You are on page 1of 1

Huraikan lima gaya bahasa berserta contoh dalam sebuah novel yang anda telah

kaji semasa tingkatan 2.

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Impian. Terdapat lima gaya bahasa
berserta contoh dalam novel tersebut.

Gaya bahasa pertama yang terdapat dalam novel ini ialah Bahasa Arab.
Contohnya,’’Insya-Allah, berkat kerja kuat kita, siaplah!’’ dan Zahar tergesa-gesa
mandi setelah emaknya selesai mengambil wuduk.

Gaya bahasa kedua yang terdap dalam novel ini ialah Metafora. Metafora
merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan
abstrak.Contohnya, kita nyalakan obor semangat dalam diri kita dan .... sedankan
api perasaan itu sudah lama padam,......

Gaya bahasa ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah Peribahasa.
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami.
Contohnya, belum pernah berat tulang.

Gaya bahasa keempat yang terdap dalam novel ialah Simile. Simile
bermaksud gaya bahsa yang membandingkansesuatu dengan sesuatu yang lain
dengan perkataan bagai,bak,ibarat,laksana,macam,seperti,dan
umapama.Contohnya, bak sekuntum bunga, bagai bunga di taman larangan dan
suaranya garau, lantangnya bagaikan mampu membelahkan bukit.

Gaya bahasa kelima yang terdapat dalam novel ini ialah Hiperbola.
HiIperbola bermaksud bahasa kiasan yang digunakan dengan sesuatu secara
berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenar yang terdapat. Contohnya, segugus
debaran menggoncangkan dadanya, .....segugus rasa terkejut meranduk menikam
sanubarinya.

You might also like