You are on page 1of 19

MINIT MESYUARAT GURU BIL.

1 / 2015

TARIKH : 2 JANUARI 2016

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SPS

KEHADIRAN:

BIL NAMA JAWATAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
AGENDA 1 : KATA ALUAN PENGETUA

1.1 Mengalu- alukan kehadiran guru ;

1.1.1 Tuan pengetua selaku pengerusi memberi ucapan penghargaan kepada semua
semua guru yang telah berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat guru yang
pertama tahun 2016. Selain itu, mengucapkan terima kasih atas usaha guru dan
Akp yang bertungkus- lumus menceriakan bilik guru sekolah sepanjang cuti
sekolah. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang mengelolakan bahagian koperasi
sekolah dan SPBT sebagai persediaan dalam pdp 2016. Guru-guru telah memberi
komitmen yang baik dan telah menggunakan masa cuti mereka untuk keselesaan
warga SPS.

(Makluman)

1.2 Perpindahan Akp ;

1.2.1 Tuan pengetua sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Akp yang akan berpindah
dan berkhidmat di tempat lain iaitu Encik Awang Norman bin Awang Ali Bima
dan Encik Hamidun bin Hj. Ahmad. Kehilangan Akp yang begitu komited dalam
setiap kerja yang dilakukan adalah satu kehilangan besar pada sekolah

1.2.2 Bagi pertukaran Encik Hamidun yang merupakan kerani bahagian kewangan
belum ada surat rasmi yang diterima oleh pihak sekolah.

(Makluman)

1.3 Pengisian jawatan Penolong Kanan Kokurikulum ;

1.3.2 Pada tahun 2015, sebanyak 6 orang guru telah dapat berpindah sama ada
perpindahan antara negeri dan dalam daerah. Guru berpindah ini termasuk Encik
Phua Ah Siew yang merupakan Penolong kanan pentadbiran telah berpindah ke
Smk Belaga kerana telah dinaikkan pangkat ke DG52 sebagai pengetua. Ekoran
ini, Penolong kanan Hem telah menyandang jawatan Penolong Kanan
pentadbiran, dan Penolong Kanan Kokurikulum menyandang jawatan Penolong
Kanan HEM. Jadi kekosongan pada jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Tuan
pengetua membuka peluang kepada guru DG44 yang layak berminat untuk
memohon bagi jawatan tersebut.

(Makluman)

1.4 Kuota Guru 2016 ;

1.4.1 Pengetua memaklumkan kuota guru bagi sesi 2016 SMK St.Patrick adalah
sebanyak 51orang. Terdapat 4 kekosongan bagi kuota guru akademik biasa. Pihak
sekolah masih menanti kedatangan guru baharu untuk mengisi kekosongan ini
terutamanya bagi subjek PJK, Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Geografi dan Pendidikan Islam.

(Makluman)

1.5 Enrolmen Pelajar 2016 ;

1.5.1 Pada tahun ini, bilangan pelajar adalah seramai 646 orang. Walaubagaimanapun
jumlah ini akan berubah dengan perpindahan pelajar terutamanya di tingkatan 1
dan tingkatan 4.

1.5.2 Tuan pengetua meminta jasa baik Penolong kanan HEM dan guru kelas
menguruskan perpindahan dan pertukaran pelajar dengan baik. Syarat kemasukan
ke sekolah juga perlu dititik beratkan terutamanya jika pelajar tersebut tidak lulus
subjek Bahasa Melayu.

(Makluman)

1.6 Pencapaian PT3 ;

1.6.1 Bilangan calon yang mengusai dan lulus semua subjek adalah sebanyak 30 orang
bersamaan 21.58% daripada bilangan 139 calon yang menduduki peperiksaan PT3.

1.6.2 Peratusan gred purata sekolah juga telah meningkat berdasarkan keputusan PT3
tahun 2015 iaitu kepada 4.01 berbanding ( Tanya HLF)
1.6.3 Pencapaian terbaik pelajar adalah sebanyak 7A 1B 1C oleh Mohammad Faeizi bin
Puji . Manakala subjek Bahasa Melayu mencatatkan pelajar paling ramai mendapat
A.

