You are on page 1of 2

Pengenalan awal tentang Buku Teks

Buku teks ialah rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Buku teks bolehlah dinisbahkan sebagai sebuah empangan yang dibina berdasarkan spesifikasi
kedalaman, keluasan dan muatan air yang akan ditampung. Buku teks ialah penanda aras
liputan dan batasan untuk tujuan aktiviti kurikulum dan pentaksiran.

Kepentingan buku teks dibuktikan menerusi peruntukan besar kerajaan menyediakan skim
pinjaman buku teks (SPBT) kepada semua pelajar dari tahun 1 sekolah rendah hinggalah
tingkatan 5. Hanya pelajar prauniversiti tingkatan 6 yang harus membeli sendiri buku teks
mereka. Buku teks yang diperakukan telah melepasi segala bentuk tapisan, terutama
keselarasannya dengan sukatan pelajaran dan falsafah pendidikan kebangsaan.

Kelebihan buku teks berbanding dengan buku rujukan tambahan, suplemen dan buku kerja
ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang pakar dalam bidang mata
pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira semua kehendak domain pendidikan,
iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Isi kandungan dan persembahan buku teks juga
disesuaikan dengan aras pencapaian murid, serta peruntukan masa aktiviti bilik darjah.
Pendek kata, fungsi buku teks tidak boleh diambil alih oleh buku rujukan, modul atau e-buku
teks yang telah diubahsuaikan.

Penggunaan buku teks di sekolah rendah, serta kebanyakan mata pelajaran di sekolah
menengah memang telah dioptimumkan. Di tangan guru yang kreatif dan inovatif, buku teks
akan menjadi bahan bantu mengajar (BBM) yang paling lengkap. Segala aktiviti bilik darjah,
modul dan tugasan murid semata-mata menggunakan buku teks secara optimum.

Buku teks memberi keadilan kepada semua murid tanpa mengira status sosioekonomi untuk
memiliki akses terhadap ilmu pengetahuan yang lengkap dan sah. Asas ilmu pengetahuan
tetap sama walaupun mungkin berlaku perubahan dari segi contoh dan huraian. Isu
keusangan fakta dalam buku teks tidak harus timbul jika semua pihak akur bahawa murid
sekolah patut dibekalkan dengan asas pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menjana modal
insan minda kelas pertama yang didambakan oleh negara.

Isu keusangan fakta buku teks boleh ditangani jika pihak berwajib menyediakan laman
sesawang atau portal khas yang mengemas kini contoh dan huraian kepada asas pengetahuan
dari masa ke masa. Penegasan perlu dibuat bahawa pentaksiran sama ada secara formatif atau
sumatif digubal berdasarkan asas pengetahuan yang terkandung dalam buku teks semata-
mata. Aras kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian (taksonomi Bloom) juga telah
diterapkan dalam kandungan asas pengetahuan buku teks.

Isu beban beg berat yang berkaitan dengan ketebalan buku teks dapat diatasi jika naskhah
buku teks dipecahkan kepada beberapa jilid mengikut penggal persekolahan dalam setahun.
Selain itu, perancangan aktiviti bilik darjah yang berkesan dapat mengelakkan penggunaan
buku teks sebagai baca dan dengar sahaja. Modul pembelajaran yang dirujuk daripada
kandungan teks akan menjadikan aktiviti bilik darjah lebih menarik, menyeronokkan dan
berkesan.

Walaupun penggunaan e-teks dan e-buku makin meluas, tetapi isu kesihatan mata perlu
diberi pertimbangan. Berlama-lama di hadapan skrin komputer mungkin mengakibatkan
kelesuan kornea dan retina. Susuk tubuh dan penampilan fizikal generasi muda Malaysia juga
mungkin dipengaruhi tempoh berlama-lama tunduk menghadap skrin komputer.

Kekerapan perubahan huraian sukatan pelajaran sepatutnya tidak menjejaskan tempoh hayat
buku teks. Kalaupun kita perlu menyemak huraian sukatan berkenaan setiap dua tahun sekali,
buku teks yang akur kepada penyediaan asas ilmu pengetahuan boleh bertahan dalam tempoh
yang lebih panjang. Buku teks tidak mungkin dapat disaingi oleh rujukan tambahan yang
lebih menjurus kepada keuntungan wang ringgit…

You might also like