You are on page 1of 29

“Aku Mampu Berlari”

Oleh:

Mohd Zulhri Bin Mat Rani

740719-11-5057

Program

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

Ambilan 2008

1
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat

1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2 FOKUS KAJIAN

 Isu kajian

 Objektif kajian

 Soalan kajian

3 SOROTAN LITERATUR

4 PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

 Reka bentuk kajian

 Kumpulan sasaran

 Perlaksanaan tindakan

 Pengumpulan data

 Jadual perlaksanaan

 Kos kajian

5
BIBLIOGRAFI

6. LAMPIRAN

 Borang pemerhatian

PENDAHULUAN

2
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran (p&p) Pendidikan Jasmani merupakan antara mata

pelajaran yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap murid. Mereka sangat teruja apabila tiba

waktu Pendidikan Jasmani. Ini kerana hanya pada waktu ini mereka boleh bergerak bebas dan

bermain tanpa ada kekangan tidak seperti ketika di dalam bilik darjah. Ketika ini juga kita

boleh melihat sikap murid-murid tersebut. Mereka akan merengek untuk bermain permainan

yang mereka gemari. Mereka langsung tidak mempedulikan aktiviti yang sudah dirancang

oleh guru untuk mereka kerana terlalu teruja untuk bermain permainan yang digemari.

Namun perkara sebaliknya berlaku bagi murid Pendidikan Khas yang mengalami

ketidakupayaan fizikal untuk melakukan aktiviti pergerakan asas seperti berjalan, berlari,

melompat dan sebagainya. Ketidakupayaan fizikal mereka menyekat perkembangan motor

murid berkeperluan khas untuk melakukakn aktiviti harian. Sebagai contoh mereka tidak

dapat bermain bebas sepertimana kanak- kanak normal yang lain disebabkan ketidakupayaan

yang dialami. Sebagaimana kanak- kanak normal, mereka juga mempunyai naluri untuk

bermain dan hidup sebagaimana individu normal yang lain. Selain itu ketidakupayaan yang

dialami ini juga turut menyumbang kepada masalah dari segi sosialisasi. Sebagai contoh

mereka kurang berkeyakinan untuk bergaul kerana malu dengan kekurangan yang ada.

Sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, saya telah mengenalpasti seorang

murid Pendidikan Khas yang mengalami ketidakupayaan fizikal yang menyekat

perkembangan motor terutamanya kemahiran motor kasar. Bagi murid saya, dia bermasalah

dalam gerakan motor disebabkan perkembangan koordinasi motor yang lambat. Dia

mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, berlari dengan

betul, menunggang basikal dan bermain bola. Selain itu dia juga menunjukkan pergerakan

3
yang tidak lancar dan teratur, perlahan dan agak pelik serta bermasalah dalam menyiapkan

tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan.

Masalah motor kasar yang dialami oleh murid kajian saya ini menghalangnya

daripada melakukan pergerakan lokomotor dengan baik tidak seperti rakan yang lain. Saya

dapat melihat keinginannya untuk bermain bersama rakan yang lain namun ketidakupayaan

yang dialami ini menghalangnya untuk bermain bersama- sama. Hal ini secara tidak langsung

menghalangnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran yang saya rancangkan.

Hal ini turut menjejaskan pencapaian objektif pengajaran. Seringkali saya merasa terkilan

kerana aktiviti yang saya rancangkan tidak dapat diikuti sepenuhnya oleh murid. Kesannya

objektif pelajaran tidak tercapai sebagaimana yang ditetapkan. Hanya kurang 50% sahaja

objektif yang mampu dicapai oleh murid berkeperluan khas ini setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran(p&p).

Selain itu, murid saya juga menghadapi masalah untuk memberi tumpuan terhadap

pengajaran saya. Sepanjang sesi pengajaran pada minggu- minggu awal pengajaran, saya

dapati murid ini mempunyai fokus tumpuan yang singkat. Dia tidak dapat menumpukan

perhatian yang lama terhadap proses p&p. Ketidakupayaan yang dialami menghalangnya

melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti p&p. Hal ini menyebabkan dia merasa bosan dan

hilang minat untuk belajar disebabkan tidak dapat menyertai aktiviti p&p. Daripada tinjauan

awal, dia hanya dapat menumpukan perhatian pada awal sesi p&p. Kebiasaannya saya hanya

dapat mengekalkan tumpuannya terhadap p&p selama 15 hingga 20 minit pertama sesi

pengajaran selama 60 minit. Merujuk kepada kenyataan Dr. Asmadi b. Tengku Mohamad,

tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza- beza. Ada pelajar yang boleh

menumpukan perhatian selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.

