You are on page 1of 16

Takrifan & hukum-hukum Fizik

Bab Konsep-konsep Pengertian


dan
hukum-hukum
Fizik
Fizik Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji pelbagai fenomena alam
Bab 1 – Pengertian kepada Fizik

sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat


diperhatikan melalui pelbagai deria manusia.
Pengukuran Pengukuran ialah proses menentukan nilai kuantiti fizik dengan
menggunakan peralatan sains yang mempunyai skala piawai.
Kuantiti terbitan Kuantiti terbitan ialah gabungan kuantiti-kuantiti asas secara
pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya.
Kepersisan Kepersisan ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara
konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-
bacaan yang diperolehinya.
Kejituan Kejituan pengukuran ialah betapa hampir sesuatu nilai pengukuran
kepada nilai sebenar.
Kepekaan Kepekaan ialah kebolehan sesuatu alat mengesan perubahan kecil
kuantiti fizik yang diukurnya.

Kuantiti skalar Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.
Kuantiti vektor Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan
arah.
Kinematik Kinematik ialah kajian berkenaan dengan jenis pergerakan sesuatu
objek tanpa merujuk kepada daya-daya yang menyebabkan gerakan
objek itu.
Jarak Jarak gerakan sesuatu objek ialah jumlah panjang lintasan yang
dilalui oleh objek itu. Jarak merupakan kuantiti skalar.
Sesaran, s Sesaran suatu objek dari satu titik rujukan, O ialah jarak objek itu
dari titik O mengikut arah dari titik O ke objek itu. Sesaran
merupakan kuantiti vektor.
1
s= ( u+v )
Bab 2 – Daya dan Gerakan

2 t
1 2
s=ut + at
2
s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan
Laju Laju ialah kadar perubahan jarak terhadap masa. Laju merupakan
kuantiti skalar.
Halaju, v Halaju ialah kadar perubahan jarak pada sesuatu arah tertentu.
Halaju merupakan kuantiti vektor.
v = u + at
v2 = u2 + 2as
s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan
Pecutan, a Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa. Pecutan
merupakan kuantiti vektor.
v−u
a=
t
a = pecutan, v = halaju akhir objek, u = halaju awal objek, t = masa
Dinamik Dinamik ialah kajian berkenaan dengan gerakan objek yang
disebabkan oleh tindakan daya.
Inersia Inersia merupakan sifat semulajadi suatu objek yang cenderung
untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada
keadaan pegun atau keadaan bergerak.
Jisim, m Jisim ialah amaun atau kuantiti jirim yang terkandung dalam objek
itu.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Hukum Gerakan Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek
Newton Pertama akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau
keadaan gerakan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke
atas objek tersebut.
Momentum Linear Momentum linear atau momentum sesuatu objek diiktirafkan sebagai
@ Momentum, p hasil darab jisim objek itu dengan halajunya.
p = mv
p = momentum, m = jisim objek, v = halaju objek
Prinsip Prinsip keabadiaan momentum menerangkan bahawa dalam suatu
keabadiaan sistem yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas,
momentum jumlah momentum adalah malar jika tiada daya luar bertindak ke
atas sistem itu.
Hukum Gerakan Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar
Newton Kedua perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan
yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah
tindakan daya paduan itu.
F = ma
F = Daya, m = jisim, a = pecutan
Impuls, Ft Impuls diiktirafkan sebagai perubahan momentum.
Ft = mv – mu
F = daya impuls, t = masa perlanggaran, m = jisim objek, v = halaju
akhir objek, u = halaju awal objek.
Daya impuls, F Daya Impuls diiktirafkan sebagai kadar perubahan momentum
terhadap masa tindakan yang singkat bagi sesuatu objek.
mv−mu
F=
t
F = daya impuls, t = masa perlanggaran, m = jisim objek, v = halaju
akhir objek, u = halaju awal objek.
Daya graviti, g Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah bumi oleh daya graviti.
Jatuh bebas Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti dengan pecutan
graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan dikatakan
jatuh secara bebas atau jatuh bebas.
Berat, W Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu.
W = mg
W = berat, m = jisim, g = pecutan graviti
Keseimbangan Apabila beberapa daya bertindak ke atas sesuatu objek,
Daya keseimbangan daya berlaku jika paduan semua daya itu ialah sifar.
Hukum Gerakan Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap
Newton Ketiga daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud
sama pada arah yang bertentangan.
Leraian daya Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya tunggal boleh
diuraikan kepada 2 komponen. Proses ini merupakan songsangan
kepada prinsip paduan daya.
Kerja, W Kerja yang dilakukan oleh suatu objek yang malar untuk
menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab
magnitud sesaran dan komponen daya yang selari dengan arah
sesaran itu. Kerja merupakan kuantiti skalar.
W = Fs
W = kerja, F = daya, s = sesaran
Tenaga, E Tenaga ialah keupayaan atau kebolehan suatu sistem untuk
melakukan kerja.
Kuasa, P Kuasa ialah kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Tenaga Tenaga keupayaan suatu jasad diiktirafkan sebagai tenaga yang
keupayaan, E dipunyai oleh jasad itu disebabkan oleh kedudukan atau keadaan
jasad itu.
2 jenis tenaga keupayaan:
tenaga keupayaan graviti - disebabkan oleh ketinggian jasad itu .
E = mgh
E = t. keupayaan, m = jisim, g = pecutan graviti, h = ketinggian
dari bumi

tenaga keupayaan kenyal - disebabkan oleh keadaaan jasad itu


1
W= F
2 x
W = kerja yang dilakukan, F = daya, x = pemanjangan spring
Tenaga kinetik, E Tenaga kinetik ialah tenaga yang diperoleh oleh suatu jasad apabila
jasad itu bergerak.
1
E= mv 2
2
E = tenaga kinetik, m = jisim, v = halaju
Prinsip Prinsip keabadiaan tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh
keabadiaan dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk
tenaga ke bentuk yang lain.
Bab 3 – Sifat Jirim

