You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Hj. Sanib bin Hashim, Guru Besar SK Ladang Mutiara,
Yang dihormati,
Pn Kastuna bt Mat Tompang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Zolnorhisham bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang diraikan,
En Rosly bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun dalam sebuah majlis serba
ringkas tetapi bersulam penuh makna dalam majlis perpisahan En Rosly
bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Ustaz Abdul Rahman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

----DOA----

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Rahman atas bacaan doa
sebentar tadi.

Bagi memulakan majlis, majlis menjemput ________ wakil murid untuk


menyampaikan ucapan kepada Yang Dirai. Majlis dengan ini
mempersilakan.

-----UCAPAN MURID-----

Terima kasih diucapkan kepada adik ____ atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput cikgu ______ untuk


menyampaikan ucapan bagi mewakili para guru. Dipersilakan.

------UCAPAN GURU------

Terima kasih diucapkan kepada cikgu_____ atas ucapan sebentar tadi.


Seterusnya, majlis menjemput Tn. Hj. Sanib Bin Hashim, Guru Besar SK
Ladang Mutiara untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-----UCAPAN GB-----

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Sanib atas ucapan
sebentar tadi.

Hujan turun badan pun basah,

Batang galah haluan perahu,

Niat di hati tak mahu berpisah,

Kehendak Allah siapa yang tahu.

Hadirin sekalian,

Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Itulah resam


kehidupan semua manusia. Adat datang bertandang pasti akan pulang
semula.

----BIODATA CIKGU ROSLY----

Cikgu Rosly telah memulakan perkhidmatan beliau di SKLM pada


________ Julai 2018. Beliau akan berpindah ke SKSKT sebagai GPK HEM.

Seterusnya tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Dirai, En. Rosly bin Mokhtar untuk
memberikan ucapan, sebagai tinggalan dan kenangan bagi warga sekolah.

----UCAPAN CIKGU ROSLY----

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rosly atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Langit tak selalunya cerah, laut tak selalunya tenang. Siapa sangka,
pertemuan yang disangkakan lama terpaksa berhenti di sini.
Sesungguhnya, telah banyak jasa yang telah diberikan oleh cikgu
sepanjang berkhidmat di sini, terutamanya dalam bidang kokurikulum.
Kami warga SKLM berasa sangat kehilangan.

Akhir kata dari kami,

Tuai pada antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Kami mendoakan agar cikgu Rosly dapat menabur bakti di sekolah


baharu. Bagi mengakhiri majlis, dijemput En. Rosly untuk bersalaman
bersama-sama murid-murid serta guru dan AKP. Salam perpisahan dari
kami. Semoga kita berjumpa lagi.

You might also like