You are on page 1of 3

Mengenai Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

SEJARAH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


Pasukan kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan
persatuan pasukan beruniform yang diterapkan di dalam kurikulum sekolah-sekolah
menengah di seluruh Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan semenjak 1989 setelah
mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
dijadikan salah satu program ko-kurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di
seluruh Malaysia.
Sekolah pertama yang menganggotai pasukan kadet ini adalah Maktab Rendah Sains
MARA Sultan Abdul Samad dari Negeri Sembilan pada 1985 dengan jumlah
keanggotaan seramai 20 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang menyertai
pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah sehingga tahun
2008 sebanyak 2084 pasukan ditubuhkan dari sekolah seluruh Malaysia dengan
kekuatan anggota seramai 79,920 orang.

Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah


1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah
pencegahan.
2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah
satu cara hidup.
3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri
serta bertanggungjawab kepada harta benda and masyarakat.
4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan Jabatan
Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat
sebagai kerjaya.

Keahlian
1. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan
dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
2. Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah
tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Had Umur
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,

Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh
ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang
yang telah disediakan.

Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga


Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu
bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa
/ penjaga.
Kelucutan Keahlian
1. Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan
daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa
pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
2. Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang
menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati
bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
3. Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa
oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
4. Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan
rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula
pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.

GARIS PANDUAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


PAKAIAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni


Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan


Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )

You might also like