Gerakan Brown Gerakan Brown bermaksud gerakan dalam arah yang berubah-ubah
secara tidak tentu.
Pengembangan Pengembangan ialah pertambahan saiz atau isi padu pada suatu
objek itu apabila dipanaskan.
Teori kinetik jirim Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni.
Zarah-zarah itu sentiasa bergerak secara rawak.
Apabila suhu dinaikkan, zarah-zarah begerak dengan laju yang
lebih tinggi.
Terdapat daya tarikan dan daya tolakan antara zarah. Daya
tarikan bertindak apabila zarah-zarah dijauhkan. Daya tolakan
bertindak apabila zarah-zarah dirapatkan.
Andaian lain bagi teori kinetik jirim:
Zarah-zarah ini mempunyai tenaga kinetik.
Perlanggaran antara zarah-zarah gas adalah perlanggaran kenyal.
Ketumpatan, ρ Ketumpatan suatu bahan ialah jisim bagi satu unit isi padu bahan itu.
m
ρ= V
ρ = ketumpatan, m = jisim, V = isipadu
Kekenyalan Kekenyalan suatu bahan ialah kebolehan bahan itu untuk kembali ke
bentuk dan saiz asalnya apabila daya yang dikenakan ke atasnya
dialihkan.
Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan bahawa pemanjangan suatu bahan kenyal
berubah secara langsung dengan daya regangan yang bertindak
terhadapnya jika daya itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu.
Had kekenyalan Had kekenyalan (atau had kenyal) suatu spring ialah daya maksimum
yang boleh dikenakan ke atas spring itu sebelum spring itu
kehilangan sifat kekenyalannya. Jika daya regangan melebihi had ini,
spring itu tidak akan kembali kepada panjang asalnya.
F = kx
F = daya, k = kekerasan spring, x = pemanjangan spring

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Kekuatan Kekuatan suatu bahan ialah kebolehan bahan itu menahan suatu
daya luar yang bertindak ke atasnya supaya tidak dipecahkan atau
dipatahkan.
Kekuatan regangan suatu bahan ialah betapa besar daya
regangan yang dikenakan ke atasnya untuk mematahkannya.
Kekuatan mampatan suatu bahan ialah betapa besar daya
mampatan yang dikenakan ke atasnya untuk memecahkannya.
Ketegaran Ketegaran suatu bahan ialah kebolehan bahan itu menahan suatu
daya luar yang bertindak ke atasnya tanpa mengubah bentuk atau
saiz bahan itu.
Tegangan Tegangan permukaan merupakan satu sifat semula jadi cecair di
permukaan mana terdapat daya yang bertindak di sepanjang permukaannya dan
menyebabkan permukaan cecair itu bertindak seperti selapis kulit
kenyal.
Permukaan cecair sentiasa berada dalam keadaan yang tegang dan
bertindak untuk mencapai luas permukaan yang minimum.
Daya lekitan Daya lekitan ialah daya tarikan antara molekul daripada jenis yang
sama.
Daya lekatan Daya lekatan ialah daya tarikan antara molekul daripada jenis yang
berlainan.
Tekanan, P Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak secara normal per
unit luas permukaan sentuhan.
F
P=
A
P = tekanan, F = daya, A = jumlah luas permukaan bersentuhan.
Tekanan dalam cecair bertindak dalam semua arah tanpa
bergantung kepada saiz atau bentuk bekas.
Tekanan atmosfera ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera
ke atas permukaan bumi.
Prinsip Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila apabila suatu objek
Archimedes direndamkan sebahagiannya atau sepenuhnya di dalam suatu cecair,
objek itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat
bendalir yang disesarkan.
Prinsip Archimedes juga benar untuk objek di udara. Semua objek
yang menyesarkan udara dan objek di udara juga mengalami daya
tujah ke atas.
Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada
permukaan suatu cecair dalam bekas tertutup akan dipindah dengan
seragam ke seluruh bahagian bendalir itu.
F1 F2
=
A1 A2
F = daya, A = luas
Prinsip Bernoulli Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju bendalir
bertambah, tekanan dalam bendalir itu berkurang.
Suhu, T Suhu ialah darjah kepanasan suatu objek.
Haba Haba ialah tenaga yang dipindah dari objek yang panas ke objek
yang sejuk.
Keseimbangan Apabila 2 objek berada dalam keseimbangan terma, kadar
terma bersih pemidahan tenaga antara 2 objek itu adalah sifar.
2 objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai
suhu yang sama.
Sifat termometri Sifat fzikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat
termometri.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Muatan haba, C Suatu objek yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan
Bab 4 – Haba & Tenaga

