sedarkah
anda bahawa Generasi Y juga dianggap tenaga buruh yang berpotensi
besar? Malah, mereka mampu membentuk corak pembangunan
sosioekonomi dalam kalangan pelbagai generasi masyarakat majmuk.
Tambahan pula, mereka hidup dalam dunia teknologi dan Internet.

Oleh itu, mereka sentiasa mahu melakukan sesuatu yang mencabar dan
tidak mahu berasa bosan dengan rutin harian yang sama. Mereka
mempunyai kegemaran aktiviti sosial mereka sendiri dan kebanyakan
mereka hidup di dalam dunia di mana mereka boleh berhubung dan
berinteraksi dengan cara tanpa sempadan global (Alwi, Amir Hashim &
Ali, 2015). Pada masa ini, Generasi Y menguasai lebih daripada 50% tenaga
kerja atau kira-kira 21% daripada 29 juta penduduk Malaysia
(PriceWaterhouseCoopers, 2015).

AKTIVITI 7.3

1. „Peralihan kedewasaan ialah peringkat baharu dalam kitaran


hidup seseorang‰. Apakah pendapat anda tentang kenyataan ini?
Bincangkan ciri yang berlainan pada „peringkat hidup baharu‰
ini dan implikasinya pada individu yang berusaha untuk
kesejahteraan kewangan.

2. Baca artikel berikut dan bincangkan dalam kumpulan:

The Malaysian Insider (15 Oktober 2015), Malaysia Gen Y in debt,


living on the edge, survey reveals di https://goo.gl/poRSuW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  165

7.3 ELEMEN KESEJAHTERAAN KEWANGAN


Sekarang mari kita beralih untuk mengenal pasti elemen kesejahteraan
kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat memahaminya
dengan lebih baik.

Pertama, lihat petikan berikut daripada Financial Finesse (2013) yang diambil
daripada laman web Kewangan Yahoo (Yahoo Finance).

Sebanyak 62% daripada mereka dalam satu kaji selidik dalam kalangan umur
di bawah 30, melaporkan bahawa mereka mempunyai „beberapa tekanan
kewangan‰ dan 15% lagi mengatakan bahawa mereka mempunyai tahap
tekanan kewangan „tinggi‰ atau „melampau‰.

Bagaimanakah kita mengaitkan tekanan kewangan dengan kesejahteraan


kewangan? Mari kita lihat dahulu tentang kesejahteraan kewangan. Apakah
yang dimaksudkan dengan kesejahteraan kewangan? Secara ringkasnya,
kesejahteraan kewangan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang seseorang
dapat memenuhi tuntutan kewangan semasa dan berterusan, merasa terjamin
dengan masa depan kewangan mereka dan mampu membuat pilihan yang
membolehkannya merasai kenikmatan hidup.

Di samping itu, kesejahteraan kewangan adalah berdasarkan keadaan berterusan


yang terdiri daripada tekanan kewangan yang teruk kepada sangat berpuas hati
dengan keadaan kewangan mereka. Sesetengah orang mungkin kelihatan
mempunyai dan merasakan mereka ada tahap kesejahteraan kewangan
walaupun mereka langsung tidak kelihatan mewah.

Sebaliknya, ada sesetengah yang kelihatan kaya mungkin tiada atau merasa
menikmati kesejahteraan kewangan pada tahap tinggi.

Matlamat dan wawasan kehidupan yang memuaskan sangat berbeza dalam


kalangan individu. Walau bagaimanapun, terdapat dua tema yang biasa muncul
secara konsisten ă keselamatan dan kebebasan memilih sama ada pada masa kini
atau pada masa hadapan (Biro Perlindungan Kewangan Pengguna, 2015).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Sekarang mari kita alihkan semula perhatian kita kepada elemen kesejahteraan
kewangan. Terdapat empat elemen kesejahteraan kewangan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Empat elemen kesejahteraan kewangan

Keempat-empat elemen ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang
berikut:

(a) Mempunyai Kawalan terhadap Kewangan dari Sehari ke Sehari, Bulan ke


Bulan
Individu yang kesejahteraan kewangannya pada tahap agak tinggi
merasakan mereka boleh mengawal kehidupan kewangan harian mereka.
Golongan ini mengurus kewangan mereka sendiri, dapat menampung
perbelanjaan dan membayar bil tepat pada masanya serta tidak bimbang
jika tiada wang yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan.