Kurang tumpuan dalam pelajaran menyebabkannya mudah bosan dan hilang minat terhadap

4
pembelajaran. Buktinya dia sering menguap semasa p&p berlangsung, mata sering

memandang ke tempat lain dan kelihatan gelisah.

Selain itu dalam pengajaran saya sedar saya banyak menggunakan pendekatan

konvensional yang kurang berkesan dan sesuai dengan cara belajar murid yang dikaji.

Pengajaran konvensional ini berbentuk stereotaip dan kurang efektif untuk murid saya. Selain

itu kaedah pengajaran ini sistematik dan berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid

dalam sesuatu kemahiran. Pendekatan ini juga kurang memberangsangkan untuk menarik

minat murid semasa p&p. Seterusnya pengajaran konvensional yang saya gunakan juga

kurang mengambil kira perkembangan fizikal, taktik, teknik dan psikologi.

Masalah yang timbul dalam proses p&p ini memberikan impak yang negatif kepada

murid dan guru. Sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk menyertai sesuatu aktiviti

pengajaran, secara tidak langsung mereka menjadi kurang berminat dan bosan untuk belajar.

Hal ini secara tidak langsungnya menjejaskan pengajaran guru. Aktiviti yang dirancangkan

tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan sebagaimana yang diharapkan sehingga

menjejaskan pencapaian objektif pelajaran. Dalam sesi p&p, saya sedar pengisian selama 60

minit tidak disempurnakan dengan baik terutama apabila murid tidak dapat mengikuti aktiviti

pengajaran yang dirancang guru. Sekiranya perkara ini berterusan, murid akan hilang

motivasi dan minat untuk belajar. Sebaliknya, p&p perlu seronok supaya murid dapat

mengikuti pembelajaran secara aktif.

Permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran motor

kasar ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang

lebih tinggi lagi. Tindakan susulan perlu dilakukan, memandangkan masalah ini boleh

menjejaskan p&p dan mengakibatkan kegagalan dalam menguasai kemahiran-kemahiran

yang lebih tinggi dalam Pendidikan Jasmani. Selain itu juga kegagalan menguasai kemahiran

5
motor kasar ini juga akan menimbulkan permasalahan dalam melakukan aktiviti harian

seperti bermain, bersukan dan bergerak. Atas kesedaran untuk membantu murid saya

memperolehi pengalaman pembelajaran yang bermakna inilah mendorong saya untuk

mengubah amalan pengajaran saya bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Saya juga

merasa bertanggungjawab untuk membantu mereka mengurangkaan ketidakupayaan yang

dialami dengan mengoptimumkan kelebihan yang ada sekaligus membantu mereka

memperolehi manfaat daripada pengajaran saya. Saya yakin dengan mengubah amalan

pengajaran supaya bersesuaian dengan keupayaan murid saya akan dapat membantunya

meningkatkan kemahiran motor kasar mereka sebagai titik permulaan ke arah mencapai

kemahiran yang lebih tinggi dalam Pendidikan Jasmani selain dapat mengembangkan

potensinya selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Khas.

6
Fokus Kajian

Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran motor kasar murid Cerebral Palsy(CP).

Individu CP merupakan individu yang mengalami masalah ketidakupayaan motor yang

menghadkan mereka untuk menjalani hidup sebagaimana individu normal yang lain. CP atau

kelumpuhan otak besar adalah suatu keadaan di mana individu berkenaan mengalami

kelemahan otot, kekakuan, kelumpuhan serta mengalami gangguan fungsi saraf yang lain.

Mengikut prinsip tumbesaran penguasaan kemahiran motor kasar harus ditekankan dan

dipertingkatkan terlebih dahulu sebagai asas pergerakan kepada individu CP. Individu perlu

mengembangkan asas- asas biomotor terlebih dahulu sebelum didedahkan dengan kemahiran

yang lebih tinggi dalam Pendidikan Jasmani.

Justeru sebagai guru, saya bertanggungjawab membantu murid mencapai kemahiran

motor kasar sebagai permulaan kepada peningkatan perkembangan kemahiran yang lebih

tinggi. Rohani Abdullah (2004), “Pemerolehan kemahiran motor kasar ini turut membantu

perkembangan dan pertumbuhan murid yang sihat, selamat dan ceria serta memupuk

keyakinan dan membentuk personaliti yang positif”. Kemahiran motor pada amnya

melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.

Penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting

dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan

aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Menurut Doherty dan Brennan (2008),

“Pendidikan fizikal yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan proses pendidikan

adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, sosial dan

emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan”.

Sebagai asas kepada perkembangan motor kasar, saya ingin memfokuskan kajian saya

kepada kemahiran berlari. Kemahiran ini perlu ditekankan terlebih dahulu sebelum murid CP

7
didedahkan dengan kemahiran motor kasar yang lain kerana berlari merupakan asas kepada

pergerakan yang lain seperti berlari dan melompat. Apabila kemahiran ini sudah diperoleh

barulah kemahiran motor kasar yang lain ditingkatkan secara berperingkat bersesuaian

dengan keperluan dan keupayaan murid CP. Dalam kajian ini, saya ingin menyediakan murid

kajian kepada kemahiran berlari yang mana mereka dapat berlari dengan betul dan seimbang,

boleh bertukar arah dengan mudah, seronok dengan pelbagai jenis aktiviti yang disediakan

melalui kaedah stesen dan menanamkan minat untuk belajar pada waktu PJ.

Penyuburan kemahiran motor kasar ini membolehkan individu CP meningkatkan

keupayaan motor agar dapat menjalani hidup sebagaimana kanak- kanak normal yang lain.

Kaedah stesen sering digunakan dalam Pendidikan Khas terutamanya dari segi penyusunan

bilik- bilik berdasarkan stesen pengajaran. Kebanyakan Program Pendidikan Khas Integrasi

(PPKI) melaksanakan kaedah stesen pengajaran dengan membahagikan kelas- kelas kepada

stesen pengajaran mengikut mata pelajaran tertentu. Selain itu kaedah stesen juga merupakan

salah satu kaedah latihan yang digunakan dalam Pendidikan Jasmani. Dengan gabungan

kedua- dua konsep ini, saya memilih kaedah stesen ini dalam melaksanakan aktiviti

pengajaran untuk saya.

Kaedah stesen pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), stesen

pembelajaran ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran

yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Kajian oleh Rounds et

al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam berbagai-

bagai aktiviti dalam stesen pembelajaran.

8
Kaedah stesen pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), stesen

pembelajaran ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran

yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Kajian oleh Rounds

(1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam berbagai-

bagai aktiviti dalam stesen pembelajaran.

Dalam kaedah stesen ini murid dapat melakukan aktiviti secara berperingkat-

peringkat iaitu dengan membahagikan pengajaran kepada beberapa langkah atau stesen

pengajaran. Murid perlu melepasi setiap stesen untuk maju ke stesen berikutnya. Guru akan

memberi penilaian terhadap pencapaian murid dalam setiap stesen pengajaran untuk

menentukan samada murid benar- benar menguasai sesuatu stesen sebelum berpindah ke

stesen pengajaran yang berikutnya. Stesen- stesen pembelajaran ini memberi ruang kepada

murid-murid untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam suasana santai dan

menyeronokkan. Mereka akan melakukan aktiviti yang disediakan oleh guru di stesen ini dan

berpindah ke stesen berikutnya setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya

melaksanakan aktiviti yang diberi. Melalui kaedah stesen ini murid akan menyelesaikan

aktiviti dengan jayanya untuk melayakkannya pergi ke stesen berikutnya.

9
Objektif dan Soalan Kajian

Objektif Am

Kajian ini dijalankan untuk mengesan masalah kemahiran motor kasar seorang murid

Cerebral Palsy (CP) dan menjalankan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran

motor kasar murid CP.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran motor kasar (berlari) seorang murid CP melalui kaedah

stesen.
2. Menggalakkan murid CP yang dikaji melakukan aktiviti motor kasar (berlari) dengan

baik.
3. Mengenal pasti sejauhmana kaedah stesen berkesan untuk meningkatkan kemahiran

motor kasar murid CP.

Soalan Kajian

1. Adakah kaedah stesen dalam Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan kemahiran

motor kasar (berlari) seorang murid CP yang dikaji?


2. Adakah kaedah yang digunakan berkesan untuk menggalakkan murid CP melakukan

aktiviti motor kasar (berlari) dengan baik?


