You are on page 1of 47

1.

0 PENGENALAN FRIM

1.1 Forest Research institute Malaysia (FRIM)


Institusi Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di kawasan tapak lombong
bijih timah di kepong dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan
penanaman pokok secara besar-besaran pada tahun 1929. Ketika penaklukan Jepun
FRIM dikenali sebagai Ringyo Shikenjyo atau “Stesen Percubaan Perhutanan”. Pada 1
Oktober 1985, IPP menjadi badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan
Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB). Institut ini kemudiannya dinamakan
sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Tan Sri Dr Salleh Mohd
Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah FRIM yang pertama.
1.2 Bidang Penyelidikan FRIM
Hasil penyelidikan FRIM diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang diwasit/diulas oleh
rakan-rakan saintis lain dan juga dikongsi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan
yang terlibat dalam pengawalan dan pengurusan hutan, serta industri perhutanan.
Aktiviti-aktiviti penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bidang yang berikut:
 Perhutanan dan Alam Sekitar:
Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan
memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli,
bandar dan rekreasi.
 Bioteknologi Perhutanan:
Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi
(biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan
bioteknologi.
 Keluaran Hutan:
Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan
komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan
penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk
menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
 Biodiversiti Hutan:
Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi
melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan
bijak dan mampan.
 Hasilan Semula Jadi:
Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan
produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah
bioaktif.
 Ekonomi dan Analisis Strategik, dan Perhutanan Sosial:
Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu
perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
1.3 Carta Organisasi FRIM

Berdasarkan Lampiran 1 merupakan Carta Organisasi FRIM


2.0 PENGENALAN PROJEK
PENDOKUMENTASIAN SECARA KOMPREHENSIF PENGETAHUAN
TRADISI MELAYU BERKAITAN TUMBUHAN UBATAN DI
SEMENANJUNG MALAYSIA (TK.MELAYU) FASA II

2.1 Latar belakang Projek


Projek Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu
Berkaitan Tumbuhan Ubatan Di Semenanjung Malaysia (Tk.Melayu) Fasa II
ini adalah lanjutan kepada Projek Fasa I yang diketuai oleh Dr Nik Musaadah binti
Mustapha dan Dr Norini Haron sebagai kordinator. Projek ini dibawah bahagian
hasilan semula jadi FRIM dibawah peruntukan NKEA Pertanian Hal ini kerana,
semasa projek fasa I tidak semua tumbuhan ubatan yang diperolehi dapat
didokumentasikan didalam buku khazanah perubatan melayu tumbuhan ubatan jilid 1
dan jilid 2 (Gambar 1 menunjukan buku jilid 1 dan 2 telah diterbitkan semasa fasa 1).
Oleh itu, Fasa II ini bertujuan untuk menerbitkan buku khazanah perubatan melayu
tumbuhan ubatan jilid 3 supaya semua tumbuhan yang disenarai berdasarkan fasa I
dapat didokumentasikan.
Proses pendokumentasian pengetahuan tradisi berdasarkan perkara dibawah:

Bancian pengamal perubatan tradisional


di semenanjung Malaysia

Survei pengamal perubatan


tradisional Melayu. (355 pengamal)

Kutipan sampel tumbuhan dengan


bantuan pengamal perubatan. (15 Koleksi germplasm
pengamal) (FRIM & Herbwalk)

Penyediaan spesimen herbarium


tradisional  Koleksi spesimen
herbarium TK
Pengecaman spesis tumbuhan oleh
(Melayu)
ahli botani
 Pangkalan data
(BRAHMS)(FRIM)
 Penerbitan buku
 Pangkalan data (MyTKDL)
Gambar 1 menunjukan buku jilid 1 dan 2 telah diterbitkan
2.2 Carta Organisasi Projek

Dr Norini binti Haron

(Kordinator Projek)

Dr Nik Musaadah binti


Mustapha
(Ketua projek)

Abdul hayat bin Mat Dionysia binti


Saad Modingin
(Pegawai penyelidik) (Pegawai penyelidik)

Fatin Nadiah binti Sukhairi


Noor Aimie binti Khair
Md Azharulzaman bin Mohamed Said
(Pembantu penyelidik)
2.3 Objektive Latihan

 Memahami aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses dokumentasi pengetahuan


tradisi.
 Menyediakan penulisan beberapa spesies terpilih hasil daripada dokumentasi.