(b) Mempunyai Kapasiti untuk Menerima Kejutan Kewangan


Individu yang berada pada tahap kesejahteraan kewangan yang agak
tinggi juga mempunyai keupayaan untuk menyerap kejutan kewangan.
Mereka mampu untuk menghadapi cabaran kewangan daripada peristiwa
hidup yang tidak diduga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  167

(c) Berada di Landasan untuk Memenuhi Matlamat Kewangan


Individu yang mengalami kesejahteraan kewangan juga dikatakan berada
di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan mereka.
Mereka mempunyai pelan kewangan formal atau tidak formal dan secara
aktif berusaha ke arah matlamat seperti menyimpan untuk membeli kereta
atau rumah, membayar pinjaman pengajian atau mengetepikan dana untuk
persaraan.

(d) Mempunyai Kebebasan Kewangan bagi Membuat Pilihan untuk


Menikmati Kehidupan
Akhirnya, individu yang mengalami kesejahteraan kewangan dapat
membuat pilihan yang membolehkan mereka menikmati kehidupan.
Mereka boleh berbelanja besar sekali-sekala. Mereka mampu memenuhi
„keinginan‰ seperti boleh pergi keluar untuk makan malam atau pergi
bercuti, memenuhi „keperluan‰ mereka dan dapat membuat pilihan,
misalnya, bermurah hati terhadap rakan, keluarga dan masyarakat mereka.

Bagaimanakah kita mengaitkan empat elemen tersebut dengan dua tema


yang biasa dalam kesejahteraan kewangan? Mari kita lihat Jadual 7.4 untuk
jawapannya.

Jadual 7.4: Hubung Kait antara Tema yang Biasa dan Elemen Kesejahteraan Kewangan

Tema Semasa Masa Depan

Keselamatan (jaminan Kawalan ke atas kewangan Kapasiti untuk menerima


hidup) anda dari sehari ke sehari, kejutan kewangan
bulan ke bulan

Kebebasan untuk membuat Kebebasan kewangan Di landasan untuk


pilihan untuk membuat pilihan mencapai matlamat
bagi menikmati kehidupan kewangan

Sumber: Ratcliffe (2015)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Sekarang, bagaimanakah kita mengimbangkan perkara ini? Mari kita lihat Rajah
7.8 untuk mengetahui jawapannya.

Rajah 7.8: Hidup dengan belanjawan untuk mencapai kesejahteraan kewangan

Yang berikut ialah beberapa cadangan tentang apa yang perlu dilakukan secara
spesifik:

(a) Mendaftar untuk pelan persaraan;

(b) Menjadikan simpanan anda secara automatik;

(c) Mewujudkan „dana bebas‰;

(d) Membayar hutang anda;

(e) Meletakkan matlamat anda secara bertulis;

(f) Menjejaki skor kredit anda sendiri (menyimpan kad kredit lama terbuka;
membayar bil anda tepat pada masanya pada setiap kali, elakkan
penggunaan penuh kelayakan kad kredit; dan berada pada paras di bawah
30% bagi garis kredit yang anda ada);

(g) Memahami cukai anda; dan

(h) Menguruskan kewangan anda dengan teliti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  169

Jadual 7.5 yang berikut menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan
dan dilarang untuk meningkatkan skor kredit anda.

Jadual 7.5: Perkara yang Perlu Lakukan dan


Jangan Lakukan untuk Meningkatkan Skor Kredit Anda

Perlu Lakukan Jangan Lakukan

 Bayar bil anda tepat  Tidak takut terhadap kredit ă Menggunakan kredit
pada masanya. dengan bijak adalah penting untuk berjaya dari segi
kewangan.
 Pastikan baki kad
kredit anda rendah.  Boros ă Gunakan untuk yang asas kerana ini akan
membantu anda meletakkan asas kewangan keseluruhan
 Bersabar.
menjadi yang lebih kukuh. Berbelanja mewah apabila anda
mempunyai kewangan yang lebih selamat.
 Biarkan pinjaman membawa anda ke paras bawah ă
Sesetengah pengkritik mempersoalkan sama ada
pinjaman pelajaran berbaloi. Jawapannya ialah ya. Kajian
telah menunjukkan bahawa pinjaman pendidikan akan
dilunaskan sepanjang kerjaya anda.
 Biarkan jom jalan-jalan mengganggu bajet anda ă Pastikan
anda mempunyai bajet bertulis untuk membantu
menjejaki perbelanjaan dan apa yang anda mampu untuk
berbelanja.
 Tidak peka pada kredit anda ă Anda perlu menjadi peka
pada kedudukan kredit anda.

Sumber: PR Newswire (2015); DiGangi (2015)

SEMAK KENDIRI 7.2

Terangkan apakah elemen bagi kesejahteraan kewangan.

