You are on page 1of 4

Jantina

19
20

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1.1 Jantina

Rajah menunjukkan jumlah responden mengikut jantina. Keseluruhan responden yang


menjawab soal selidik berkaitan kesejahteraan hidup ini adalah seramai 39 orang responden.
Daripada jumlah keseluruhan responden tersebut 19 daripadanya adalah lelaki dan 20 adalah
perempuan. Jika dilihat daripada rajah diatas, menunjukkan bahawa jumlah lelaki dan perempuan
adalah hampir sama. Hal ini boleh dikatakan bahawa kedua-duanya sangat mementingkan
kesejahteraan dalam keluarga dan hidup.
UMUR

15

15

MUDA (21-35) DEWASA (36-50) TUA (51-70)

Rajah 1.2 Umur

Rajah 1.2 menunjukkan perbezaan umur mengikut responden. Terdapat tiga peringkat umur
responden yang menjawab soal selidik ini iaitu muda, dewasa dan tua. Jika dilihat keseluruhan,
lingkungan peringkat umur dewasa dan muda merupakan yang paling tinggi bagi kalangan
responden iaitu keduanya mempunyai bilangan sebanyak 15. Manakala selebihnya adalah dari
lingkungan peringkat umur tua. Ini menunjukkan bahawa, perkahwinan mereka kebanyakkannya
di peringkat umur muda dan dewasa. Hal ini secara tidak langsung dapat merangcang kekeluargaan
dengan lebih baik dan teratur.
STATUS PERKAHWINAN
1 1

37

BERKAHWIN DUDA/BALU BERCERAI/BERPISAH

Rajah 1.3 Status Perkahwinan

Rajah 1.3 menunjukkan status perkahwinan bagi setiap responden. Terdapat tiga bahagian status
perkahwinan iaitu berkahwin, duda/balu dan bercerai/berpisah. Status perkahwinan responden
yang paling tinggi adalah berkahwin iaitu sebanyak 37 orang responden dan selebihnya adalah
duda/balu dan bercerai/berpisah yang mana masing-masing mewakili seorang responden.
ETNIK
1
5

31

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN

Rahaj 1.4 Etnik

Rajah diatas menunjukkan berkaitan data perbezaan etnik mengikut responden yang menjawab
soal selidik. Oleh kerana kajian berkaitan kesejahteraan hidup ini dilakukan di Malaysia, maka
etnik utamanya adalah terdiri dari Melayu, Cina, India dan terdapat juga sebilangan lain-lain etnik.
Majoriti responden yang menjawab soal selidik ini adalah dari etnik Melayu iaitu sebanyak 31
orang. Seterusnya diikuti oleh entik india 5 dan 2 daripada etnik Cina. Akhir sekali hanya 1 sahaja
responden yang mewakili etnik lain-lain.

You might also like