You are on page 1of 8

UDANG HARIMAU

UDANG HARIMAU

Ternakan udang di Malaysia telah bermula di dalam tahun 30-an dengan menggunakan cara
tradisional iaitu dengan memerangkap benih udang di dalam kolam yang dibina di persisiran
pantai yang mempunyai julat pasang surut yang bersesuaian serta bekalan benih udang semula
jadi yang banyak.
Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah berkembang dalam tahun
1980-an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting dalam
menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang
diternak secara komersial di dalam kolam diseluruh dunia tetapi udang harimau (Panaeus
monodon) adalah salah satu dari spesies yang paling popular. Udang harimau diternak di negara-
negara Asia yang beriklim tropika dan mewakili 60%–70% daripada jumlah pengeluaran udang
ternakan diseluruh dunia, meningkat dari 52% pada tahun 1998. Udang P. Vannamei atau Pacific
White menyumbang 24%. Penaeus monodon atau Black Tiger dan P. orientalis atau White
Faisho merupakan ternakan utama Asia manakala P. Vannamei atau Pacific White Shrimp di
Amerika Latin. Pada keseluruhannya, udang harimau mewakili hampir 20% dari jumlah
pengeluaran dunia.
Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang
di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi industri akuakultur negara ini.
Walaupun begitu Malaysia bukanlah pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang
harimau hanyalah sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000
hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di India. Walau
bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di Malaysia adalah tinggi, selepas
Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju
dan setanding dengan negaranegara tersebut.
Di Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting sejak
kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang
moden. Majoriti ternakan udang atau 70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an
dan pertengahan 1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali
ganda.
Dalam tahun 2000, sebanyak lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau)
bernilai RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau yang
melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada ternakan udang akuakultur
mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada udang tangkapan.
Perusahaan udang bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak
150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada tahun 2010 (Jabatan
Perikanan).
 TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
PENGENALAN
Udang Harimau (Penaeus Monodon)Adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang
sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar
tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat
dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga
orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-
Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.Permintaan yang tinggiJaminan harga
pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara Contoh:Pada masa ini harga
pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –
RM 30/kg.
Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau
seperti LKIMPenggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti
berikut:-
Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt.
Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan
pertanian).Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air
dan sebagainya.Berhampiran dengan pusat penetasan.Keadaan tanah yang berupaya
menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5
(basah)Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang
akan dijalankan.Mempunyai strategi pemasaran yang baik.

 PEMBINAAN KOLAM

1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman
antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.
2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa
pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip.
Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi
melibatkan tambahan kos.
3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah
dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban,
pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan
berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.
4. Sistem air kolam intensif.
a. Punca air
b. Sistem pam
c. Kolam takungan
d. Pintu air masuk/keluar
5. Reka Bentuk Kolam Intensif
a. Kedalaman 1.3m-1.5m
b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
c. Kecerunan dasar 1: 200
d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
e. Pintu air masuk dan keluar.

 PENYEDIAAN KOLAM
Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh
penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
1. Pembuangan Lumpur:
-Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan
dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
- Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan
melalui pintu air.
- Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk
menghalang pembentukan lumpur hitam.
- Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide,
Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
Penjemuran :
Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung
pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
Membaiki Sturuktur Kolam
Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera
sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
Mengapur
Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan
serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-
ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan
racun perlu digunakan.
6. Pemberian Makanan :
Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz
udang.

 PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL


‘Automatik Feeder’–Tidak memerlukan tenaga buruh
-Jimat kos.
- Mengelak pembaziran
- Waktu pemberian makanan lebih tepat.
Sludge Pump.-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
Kolam HDPE
-Dasar kolam lebih bersih.
-Ruang untuk udang makan lebih luas.
-Mengelak kebocoran kolam.

 PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA


INTENSIF
-Oksigen Terlarut – 5 ppm
-pH – 7.5-8.5
-Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
-Suhu – 27-32?C
-Karbon Dioksida - <2>
 CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI
Bentuk dan Sifat:Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke
coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
Analisis Mikroskopik:
Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya
(sesungut) panjang lurus dan rapat.Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan
jernih.Rostrall spines 6-7Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh
dengan kulit.

 KUALITI AIR
Oksigen Terlarut (D.O):Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang
tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada
siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai
D.O yang tinggi.
b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.
Apabila D.O<3.0>

 SALINITI
Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam
tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan
udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam
air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang
sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih
makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.

 SUHU
Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami
tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.Suhu yang
tinggi menyebabkan :Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.Udang membesar
dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.Bloom dan komuniti dasar cepat
membesar.Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.
 PUNGUTAN HASIL
Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan
cara:
i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan
pukat permindahan terbuka.
ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.

 ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN


-Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
-Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
Benih 5,400
Makanan 31,500
Letrik 12,000
Buruh 2,000
Pelbagai 2,000
Jumlah = 53900
Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
Penyelenggaraan 2,000
Jumlah 3,500
JUMLAH BESAR 57,400
UNTUNG BERSIH 19,100

 NOTA
Saiz kolam – 1 hektar
Kepadatan – 30 ekor/m2
Tempoh Ternakan - 120 hari
Kadar Hidup – 60%
Saiz pasaran – 40 ekor/kg
FCR – 2.0
Tuaian – 4.5 mt
Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang
lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan
yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang
berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan
perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk
kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.

You might also like