AKTIVITI 7.4

Kongsi dengan rakan-rakan sekuliah anda sama ada anda mempunyai


elemen kesejahteraan kewangan atau tidak. Berikan penerangan untuk
jawapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

7.4 KECERGASAN KEWANGAN


Sebelum kita mengakhiri topik ini dan juga modul ini, mari kita lihat mengenai
kecergasan kewangan. Diharapkan pada akhir subtopik ini, anda akan dapat
menilai kecergasan kewangan anda. Mari kita mulakan dengan melihat dapatan
daripada PriceWaterhouseCoopers (2015).

Selama bertahun-tahun majikan telah mengetahui bahawa meningkatkan


kesihatan dan kesejahteraan tenaga kerja mereka menghasilkan manfaat yang
sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja. Majikan memperoleh tenaga kerja
yang lebih sihat dan lebih produktif, kurang ketidakhadiran dan membuat
kurang tuntutan terhadap insurans kesihatan yang ditaja majikan. Pekerja
mendapat manfaat dengan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan serta
mengurangkan perbelanjaan perubatan.

Daripada kenyataan tersebut, kita boleh rumuskan bahawa program


kesejahteraan kewangan boleh mendidik pekerja mengenai risiko kewangan
yang dihadapi oleh mereka dan menyediakan alat untuk menguruskan risiko
tersebut.

Oleh itu, kesejahteraan kewangan di tempat kerja perlu memenuhi kriteria


berikut untuk dipasarkan sebagai manfaat kesejahteraan kewangan (tidak
dikelirukan dengan pendidikan kewangan atau nasihat kewangan) (Financial
Finesse, 2014):

(a) Tidak berat sebelah ă Bebas daripada cubaan menarik jualan atau konflik
kepentingan;

(b) Direka bentuk dan disampaikan oleh pakar yang berkelayakan yang
mempunyai banyak pengalaman dalam merancang kewangan;

(c) Disampaikan sebagai proses yang berterusan ă Memberi sokongan dan


kebertanggungjawaban bahawa pekerja perlu membuat, mengekalkan dan
membentuk tabiat dan tingkah laku kewangan yang positif;

(d) Ciri-ciri holistik dan menyeluruh ă Meliputi semua aspek perancangan


kewangan daripada pengurusan hutang kepada perancangan harta secara
lanjut;

(e) Secara peribadi bagi pekerja berdasarkan keperluan khusus mereka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  171

(f) Mengintegrasikan semua manfaat kakitangan ă Dengan bimbingan tentang


bagaimana pekerja boleh menguruskan manfaat mereka dengan cara
paling berkesan sebagai sebahagian daripada perancangan keseluruhan
kewangan mereka; dan

(g) Ditawarkan sebagai faedah kepada semua kakitangan.

Akhir sekali, terdapat lima elemen yang anda perlu ambil tahu dalam
belanjawan kewangan anda (lihat Rajah 7.9).

Rajah 7.9: Lima elemen bagi belanjawan kewangan

Ini menandakan berakhirnya topik ini. Dengan ini diharapkan anda telah
mendapat beberapa pengetahuan mendalam mengenai kesihatan dan
kesejahteraan, dan kini boleh membuat perancangan untuk kekal sihat dan
sejahtera (secara fizikal dan kewangan). Ingatlah, kesihatan adalah kekayaan
(health is wealth)!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

AKTIVITI 7.5

1. Nilaikan kesejahteraan kewangan anda dengan menjawab soalan


yang diberi. Berikan diri sendiri 1 untuk Ya dan 0 untuk Tidak.
Jumlahkan skor anda. Kemudian, bandingkan keputusan anda
dengan rakan anda.

(a) Adakah anda membayar untuk diri anda terlebih 


dahulu? Mengetepikan jumlah wang tertentu untuk
simpanan, persaraan atau melabur sebelum anda
melakukan apa-apa yang lain.

(b) Adakah anda menyimpan sekurang-kurangnya 10% 


daripada pendapatan anda? Ini bermakna pada akhir
setiap tahun, anda mesti telah menyediakan lebih dari
satu bulan daripada gaji anda untuk masa hadapan.

(c) Sudahkah anda mengetepikan dana kecemasan untuk 


menampung sekurang-kurangnya tiga bulan nilai
perbelanjaan? Ini untuk meredakan kesan tersebut jika
apa-apa kejadian yang tidak dijangka berlaku.

(d) Adakah anda tahu jumlah sebenar hutang anda dan apa 
yang boleh dibayar?

(e) Adakah anda mempercepatkan pembayaran hutang 


anda? Ingat, hutang boleh menjadi semakin besar akibat
proses dikenakan faedah (compound).