kuantiti haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya sebanyak 1


0
C.
Q = Cθ
Q = haba yang dibebaskan, θ = perubahan suhu, C = muatan haba
Muatan haba suatu objek bergantung pada:
jisim, m
jenis bahan objek itu
suhu bahan objek itu, T
Muatan haba Q
c=
tentu, c Muatan haba tentu suatu bahan, mθ ditakrifkan sebagai haba
yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 10C bagi 1 kg
bahan itu dan unitnya ialah J kg-1 0C-1.
1 2
mv
Q = mcθ = Pt Q= mgh = 2 (jika terdapat perubahan
Q Q
tenaga)
1 C= θ manakala, c = mθ maka, C
θ∝
m dan θ∝Q dan mθ∝Q
Q = haba yang dibebaskan, m = jisim objek, c = muatan haba tentu,
θ = perubahan suhu, C = muatan haba, g = pecutan graviti, h =
ketinggian dari bumi, v = halaju, P = kuasa peralatan elektrik, t =
masa
Haba pendam Haba pendam ialah haba yang diserap atau haba yang dikeluarkan
semasa perubahan keadaan jirim. Makna “pendam” dalam konteks
haba pendam ialah penyerapan dan pengeluaran haba yang tidak
ditunjukkan oleh perubahan suhu.
Haba pendam Haba pendam tentu pelakuran suatu bahan ialah haba yang
tentu, L diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada pepejal
kepada cecair pada suhu tetap.
Haba pendam tentu pengewapan suatu bahan ialah haba yang
diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada cecair
kepada gas pada suhu tetap.
Q = mL = Pt
Q = kuantiti haba yang dibebaskan/diserap, m = jisim bahan, L =
haba pendam tentu, P = kuasa peraatan elektrik, t = masa
Penyejatan Penyejatan ialah perubahan cecair kepada wap pada sebarang suhu
yang lebih rendah daripada takat didih cecair itu secara berterusan
dan melibatkan permukaan cecair sahaja.
Kadar penyejatan bertambah jika:
luas permukaan bertambah
suhu cecair bertambah
kelembapan sekeliling berkurang
angin bertiup
tekanan udara berkurang
Pendidihan Pendidihan ialah perubahan pada keseluruhan bahagian cecair
kepada gas pada takat didih cecair itu.
Takat pendidihan bertambah jika:
bendasing dilarutkan ke dalam cecair
tekanan udara bertambah

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Tekanan gas molekul gas sentiasa bergerak bebas rawak dengan laju yang
tinggi.
gerakan molekul yang rawak menyebabkan dinding bekas
dilanggar oleh molekul gas.
molekul yang berlanggar dinding bekas akan melantun balik
dan mengalami perubahan momentum.
perubahan momentum ini menyebabkan satu daya dikenakan
pada dinding bekas.
jumlah daya pada dinding bekas per unit luas permukaan ialah
tekanan yang dikenakan oleh gas itu.
Hukum Boyle Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap,
tekanan gas itu adalah berkadar songsang dengan isi padunya jika
suhu gas itu adalah tetap.
1
P∝
V , maka, P1V1 = P2V2
P = tekanan gas, V = isi padu gas
Hukum tekanan Hukum tekanan menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap,
tekanan gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya
jika isi padu gas itu adalah tetap.
P1 P2
=
P∝T , maka, T1 T 2
P = tekanan, T = suhu mutlak
Hukum Charles Hukum Charles menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap,
isi padu gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya
jika tekanan gas itu adalah tetap.
V1 V 2
=
V ∝T , maka, T1 T2
Hukum gas PV
semester T = pemalar
P = tekanan gas, V = isi padu gas, T = suhu mutlak
Pantulan cahaya Pantulan cahaya merupakan pembalikkan cahaya daripada suatu
Bab 5 – Cahaya & Penglihatan