2.4 Perancangan Kerja

Rajah 5 menunjukan perancangan kerja yang ditetapkan oleh pihak industri kepada Ana
Azlina Binti Musa semasa menjalankan latihan industri selama 10 minggu bermula
6/11/2017 hingga 12/11/2018.

Rajah 5: Perancangan kerja

Aktiviti Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Pengenalan projek x
FRIM
Kerja-kerja x x
berkaitan spesimen
Herbarium
Input data dalam x x
pengkalan data
Pengurusan x x
germplasm
Penulisan x x x

Penyedian laporan x x
3.0 PROSES PENGHASILAN SPESIMEN HERBARIUM

Spesimen herbarium merupakan sampel tumbuhan yang dikeringkan dan ditampal atau
dilekatkan diatas mounting board selepas proses kutipan sampel dibuat. Terdapat dua jenis
specimen herbarium iaitu spesimen herbarium kering dan spesimen basah. Spesimen
herbarium kering merupakan sample yang dikering dan dilekatkan diatas mounting board.
Spesimen herbarium basah merupakan sampel seperti bunga atau buah diambil kemudian
di rendamkan bersama alkohol di dalam botol. Adanya spesimen herbarium sesuatu spesis
tumbuhan ubatan lebih mudah untuk dikenalpasti. Disamping itu, mampu menyedikan satu
senarai Koleksi spesimen herbarium tumbuhan ubatan sesuatu kawasan. Tugasan khusus
yang saya lakukan semasa menjalankan latihan industri ialah melekat, menampal label dan
masukan spesimen herbarium ke dalam palstik.

Antara proses penyedian spesimen herbarium:

 Kutipan
 Menekan
 Mengering
 Melekat
 Menampal label
 Identifikasi
 Masukan spesimen herbarium ke dalam plastic
 Menyimpan

3.1) Kutipan sample.

Alat- alat kelengkapan kutipan hendaklah disedikan terlebih dahulu sebelum pengutipan
sampel dilaksanakan. Antara peralatan yang digunakan semasa kutipan sampel ialah tali
rapia, gunting, pencil, benang, tag, surat akbar, kotak yang dipotong, GPS dan kamera
(Gambar 2).
Gambar 2: Peralatan yang diguna semasa kutipan sampel

Proses pengutipan sampel

Langkah 1 Merekod lokasi sampel tumbuhan ubatan dengan menggunakan GPS

GPS digunakan untuk mengetahui tempat sempel yang diambil dan menyimpan maklumat
lokasi tersebut untuk kegunaan akan datang (Gambar 3).

Gambar 3: Merekod lokasi menggunakan GPS


Langkah 2 Menulis data

Menulis data tentang sampel tumbuhan yang diperkenalkan oleh Encik Azhar dengan
mencatat keterangan mengenai nombor kutipan, lokasi, tarikh, habitat, nama pengutip,
penggunan tumbuhan. ciri-ciri, dan bahagian yang perlu digunakan dalam perubatan
melayu didalam borang yang disediakan. Gambar 4 temu bual bersama pengamal.
Berdasarkan lampiran 2 ialah borong yang digunakan untuk menulis data yang diberi oleh
pengamal.

Gambar 4: Temu bual bersama-sama Encik Azhar di kawasan pengutipan sampel


Langkah 3 Mengambil gambar sampel tumbuhan

Sampel tumbuhan diambil gambar untuk membuat rujukan semasa penamaan nama
saintifik sampel pokok yang dikutip selain daripada merujuk specimen herbarium merujuk
Rajah 2 merupakan gambar tumbuhan sebelum diambil untuk dijadikan sampel.