(f) Adakah anda mempunyai matlamat kewangan? Jangka 


pendek, sederhana dan jangka panjang?

(g) Adakah anda mempunyai sistem penyimpanan rekod? 


(h) Adakah anda hidup mengikut bajet? 
(i) Adakah anda tahu nilai bersih anda? 
2. Buat rangka bajet anda untuk bulan semasa. Pastikan anda
senaraikan semua item dalam penilaian kesihatan kewangan
anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  173

 Kesihatan kewangan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan


„keadaan situasi kewangan peribadi seseorang‰. Terdapat banyak dimensi
kesihatan kewangan seperti pendapatan boleh guna, simpanan dan
pembayaran balik pinjaman.

 Kecergasan kewangan adalah sama seperti kecergasan fizikal; seseorang


perlu melakukan sesuatu perkara dengan cara tertentu untuk menjadi cergas
dari segi fizikal. Begitu juga dalam usaha untuk cergas dari segi kewangan,
seseorang mesti mengendalikan kewangan dengan cara yang betul dan
seimbang ă menguruskan perbelanjaan, simpanan, hutang dan lain-lain
dengan cara yang bersesuaian.

 Kesan daripada keadaan kewangan yang lemah boleh diburukkan lagi oleh
kehilangan pekerjaan secara meluas, penurunan nilai aset dan penurunan
besar dalam nilai simpanan. Fenomena yang buruk ini boleh menyebabkan
ramai orang berada dalam keadaan tekanan kewangan.

 Kesukaran kewangan adalah istilah dalam kewangan korporat yang


menggambarkan keadaan yang syarikat gagal menunaikan janji untuk
membayar pemiutangnya mengikut terma kredit yang dipersetujui. Jika
kesukaran kewangan tidak boleh ditangani, ia boleh menyebabkan bankrap.

 Penanda kedewasaan merujuk kepada seseorang yang memperoleh peranan


sosial dan tanggungjawab yang secara tradisinya menandakan proses
menjadi orang dewasa. Penanda ini termasuklah perkara berikut:

 Meninggalkan rumah;

 Memasuki pasaran tenaga kerja;

 Berkahwin atau menjadi ibu bapa buat kali pertama; dan

 Berdikari dari segi kewangan.

 Cabaran yang dihadapi oleh golongan peralihan kedewasaan dalam usaha


mereka untuk kesejahteraan kewangan boleh dikategorikan mengikut
cabaran ekonomi. Generasi Y atau Milenium (lahir selepas tahun 1980)
menghadapi lebih banyak cabaran ekonomi daripada Generasi X dan
Generasi Y.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

 Golongan peralihan kedewasaan ialah fasa dalam jangka hayat seseorang


antara remaja dan dewasa sepenuhnya yang dianggap sebagai
perkembangan semula jadi. Ia tempoh yang berlainan antara 18 dan 25 tahun
yang seseorang berjuang untuk menerokai identiti, ketidakstabilan, fokus diri
dan perasaan.

 Terdapat empat elemen kesejahteraan kewangan, iaitu:

 Mempunyai kawalan ke atas kewangan dari sehari ke sehari, bulan ke


bulan;

 Mempunyai kapasiti untuk menerima kejutan kewangan;

 Berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan; dan

 Mempunyai kebebasan kewangan untuk membuat pilihan dalam


menikmati kehidupan.

 Program kesejahteraan kewangan boleh mendidik pekerja mengenai risiko


kewangan yang dihadapi oleh mereka dan membekalkan alat untuk
menguruskan risiko tersebut. Ini boleh membantu mereka membentuk pelan
kecergasan kewangan mereka.

Alam dewasa Kesukaran kewangan


Baby boomers Matlamat kewangan
Berdikari dari segi kewangan Membuat pilihan
Generasi X Milenium
Generasi Y Pelan kecergasan kewangan
Kebebasan kewangan Penanda kedewasaan
Kejutan kewangan Peralihan kedewasaan
Kesejahteraan kewangan Susunan bertingkat
Kesihatan kewangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  175

Alwi, S., Amir Hashim, I. Z., & Ali, M. S. (2015). Factors affecting savings habit
within millennials in Malaysia: Case study on students of TaylorÊs
University. Dicapai dari http://globalbizresearch.org/Malaysia_Conference
/pdf/KL539.pdf

Arnett, J. J. (2000). Emerging adulthood: A theory of development from late teens


through the twenties. American Psychologist, 55(5), 469480. Dicapai dari
http://jeffreyarnett.com/articles/ARNETT_Emerging_Adulthood_theory.
pdf