permukaan. Cahaya dipantul daripada suatu permukaan dapat


dilihat. Pantulan seragam cahaya daripada permukaan cermin yang
rata membentuk imej pada cermin. Imej tidak dihasilkan oleh sehelai
kertas kerana permukaannya tidak rata menyebabkan pantulan
cahaya tidak seragam.
Hukum pantulan sudut pantulan adalah sentiasa sama dengan sudut tuju.
cahaya sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal berada pada satah
yang sama.
Titik fokus Titik di mana semua pantulan akan menumpu pada.
Panjang fokus Jarak di antara titik fokus dengan cermin / kanta.
Pembiasan cahaya Pembiasan cahaya ialah suatu fenomena di mana alur cahaya
mengubah arahnya apabila merambat dari satu medium ke satu
medium lain yang berlainan ketumpatan.
Cahaya merambat lebih perlahan dalam medium yang lebih
tumpat. Oleh itu, dalam suatu medium lut sinar yang lebih
tumpat, halaju cahaya menjadi perlahan. Perubahan kelajuan
cahaya menyebabkan pembiasan cahaya berlaku.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Hukum pembiasan Hukum pembiasan menyatakan bahawa apabila suatu sinar cahaya
/ merambat dari satu medium ke medium yang lain,
Hukum Snell sinar tuju, sinar pembiasan, dan garis normal terletak pada satah
yang sama.
nisbah sin i kepada sin r adalah suatu pemalar, iaitu
sin i
sin r = pemalar
Indeks pembiasan Suatu ukuran yang menunjukkan banyaknya suatu sinar cahaya
terbias apabila merambat melalui suatu medium dari vakum atau
bahan lut cahaya.
sini c D 1
n= = = =
sin r v d sin C
n = indeks pembiasan, i = sudut tuju, r = sudut terbias, c = laju
cahaya dalam vakum, v = laju cahaya dalam medium, D = dalam
nyata, d = dalam ketara, C = sudut genting
indeks pembiasan: 1. udara = 1.00
2. air = 1.33
3. perspek = 1.49
4. kaca = 1.48 – 1.96
5. intan = 2.42
Pantulan dalam Fenomena pantulan cahaya di permukaan dalam suatu medium ialah
penuh pantulan dalam penuh.
Sudut genting Sudut genting ditakrifkan sebagai sudut tuju apabila sudut
penbiasan sama dengan 900
Syarat-syarat berlakunya pantulan dalam penuh:
sinar cahaya harus merambat dari medium yang lebih tumpat ke
medium yang kurang tumpat.
sudut tuju lebih besar daripada sudut genting bagi 2 medium
berkenaan.
1
n=
sinC
n = indeks pembiasan, C = sudut genting
Kanta cembung Kanta cembung adalah lebih tebal di pusat kantanya daripada sisi
kanta, juga dipanggil kanta penumpu.
Kanta cekung Kanta cekung adalah lebih tebal di sisi kantanya daripada pusat
kantanya, juga dipanggil kanta pencapah.
Kuasa kanta Kuasa kanta ditakrifkan sebagai songsangan panjang fokus.
1
P=
f
P = kuasa kanta, f = panjang fokus (diopter, D)
kuasa kanta cembung adalah positif
kuasa kanta cekung adalah negatif
Pembesaran Nisbah imej kepada tinggi objek disebut pembesaran linear
linear, m h v
m= i =
ho u
1 1 1
+ =
u v f
m = pembesaran linear, hi = tinggi imej, ho = tinggi imej, v = jarak imej,
u = jarak objek, f = jarak fokus
Getaran / ayunan Getaran atau ayunan ialah gerakan ulang-alik suatu sistem yang
bergetar melalui lintasan yang tetap.
Muka gelombang Muka gelombang ialah garisan atau permukaan yang
menyambungkan titik-titik yang bergerak pada fasa yang sama dan
berjarak sama dari sumber yang sama. Muka gelombang sentiasa
berserenjang dengan arah perambatan gelombang.
© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Gelombang Gelombang melintang ialah gelombang yang mana zarah-zarah
Bab 6 – Gelombang

melintang mediumnya bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah


perambatan gelombang.
Gelombang Gelombang membujur ialah gelombang yang mana zarah-zarah
membujur mediumnya bergetar pada arah yang berselari dengan arah
perambatan gelombang.
Amplitud Amplitud ialah sesaran maksimum suatu jasad dari kedudukan
keseimbangannya.
Tempoh, T Masa yang diambil oleh suatu jasad untuk membuat satu ayunan
atau getaran lengkap dikenali sebagai tempoh.
Bandul ringkas

T=2π
√ l
g
T = tempoh ayunan, l = panjang tali bandul, g = pecutan graviti
Spring berbeban

T=2π
√ m
g
T = tempoh ayunan, m = jisim, g = pecutan graviti
Frekuensi, f Frekuensi, f ialah bilangan getaran lengkap yang dibuat dalam 1
saat.
1
f=
T
f = frekuensi, T = tempoh ayunan
Panjang Panjang gelombang, λ ialah jarak di antara 2 titik berturutan yang
gelombang, λ mempunyai sesaran yang sama serta bergerak dalam arah yang
sama.
v=f λ
v = halaju gelombang, f = frekuensi, λ = panjang gelombang
Pelembapan Suatu sistem dikatakan mengalami pelembapan jika amplitud
getarannya semakin berkurang dengan masa. Geseran sistem itu
dengan udara menyebabkan tenaga terlesap daripada sistem itu
berbentuk haba.
Pelembapan luar – iaitu sistem kehilangan tenaga dalam bentuk
haba disebabkan oleh daya geseran dari udara.
Pelembapan dalam – iaitu sistem kehilangan tenaga dalam
bentuk haba disebabkan molekul-molekul sistem yang
direnggang dan dimampat.
Frekuensi asli Frekuensi asli suatu sistem bergetar ialah frekuensi sistem itu
bergetar secara bebas tanpa tindakan sebarang daya luar ke
atasnya.
Resonans Resonans ialah suatu fenomena di mana suatu sistem dipaksa
bergetar pada frekuensi aslinya dengan amplitud yang maksimum.
Sistem ini berayun dengan amplitud maksimum kerana menerima
tenaga yang maksimum daripada sistem luar yang memaksanya.
Pantulan Pantulan gelombang berlaku apabila gelombang tuju terkena suatu
gelombang pemantul dan dibalikkan.
Ciri-ciri gelombang yang dipantulkan:
Pantulan gelombang mematuhi hukum pantulan kerana sudut
tuju adalah sama dengan sudut pantulan.
Panjang gelombang bagi gelombang tuju adalah sama dengan
panjang gelombang bagi gelombang yang dipantul.
Frekuensi bagi gelombang tuju, gelombang pantulan, dan
penggetar adalah sama.
Gelombang yang dipantulkan mempunyai magnitud halaju yang
sama tetapi arah yang berlainan dengan gelombang.
© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Pembiasan Pembiasan gelombang berlaku apabila arah perambatan gelombang
gelombang tersebut berubah disebabkan oleh perubahan laju gelombang
tersebut semasa merambat dari suatu medium ke suatu medium
yang berlainan kedalaman.

