You are on page 1of 1

BIDANG TUGAS: PENULIS SKRIP

Saya telah menjalankan tugas sebagai penulis skrip bagi teater Celagi Sakti.

Idea asal sebelum saya mula menulis skrip teater ini dipilih daripada lima

kumpulan. Kelima-lima kumpulan daripada pelajar PISMP 8 A telah mencipta

skrip teater kanak-kanak kumpulan masing-masing. Dan kumpulan lima iaitu

saya, Hidayah, Saiful dan Noradilah telah berjaya dipilih untuk dijadikan

sebagai skrip bagi teater kanak-kanak yang akan dipentaskan.

Saya telah menulis skrip ini selama dua minggu. Saya juga telah menerima

pendapat dan pandangan daripada pensyarah, Dr. Azman dan rakan

sekumpulan dalam penghasilan skrip ini. Berikut juga saya telah sertakan

skrip asal yang belum diubah dan tidak disertakan lirik lagu.

Skrip teater kanak-kanak ini telah dicetak untuk semua pelakon dan kru bagi

persembahan teater kanak-kanak Celagi Sakti ini.

Skrip ini dihasilkan dengan mengadaptasi cerita lagenda Bawang Merah

Bawang Putih dan ditambah unsur nyanyian dan pertandingan, serta zaman

moden yang penuh dengan dunia sains yang dibawa oleh watak BonBon.

Diharapkan, agar skrip teater kanak-kanak Celagi Sakti ini dapat dipentaskan

dengan baik, serta memberi manfaat dan pengajaran yang berguna kepada

semua penonton.

You might also like