Asia Pacific Youth Employment Network. (2012). Malaysia: Challenging times


for the YOUNG: But do the OLD have easier? Dicapai dari http://www.
apyouthnet.ilo.org/news/malaysia-challenging-times-for-the-young-but-
do-the-old-have-it-any-easier

Boon, S. D., & Lomore, C. D. (2008). Admirer-celebrity relationship among


adults: Explaining perceptions of celebrity influence on identity. Human
Communication Research, 27(3), 432465. Dicapai dari http://www.
researchgate.net/publication/229593453_Admirercelebrity_relationships_a
mong_young_adults

Consumer Financial Protection Bureau. (2015). Financial well-being: The goal of


financial education. Dicapai dari http://files.consumerfinance.gov/f/
201501_cfpb_report_financial-wellbeing.pdf

Cyril de Run, E., Butt, M., & Chung, Y. N. (2010). The influence of role models on
young adults purchase. Jurnal Kemanusiaan, 15, 7081. Dicapai dari
http://www.management.utm.my/jurnalkemanusiaan/attachments/article
/116/JK15_116.pdf

DiGangi, C. (2015). Millennials have low credit scores: HereÊs what they can do
about it. Dicapai dari http://blog.credit.com/2015/08/millennials-have-
low-credit-scores-hereswhat-they-can-do-about-it-122735/

Drakopoulos, S. A., & Grimani, K. (2015). The effects of pay cuts on psychological
well-being and job satisfaction. Dicapai dari http://mpra.ub.uni-
muenchen.de/61195.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Financial Finesse. (2014). Financial FinesseÊs official definition of financial


wellness. Dicapai dari http://www.financialfinesse.com/wpcontent/
uploads/2014/09/Financial_Wellness_Defined1.pdf

Financial Finesse. (2014). Financial Finesse releases 2013 research report on


employee financial stress. Dicapai dari http://finance.yahoo.com/news/
financial-finesse-releases-2013-research- 165800163.html

Lerner, M. (2015). 6 tips to make you happier financially. Dicapai dari


http://www.dailyfinance.com/2015/04/29/6tips-happier-financially/

Lien, J. (2012). Primal finance: MaslowÊs hierarchy of needs and financial


enlightenment. Dicapai dari http://blog.jimlien.com/2012/08/15/primal-
finance-maslows-hierarchyof-needs-and-financial-enlightenment/

McDonald P., Relmondos A., & Utomo I. D. (2012). The 2010 greater Jakarta
transition to adulthood survey  Policy background No 3  Markers of
adulthood. Dicapai dari http://demography.anu.edu.au/sites/default/
files/research/transitionto-adulthood/Policy%20Background%203%20
Markers%20to% 20Adulthood%20English.pdf

Munsey, C. (2006). Emerging adults: The in-between age. Dicapai dari www.apa.
org/monitor/june06/emerging.aspx

Pew Research Center. (2014). Millennials in adulthood. Dicapai dari http://


pewsocialtrends.org/2014/03/07/millennials-in-adulthood/

PriceWaterhouseCoopers. (2015). Employee financial wellness survey 2015 result.


Dicapai dari https://www.pwc.com/us/en/private-companyservices/
publications/assets/pwc-employee-financial-wellness-survey-2015.pdf

PR Newswire. (2015). Millennials have the lowest credit scores of all generations.
Dicapai dari http://www.prnewswire.com/news-releases/millennials-
have-the-lowestcredit-scores-of-all-generations-300121178.html

Ratcliffe, J. (2015). Four elements define personal financial well-being. Dicapai dari
http://www.consumerfinance.gov/blog/four-elements-define-personal
financial-well-being/

Richardson, M. (2015). Emerging adulthood and millenials crayons to careers:


The modern way to reach adulthood. Dicapai dari http://health.abc4.
com/articles/1938/Crayons-to-Careers

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN  177

Securian Financial Group. (2010). Financial wellness: Tuning in to the total health
model. Dicapai dari http://www.lifebenefits.com/lb/pdfs/F62382-28.pdf

University of Wisconsin River Falls. (t. t.). Wellness assessment. Dicapai dari
https://www3.uwrf.edu/Wellness/assessment.cfm

World Health Organization, Western Pacific Region. (2011). Health of


adolescents in Malaysia. Dicapai dari http://www.wpro.who.int/topics/
adolescent_health/malaysia_fs.pdf

Zarrett, N., & Eccles, J. (2006). The passage to adulthood: Challenges of late
adolescence. New Directions for Youth Development, 111, 1328.

SEMAK KENDIRI7.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like