You are on page 1of 10

Nama:…………………………………. Tingkatan 2:……………………….

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST

JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

TINGKATAN DUA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
( 1 JAM)

Penggubal soalan: Cik Sharmila Arunasalam

Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………………. …………………………………….
( Pn. Tay Chong Kiat) ( En. Wong Chee Kheon)
Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua
Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:

Bahagian A: Soalan Objektif ( 60 Markah)
Bahagian B: Sistem Demerit ( 20 Markah)
Bahagian C: Soalan Struktur ( 20 Markah)
Jawab semua soalan.

Bahagian A: Soalan Objektif – 60 Markah

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling
sesuai.

1 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang menjadi Ketua Negara?
A Perdana Menteri. B Timbalan Perdana Menteri.
C Sultan. D DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2 Proses ____________membolehkan rakyat memilih pentadbir negara.

A demokrasi B pilihanraya
C perundangan D persidangan parlimen

3 Kerajaan Malaysia terdiri daripada _______________dan ______________________.

A kerajaan campuran, kerajaan negeri B kerajaan pusat, Dewan Negara.
C kerajaan pusat, kerajaan negeri. D kerajaan negeri, Dewan Undangan Negeri.

4 Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal perundangan peringkat Persekutuan?

A Parlimen. B Mahkamah.
C Kerajaan negeri. D Dewan Undangan Negeri.

5 Pilihan raya di negara kita diadakan ____________tahun sekali.

A dua B tiga
C empat D lima

1/7
6 Setiap negeri di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran dan kuasa kerajaan masing-masing yang
dinamakan kerajaan negeri. Namun, kerajaan negeri masih perlu mengekalkan kuasa __________yang
tertentu.
A kehakiman B kerajaan pusat
C Menteri Besar. D Ketua Menteri.

7 Kerajaan demokrasi bermaksud

A kerajaan yang diperintah oleh raja.
B kerajaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
C kerajaan yang mengamalkan sistem monarki.
D kerajaan yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

8 Negara ___________tidak mengamalkan sistem demokrasi.

A India B Australia.
C Afrika Selatan. D Brunei Darussalam.

9 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia adalah berpandukan

A Perdana Menteri. B undang-undang.
C Perlembagaan Malaysia. D Yang di-Pertuan Agong.

10 Apakah kepentingan Perlembagaan Malaysia kepada pemerintahan negara?

A Kerajaan bebas memimpin rakyat.
B Hak asasi dan kebebasan rakyat.
C Rakyat tidak berpeluang menjadi pemimpin.
D Kerajaan negeri bersaing dengan kerajaan persekutuan.

11 Dalam proses pilihan raya, pengiraan undi akan dijalankan selepas

A hari berkempen. B hari pengundian.
C hari penamaan calon. D pembentukan kerajaan.

12 Ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang hendak meletak jawatan perlu menyerahkan surat peletakan jawatan
kepada
A wakil rakyat. B Perdana Menteri.
C Yang di-Pertuan Agong. D Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.

13 Calon yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya akan

A dinaikkan pangkat. B memerintah kerajaan.
C diisytiharkan menang. D dilantik sebagai ketua kerajaan.

14 Parlimen merupakan _________________bagi negara Malaysia.

A badan eksekutif B badan kewangan.
C badan kehakiman. D badan perundangan.

2/7
15 Berapakah tempoh masa pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri?
A Tiga tahun B Empat tahun
C Lima tahun D Enam tahun

16 Senator dilantik oleh _____________daripada setiap negeri.

A Perdana Menteri B Yang di-Pertuan Agong
C Yang di-Pertuan Negeri D Ketua Setiausaha Negara

17 Di negeri Sabah dan Sarawak, Ketua Menteri akan dibantu oleh

A Kabinet. B wakil rakyat.
C Jemaah Menteri. D Ahli Majlis Kerja Negeri (EXCO).

18 Siapakah pemerintah tertinggi negara menurut sistem Raja Berpelembagaan di negara kita?
A Perdana Menteri. B Ketua Menteri.
C Yang di-Pertuan Agong. D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

19 Jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang oleh sembilan raja Melayu secara __________setiap lima
tahun.
A undian B pilihan raya
C bergilir-gilir D pemilihan

20 Siapakah yang boleh memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan urusan
pemerintahan negara?
A Hakim B Perdana Menteri
C Menteri Kabinet D Raja Permaisuri Agong.

21 Setiausaha Majlis Raja-raja juga dikenali sebagai

A sultan. B Yang Dipertua Negeri.
C Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

22 Siapakah yang mempengerusikan persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan tiga atau empat kali
setahun?
A Perdana Menteri. B Menteri Besar.
C Raja Melayu. D Yang di-Pertuan Agong.

23 _____________akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong ke persidangan atau mesyuarat Majlis Raja-raja.
A Perdana Menteri B Menteri Besar
C Raja Permaisuri Agong. D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

24 Kerajaan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan dalam negara semata-mata untuk

A meningkatkan keuntungan negara. B bersaing dengan negara jiran.
C menjamin kesejahteraan rakyat. D membelanjakan wang dengan berhemat.