Ciri-ciri gelombang terbias:


Panjang gelombang bagi gelombang air di kawasan air dalam
adalah lebih besar daripada panjang gelombang bagi gelombang
air di kawasan cetek.
Frekuensi gelombang air di semua kawasan sama dengan
frekuensi penggetar.
Magnitud halaju gelombang di kawasan air dalam adalah lebih
besar daripada kawasan air cetek.
Gelombang terbias mendekati garis normal apabila merambat
dari kawasan dalam ke kawasan cetek pada sudut tuju bukan
sifar.
Gelombang air dibiaskan menjauhi garis normal apabila
merambat dari kawasan cetek ke kawasan dalam.
Dalam pembiasan gelombang, frekuensi f tetap,
v
f=
λ
v1 v2
=
maka λ1 λ2
v = halaju gelombang, λ = panjang gelombang
Belauan Belauan gelombang ialah penyebaran gelombang yang berlaku
gelombang apabila gelombang merambat melalui satu celah atau halangan.

Ciri-ciri gelombang terbelau:


Panjang gelombang tidak berubah.
Frekuensi gelombang air di semua kawasan sama dengan
frekuensi penggetar.
Arah gerakan gelombang yang terbelau berubah.
Frekuensi dan panjang gelombang yang terbelau tidak berubah.
Bentuk gelombang terbelau berubah mengikut keadaan.
Faktor: 1. saiz gelombang celah.
2. panjang gelombang, λ.
Prinsip Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila 2 atau lebih
superposisi gelombang merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang
sama, sesaran paduan pada titik itu adalah sama dengan jumlah
secara vektor bagi sesaran setiap gelombang individu.
koheren 2 gelombang yang koheren mempunyai frekuensi yang sama dan
fasa atau beza fasa yang sama.
Interferens Interferens ialah fenomena gelombang yang berlaku apabila dua
lebih gelombang saling bertindih antara satu dengan yang lain.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Interferens Apabila puncak / lembangan gelombang dari kedua-dua gelombang
membina bertemu dan menghasilkan puncak / lembangan gelombang paduan
dengan amplitud secara hasil tambah vektor. Interferens membina
dikatakan berlaku.
ax
a λ=
D
λ = panjang gelombang, a = jarak di antara 2 punca koheren, x =
x jarak pemisahan
D Garis antinod Punca gelombang

Garis nod

Interferens Apabila puncak gelombang dari satu punca bertemu dengan


memusnah lembangan gelombang dari satu punca yang lain dan menghasilkan
satu kawasan yang tenang. Interferens memusnah dikatakan
berlaku.
Antinod Antinod ialah tempat interferens mebina berlaku.
Nod Nod ialah tempat interferens memusnah berlaku.
Bunyi Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang bergerak dalam bentuk
gelombang.
Gelombang bunyi Gelombang bunyi ialah suatu gelombang mekanikal yang
memerlukan bahan atau medium untuk perambatan dan terhasil oleh
sistem bergetar serta merupakan gelombang membujur.
Kenyaringan Kenyaringan ialah kekuatan not bunyi yang didengar.
Bertambah jika:
amplitud gelombang bunyi bertambah tidak mengubah
frekuensi bunyi.
Kelangsingan Kelangsingan ialah ketinggian not bunyi yang didengar.
Bertambah jika:
frekuensi gelombang bertambah.
Kualiti Kualiti suatu not muzik bergantung kepada bentuk gelombang bunyi
yang dihasilkan oleh alat muzik.
Not-not kalian Not-not kalian ialah gandaan frekuensi asas.
Gema Gema ialah pantulan gelombang dari permukaan keras.
Frekuensi audio Frekuensi audio ialah julat frekuensi yang boleh didengar oleh
manusia, 20 Hz –20000 Hz.
Infrasonik Infrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi kurang
daripada had pendengaran manusia, iaitu kurang daripada 20 Hz.
Ultrasonik Ultrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi lebih
daripada had pendengaran manusia, lebih daripada 20000 Hz.
Sonar Sonar ialah suatu sistem pembunyian gema yang menggunakan
gelombang ultrasonik untuk mengukur kedalaman laut dan
mengesan objek-objek di dalam sungai.
t
d=v×
2
d = kedalaman laut, v = halaju ultrasonik, t = masa antara
pemancaran denyutan dengan penerimaan semula gelombang itu.
Polaroid Polaroid ialah sejenis bahan yang hanya membenarkan gelombagn
cahaya melaluinya pada satu satah sahaja. Gelombang melintang
yang melaluinya mengalami pengutuban.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Parutan belauan Parutan belauan ialah sekeping kaca nipis yang mempunyai banyak
celah halus yang rapat dan selari serta sekata.
1
d= ×10−2 m
N
d = jarak pemisahan antara 2 celah, N = Bilangan celah per cm
Tertib Tertib Tertib Tertib Tertib
kedua pertama sifar pertama kedua
m=2 m=1 m= m=1 m=2
0