3. Adakah kaedah stesen yang digunakan oleh guru dapat membantu murid CP

melakukan aktiviti motor kasar dengan baik?

Tijauan Literatur

10
Kajian yang lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran berhubung rapat

dengan Developmental Coordination Disorder (DCD), Kaplan (1998), Sugden dan Wann

(1987). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah dan masalah pembelajaran

menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah sedangkan ia bertanggungjawab untuk

mengintegrasikan maklumat daripada deria motor (Waber, 2000). Kanak-kanak dengan

masalah DCD dan Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang

melibatkan kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat

Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi motor dan

simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran.

Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta

kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang bergantung

kepada faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran. Menurut Maier (1980) dalam

Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan

yang berhubung dengan persekitaran tertentu.

Sementara motor kasar pula adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar

seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya

kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung

dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat

koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini

juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain

seperti mata dan sentuhan. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan

memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti tersebut perlu

melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan kedudukan badan yang berbeza.

Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan

11
dan kebolehan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang

dirancang mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.

Masalah dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak dapat dikesan di awal

tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan

kanakkanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan

memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook & Woollacott,

1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka persekitaran mereka merupakan

rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah

bergerak balas dengan rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai

masalah dalam perkembangan motor kasar mereka. Aktiviti fizikal yang dirancang dengan

baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan.

Pemilihan aktiviti menjadi perkara yang sangat penting dalam Pendidikan Jasmani.

Kaedah yang digunakan oleh guru dalam menghidupkan sesi pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani juga sangat penting dalam memastikan murid puas dan seronok serta

mendapat input yang diberikan selain dapat mencapai objektif pembelajaran yang dirancang

oleh guru. Pendidikan Jasmani boleh menjadi waktu yang sangat memberi faedah kepada

murid-murid. Menurut Heidi Bates ,2006 dalam buku tulisannya bertajuk ‘Daily Physical

Activity For Youth And Children’ antara kelebihan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak ialah

dapat membantu perkembangan minda mereka.

Selain itu aktiviti fizikal juga dapat membantu meningkatkan sifat keyakinan terhadap

diri sendiri. Pada umur yang muda, keyakinan diri amat penting dipupuk dalam memastikan

murid tersebut tidak merasa terpinggir ataupun terasing. Keyakinan yang ada dalam diri

mereka akan memastikan mereka berani untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan

tanpa rasa segan atau malu. Untuk mencapai objektif ini, aktiviti semasa proses pengajaran

12
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang dirancang mestilah selari dengan tuntutan

kurikulum dan membuat murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang.

Dalam kajian ini kaedah stesen yang dipilih menekankan pemilihan aktiviti yang sesuai di

setiap stesen pengajaran bagi memastikan objektif tercapai dan murid menunjukkan

peningkatan dalam penguasaan kemahiran berlari.

Kaedah Stesen Pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang di gunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid –murid bermasalah pembelajaran.

Dari segi sejarah telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek printis dibeberapa buah

sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Menurut Jabatan

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Stesen Pembelajaran ialah bilik

atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan

sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-murid di beri peluang belajar melalui

kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran melalui kaedah stesen ini memberi penekanan kepada

pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Kajian oleh Rounds (1985) mendapati bahawa

ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen

pembelajaran. Lebih banyak aktiviti dikendalikan diperingkat sekolah rendah berbanding

dengan peringkat sekolah menengah. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983)

dibeberapa buah sekolah rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang

berlainan dijalankan dalam stesen–stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan,

kerja kumpulan, pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video,

permainan, pertandingan, projek seni dan sains. Reith dan Evertson (1988) berpendapat

penyusunan stesen pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti

pembelajaran dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan

13
gangguan dan bising, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan

masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik. Penyusunan bilik secara

stesen boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa

mereka menjalankan tugas.

14
Perancangan Tindakan

Rajah : Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Dalam kajian ini saya akan melaksanakan tindakan dengan mengaplikasikan model

penyelidikan (Model Kemmis dan Taggart, 1992). Berdasarkan Model Kemmis & Taggart

(1988), proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran

(p&p) yang hendak ditangani yang melibatkan 2 gelungan atau kitaran. Dalam Gelungan

Pertama ( Cycle 1), pengkaji menyediakan perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah

yang dihadapi. Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses

pelaksanaannya pengkaji memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Namun begitu

jka masalah masih tidak dapat diatasi, maka pengkaji memulakan semula proses ke Gelungan

Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua pengkaji

mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya.