3/7
25 Setiap pandangan atau pendapat yang dikemukakan perlu melalui
A saluran yang betul. B penulisan surat rasmi.
C tindakan yang agresif. D perbincangan yang matang.

26 Warganegara Malaysia boleh menjaga nama baik negara sekiranya

A memuji-muji keistimewaan negara.
B mengancam keselamatan pelancong asing.
C menunjukkan tingkah laku yang negatif.
D mengamalkan sikap bersopan santun kepada pelancong asing.

27 Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan berterima kasih kepada negara?

A Menjaga kemudahan awam yang disediakan.
B Merendah-rendahkan kepimpinan Perdana Menteri.
C Memberi maklumat sulit kerajaan kepada negara luar.
D Memburuk-burukkan pemimpin yang tidak disukai.

28 Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara?

A Kebebasan untuk membahaskan isu yang sensitif.
B Kebebasan individu untuk bercakap perkara yang disukainya.
C Kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat dengan batasan tertentu.
D Kebebasan menyuarakan pendapat yang dipengaruhi oleh orang lain.

29 Mengapakah kita perlu membentuk sahsiah kanak-kanak sejak dari kecil?

A Kerana perkara tersebut wajib dilakukan.
B Kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara.
C Kerana mereka bersikap degil dan tidak mendengar kata.
D Kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

30 Apakah kesan sekiranya kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi?

A Pemimpin akan dipilih sendiri oleh kerajaan.
B Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
C Amalan demokrasi tidak akan berjalan dengan lancar.
D Pemimpin yang dipilih bukan daripada golongan yang berkelayakan.

4/7
Bahagian B: Sistem Demerit- 20 markah.

1 Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan dalam sistem demerit yang dijalan di sekolah anda.

KOD SALAH LAKU TINDAKAN MARKAH DEMERIT

112 Mencuri

116 Membuli/ pelancoan

331 Rambut panjang (berfesyen,

berwarna)

442 Lewat sekolah

444 Makan di kantin

sebelum/selepas rehat.

551 Berkelakuan kasar terhadap

guru

554 Berbahasa kesat/ibunda

5/7
Bahagian C: Soalan Struktur ( 20 Markah)

1 Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Apakah fungsi parlimen?

_______________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Dalam sistem raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas secara simbolik dan
menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Senaraikan bidang tugas baginda.

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

( 5 markah)

6/7
3 Setiap warganegara wajib untuk memberikan sumbangan kepada negara. Nyatakan sumbangan anda
kepada negara dalam bidang pendidikan.

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

( 5 markah)

4 Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apakah peranan anda untuk mengekalkan keamanan?

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

( 5 markah)

7/7
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN TINGKATAN DUA 2009
PENGGUBAL SOALAN: CIK ROZANA BINTI HASHIM
SOALAN OBJEKTIF ( 60 MARKAH)

1.D 16.B
2.B 17.D
3.C 18.A
4.A 19.C
5.D 20.B
6.B 21.C
7.D 22.C
8.D 23.A
9.C 24.C
10.B 25.A
11.B 26.D
12.B 27.A
13.C 28.C
14.D 29.B
15.C 30.C

SISTEM DEMERIT- ( 20 MARKAH)

Bahagian B: Sistem Demerit- 20 markah.

1 Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan dalam sistem demerit yang dijalan di sekolah anda.

KOD SALAH LAKU TINDAKAN MARKAH DEMERIT

112 Mencuri  Dirotan 20
 Lapor pada
polis.
 Digantung
sekolah.

116 Membuli/ pelancoan  Dirotan. 20

 Lapor pada
polis.
 Digantung
sekolah.

331 Rambut panjang (berfesyen,  Digunting 2

berwarna) rambut.
 Denda RM 3.00
 Dihantar pulang
ke rumah.

442 Lewat sekolah  Slip lewat diberi. 2

 3 kali lewat-
Dirotan.

8
Makan di kantin Amaran 2
444 sebelum/selepas rehat.

551 Berkelakuan kasar terhadap  Dirotan 10

guru

554 Berbahasa kesat/ibunda  Amaran 5

 Denda RM 5.00

SOALAN STRUKTUR- ( 20 MARKAH)

1. – Memeriksa dasar-dasar kerajaan.

- meluluskan perbelanjaan kerajaan.
- Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.
- Membuat dan melulus undang-undang persekutuan.
- Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

2. –memberi persetujuan terhadap rang undang-undang persekutuan yang telah diluluskan oleh
Parlimen.
- melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Agung, Tinggi dan Persekutuan.
- Melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet.
- Mempunyai kuasa untuk mengampun dan membicarakan kesalahan di Mahkamah Syariah
dan Mahkamah Tentera.
- Merupakan ketua agama di negeri baginda dan di negeri-negeri yang tidak beraja.

3.- Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan .

- memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk memajukan negara.
- melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- meneroka pelbagai bidang baru.
-menjalankan penyelidikan yang berfaedah untuk semua warganegara.

3. -mengekalkan cara hidup yang aman dan harmoni.

- memahami kepentingan hidup secara aman.
- Mematuhi undang-undang dan peraturan.
- Menghormati hak dan kepentingan individu lain.
- Bertoleransi dan bekerjasama dalam sesuatu aktiviti.

You might also like