Nama tumbuhan Pecah beling / batu karang Tepus / Serai bukit

Gambar

Bahagian hadapan daun Bahagian hadapan

Bahagian belakang
Bahagian belakang

Keseluruhan

Keseluruhan
Spesis Pokok renek Tumbuhan herba
Ciri-ciri tumbuhan  Daun berbulu dan kasar  Daun licin
 Daun tidak bergetah  Daun tidak bergetah
 Daun tidak berbau  Daun berbau wangi
 Batang licin  Batang licin
 batang tidak bergetah  Batang tidak bergetah
 Batang tidak berbau  Batang tidak berbau
Sample yang diambil:3 Sample yang diambil:3
Rajah 2: Gambar tumbuhan sebelum diambil untuk dijadikan sampel
Nama tumbuhan Memali Kait-kait
Gambar

Keseluruhan Keseluruhan

Hadapan Hadapan

Belakang Belakang

Ciri-ciri unik
Spesis Pokok kecil Tumbuhan memanjat
Ciri-ciri tumbuhan  Daun licin  Permukaan bawah daun
 Daun tidak bergetah kasar dan permukaan atas
 Daun tidak berbau daun licin
 Batang licin  Daun tidak bergetah
 Batang tidak bergetah  Daun tidak berbau
 Batang tidak berbau  Batang berbulu
 Batang tidak bergetah
 Batang tidak berbau
Sampel yang diambil:2 Sampel yang diambil: 3
Langkah 4 Mengutip sampel

 Sampel tumbuhan dikutip berdasarkan ciri-ciri dibawah:


 Daun dalam keadaan matang
 Daun tiada kecatatan
 Bunga
 Buah
 Susunan daun
 Tumbuhan herba sampelnya diambil hingga ke ubi/rhisoum
 Kutipan semestinya dari pokok atau tumbuhan untuk mengelakan dari kesilapan
penamaan maka kutipan mestilah diaambil dari pokok tumbuhan yang sama.
 Tumbuhan herba seperti serai bukit sampelnya diambil dari daun hingga ke akar.
 Tumbuhan Pokok kecil dan tumbuhan renik sampelnya diambil seperti gambar Gambar
5 supaya susunan daun tidak berubah.
 Tag mengandugi kod, nama tempatan, tarikh, tempat dan nama pengumpul ditulis dan
diikat pada sampel tumbuhan berdasarkan Gambar 6.

Gambar 5: Sampel tumbuhan herba Gambar 6: Sampel tumbuhan Pokok kecil dan renek
Gambar 6: Tag yang diikat bersama sampel akan ditulis data yang perlu

3.2) Menekan sampel (Pressing)

Tekanan dilakukan dengan cara himpitan untuk meratakan bahagian-bahagian sampel


tersebut. Tujuan menekan sampel adalah untuk mengelakkan daun-daun dari bergulung,
tidak bertindihn dan daun tidak berkedut. Setiap sampel haruslah diletak di antara surat
kertas akhbar. Setelah menyusun sampel yang telah diletakkan dalam surat akbar, sampel
tersebut haruslah dilapik dengan kotak (gambar 7). Gambar 8 merujuk sampel ditekan
terlebih dahulu kemudian diikat dengan tali dengan ketat. Pastikan semua sampel tumbuhan
ubatan bersih dari tanah atau pasih sebelum ditekan.

Gambar 7: Mengisi kutipan ke dalam helaian akhbar


Gambar 8: Sampel ditekan
3.3) Pengeringan sampel tumbuhan didalam ketuhar pemanasan

Pengeringan sampel dilakukan selepas mampatan dimana semua sampel tumbuhan yang
dikutip dimasukan kedalam ketuha dengan suhu 45°C dan dibiarkan selama 5-7 hari supaya
sampel tumbuhan menjadi kecut supaya semua bendalir didalam sampel tumbuhan
dikelurkan. Rajah 3 menunjukkan bilangan hari pengeringgan sampel mengikut jenis-jenis
tumbuhan.

Cara-cara penggunaan ketuha automatik diterangkan oleh Encik Mizan (Gambar 9).
Gambar 10 meletak sampel tumbuhan di dalam ketuha automatik. Selepas meletakkan
sampel di dalam ketuha pastikan tarikh sampel dicatatkan supaya sampel tidak melebihi
tempoh yang dijangka didalam ketuha (Gambar 1).

Selepas 5-7 hari sampel tumbuhan dikeluarkan daripada ketuha dan diperiksa terlebih
dahulu supaya sampel tumbuhan dalam kedaan kering sepenuhnya (Gambar 12). Gambar
13 didapati batang sampel tumbuhan dalam keadaan mengecut menanda sampel tersebut
kering.

