You are on page 1of 4

KEJURULATIHAN SUKAN (SAINS SUKAN)

A. KONSEP DAN ATRIBUT JURULATIH

-TAKRIF KEJURULATIHAN DALAM SUKAN.

(Jurulatih Sukan)
Merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan
tugas yang berkaitan dengan sukan.

(Kejurulatihan Sukan)
Merupakan proses yang terancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet
mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya.

B. CIRI-CIRI JURULATIH CEMERLANG.

1. Matlamat Yang Jelas.


2. Berorientasi Kejayaan.
3. Berpengetahuan.
4. Beretika.
5. Komitmen Yang Tinggi.
6. Kualiti Seorang Jurulatih.
7. Mewujudkan Keseronokan Dalam Latihan.
8. Membangun Personaliti Atlet Dan Jurulatih
9. Bermotivasi
10.Proaktif.
C. PERANAN JURULATIH.

Pendidik.
Pembimbing Cara.
Pendisiplin.
Pekerja Sosial
Pelajar
Pengawal Perhubungan Awam (Agen Publisiti)
Rakan
Saintis

D. TANGGUNGJAWAB JURULATIH.

Menyediakan Program Latihan


Pemilihan Pemain
Melatih
Merangka Strategi
Mencari Bakat
Menguji Dan Merangka Program Pembangunan Sukan

E. ETIKA KEJURULATIHAN.

Merupakan satu rangkaian prinsip atau nilai kemanusiaan yang diterima sebagai perlakuan
biasa untuk sesebuah masyarakat ataupun kelakuan yang lazim.
Dalam sukan terdapat dua jenis etika iaitu:
1. Profesion
2. Kendiri.

1. (Etika Profesion)
Berkelayakan
Berkelakuan Baik
Berdisiplin
Bekerjasama
Bersikap Positif
Mengikut Perkembangan Sukan.
Berusaha Memajukan Diri
Berminat Dalam Sukan Yang Diceburi
2. (Etika Kendiri)
Bertanggungjawab Terhadap Tindakan
Menggalakkan Keharmonian
Mengeratkan Perpaduan
Mempunyai Tabiat Kerja Yang Baik
Mengurus Masa Dengan berkesan

F. KEMAHIRAN ASAS KEJURULATIHAN.

1. (Kemahiran Lisan (Verbal) Dan Bukan Lisan (Non Verbal) Dalam Sukan)
Komunikasi merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada seseorang kepada
seseorang yang lain.
Komunikasi adalah satu proses interaktif yang melibatkan penghantaran dan penerimaan
secara lisan atau bukan lisan.

1.1 (Komunikasi Lisan)


Merupakan bahasa yang digunakan, perkataan yang dipilih, nada suara dan kelajuan suara.
1.2 (Komunikasi Bukan Lisan)
Merupakan pandangan mata (eye contract), ekspresi muka, gerak geri, cara kita berpakaian,
penampilan dan orientasi badan kita.
1.3 (Komunikasi Berkesan)
Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas
Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif
2. (Kemahiran Fizikal)
Merupakan satu aspek terpenting dan ia adalah ramuan terpenting dalam latihan fizikal yang
memerlukan pencapaian prestasi tinggi.
Kemahiran fizikal terbahagi kepada:
1. Persediaan am fizikal
2. Fasa spesifik persediaan fizikal
3. Tahap keupayaan motor tertinggi

3. (Kemahiran Psikologi)
Merupakan latihan yang dapat menguatkan keazaman atlet untuk berjuang atau bertanding
dan menolong mereka mencapai tahap penumpuan atau fokus semasa pertandingan.
4. (Kemahiran Teknikal)
Merupakan aspek pembelajaran teknik berkenaan dengan struktur sesuatu kemahiran.
kemahiran teknikal merangkumi semua struktur dan elemen teknikal yang digabungkan dalam
suatu pergerakan yang efisien dan tepat.

You might also like