You are on page 1of 8

2014

LITERASI DAN NUMERASI (LINUS 2.0)

SJK (C) KWANG HWA, SG. NIBONG


JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11900
SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG
Pihak sekolah telah mengadakan program-program Intervensi telah dijalankan untuk
mengekalkan kecemerlangan dalam program LINUS. Program-program Intervensi yang
dijalankan dibahagikan kepada tiga pihak iaitu ibu bapa atau waris murid, guru-guru Bahasa
Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dan juga murid-murid sekolah.

1. MENYEBARKAN MAKLUMAT DARI VLE-FROG

Satu site khas telah disediakan dalam VLE-Frog. Tujuan site ini direka adalah untuk memberi
peluang kepada ibu bapa atau waris murid supaya dapat memahami lebih mendalam bagi
Program Literasi dan Numerasi. Ibu bapa atau waris murid juga boleh melayari site ini untuk
mengetahui aktiviti-aktiviti LINUS yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa, guru atau murid
boleh memuat turun bahan-bahan seperti soalan diagnosis, power point dari site ini untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1
2. CERAMAH “MEMAHAMI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS” oleh Puan Ivy

Pihak sekolah berasa bangga dapat menjemput salah seorang ibu murid yang
berpengalaman lama di BOLD (For Special Needs Children) untuk memberi ceramah di
sekolah. Ceramah ini sisertai oleh semua guru di sekolah sebagai satu sesi Latihan Dalam
perkhidmatab. Dalam ceramah ini, guru-guru berpeluang mengetahui secara mendalam
tentang teknik-teknik untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru-guru juga diberi
peluang merasai perasaan murid-murid disleksia.

2
3. HARI KELUARGA

Hari Keluarga bersama-sama murid-murid LINUS diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan
Jun dan bulan Oktober. Ibu bapa atau waris murid LINUS dikehendaki berjumpa dengan guru
untuk berbincang tentang perkembangan murid.

4. BERKONGSI PENGALAMAN BAGI PROGRAM LINUS (BERSAMA-SAMA SEKOLAH LAIN)

Sesi berkongsi pintar bersama-sama sekolah-sekolah lain telah diadakan semasa lawatan
benchmarking ke SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong. Penyelaras LINUS, Cik Chan Yee San telah
berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara sekolah-sekolah
yang pernah mengunjungi ke sekolah ialah SJK (C) Keat Hwa (H), Kedah, SJK (C) Keat Hwa (K),
Kedah, IPG Persekutuan Pulau Pinang, IPG Tuanku Bainun dan sebagainya.

3
5. PROGRAM ANAK ANGKAT
GURU (IBU ANGKAT) MURID (ANAK ANGKAT)
I. H’NG YON SHENG (LELAKI)
II. LEE MING JIE (LELAKI)
CIK LEE SU SAN III. MOHAMMAD DANIEL B. ABD (LELAKI)
IV. NG GUO SHUN (LELAKI)
V. OOI YEE SHENG (LELAKI)
I. LEVINE LEE WEI WEN (LELAKI)
PUAN LIM SWEE LEANG II. NAOMI CHOONG ROU MEI (LELAKI)
III. TAN WAN TING (PEREMPUAN)
I. CHAN JOVEN (LELAKI)
CIK LIONG KHIM SIM II. LEONARD OOI ZHAN ZHEN (LELAKI)
III. QUEENIE TAN QIAN YINH (PEREMPUAN)
IV. TAN YING HUI (PEREMPUAN)
CIK CHAN YEE SAN I. OOI POH HOCK (LELAKI)

Sasaran program ini adalah murid-murid yang tidak dapat menguasai saringan 1 LINUS.
Guru-guru BM bagi setiap kelas dikehendaki membimbing murid-murid yang tidak dapat
menguasai LINUS sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru-guru yang
berkenaan dikehendaki memastikan murid-murid dapat menguasai 12 konstruk pada
saringan 2.

6. PROGRAM “MEMBACA BUDAYA KITA” (SUDUT BACAAN)

Sudut bacaan disediakan di tempat berkumpul sebelum sesi persekolahan. Murid-murid


diberi peluang untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang terdiri daripada Bahasa
Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sudut ini mendapat sambutan yang hangat
daripada murid-murid di sekolah. Program ini juga dapat mewujudkan suasana yang
kondusif kepada murid-murid untuk membaca.

7. KELAS TAMBAHAN
Kelas Tambahan bagi murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik dan
Bahasa Inggeris dijalankan mengikut jadual yang ditentukan. Seorang guru akan
mengajar 10 orang murid dalam kelas tambahan. Kelas tambahan ini dijalankan sebelum
sesi persekolahan. Murid-murid yang lemah diwajibkan menghadiri kelas tambahan ini.

4
8. KELAB LINUS

Kelab LINUS ini dijadikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Kelab LINUS
dijalankan pada hari Jumaat. Murid-murid LINUS dibimbing menguasai 12 konstruk
LINUS secara tidak formal iaitu melalui nyanyian, lakonan, mainan dan sebagainya.

5
9. PAPAN KENYATAAN LINUS

Papan kenyataan LINUS disedikan disediakan di koridor sekolah. Papan kenyataan ini dapat
menyebarkan maklumat tentang LINUS kepada ibu bapa atau waris. Selain itu, papan
kenyataan ini juga mempamerkan hasil kerja murid LINUS untuk membina keyakinan murid.

6
10. BIMBINGAN RAKAN SEBAYA
Program Bimbingan rakan sebaya dijalankan bagi setiap mata pelajaran. Murid-murid
yang cemerlang ditugaskan membimbing murid-murid yang lemah semasa guru tidak
ada di dalam kelas, pada waktu rehat atau sebelum sesi persekolahan bermula. Murid-
murid yang dijadikan sebagai “guru” atau “doctor” bagi Klinik Matematik akan diberi tag
sebagai penghargaan.

11. FLEKSILITI YANG LENGKAP DAN CANGGIH

“Smart Board dipasang pada setiap kelas.


Bahan ICT ini dapat meningkatkan
keberkesanan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Sebuah Bilik darjah telah dijadikan sebagai Bilik LINUS. Guru-guru dan murid-murid boleh
menjalankan aktiviti di dalam bilik LINUS. Bilik LINUS juga dilengkapi dengan papan
multimedia.

DIsediakan oleh:
CHAN YEE SAN
(Penyelaras LINUS)

You might also like