You are on page 1of 6

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru,


Kampus Tun Hussein Onn, Tel :

Batu Pahat, Johor. Emai :

____________________________________________________________________________

Tn Hj Ismail bin Abdul Samad


Ketua Jabatan,
Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor. 27 Mac 2017

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MEMASUKI KE KAWASAN KAMPUS LEWAT

Merujuk perkara di atas, saya MOHNES KUMAR A/L PARANTHAMAN selaku Exco Sukan dan
Rekreasi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018 ingin memohon kebenaran daripada
pihak tuan untuk memasuki ke kawasan kampus pada lewat malam. Hal ini demikian kerana
terdapat guru pelatih yang menyertai larian marathon mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 1 April 2017


Hari : Sabtu
Nama Acara : Iskandar Puteri Night Marathon
Tempat Acara : Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Masa : 9.00 malam

2.0 Permohonan ini diutarakan atas peraturan kampus yang menetapkan bahawa guru
pelatih dibenarkan masuk sehingga jam 11 malam sahaja. Oleh hal yang demikian, guru pelatih
memohon supaya semua peserta yang sertai dibenarkan masuk selepas jam 11. Faktor guru
pelatih memasuki kawasan kampus selepas jam 11 kerana pertamanya guru pelatih akan habis
acara tersebut pada jam 12. Keduanya, jarak antara tempat larian dan kampus mengambil masa
lebih daripada 2 jam untuk sampai.
3.0 Justeru itu, mohon pertimbangan daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan.
Segala aspek keselamatan luar kampus adalah menjadi tanggungjawab peserta guru pelatih
sendiri. Permohonan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Majulah Sukan untuk IPG”


Yang menjalankan tugas,

……………………………………
( MOHNES KUMAR A/L PARANTHAMAN )
Exco Sukan dan Rekreasi,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
Johor.

Yang menjalankan tugas,

………………..............................
( MUHAMMAD KHAIRI BIN KHAIRUL ANUAR )
Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
Johor

You might also like