1.6.4 Terdapat berita yang kurang baik bagi sekolah dimana, keputusan dua orang calon
PT3 telah digantung. Hal ini masih dalam siasatan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tuan pengetua meminta guru berkaitan bersedia bersama instrumen dan dokumen
berkaitan sekiranya menerima kedatangan dari pihak LPM.

(Makluman)

1.7 Pencapaian terbaik sekolah sepanjang 2015 ;

1.7.1 Tiga orang pelajar Sekolah Menengah St. Patrick telah dipilih dalam Permainan
Perbatasan Bola Tampar peringkat Bola Tampar. Mereka adalah ;

1) Ranjit a/l Ramu


2) Basil Wee
3) Gary Kong

(Makluman)

1.8 Harapan 2016 ;

1.8.1 Sedikit perkongsian harapan Tuan pengetua pada tahun 2016 kepada warga SPS.

(Makluman)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4/2015

2.1 Pembetulan

2.1.1 Cikgu Asiah memberitahu bahawa beliau tidak hadir dalam mesyuarat guru bil
4/2015 tetapi kehadiran beliau telah dicatat.
2.2 Pengesahan

2.2.1 Cikgu Ramli bin Hang Tuah mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan.
Kemudian cadangan disokong oleh Cikgu Norlia.

AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Kajian Tindakan

3.1.1 Cikgu Zuriah melaporkan bahawa kajian tindakan setiap panita sedang dalam
proses mengedit untuk dibukukan. Selepas proses edit bahan tersebut akan
diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan seterusnya kepada pengetua
dalam bentuk soft dan hard copy.

(Tindakan : PK Pentadbiran/KB/KP )

3.2 Derma Bahan Bacaan Program 5 Minit ;

3.2.1 Cikgu Asiah memberitahu hanya 3 orang guru sahaja setakat ini telah memberi
derma bagi bahan bacaan.

3.2.2 Bahan bacaan yang ingin di derma perlu di liminate supaya kemas dan tahan lama
bagi bacaan pelajar sepanjang program dijalankan. Minimum bahan bacaan yang
boleh didermakan adalah 3 keping A4 sahaja.

3.3.3 Bahan ini boleh diberi terus kepada Cikgu Asiah sebelum 31 Januari 2016.

(Tindakan : Penyelaras program)

3.3 Pengisian dan pengemaskinian maklumat atas talian web KPM ;

3.3.1 Masih terdapat guru yang belum mendaftar masuk Sistem Single Sign On (SSO).
Cikgu Zulkarnain sebagai penyelaras ICT diminta untuk mengenalpasti guru yang
belum mendaftar dan bermasalah untuk mendaftar.

3.3.2 Cikgu Asiah menjelaskan terdapat seorang guru baharu yang tidak cukup 7 hari
LDP dalam SPLG iaitu Cik Siti Aishah binti Imam Muslim. Inisiatif yang dapat
diambil adalah meminta guru baharu ini untuk menghasilkan sebuah buku. Selain
itu, boleh juga membuat latihan secara dalam offline yang telah disediakan.

3.3.3 Masalah tidak cukup hari LDP bagi SPLG juga melibatkat AKP. Ada di antara
mereka yang tidak mengisi dalam talian, program-program yang telah mereka
sertai. Jadi, Tuan pengetua mencadangkan pihak sekolah mengambil inisiatif untuk
mengadakan program yang dapat disertai oleh AKP bagi mencukupkan LDP
mereka.

(Tindakan : Cikgu Zulkarnain, Guru & AKP terlibat)

3.4 Program Pembangunan Guru Baharu ;

3.4.1 Pada tahun 2015, sekolah menerima tiga orang guru baharu iaitu Cik Siti Fatimah
binti Norddin (Januari), Puan Artini binti Jamil (April) dan Cik Siti Aishah binti
Imam Muslim (Julai). Guru baharu perlu menghantar Fail Program Pembangunan
Guru Baharu yang lengkap beserta kajian tindakan.