MOKHBIU MOKHBIU Cahaya UIBHKOM UIBHKOM


Spektrum Spektrum putih Spektrum Spektrum
cahaya cahaya cahaya cahaya

U = ungu, I = indigo, B = biru, H = hijau, K = kuning, O = oren, M = merah

nλ=d sinθ
n = nombor tertib belauan, λ = panjang gelombang cahaya, d = jarak pemisahan
celah,
θ = sudut belauan
Gelombang Gelombang elektromagnet terdiri daripada getaran medan magnet
elektromagnet dan getaran medan elektrik yang saling berserenjang.
1. Sinar gama, γ – λ = 10-14 – 10-16 m
 Dihasilkan dalam tindak balas nuklear seperti pembelahan
nukleus
 Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang
tinggi.
 Membunuh sel-sel kanser.
 Mensterilkan peralatan pembedahan.
 Mengawet makanan.
 Membunuh serangga perosak dalam bidang pertanian.
 Mengesan ketidaksempurnaan atau kehausan enjin kereta.
2. Sinar–X – λ = 10-11 – 10-8 m
 Dihasilkan dalam tiub sinar–X apabila elektron berjalaju tinggi
dihentikan oleh sasaran logam berat.
 Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang
tinggi.
 Mengesan kecacatan tulang dan tulang yang patah. (Sinar–X
lembut)
 Menyiasat kecacatan struktur binaan dan bahagian dalaman
sesuatu
 mesin atau enjin.
 Menyelidik struktur hablur dan menentukan unsur-unsur
dalam suatu bahan.
 Memeriksa beg dan barangan penumpang di lapangan
terbang.
(Sinar–X keras).

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
3. Sinar ultralembayung / ultraungu – λ = 10-10 – 10-7 m
 Dihasilkan oleh Matahari, lampu wap merkuri, dan jasad
lampau panas.
 Boleh diserap oleh kaca dan lapisan ozon.
 Boleh menyebabkan tindak balas kimia, kebakaran kulit, dan
kanser kulit.
 Merawat kulit jika disinar dengan keamatan yang sesuai untuk
memperoleh Vitamin D (panjang gelombang yang lebih
pendek).
 Mengesan wang kertas palsu.
4. Cahaya nampak – λ = 4 ¿ 10-7 – 8 ¿ 10-7 m ( dari merah ke
ungu )
 Dihasilkan oleh Matahari, nyalaan mentol, tiub nyahcas, api,
lampu iklan.
 Terdiri daripada 7 warna yang masing-masing mempunyai
panjang gelombang dan frekuensi yang berlainan.
 Membolehkan kita melihat objek di sekeliling dan mengambil
gambar.
 Membolehkan tumbuhan hijau menjalankan proses
fotosistesis.
 Cahaya melalui gentian optik digunakan untuk melihat
keadaan tisu dan organ.
 Cahaya laser dalam gentian optik digunakan dalam sistem
komunikasi.
5. Sinar inframerah – λ = 4 ¿ 10-7 – 8 ¿ 10-7 m
 Dihasilkan oleh Matahari, pemanas, dan semua benda yang
panas atau membara.
 Merupakan sinaran haba.
 Boleh menyebabkan rasa paans.
 Digunakan dalam fisioterapi, bambar yang diambil dengan
sinar ini digunakan untuk menyiasat fungsi organ dalam
badan.
 Gambar foto sinar inframerah yang diambil oleh satelit
membekalkan maklumat untuk penyiasatan.
6. Gelombang radio / mikro – λ = 10-3 – 103 m
 Dihasilkan oleh arus elektrik yang berayun pada arial
pemancar dan cas-cas bergetar.
 Boleh membawa maklumat seperti isyarat suara dan gambar.
 Penting dalam bidang telekomunikasi.
 Gelombang mikro digunakan:
 Dalam komunikasi seperti satelit, radar, dan perhubungan
telefon antarabangsa.
 Sebagai radar pengesan bagi kapal, kapal terbang, dan
misil.
 Untuk memasak makanan melalui ketuhar gelombang
mikro.
 Gelombang VHF dan UHF digunakan dalam sinaran radio dan
televisyen.
 Gelombang pendek, sederhana dan panjang (SW, MW, dan LW)
sesuai digunakan:
 Untuk siaran radio tempatan kerana gelombang ini senang
dibelaukan mengelilingi halangan.
 Untuk siaran radio jarak jauh kerana gelombang ini dapat
dipantulkan oleh lapisan ionosfera dan tidak diganggu oleh
cuaca buruk.
Modulasi Modulasi ialah suatu proses penggabungan isyarat audio ( isyarat
maklumat ) seperti suara, muzik dan sebagainya dengan gelombang
pembawa ( isyarat pembawa ).

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Beza keupayaan, Kerja yang dilakukan untuk memindahkan 1 unit cas(1 coulomb) dari
V satu titik ke titik yang lain dalam medan elektrik.
 2 titik dalam medan elektrik
 kerja yang dilakukan E V = beza keupayaan
 1 unit cas yang dipindahkanV =Q I = Arus elektrik
ATAU V =IR R = Rintangan
 2 titik dalam litar elektrik E = kerja / tenaga
 kuasa yang dipindahkan Q = cas yang dipindahkan
 1 unit arus yang mengalir
Arus elektrik, I Kadar Pengaliran Cas (Unit = Ampere).
Charge (cas) is the quantity of electricity responsible for electric
phenomena. It is defined as the product of current flow & the time. Unit
is coulomb.

