You are on page 1of 3

Apa itu MERS 999

Sistem bersepadu yang menggabungkan 5 agensi bantuan kecemasan dalam satu


platform bagi mengendali dan menyalurkan panggilan serta maklumat kecemansan
melalui satu nombor iaitu 999 :

Polis Diraja Malaysia (Pdrm)


Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Jbpm)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Kkm)
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Apmm)

Agensi – Agensi Terlibat


JABATAN PERTAHANAN AWAM
http://www.civildefence.gov.my/
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:
1. Latihan kepada Orang Awam
2. Sistem Amaran Bencana
3. Pusat-pusat Perlindungan
Respond Kepada Bencana:
1. Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
2. Perkhidmatan Kecemasan
Pemulihan:
1. Pembersihan
2. Pembangunan Semula

Fungsi MERS 999

Bilakah waktu untuk menghubungi 999?


Bila bantuan diperlukan ketika kecemasan dan hanya ketika
KECEMASAN!
Keadaan di mana tidak perlu menghubungi 999
Jangan hubungi 999 untuk keadaan tidak terdesak. Jika
keadaan tidak merbahaya dan tindakan serta-merta tidak
diperlukan; contohnya bila tiada risiko kepada nyawa dan
harta benda atau jika pesalah telah beredar dan
kemungkinan besar ia tidak kembali, maka itu bukan dikira
sebagai kecemasan. Masa yang terbuang menjawab
panggilan-panggilan seperti ini boleh digunakan untuk
menjawab panggilan kecemasan yang tulen.
Bagaimana untuk menghubungi 999?
Nombor 999 boleh dihubungi daripada mana-mana talian
tetap atau mudah alih.
Apa yang berlaku bila 999 dihubungi?
Operator 999 akan menjawab panggilan anda dalam masa 10
saat.
Sila bertenang.
Maklumat yang diperlukan
a) Bila operator menjawab panggilan, terangkan situasi
kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka. Maklumat
yang diberi adalah penting untuk menentukan badan
kecemasan yang perlu memberi tindak balas.
b) Sila bertenang. Apabila pemanggil berada dalam keadaan
tidak tenteram, sukar untuk maklumat-maklumat penting
diterima dengan jelas.
c) Tunggu di talian. Jangan letak telefon!
d) Berikan nama dan alamat. Jika tempat kejadian berbeza
dengan alamat, sila pastikan operator diberitahu.
e) Dalam keadaan kecemasan perubatan, sila bersabar ketika
memberikan maklumat kepada operator supaya tahap
keparahan situasi dapat dikenal pasti. Pemanggil akan
dinasihati tentang cara-cara mengendali pesakit ketika
bantuan dalam perjalanan.

Objektif MERS 999

You might also like