15
Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang murid Cerebral Palsy (CP) yang mengikuti

program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di SK Seri Kemudi Bachok

Kelantan. Mereka adalah Amir (bukan nama sebenar) yang berasal dari Kemudi Bachok.

Amir berumur...tahun dan berlatarbelakang keluarga berpendapatan sederhana. Amir

mengalami masalah kemahiran motor sejak lahir lagi. Masalah motor yang dialami dikesan di

awal tumbesaran mereka lagi. Perkembangan kemahiran motornya agak lemah berbanding

kanak- kanak normal yang seusia nya yang lain sehingga menghadkan pergerakan mereka.

Masalah motor yang lemah ini juga secara tidak langsungnya menjejaskan perhubungan

sosial mereka dengan rakan sebaya. Amir kurang berkeyakinan untuk bersosial contohnya dia

malu untuk bergaul atau bermain bola bersama rakan yang lain kerana ketidakupayaannya

untuk berlari dengan lancar.

16
PERLAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu berturut- turut.

Pengajaran dijalankan selama 30 minit pada setiap minggu iaitu pada setiap hari Isnin dan

Selasa. Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah stesen ini akan melibatkan 4 stesen iaitu

Stesen 1, 2, 3 dan 4. Di setiap stesen pengajaran, aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai

dengan tahap keupayaan murid akan dilaksanakan.

Dalam pelaksanaan kaedah stesen ini, saya akan menggunakan pendekatan pengajaran

masteri. Dalam hal ini murid dikehendaki menguasai aktiviti yang disediakan dalam stesen 1

terlebih dahulu sebelum beralih ke stesen yang seterusnya. Pencapaian murid di setiap stesen

akan dinilai dan markah yang diberikan akan menentukan samada murid layak berpindah ke

stesen berikutnya mahupun tidak. Markah diberikan berdasarkan skala yang ditetapkan iaitu

1,2 dan 3 berpandukan kriteria penilaian yang ditetapkan. Pendekatan masteri menekankan

pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan minat murid.

Penekanan pembelajaran masteri dalam pelaksanaan kaedah stesen ini diwujudkan

atas rasional sekiranya murid kajian saya diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut

kebolehan sedia ada. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran (p&). Pembelajaran masteri dalam kaedah stesen

memberi peluang kepada individu itu untuk bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru.

Selain itu kaedah stesen berkonsepkan pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak

sebagai pembimbing. Akhir sekali, dalam kaedah ini murid dapat beralih ke tahap yang lebih

tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.

Selain itu juga dalam kaedah stesen yang dibina ini saya mengambilkira faktor- faktor

asas latihan untuk perkembangan kemahiran motor kasar murid merangkumi persediaan

fizikal, teknikal, taktikal dan psikologi. Perkara ini amat penting dalam memastikan

17
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah stesen ini berkesan selain dapat

memaksimumkan pencapaian motor kasar khususnya berlari murid yang dikaji.

Minggu Hari Stesen

Isnin 1
1
Selasa 2

Isnin 3
2
Selasa 4

Isnin 1
3
Selasa 2

Isnin 3
4
Selasa 4

Isnin 1
5
Selasa 2

Isnin 3
6
Selasa 4

Isnin 1
7
Selasa 2

Isnin 3
8
Selasa 4

18
Stesen 1 (Lari setempat)

Dalam stesen ini, murid berlari setempat dalaam ruangan yang disediakan. Murid perlu

berlari dengan dengan lutut diangkat ke depan, tangan dihayun. Murid melakukan aktiviti

larian setempat dalam ruang besar(bulatan besar), sederhana besar (gelung rotan besar) dan

kecil (gelung rotan kecil). Keluasan ruang berlari diubah agar koordinasi dan keseimbangan

murid semasa berlari dapat diterap dan diperhatikan.

Stesen 2 (Lari atas garis lurus)

Dalam stesen ini pula murid diminta berlari di atas tali sepanjang 25m. Selain itu murid juga

dikehendaki berlari di atas garisan putih yang lurus. Murid perlu berlari di atas garisan lurus

secara ulang alik.

Stesen 3 (Lari melalui lorong kon )

Dalam stesen ini murid dikehendaki berlari menerusi lorong lurus yang dibina dengan

susunan kon sejauh 10 meter tanpa melanggar susunan kon.