Rintangan, R Nisbah beza keupayaan, V, terhadap arus, I .


Resistance is the physical property of an element or device that impedes
the flow of current: it is represented by the symbol R. The unit is Ohm.
Hukum Ohm Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan V, yang merentasi
satu kondoktor logam berubah secara langsung dengan arus I, jika
suhu dan sifat fizik lain adalah tetap.
Ohm’s Law states that the voltage across a material is proportional to
the current flow through it provided that the physical quantities (i.e.:
temperature) are constant.
 Bahan yang berkenaan: Konduktor logam
V V
= pemalar= R=
 Hubungan: V ∝I maka, I rintangan I
 Syarat: Jika suhu dan sifat lain tetap

V = beza keupayaan, I = Arus, R = rintangan


Fenomena Fenomena kesuperkonduksian, iaitu rintangan elektrik tiba-tiba
kesuperkonduksia hilang apabila disejukkan ke suatu suhu genting tertentu oleh cecair
Bab 7 & 8 – Elektrik & Elektromagnet & Elektronik

n penyejuk seperti cecair oleum.


Superkonduktor Bahan yang berkeupayaan membawa arus elektrik tanpa sebarang
rintangan. Bahan ini berpotensi menjadi bahan industri penting pada
masa depan.
Keistimewaan:
 Mengalirkan arus tanpa rintangan dengan kehilangan tenaga
yang minimum.
 Membatalkan medan magnet yang dikenakan.
Arus terus ( Direct Arus mantap yang mengalir dalam satu arah sahaja dalam suatu litar.
current ) It is a unidirectional current of constant magnitude. It is independent
of time.
Arus ulang-alik Arus yang nilainya(magnitudnya) dan arah pengalirannya sentiasa
( Alternating berubah secara berkala terhadap masa.
current ) It is a function in which the signal has positive portion & negative
current portion alternately. In our studies we normally refer
alternating current as sinusoidal function which its function follows
the sine equation for a particular frequency & amplitude.
Daya gerak Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sumber apabila 1 coulomb cas
elektrik(D.G.E) mengalir melaluinya dari satu terminal ke satu terminal yang lain.
E = D.G.E. Electric Motion
Force (E.M.F.)
V = beza keupayaan
I = Arus

E = IR + Ir
E = V + Ir
E=V+v
Rintangan dalam Rintangan yang diberi oleh bahan kimia (elektrolit) di dalam bateri.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Medan lastik Daya yang tak seimbang dalam medan magnet yang terhasil akibat
saling tindakan antara medan kekal dengan medan magnet yang
dibentuk oleh konduktor lurus yang membawa arus.
Peraturan Ciri-ciri medan magnet hasil daripada dawai lurus yang membawa
genggaman arus:
tangan kanan  Garis medan magnet adalah membulat.
 Medan yang menghampiri dawai adalah lebih kuat.
 Kekuatan magnet yang dihasilkan bergantung kepada saiz
keratan dawai dan saiz arus dalam dawai.
 Arah medan magnet akan disongsangkan jika arah arus
disongsangkan, tetapi corak medan kekal sama.
Peraturan genggaman tangan kanan bagi dawai lurus:
 Ibu jari: arah arus
 Jari lain: arah medan magnet
Peraturan genggaman tangan kanan bagi solenoid:
 Ibu jari: arah kutub utara
 Jari lain: arah arus mengalir dalam solenoid
Hukum Lenz Hukum Lenz menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil sentiasa
mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang
menghasilkannya.
Hukum Faraday Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitude D.G.E teraruh
berubah secara langsung kepada kadar perubahan fluks magnet
melaluisesuatu gegelung atau kadar fluks magnet dipotong.
Peraturan tangan  Ibu jari: arah daya bertindak, motion
kiri Fleming  Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara) , field
 Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal
negatif), current
 Bagi motor dan ada punca seperti bateri
 Tenaga kinetik kepada tenaga mekanik
Peraturan tangan  Ibu jari: arah gerakan dawai, motion
kanan Fleming  Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara), field
 Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal
negatif), current
 Bagi penjana dan tiada punca seperti bateri
 Tenaga mekanik kepada tenaga kinetik
Proses pendopan Sifat kekonduksian bahan semikonduktor juga dapat ditambah
dengan memasukkan kuantiti kecil benda asing yang terkawal ke
dalam kekisi hablur bahan semikonduktor. Proses ini dikenali sebagai
pendopan.
Transistor Transistor merupakan suatu peranti elektronik yang bertindak
sebagai perintangboleh ubah (transfer resister) yang dapat
mengawal arus dan beza keupayaan dalam suatu litar elektronik.
 Tapak, B (base)
 Pengeluar, E (emitter)
 Pengumpul, C (collector)
Transformer Transfomer ialah suatu alat yang digunakan untuk meningkatkan
dan menurunkan beza keupayaan suatu bekalan arus ulang-alik.
Get Logik Get logik ialah peranti elektronik yang mempunyai satu atau
beberapa inout dan hanya satu output.
Medan elektrik Kawasan di mana cas yang berada di situ akan mengalami daya
elektrik.
Kecekapan tenaga Pengurusan tenaga yang cekap & mengelakkan pengunaan tenaga
yang berlebihan. Ini merangkumi menjalani aktiviti untuk
meminimumkan pengunaan tenaga semasa melakukan sesuatu kerja.
Radioisotop Radioisotop ialah atom-atom unsur itu yang mempunyai bilangan
proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Keradioaktifan Keradioaktifan ialah proses reputan nukleus yang tidak stabil dengan
Keradioaktifan

memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi stabil, misalnya


zarah-α , zarah-β, dan sinar-γ.
Sinaran latar Sinaran latar belakang merupakan sinaran radiokatif yang wujud di
belakang Bumi (dalam jumlah yang kecil secara relatif), berasal dari sumber
semula jadi dan bukan semula jadi serta dari sinaran kosmik.
Contoh: Karbon –14 dihasilkan secara berterusan daripada nitragen –
14 oleh hentaman sinaran kosmik yang memasuki lapisan
atmosfera dari angkasa lepas.
14 14 0
7 N → 6 C+−1 e + tenaga
0 14 14
−1 e = zarah beta, 7N
= karbon –14, 7 N = nitrogen –14
Bilangan latar Bilangan latar belakang merupakan pengukuran bagi sinaran latar
belakang belakang.
Pelakuran nukleus Percantuman 2 nukleus ringan untuk membentuk 1 nukleus yang lebih
berat.
4
Zarah – α = zarah alfa = 2 He

0
Zarah – β = zarah beta = −1 e
Sinar – γ = sinar gama
2
Contoh: 1 H+ 21 H → 42 He+tenaga
2 3 4 1
1 H+ 1 H → 2 He+ 0 n+tenaga
4 4 4 12
2 He+ 2 He+ 2 He→ 6 C+tenaga

1 4
1H = Hidrogen 2 He
= zarah alfa (α ) =
2 4.002603 u.j.a.
1H = Deuterium = 2.014102 1
u.j.a. 0n = Neutron = 1.0086649
3 u.j.a.
1H 12
= Tritium = 3.016029 u.j.a.
= Karbon –12 6C
Pembelahan Pemecahan 1 nukleus berat kepada 2 nukleus ringan.
nukleus Proses pemecahan nukleus berjisim besar (bila dihentam oleh
neutron) kepada dua nukleus (jisim hampir sama) yang lebih ringan
disertai dengan pembebasan tenaga.
235 1 236 148
La+ 85
1
Contoh: 92 U + 0 n→ 92 U → 57 35 Br+3 0 n+tenaga
Pembelahan Pembelahan nukleus yang berlaku secara semula jadi, iaitu tanpa
spontan bantuan agen luar. Ini boleh berlaku atas nukleus berat, seperti
isotop uanium –238.
Pembelahan Pembelahan aruhan satu nukleus dijadikan tidak stabil secara buatan
aruhan iaitu dengan dilanggar oleh zarah (sering kali neutron), yang
kemudiannya diserap. Tidak semua nukleus yang dapat dibelah
dengan cara ini, nukleus yang dapat berbuat demikian, contohnya
uranium-235 dan plutonium-239 diterangkan sebagai fisile. Jika
terdapat terlalu banyak nukleus yang fisile dalam suatu bahan,
neutron yang dibebaskan melalui pembelahan aruhan, tindak balas
berantai berlaku. Jika tidak dapat dikawal, letupan berlaku.

© Copyright reserved
Takrifan & hukum-hukum Fizik
Reputan alfa, α Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan zarah alfa ( α ).
A
Z X → A−4 4
Z−2 X + 2 He+tenaga
238 234 4
contoh: 92 U → 90 Th+ 2 He+tenaga
Reputan beta, β Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan zarah beta ( β ).
A A 0
Z X → Z+1 X +−1 e+tenaga
1 1 0
contoh: 0 n→ 1 p+ −1 e
Reputan gama, γ Reputan gama berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput
dengan memancarkan zarah gama (γ ).
60 60
Contoh: 27 Co→ 27 Co+γ
214 214 0
83 Bi→ 84 Po+ −1 e+γ
Setengah hayat Masa yang diambil untuk kereaktifannya/ jisimnya berkurang menjadi
setengah daripada nilai asalnya.
Jisim genting Jisim sampel uranium yang minimum untuk menyebabkan tindak
balas berantai (satu siri pembelahan nukleus yang berterusan.)
Unit jisim atom Unit jisim atom ialah satu per dua belas daripada jisim satu atom
(u.j.a.) 12
karbon –12 ( 6 C )
Radiologi Radiologi ialah kajian tentang keradioaktifan dan sinaran-X,
terutamanya kegunaannya dalam bidang perubatan.
Radioterapi Radioterapi merupakan sejenis rawatan perubatan yang
menggunakan sinaran radioaktif yang dipancarkan oleh radioisotop
untuk memusnahkan sel malignan (sel kanser) dengan menggunakan
sinaran dalam dos yang terkawal.
Pentarikhan Merupakan cara mengira masa yang berlalu dari masa suau benda
radiokarbon / mati. Semua benda menerima sedikit karbon –14 (suatu radioisotop
pentarikhan yang diserap dari amosfera) yang terus memancarkan sinaran
karbon selepas benda hidup mati. Separuh hayat karbon –14 = 5700 tahun.

© Copyright reserved

You might also like