You are on page 1of 3

KERTAS KERJA AKTIVITI CELIK NUTRISI 2017

SK SERI BINTANG UTARA

Pengenalan
Aktiviti “Celik Nutrisi” adalah sebuah program rintis oleh Pegawai Sains Pemakanan (PSP).
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan
pelajar sekolah selari dengan peningkatan peratus kanak-kanak yang berlebihan berat
badan dan obes di Malaysia pada masa kini.

Objektif Umum
Mempromosikan amalan pemakanan sihat kepada pelajar

Objektif Khusus
1) Membentuk murid yang sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup
sihat
2) Memantapkan program promosi dan intervensi menangani masalah obesiti di sekolah
dengan menambah nilai program atau aktiviti sedia ada di peringkat sekolah dan
komuniti
3) Menurunkan prevalens obesiti dalam kalangan murid sekolah melalui penurunan BMI
pelajar

Tarikh Cadangan Aktiviti : 8 September 2017 (Jumaat)

Cadangan Tentatif Aktiviti :

Masa Aktiviti Objektif Khusus Perlaksanaan


8.30 am Taklimat Aktiviti Memberi pendedahan PSP akan memberi
kepentingan aktiviti dan taklimat aktiviti
pemilihan peserta
8.40 am Pre Test Aktiviti Melihat pemahaman dan Pelajar menjawab
pengetahuan pelajar berkaitan soalan Pre Test
amalan pemakanan sihat
9.00 am Ceramah Pemakanan Berkongsi maklumat amalan PSP akan memberi
Sihat pemakanan yang sihat dan ceramah aktiviti
seimbang
9.30 am Dapur Cilik Memberi pendedahan Pelajar akan
i. Jus Sihat mengenai penyediaan hidangan dibahagikan kepada
Saya (1) sihat dengan mudah empat kumpulan
ii. Jus Sihat
Saya (2) Meningkatkan pengetahuan Membuat demo
iii. Sandwich dan kesedaran pelajar tentang masakan dan
iv. Popia Sayur kepentingan pengambilan menghasilkan menu
buah-buahan dan sayur- seperti yang
sayuran setiap hari dicadangkan

10.00 Rehat
am
10.30 Kembara 3 Ringgit Memberi pendedahan kepada PSP akan memberi
am pelajar tentang pemilihan taklimat aktiviti
makanan yang sihat di kantin

11.00 Kebun Cilik Memberi pendedahan berkaitan Pelajar akan menanam


am i. Menyemai tanaman sayur-sayuran sayur – sayuran dengan
ii. Membaja menggunakan bahan
iii. Menuai & Menarik minat pelajar untuk dan keperluan yang
Memasak makan sayur-sayuran telah dibekalkan oleh
Jabatan Pertanian
Meningkatkan aktiviti fizikal
pelajar

12.00 Sudut Pemakanan Meningkatkan pengetahuan Bahan – bahan


am Sihat pelajar tentang amalan pendidikan pemakanan
pemakanan sihat akan dibekalkan kepada
pelajar untuk diletakkan
di Sudut Pemakanan
Sihat di sekolah

12.10 Bersurai
pm

Perbelanjaan Aktiviti

Semua perbelanjaan bahan pendidikan, bahan mentah, keperluan berkebun dan peralatan –
peralatan yang digunakan di sepanjang aktiviti ditanggung oleh Cawangan Pemakanan,
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Jabatan Pertanian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penutup
Diharapkan pihak sekolah dan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti ini
dapat bekerjsama dengan baik bagi memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Disediakan Oleh :
NOORAIDALIANA ABAS
Nooraidaliana binti Abas
Pegawai Sains Pemakanan
Pejabat Kesihatan Cheras
Klinik Kesihatan Cheras
No 14, Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. Telefon (P): 03-91320020
No. Faks (P): 03-91329242
No. Telefon: 0136342553
Emel: aidaliana@moh.gov.my

You might also like