You are on page 1of 1

Lampiran B

Teks Dialog

Kenny, Rashveen dan Kamil bertemu di kantin sekolah semasa waktu rehat.
Mereka merupakan rakan sekelas dan mereka telah belajar tentang budaya
negara kita sewaktu kelas Pendidikan Moral.

Kenny: Saya berasa amat gembira dan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Adakah kalian bersetuju?

Kamil: Memanglah! Malaysia ialah negara yang unik. Warganya terdiri


daripada pelbagai bangsa dan suku kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Walaupun setiap bangsa dan suku kaum ini mengamalkan
agama, adat-resam dan cara hidup yang berbeza, namun mereka
dapat hidup dengan semangat perpaduan yang tinggi.

Rashveen: Saya amat bersetuju! Banyak faedah yang diperoleh apabila rakyat
Malaysia hidup dalam keadaan bersatu-padu. Kita dapat belajar
dengan tenang dan selesa di sekolah. Kita adalah selamat.

Kenny: Perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat
membantu pihak kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai
kemudahan dan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Kamil: Perpaduan kaum juga telah menarik minat para pelabur asing. Mereka
melabur dalam pelbagai sektor di negara kita. Pelaburan ini akan
membantu meningkatkan ekonomi negara kita.

Rashveen: Betulnya! Perpaduan kaum juga telah menarik minat pelancong asing
untuk melancong di negara kita. Mereka juga dapat menikmati pelbagai
budaya negara kita!

Kenny: Justeru, semua warga perlu memelihara dan mengekalkan semangat


hidup bersatu-padu ini. Kita haruslah berusaha untuk mengelakkan
peristiwa 13 Mei yang pahit itu daripada berlaku!

Kamil: Ya! Sangat setuju!

Rashveen: Marilah kita bersama-sama membina sebuah negara yang bersatu-


padu demi masa depan negara yang aman dan damai!

Kenny & : Setuju!


Kamil

You might also like