(Tindakan: PK Pentadbiran & semua guru baharu)

3.5 Permohonan Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti 2016 ;

3.5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti


perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2016 yang melibatkan perayaan Tahun Baru
Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali,

Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,


Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &
Putrajaya)

i. Tahun Baru Cina pada 8-9 Febuari 2016


Cuti yang diperuntukkan pada 10, 11, dan 12 Febuari 2016
ii. Hari Raya Aidil Fitri pada 6-7 Julai 2016
Cuti yang diperuntukkan pada 4, 5, dan 8 Julai 2016
iii. Hari Deepavali 29 Oktober 2016
Cuti yang diperuntukkan pada 28, 31 Oktober dan 1 November 2016
3.5.2 Cuti Peristiwa yang dipersetujui oleh semua guru bagi tahun 2016

i. Esther Monday pada 28 Mac 2016


ii. Ching Ming pada 4 April 2016
iii. All Soul’s day pada 2 November 2016
iv. Cuti peristiwa 4 akan disimpan dahulu.
(Tindakan : PK Pentadbiran)

3.6 Perlaksanaan Sistem Single Sign On (SSO) untuk log masuk Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS)

3.6.1 Tuan Pengetua mengingatkan ramai guru yang belum mendaftar. Maklumat terkini
guru yang sudah mendaftar adalah seramai 41 daripada 52 orang guru dan AKP
yang telah mendaftar adalah 11 daripada 13 orang.

(Tindakan : Cikgu Zulkarnaian, guru dan AKP terlibat)

3.7 Penyediaan perancangan Strategik sekolah 2016-2020

3.7.1 Tuan pengetua memaklumkan supaya pelan strategik sekolah 2016-2020 dibuat
dengan segera. Seboleh-bolehnya disiapkan dalam bulan Januari 2016.

(Tindakan : PK Pentadbiran(Penyelaras) & Semua Guru)

3.8 Program High Performing Rural School (HIPERS) 2016

3.8.1 Pada tahun 2016, SMK Saint Patrick sekali lagi dipilih dalam program HIPERS.
Tuan pengetua memberi taklimat pada mesyuarat LDP yang pertama. Tuan
pengetua memaklumkan HIPERS pada tahun ini akan berfokus kepada akademik,
HEM, dan KOk. Tidak seperti pada tahun lepas dimana program ini hanya
berfokus kepada budang akademik.

(Tindakan : Semua PK, Penyelaras Program & Semua Guru)


AGENDA 4 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM (PENGETUA/PK1)

4.1 Pengurusan kebersihan

AGENDA 5 : PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (PENGETUA/KPT)

5.1 Sentiasa mematuhi prosedur dan Arahan Perbendaharaan serta pekeliling kewangan
untuk sebarang perbelanjaan sekolah.

5.2 Perancangan Perbelanjaan PCG Mengikut Panitia perlu dibuat mengikut keperluan dan
dihabiskan sebelum Jun 2016.

5.3 Setiap perbelanjaan perlu direkod dan sebut harga perlu dibuat.

5.4 Setiap panitia perlu memilih barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

5.5 Invois perlu dihantar kepada kerani kewangan untuk menguruskan perbelanjaan.

(Makluman)

AGENDA 6 : PENGURUSAN KURIKULUM (PK 1)

6.1 Bagi penyediaan Pelan Perancangan Strategik 2016 -2020, taklimat akan diadakan pada
09 Januari 2016. Penolong Kanan Pentadbiran akan memberi tapak kepada setiap guru
matapelajajaran. Hal ini bagi memudahkan penyediaan.