Rajah 3: Tempoh sampel dikeringkan

Jenis tumbuhan Bilangan hari pengerinagn

Tumbuhan yang kurang air 3 hari


Tumbuhan yang Mempunyai kandungan air yang banyak contoh: 3-7 hari
Ginger, pisang, rotan, buluh, palma, keladi
Gambar 9: Cara-cara penggunaan ketuha diterangakan oleh Encik Mizan.

Gambar 10: Meletak sampel tumbuhan di dalam ketuha automatik.

Gambar 11: Mencatat tarikh sampel tumbuhan dimasukkan ke dalam ketuha


Gambar 12: Pemeriksaan sampel

Memali

Kait-kait Serai bukit Pecah beling

Gambar 13: Sampel tumbuhan yang telah dikeringkan


3.4) Melekat sampel

Menampal sampel tumbuhan merupakan salah satu proses penghasilan spesimen herbarium
selepas proses pengutipan dan pengeringan sampel sebelum diletakkan didalam
perpustakaan herbarium. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan semasa proses
menampal sampel tumbuhan ubatan ialah:

 Menampal sampel dengan menggunakan gam.


 Menjahit sampel.

Proses menampal sampel tumbuhan ubatan.

Langkah 1 Menampal sampel diatas mounting board

Sampel tumbuhan ubatan ditampal diatas kertas putih (mounting board) dengan
menggunakan gam. Semasa proses menampal pastikan daun sampel tumbuhan tersebuat
tidak bertindih, tidak melebihi mounting board dan pastikan permukan atas dan bawah daun
dapat dilihat di atas mounting board. Sekiranya daun melebihi mounting board atau
bertindih, daun tersebut seharusnya menggunting daun tersebut. Semasa menampal
pastikan susunan daun tumbuhan ditampal dalam keadaan sedikala kerana penamaan
sampel tumbuhan berdasarkan ciri-ciri tumbuhan tersebut. Selepas sampel dilekatkan
dengan gam sampel haruslah ditindih dengan barang yang berat. Gambar 14 menunjukkan
sampel tumbuhan disapukan dengan gam dan ditindih dengan barang yang berat.

Gambar 14: Gam disapu diatas daun dan ditindih dengan barang yang berat.
Langkah 2 Menjahit sampel

Setelah menampal sampel tumbuhan diatas mounting board. Sampel tumbuhan haruslah
dijahit denggan menggunakan benang agar sampel tumbuhan lebih kuat melekat diats
mounting board. Gambar 15 menunjukkan sampel tumbuhan dijahit denggan menggunakan
benang dan jarum. Setelah selesai dijahit ikatan benang haruslah dikemaskan dengan
menggunakan kertas berwana perang agar spasimen dalam keaadaan kemas berdasarkan
gambar 16.

Gambar 15: Sampel tumbuhan dijahit dengan menggunakan benang dan jarum.

Gambar 16: Ikatan benag ditampal dengan kertas berwana perang.


3.5) Menampal label

Setelah selesai menampal dan menjahit sampel tumbuhan spasiment haruslah dilabel
menggikut rekod yang diambil daripada BRAHMS dan ditampal disebelah kiri mounting
board. Label menggandungi kod, tarikh dikutip, nama tempatan, nama saintifik, family
tumbuhan, nama penggamal, habitat dan tempat yang dikutip (Gambar 16). Ganbar 17
menunjukkan proses melabel spesimen herbarium.

Gambar 16: Contoh label

Gambar 17: Melabel spesimen herbarium.


3.6) Masukan spasimen herbarium ke dalam plastik

Spesiment yang sudah selesai dilabel haruslah disimpan didalam plastik zipped dan
ditambahkan dengan silica untuk mengelakkan kehadiran kulat dan tidak menjangkiti
spesiment herbarium yang lain. Berdasarkan gamabar 18 menunjukkan proses
penyimpanan spesimen herbarium di dalam plastik zipped. Gambar 19 menunjukkan
spesimen herbarium yang lengkap.

Gambar 18: penyimpanan spesimen herbarium

Gambar 19: spesimen herbarium.