Stesen 4 (Lari melalui garisan mozek)

Dalam stesen terakhir ini murid dikehendaki berlari menerusi mozek dalam ruang yang luas

seterusnya melalui ruang yang semakin sempit.

19
Perancangan Cara Mengumpul Data

Data dikumpulkan dengan menggunakan beberapa kaedah:

i. Pemerhatian
ii. Rakaman Video

i. Pemerhatian
Saya akan melakukan pemerhatian terhadap murid dari masa ke semasa sewaktu

aktiviti pengajaran berlangsung. Pemerhatian akan direkodkan menggunakan borang

senarai semak setiap kali murid melakukan aktiviti di stesen yang berlainan. Saya

akan mengisi borang senarai semak setiap kali murid melakukan aktiviti di stesen

yang berlainan. Berdasarkan skala markah 1,2 dan 3 berdasarkan kriteria penilaian

yang ditetapkan. Markah pemerhatian diberikan untuk setiap aktiviti yang

dilaksanakan di setiap stesen. Borang senarai semak ini bertujuan merekodkan

prestasi pencapaian murid dalam setiap aktiviti kemahiran motor kasar (berlari) yang

dijalankan di setiap stesen.


ii. Rakaman
Rakaman video dibuat semasa aktiviti dijalankan di setiap stesen pengajaran.

Perancangan Cara Menganalisis Data

Data yang diperolehi akan dianalisis dengan kaedah kualitatif seperti instrumen pemerhatian,

temubual, soal selidik dan analisis dokumen. Analisis instrumen pemerhatian dibuat dengan

20
mengira peratus markah yang diperoleh berdasarkan senarai semak pemerhatian. Berdasarkan

frekuensi dan peratusan yang diperolehi melalui borang senarai semak, saya akan mendapat

data dan seterusnya menilai keberkesanan tindakan saya. Melalui dapatan senarai semak,

keputusan dianalisis mengikut aspek yang diuji dan kemudian bilangan kekerapan dan

peratusan dicatat. Rakaman video pula akan dianalisa dengan menggunakan perbandingan

pencapaian murid sebelum dan selepas aktiviti berlari dilaksanakan. Huraian ini akan dibuat

dalam bentuk penulisan ringkas dan tepat tentang perbezaan prestasi murid dalam aktiviti

berlari sebelum dan selepas kajian tindakan dilaksanakan.

Kos Kajian

Jadual 1: Anggaran belanjawan kajian tindakan

21
Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos

1 Kertas A4 1 x RM 12.00 RM 12.00


2 Ink Printer 3 x RM 10.00 RM 30.00
3 Bahan-Bahan Fotostat RM 11.00 RM 11.00
4 Lain-Lain RM 30.00 RM 30.00
JUMLAH RM83.00

BIBLIOGRAFI

Berliner, D.C. (1983). Developing conceptions of classroom environments: Some light on the
classroom studies of ATI. Educational Psychologist,l 18, 1–13.
Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak- kanak Istimewa.
Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.
Bhd.
Kamus Dewan, (3rd ed). (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1996). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Penyelidikan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak- kanak yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas (2003). Stesen Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan

22
Khas Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan
Khas.
Rohani Abdullah. (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications
and Distributors Sdn Bhd.
Rounds, T.S., Ward, B., Mergendollar, J., & Tickunoff, W. (1985). Junior High School
Transition Study, Vol. 2, Organisation of Instruction. (Rep No EPSXSP - 82-3). San
Francisco : Far West Lab.
Sharifah Azura Syed Hassan. (2006). Mempertingkat Kemahiran Membaca di kalangn Murid
Tahun 2 melalui Kaedah Stesen. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBL. ms. 92- 101.

23
LAMPIRAN

BORANG PEMERHATIAN KEMAHIRAN BERLARI MURID CEREBRAL PALSY

24
BAHAGIAN A: Latar Belakang Murid

Maklumat Murid

Nama Murid : ……………………………………………. Kelas :………………………

Tarikh lahir : ………………………… Umur : ……………….