(Tindakan : PK Pentadbiran)

6.2 Program High Performing Rural School (HIPERS) mensasarkan 50 pelajar cemerlang
dan lulus dengan baik SPM 2016. Sekolah SMK Saint Patrick sekali lagi dipilih oleh
JPNS dan Yayasan Sarawak untuk terlibat. Satu taklimat akan diberi pada 9 Januari 2016
tentang maklumat lanjut program.

(Tindakan : Semua PK, Penyelaras Program & Semua Guru)


6.3 Pengurusan PT3 & Analisis PT3 bagi ? (kalau artini ingat)

6.4 Trekking pencapaian pelajaran dari Tingkatan 1 (Analisis UPSR 2015 & Program
Intervensi 3M)

(Tindakan : Penyelia Petang)

6.5 Pengurusan kelas –Amalan 21st Century Classroom P&p. Guru diminta untuk mengurus
kelas dengan baik dengan menerapkan amalan-amalan 21st Century Classroom. Bermula
dari penyusunan meja di dalam kelas hinggalah menetapkan peraturan di dalam kelas.

(Tindakan: Semua Guru KDT)

6.6 Esei Kajian Tindakan 2015 akan dibukukan untuk tujuan rujukan pada masa tertentu.

(Tindakan: PK Pentadbiran)

6.7 Buku persediaan mengajar mestilah mengandungi Aku Janji, maklumat peribadi, jadual
mengajar, jadual kelas, visi, dan misi.

(Makluman)

AGENDA 7 :BAHAGIAN HAL EHWAL MURID

7.1 Cikgu Cyril memaklumkan fail peribadi pelajar dikumpul dan diletakkan dalam bilik PK
Hem dan semua fail pastikan mempunyai gambar pelajar.

(Tindakan : Semua Guru KDT)

7.2 Guru KDT mesti adakan satu fail kelas secara peribadi untuk menyimpan semua resit dan
sijil sakit murid.

(Tindakan : Semua Guru KDT)

7.3 Rekod kehadiran murid hendaklah dicatat dengan lengkap, kemas dan tidak
menggunakan cecair pemadam.

(Tindakan : Semua Guru KDT)


7.4 Masalah disiplin murid terutamanya murid yang kerap ponteng atau tidak hadir ke
sekolah berturut-turut akan cuba diselesaikan mengikut prosedur 3:7: 7: 14. Guru KDT
boleh mendapatkan salinan soft copy surat dan hanya minta tanda tangan daripada PK
Hem untuk diberikan kepada ibu bapa murid.

(Tindakan: PK HEM & Semua Guru KDT)

7.5 Sekolah akan menubuhkan Kelab Rukun Negara dan telah diwajibkan oleh pihak KPM
manakala Kelab Pembimbing Rakan Sebaya pula sepatutnya diletakkan dibawah
pengurusan Kaunseling.

(Tindakan : PK HEM & GBK)

AGENDA 8 : PENGURUSAN KOKURIKULUM & SUKAN

8.1 Ucapan penghargaan

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha mengelolakan pelbagai
aktiviti KoK dan sukan 2015.

(Makluman)

8.2 Sasaran penyertaan KoK & Sukan 2016 adalah sekurang - kurangnya mendapat johan
dalam 3 jenis acara iaitu Bola Tampar dan Silat, Kebudayaan dan Badan Beruniform.
Diharapkan semua guru dapat memberi kerjasama dan berusaha bersama-sama untuk
mencapai target ini.

(Makluman)

8.3 Segala aktiviti berkaitan Kok & Sukan 2016 boleh dirujuk di dalam takwim. Oleh itu,
persediaan bagi segala kejohanan dan pertandingan dapat dibuat awal melalui latihan
berkala. Persediaan awal dapat membantu pencapaian target Kok & Sukan.

(Makluman)
8.4 Semasa waktu perjumpaan bagi kelab, permainan, badan beruniform, dan persatuan
haruslah terancang, sistematik, bermakna dan dapat menyeronokkan pelajar. Hal ini
supaya dapat menarik kehadiran pelajar untuk menghadiri program Kok.