3.7) Menyimpan spesimen herbarium

Spesimen herbarium yang telah siap disimpan didalam bilik herbarium. Sebelum
menjimpan, Spesimen akan dimasukan ke dalam peti sejuk selama 48 jam sebelum
dibiarkan 24 jam dalam suhu bilik. Bilik herbarium mesti dibiarkan dalam keadaan sejuk
untuk mengelak daripada tumbuhnya kulat. Penyimpanan spesimen perlu mengikuti
susunan iaitu satu rak menggungi famili yang sama menggikut susunan alfabert,
kemudian setiap folder disusun mengikut genius (gambar 20).

Gambar 20: Bilik penyimpanan herbarium


4.0 PROSES INPUT DATA DALAM PENGKALAN DATA

4.1 Input data dalam Pengkalan data


 Pemindah data kedalam Pengkalan data telah dilaksanakan bermula dengan
memindah data ke dalam Microsoft excel yang berformatkan Botanical
Research and Herbarium Management system (BRAHMS) sebelum
dipindahkan ke dalam aplikasi BRAHMS yang sebenar. Rujuk gambar 21
contoh Microsoft excel yang berformatkan BRAHMS. Data yang ditulis semasa
temubual dipindahkan ke dalam Microsoft excel yang berformatkan BRAHMS
 Aplikasi BRAHMS merupakan aplikasi yang digunakan oleh FRIM untuk
merekod semua data spesimen herbarium.
 Data penggunaan tumbuhan ubatan diserahkan kepada Perbadanan Harta
Intelek Malaysia (MyIPO) untuk dimuatkan ke dalam Malaysian
Tradisional Knowledge Digital Library (MyTKDL). Gambar 22 merupakan
borang soal selidik yang digunakan untuk penggumpulan data penggunaan
tumbuhan ubatan tersebut. Lampiran 3 merupakan surat persetujuan
berkongsi maklumat Perubatan Tradisional Melayu.

Gambar 21: contoh Microsoft excel yang berformatkan BRAHMS


Gambar 22: Borang soal selidik yang digunakan untuk data penggumpulan
penggunaan tumbuhan ubatan
5.0 PENGURUSAN GERMPLASM

5.1 Pengurusan germplasm

Semasa dalam latiha industri saya membantu untuk mengemas keadaan sekeliling
germplasm (gambar 23). Germplas merupakan sampel hidup dibawa pulang semasa proses
pengutipan sampel di rumah pengamal. Dimana, sampel tumbuhan hidup diambil untuk
dibuat kajian exsitu untuk melihat habit tumbuhan tersebut.

Gambar 23: Membantu untuk mengemas keadaan sekeliling germplasm


6.0 PENULISAN HASIL DOKUMENTASI

6.1 Penulisan

Penulisan hasil dokumentasi dibuat untuk menyengkan semua pihak untuk mendapat
infomasi dan dapat membuktikan bahawa wujudnya penggunaan ubatan tradisional
tumbuhan ubatan berdasarkan tradisi orang melayu. Semua maklumat yang diperolihi
daripada kutipan sampel tumbuhan dibantuan oleh pengamal perubatan sebagai salah satu
sumber yang membantu untuk membuat penulisan ciri-ciri tumbuhan ubatan untuk
dijadikan buku.

Senarai tumbuahn yang diberi:

 Lagerstroemia speciosa
 Polyscias fruticosa
 Ageratum conyzoides
 Costus speciosus
 Themeda arguens

Penulisan tumbuhan berdasarkan format tersebut:

 Habit tumbuhan
 Tumbuhan jenis( pokok,ranik,herba, pepanjat), deskripsi habitat( tinggi,
struktur) dan sokongan pokok( kempunyai tendril atau stolen?) .
 Akar/ rhizome/ubi
 Bentuk, warna kulit luar atau dalam dan bau (jika ada).
 Batang
 Bentuk batang, permukaan batang, warna.
 Daun
 Jenis daun, susunan daun, bentuk daun, tepi daun, hujung daun, pangkal
daun, tangkai daun dan ciri-ciri yang unik. Gambar 24
 Bunga
 Warna bunga, saiz, bentuk, jenis infloresen (gambar 25), dan kedudukan
infloresen.
 Buah
 Jenis buah, bentuk, warna buah, permukaan buah, biji, dan ciri-ciri yang
menarik
 Nota
 Nyatakan habitat (kawasan berair,beluar...) dan jenis tumbuhan
(tumbuhan hiasan atau rempah ratus)

Daun ringkas Daun majmuk


Gambar 24: merujukan nama bagi bentuk daun tertentu.
Bentuk daun Pangkal daun

Hujung daun Tepi daun

Gambar 24: merujukan nama bagi bentuk daun tertentu.


