You are on page 1of 1

Gambar di bawah menunjukkan kegunaan-kegunaan lembu kepada manusia.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan lembu kepada manusia berdasarkan gambar.

Contoh jawapan:

1. Lembu ialah haiwan ternakan yang memberikan pelbagai faedah dan kegunaan kepada semua

manusia dalam kehidupan sehari-hari.

2. Daging lembu boleh dijadikan makanan yang enak dan menyihatkan seperti sate dan gulai daging.

3. Kita boleh menggunakan kulit lembu yang telah diproses untuk menghasilkan barangan seperti tali
pinggang dan juga dompet.

4. Lembu juga boleh menghasilkan susu yang segar yang menyihatkan tubuh badan kita.

5. Pada zaman dahulu lembu sangat berguna kepada manusia dalam bidang pertanian seperti

membajak sawah padi.

You might also like