(Makluman)

8.5 Soft skill juga perlu dimasukkan di dalam pengisian aktiviti-aktiviti Kok seperti
kemahiran hidup,kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengelolaan dan
sebagainya supaya pelajar mendapat kemahiran yang dapat digunakan dalam kehidupan
dan di luar waktu sekolah.

(Makluman)

AGENDA 9 : LAPORAN PERSIAPAN UNTUK PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2016

9.1 Pendaftaran Murid 2016

Tarikh : 3 Januari 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 -11.00 pagi

Tempat : Tingkatan 1 di Dewan Perhimpunan

Tingkatan 2 di Dewan Serbaguna

Tingkatan 3, 4 & 5 di kelas masing-masing

Kehadiran : Guru dan Penolong KDT, pelajar, dan AJK Pendaftaran.

(Makluman)

9.2 Fail pendataran murid telah diedarkan pada guru KDT masing-masing dan untuk Tingkatan 2
hingga Tingkatan 5, Cikgu Sim minta semua guru KDT melekatkan nama kelas pada pintu
hadapan dan belakang kelas untuk memudahkan murid dan ibu bapa mencari kelas.

(Makluman)
9.3 Cikgu Sim mengingatkan semua guru KDT agar borang hijau dan borang berwarna pink juga
mesti dilengkapkan apabila semua pelajar sudah mendaftar dan diberi kepada jawatankuasa
terlibat. Guru KDT mesti memastikan semua ibu bapa menulis number telefon mereka dalam
borang berwarna hijau.

(Makluman)

9.4 Laporan koperasi

9.4.1 Puan Siti Ana memaklumkan buku untuk tahun 2016 akan dijual secara pakej dan pelajar
mesti membeli mengikut pakej.

9.4..2 Setiap guru KDT akan diberikan buku resit dan pelajar perlu membuat pembayaran pada
guru ambil buku dari koperasi dengan menunjukkan resit sebagai bukti pembelian.

9.4.3 Harga pakej bagi tingkatan adalah berbeza seperti berikut;

Tingkatan 1 : RM 97.70

Tingkatan 2 : RM 61.70

Tingkatan 3 : RM63.20

Tingkatan 4 & 5 bagi kelas A dan B : RM58.85

Tingkatan 4 & 5 bagi kelas C dan G : RM 63.20

9.4.4 Pelajar yang memohon berpindah dan sedang menunggu keputusan permohonan ke
sekolah lain tidak digalakkan untuk membeli buku.

9.4.5 Cikgu Siti Ana minta supaya 2 lot parking kereta dikosongkan kerana koperasi sekolah
akan membuka kuanter jualan di tapak parking supaya tidak berlaku kesesakan di
koperasi sekolah.

(Makluman)

9.5 Laporan SPBT

9.5.1 Cikgu Ramli memaklumkan semua buku teks telah diikat untuk diedarkan pada murid
dan bilangan buku juga setakat ini mencukupi jika tiada penambahan bilangan pelajar.
9.5.2 Cikgu Ramli meminta supaya 2 lot tempat kereta dihadapan bilik SPBT dikosongkan
supaya memundahkan ibu bapa beratur mengambil buku.

(Makluman)

9.6 Cikgu Sim memaklumkan AJK urusetia juga telah menyiapkan label dan penunjuk arah laluan
ketempat pendaftaran dan bilik SPBT.

(Makluman)

9.7 Video tayangan slide show telah disiapkan oleh Cikgu Ismadi dan akan dipasang di dewan
sekolah pada hari pendaftaran.

(Makluman)

9.8 Cikgu Sim memaklumakna kaunter pertanyaan akan dibuka di dewan dan akan diuruskan
sendiri oleh beliau bagi sesi petang manakala bagi sesi pagi akan dikendalikan oleh
Cikgu Silvester Alan William.

(Makluman)

9.9 Semua pembayaran pada hari pendaftaran diserahkan kepada PIBG, TIBOW, dan
koperasi sekolah apabila selesai semua pembayaran.