Gambar 25: Bentuk Infloresen
6.1.1 Penulisan lengkap Lagerstroemia speciosa
Nama saintifik: Lagerstroemia speciosa

Famili: Lythraceae

Nama Varnakular: Bongor, Rose of India, Pride of India, Queen's Crape Myrtle, Crepe
Myrtle, Crepe Flower, Queen Flower, Bungur Raya, Bungor Raya, Bungor, Banaba,
Pyinma

Habit: Tumbuhan jenis pokok boleh mencapai 7m-15m, boleh mencecah 20m sekiranya
hidup dalam persekitaran semulajadi.

Akar: Akar berserabut

Batang: Batang berkayu, kulit berkrim-coklat menjadi kelabu, licin dan mengelupas
membentuk seperti kepingan kertas dan kulit berwarna coklat pucat dan berserabut.

Daun: Daun ringkas, tersusun secara bertentangan, daun berbentuk ablong atau elliptik-
ablong atau ovate, tepi daun licin, hujung daun berbentuk obtuse atau cuspidate, pangkal
daun membulat atau obtuse, daun berurat pinnat, dan urat halus berbentuk tangga.

Bunga: Saiz bunga 5-7cm, bunga warna unggu atau merah jambu, terdapat 6 kelopak ,
kebiasaanya panikel bunga mencecah 40cm, jambak bunga berada di terminal dan jangka
hayat bunga 2-3 hari.

Buah: Jenis buah kapsul berkayu, berbentuk ovoid-oblong, kelopak membentuk glabrous,
kelopak yang berkayu, disebar melalui angin, berwana hijau ketika muda, buah berwarna
coklat ketika matang

Nota: Tumbuhan ini mampu untuk menghasilkan bunga dan buah beberapa kali dalam
tahun berturut-turut atau musim. Habitat yang terbuka, padang rumput dan sepanjang
sungai.
6.1.2 Penulisan lengkap Polyscias fruticosa
Nama saintifik: Polyscias fruticosa

Famili: Araliaceae (gingsing)

Nama Varnakular: kuku garuda, Siku keluang, ekor kuda, fern-leaf aralia

Habit: Tumbuhan renik, ketinggian 3-5m

Akar: silinder, panjang, dan sedikit fasciculated, akar coklat kekuningan, biasanya
bercabang dan berkayu.

Batang: Batang berkayu, batangnya berongga di dalam internodes dan pepejal.

dinodes.

Daun: Daun majmuk, pinnat tiga kali, susunan daun bertentangan, daun dalam keadaan
licin, bentuk daun elliptic, tepi daun bergigi, hujung daun acuminate, pangkal daun cuneate,
petiolate.

Bunga: Jambak panicle, susunan jambak di terminal dan bunga berwana krim atau kuning
pucat atau putih.

Buah: Buah jenis berisi, berwarna putih apabila matang, bentuk buah flattened laterally, 4-
5 mm panjang dan 4.5 - 6 mm tebal.

Nota: Tumbuhan hiasan, herba dan habitat asal di Indonesia.


6.1.3 Penulisan lengkap Ageratum conyzoides
Nama saintifik: Ageratum conyzoides

Famili: Asteraceae

Nama Varnakular: Rumput tahi babi, rumput pereh jarang, rumput sekedok,ruput tahi-
ayam dan tahi anjing

Habit: Tumbuhan herba tahunan, tumbuh menegak, tinggi 30-80 cm, dan tumbuhan
beraroma

Akar: Akar serabut

Batang: Batang diliputi bulu halus berwana putih

Daun: Daun ringkas, susunan bertentangan, bentuk daun ovoid, tepi daun bergigi, hujung
daun akuminat, pangkal daun, bulat atau menyempitkan akut , kedua-dua permukaan daun
berbulu, urat jenis prominent, petiole yang panjang dan berbulu halus.