Jantina :-

Lelaki ( )

Perempuan ( )

Bangsa:-

Melayu ( )

Cina ( )

India ( )

Lain-lain ( ) ( Nyatakan :................................. )

BAHAGIAN B:

ARAHAN : Sila tandakan (√) pada kotak yang disediakan bagi setiap peringkat yang

dilcapai oleh murid dengan menggunakan petunjuk-petunjuk berikut:

1 – Lemah

25
2 – Sederhana

3 – Baik

KEMAHIRAN/ SKALA CIRI-CIRI


STESEN

Stesen 1 3  Murid melakukan larian berdasarkan teknik


larian yang betul dan tepat dari aspek postur
Lari Setempat badan dan kedudukan semasa larian.
 Murid berlari setempat di dalam kawasan yang
disedia.

2  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul secara sepenuhnya.
 Murid berlari di dalam kawasan dan keluar dari
kawasan.

1  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul.
 Murid berlari di luar kawasan dengan
kekerapan yang tinggi.

Stesen 2 3  Murid melakukan larian berdasarkan teknik


larian yang betul dan tepat dari aspek postur
Lari Atas badan dan kedudukan semasa larian.
Garisan Lurus  Murid berlari di atas garisan lurus dengan
seimbang.

2  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul secara sepenuhnya.
 Murid berlari tanpa mengikut garisan lurus
secara sepenunhya.

1  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul.
 Murid tidak berlari di atas garisan lurus yang
disediakan.

Stesen 3 3  Murid melakukan larian berdasarkan teknik


larian yang betul dan tepat dari aspek postur
Melalui Lorong badan dan kedudukan semasa larian.
Kon  Murid berlari melalui kon serta lurus dengan
seimbang.

26
2  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik
larian yang betul secara sepenuhnya.
 Murid berlari tanpa mengikut arah yang lurus
sepenuhnya.

1  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul.
 Murid tidak berlari secara zig zag
 Murid berlari tanpa mengelilingi kon

Stesen 4 3  Murid melakukan larian berdasarkan teknik


larian yang betul dan lurus serta tepat dari
Lari Melalui aspek postur badan dan kedudukan semasa
Garisan Mozek larian.

2  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul dan lurus secara sepenuhnya.

1  Murid melakukan larian tanpa mengikut teknik


larian yang betul.

BORANG PEMERHATIAN PENILAIAN P&P KEMAHIRAN BERLARI

Skala

Kemahiran Aspek Penilaian


1 2 3

27
Teknik larian
Keseimbangan
Lari Setempat badan semasa
berlari dalam gelung
rotan
Teknik larian
Lari Atas Garis Keseimbangan
Lurus badan semasa
berlari di atas garis
lurus
Teknik larian
Keseimbanggan
badan semasa
Lari melalui lorong berlari melalui kon.
kon
Mengikut peraturan
( berlari mengelilingi
kon)
Teknik larian
Keseimbangan
Lari Atas Garisan badan semasa
Mozek berlari di atas garis
bengkang bengkok

Koordinasi mata dan


kaki semasa berlari.

Jadual 2: Perancangan kajian tindakan

Bil Aktiviti Tarikh Tempoh Masa


1 Pembentukan Kertas Cadangan Kajian 5 Hari

Tindakan
2 Sesi Pemerhatian Terhadap Murid Dan 2 Hari

Mengisi Borang Pemerhatian.

28
3 Mengumpul maklumat atau data peserta 1 Hari

kajian
4 Menyedia draf proposal kajian tindakan 2 Hari
5 Kolaborasi bersama pensyarah

pembimbing
6 Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Yang 6 Hari

Baru
7 Sesi Pemerhatian Terhadap Murid Dan 1 Hari

Mengisi Borang Pemerhatian


8 Penilaian Kendiri/Refleksi 1 Hari

9 Proses Menganalisis Data dan Maklumat

10 Menaip Kertas Cadangan Kajian 10 Hari

Tindakan
11 Pemurnian Kertas Cadangan Kajian 1 Hari

Tindakan
12 Menghantar Kertas Cadangan Kajian 1 Hari

Tindakan
13 Kolaborasi bersama pensyarah 2 Hari

pembimbing
14 Meneruskan pelaksanaan kaedah 3 Hari

pengajaran yang baru


15 Sesi pemerhatian terhadap murid dan 3 Hari

menulis borang pemerhatian


16 Proses Menganalisis Data dan 1 Hari

Maklumat
17 Penulisan Laporan Kajian 7 Hari
18 Kolaborasi bersama pensyarah 2 Hari

pembimbing

19 Pemurnian Laporan Kajian Tindakan 1 Hari


20 Pembentangan Laporan Kajian 2 Hari

Tindakan

29

You might also like