(Makluman)

AGENDA 10 : PELAPORAN PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

10.1 Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2016

Tarikh : 5,6 & 7 Januari 2016 (Selasa, Rabu dan Khamis)

Masa : 1.00 – 6.10 petang

Tempat : Dewan Perhimpunan

10.2 Jawatan Kuasa

Pengerusi : Anthony Poon Teck Huat (Pengetua)

Naib Pengerusi i : Sim Mee Hwa (PK Petang)


Naib Pengerusi ii : Silvester Alan William ( PK HEM )
Penyelaras Program : Siti Aishah bt Imam Muslim (Guru Kaunseling)

Penolong
Penyelaras Program : Yusniwati Binti Yusoff (Guru Kaunseling)

Teknikal &
Persiapan Program : Siti Aishah bt Imam Muslim

Cenderamata : Yusniwati Binti Yusoff

Jurukamera : Boosyn Bin Budiew

Unit Kecemasan & Keselamatan : Johnny Poon Teck Choi

Fasilitator : Siti Aishah Imam Muslim (Ketua)


(Semua guru Sesi petang) Yusniwati Yusoff (PK)
Boosyn Bin budiew
Tang Peh Ling
Norziah Mohamad Kadir
Ramli Hang Tuah
Pau Ak Chaong
Sandy Tubak
Jeanefa Umat
Siti Ana Hamdan
Mansor Mohamed
Denis Bun
Rafidah Osman
Khairul Azman Bin Tahir
Muhamad Fadhli Bin Muhamad
Tan Chia Shin
Ismandi Dillah
Johnny Poon Teck Choi

10.3 JADUAL PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

Hari Pertama – 5.1.2016 (SELASA)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN


1.00-1.50 Pendaftaran Peserta Dewan SMK ST Urusetia Pendaftaran
petang Nyanyian lagu Negaraku Patrick Semua Guru mata pelajaran masa
& Taklimat Program berkenaan

1.50-2.50 Dewan SMK ST Siti Aishah Imam Muslim


Petang Ice-Breaking Patrick Semua Guru mata pelajaran masa
berkenaan
2.50-3.35 Taklimat Pentaksiran Dewan SMK St Yusniwati Yusoff
Petang Psikometrik Patrick Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
3.35-3.55 REHAT
petang
3.55-4.30 Ceramah & Amanat Dewan SMK ST Anthony Poon Teck Huat
Petang Pengetua Patrick (Pengetua)
Semua pelajar dan guru sesi
petang

4.30-5.30 Latihan Nyanyian Lagu Dewan SMK ST Ramli Hang Tuah


petang Sekolah, Ibu Pertiwiku & Patrick Semua Guru mata pelajaran masa
Lagu Negaraku berkenaan
5.30-6.10 Sim Mee Hwa (PK Petang)
petang Taklimat PBS Dewan SMK St Semua guru mata pelajaran masa
Refleksi Patrick berkenaan
6.10 petang Bersurai

Hari Kedua – 6.1.2015 (RABU)


MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN
1.00-1.10 Nyanyian Lagu Negaraku, Dewan SMK ST Siti Aishah Imam Muslim (K)
petang lagu Sekolah, Lagu Ibu Patrick Yusniwati Yusoff
Pertiwiku Guru mata Pelajaran Masa
berkenaan
1.10-1.40 Dewan SMK ST Siti Ana Hamdan
petang Taklimat Koperasi Patrick Guru Kaunseling
Guru mata Pelajaran Masa
berkenaan
1.40-2.10 Taklimat Skim Pinjaman Dewan SMK ST Ramli Hang Tuah
petang Buku Teks Patrick Guru Kaunseling
Guru mata Pelajaran Masa
berkenaan
2.10-3.00 Dewan SMK ST Yusniwati Yusoff
petang LDK 1 Patrick Siti Aishah Imam Muslim
Pengurusan Masa Guru mata Pelajaran Masa
berkenaan
3.00-3.35 Dewan SMK ST Zuriah Hamdie
petang Taklimat iTHINK Patrick Guru Kaunseling
Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
3.35-3.55 REHAT
petang
3.55-4.30 Dewan SMK ST Zulkarnain Norshen
petang Taklimat VLE Patrick Guru Kaunseling
Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
Tatacara Perhimpunan & Sekitar Johnny Poon Teck Choi (K)
4.30-6.00 Lawatan sekitar Kawasan Kawasan Sekolah Denis Bun
petang Sekolah dan Galeri dan Galeri Norziah Mohamad Kadir
Sejarah Sejarah Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
6.00-6.10 Taklimat Program & Dewan SMK ST Siti Aishah Imam Muslim
petang Refleksi Patrick Guru mata pelajaran masa
berkenaan
6.10 petang Bersurai