Bunga: Jambak bunga panicle, susunan jambak di terminal, bunga berwana unggu, biru,
merah muda atau putih,

Buah: Buahnya berbentuk bulat atau bersudut, hitam, berbulu, achenes satu biji coklat
kecil, putih hingga krim.

Nota: Habitat tempat sekeliling kediaman, tempat terbuka, padang rumput dan tanah yang
diusahakan.
6.1.4 Penulisan lengkap Costus speciosus

Nama saintifik: Costus Speciosus

Famili: Costaceae

Nama Varnakular: Setawar hutan, Tawar, Tawar-tawar, Setengteng, Teng dan Tawaga

Habit: Tumbuhan herba dan boleh mencapai ketinggian 6-10 kaki.

Akar: Berakar, rhizome,licin

Batang: Batang sub berkayu di pangkal

Daun: Daun bercabang, tersusun secara berpusing, daun 9m panjang 3m luas, glabrouse,
di bawah daun pubescent ablong acuminate,

Bunga: Jambak bunga spike, ovate atau oblong, susunan jambak terletak di terminal,
panjang 6 in, bracts ovated mucronate, merah, cone-shaped bracts 4in berwana merah,
Kelopak bunga berwana putih, dalam bunga berwarna orange kemerah-merahan keluar
setiap cone dan bunga kelihatan seperti kertas krep.

Buah: Kapsul buah, globosely trigonus, merah, dan warna hitam benih dengan aril putih

Nota: Hanya menggunakan rhizome untuk membiak, akar C. Speciosus dibuat ubat untuk
merawat
6.1.5 Penulisan lengkap Themeda arguens
Nama saintifik: Themeda arguens

Famili: Poaceae

Nama Varnakular: Janggut tok Adam, Christmas grass.

Habit: Tumbuhan berumput, membiak secara rumpun hingga mencapai ketinggian 1m-
3m.

Akar: -

Batang: Clum tinggi, panjang dan nipis.

Daun: Daun jenis ligualated,daun tumbuh daripada basal, panjang daun 6-16 in, ketebalan
daun 25in ,daun licin dan tanpa bulu, kasar, daun membentuk kelompok-kelompok seperti
kipas yang tebal di nodus.

Bunga: Jenis bunga florest(bunya yang kecil), Spathes luar sempit akuminat, 3 -5in , hijau
kebiru-biruan kepada merah gelap, berbulu, , jambang bunga Synflorescence compound,
terdiri daripada racemes, Setiap rasem menghasilkan 3 spikelets, di terminal dan aksil.

Buah: -

Nota: Tempat-tempat terganggu, kawasan buangan, hutan terbuka, padang


rumput, padang ragut, dan sepanjang tepi jalan dalam kawasan-kawasan
tropika dan subtropika.
7.0 PROGRAM YANG DIIKUTI

7.1 Program Bicara Teknologi

Pada 10/11/ 2017 saya membantu menguruskan persiapan akhir bertempat di rumah (TK)
sebelum program bicara teknologi dijalankan. Program bicara teknologi dianjurkan oleh
FRIM dibawah projek pengetahuan tradisi pada 14/11/2017 bertempat di Hilton Hotel.
Program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan teknologi yang telah dibangunkan
hasil daripada tradisi Orang Asli mengenai tumbuhan ubatan dan beraroma terpilih, serta
mendapatkan rakan strategic dalam usaha komersialisasi teknologi yang telah dibangunkan
daripada R&D pengetahuan tradisi Orang Asli dan mendapatkan pengusaha ladang herba
yang berminat untuk mengusahakan tanaman secara ladang berdasarkan lampiran 3 .
Semasa program ini dilaksanakan Dr Fadzureena Jamaluddin dan Dr Nik Musaadah
Mustapha membentangkan kebaikan tumbuhan KKL092 dan ABP016 lebih mendalam
dengan menunjukkan hasil penyelidikan mereka. Hal ini kerana, tumbuhan ini berpotensi
untuk dikomesialkan dan dapat diberi manfaat kepada orang ramai, agar kita dapat
menggurangkan penggunaan ubatan moden. Kebaikan tumbuhan ini adalah menigkatkan
anti inflamasi dalam tubuh badan. Gambar 26 menunjukkan tetamu jemputan terdiri
daripada pengusaha produk dan pengusaha ladang