Hari Ketiga – 7.1.2016 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN


1.00-1.10 Nyanyian Lagu Negaraku, Dewan SMK ST Siti Aishah Imam Muslim (K)
petang lagu Sekolah,Lagu Ibu Patrick Yusniwati Yusoff
Pertiwiku. Guru mata Pelajaran Masa
berkenaan
1.10-1.20 Dewan SMK St Siti Aishah Imam Muslim
petang Taklimat Program Patrick Yusniwati Yusoff
Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
1.20-1.50 Dewan SMK ST Siti Ana Hamdan
petang Taklimat KBAT Patrick Guru Kaunseling
Semua guru mata pelajaran masa
berkenaan
1.50-2.20 Taklimat Pusat Sumber Dewan SMK ST Ong Mei Yen
petang Patrick Guru Kaunseling
Guru mata pelajaran masa
berkenaan
2.20-2.50 Taklimat KK Dewan SMK ST Cyril Germanus (PK Hem)
petang (Kehadiran KK dan Patrick Guru Kaunseling
kepentingan keterlibatan) Guru mata pelajaran masa
berkenaan
2.50-3.35 Ujian Inventori Minat Dewan SMK ST Siti Aishah Imam Muslim (K)
petang Kerjya (IMK) dan Ujian Patrick Yusniwati Yusoff
Inventori Tret Personaliti Semua guru mata pelajaran
berkenaan
3.35-3.55
petang REHAT
Guru Disiplin/PK Petang
3.55-4.50 Ceramah Disiplin dan Dewan SMK ST Guru Kaunseling
petang Peraturan Sekolah Patrick Guru mata pelajaran masa
berkenaan
Rafidah Osman (K)
4.50-6.05 Gelanggang Khairul Azman Tahir (PK)
petang LDK 2 Serbaguna SMK ST Jeanefa Umat Dick
Sukaneka Patrick Guru Kaunseling
Guru mata pelajaran masa
berkenaan
6.10 Bersurai

(Makluman)

AGENDA 11 : HAL-HAL LAIN

11.1 Tuan pegetua memaklumkan beberapa orang guru masih belum melengkapkan butiran dalam
Hermis dan diminta segera melengkapkannya dan minta bantuan daripada Puan Noraini.

11.2 Cikgu Flora minta Cikgu Joy untuk mengambil gambar semasa hari pendaftaran murid sesi 2016
untuk dimasukkan dalam majalah sekolah.

(Makluman)

AGENDA 12 : PENUTUP

12.1 Sebagai penutup. Pengetua mengatakan bahawa agenda dan sasaran yang ditetapkan dalam
Mesyuarat Guru Bil 1/2016 adalah penentu hala tuju sekolah dan sasaran sekolah tahun 2016.

12.2 Semoga semua warga SMK St Patrick akan terus berusaha secara sehati sejiwa dalam
meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua bidang “ Up St Patrick Up, Up!!”

12.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ __________________ __________________

(SITI FATIMAH NORDDIN) (EN.SILVERSTER ALAN WILLIAM) (EN.ANTHONY POON TECK)


SETIAUSAHA PK HEM PENGETUA
.

You might also like