. Gambar 26: Tetamu jemputan terdiri daripada pengusaha produk dan pengusaha ladang
Gamabar 27: Penjualan buku pengetahuan tradisi orang Melayu
7.2 Program Persidangan Antarabangsa Perubatan Melayu

Pada 15 dan 16 November 2017 saya telah mengikuti Program Persidangan Antarabangsa
Perubatan Melayu bertempat di Universiti Malaya dengan kerjasama IPSCA, FRIM,
HAMA dan Perpustakaan Universiti Malaya. Program ini juga dihadiri oleh orang awam,
para penyelidik dalam negara dan penyelidik luar negara. Saya juga dapat bertemu dengan
Dr Harun Mat Pian merupakan pakar kitab tib berdasarkan gambar 28. Semasa saya
menghadiri program ini saya dapat mengetahui bahawa ubatan tradisional mula didaftarkan
pada Tahun 2002 berdasarkan ucapan Prof Dr Hj Muhamad Zakaria. Selain itu, beliau juga
mengatakan bahawa teknogi amat penting untuk menjaga kualiti tumbuhan ubatan supaya
kebaikan tumbuhan ubatan dapat dinikmati semua golongan masyarakat.

Berdasarkan pembentangan penyelidik Burhan Che Daud mengatakan bahawa


kemungkinan kehadiran jin dapat dikesan dengan menggunakan alatan winanrapro dimana
warna aura merah muncul apabila pesakit didegarkan ayat-ayat rugyah. Sekiranya pesakit
tidak mengalami sintop-sintop semasa rawatan kemungkinan pesakit menghadapi penyakit
lain. Oleh itu, pesakit perlu harus dirujuk ke hospital untuk rawatan susulan.

Berdasarkan pembentang daripada penyelidik Indonesia iaitu Prof Dr Suwijoyo Pramono


mengatakan ubatan tradisional Indonesia telah mengkaji secara saintifik tentang kebaikan
tumbuhan herba seperti kecubung, tapak dara, biji saga, temu lawak, dan daun jati cina
dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Kecubung dapat merawat asmah, daun saga dan
tapak dara boleh kurangkan kadar gula dalam darah dan tapak dara boleh menggurankan
sel darah putuh. Semasa program ini berlangsung saya dapat mempelajari perlbagai ilmu,
maklumat, dan mendengar pengalaman penyelidik dalam bidang perubatan melayu.
Kesimpulan daripada program yang saya ikut ini dapat menambahkan ilmu saya luar dari
bidang yang saya cuburi.
Gambar 28: Bergambar bersama Dr Harun Mat Pian

Gambar 29: Bersama staf semasa penjualan buku


8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan aktiviti yang telah dirancang semasa saya menjalankan latihan indusri
dibawah projek Pendokumentasian Pengetahuan Tradisi Melayu berkaitan Tumbuhan
Ubatan. Saya dapat mempelajari ilmu bagaimana cara penyedian spesimen herbarium,
macam mana Pengkalan data berfungsi, pengurusan germplsma, penulisan hasil
dokumentasi tentang tumbuhan hidup dan memahami aktivi-aktiviti tang terlibat dalam
proses dokumentasi pengetahuan tradisi, malahan saya dilayan dengan baik oleh staf
semasa saya menjalani latihan industri. Semasa saya menjalani latihan industri saya tidak
pernah ditinggalkan malahan saya dibawa ke program yang dilaksanakan. Semasa
mengikuti program yang dilaksana, saya dapat mempelajari bagaimana produk yang
dihasilkan oleh projek ini untuk mendapat kerjasama daripada pihak luar. Oleh itu, Program
Bicara teknologi satu medium untuk mendapat kerjasama antara pihak luar. Saya dapat
simpulkan bahawa latihan industri yang saya jalani ini amat manfaat kepada saya sebagai
satu ilmu untuk menghadapi sektor pekerja kelak, dan dapat memberi gambaran ke pada
saya dalam pengurusan sesebuah organisasi.
LAMPIRAN
Lampiran 1 Carta organisasi FRIM
Lampiran 2 Borang yang digunakan semasa temubual
Lampiran 3 merupakan surat persetujuan berkongsi maklumat Perubatan Tradisional
Melayu.
Lampiran 4 Tentetif Program Bicara Teknologi

You might also like