You are on page 1of 33

1

Kandungan

Topik Muka surat

1. Umbang Ditalian Atas Voltan Rendah

1.1 Fungsi umbang 3


1.2 Bahan-bahan yang digunakan pada umbang 3–5
1.3 Kedudukan sepit umbang 6–7
1.4 Jenis – jenis umbang 7 – 10

2. Sambat Umbang – Penamatan / Percantuman Dawai

2.1 Sambat didal 11


2.2 Sambat penebat umbang 11
2.3 Percantuman bumi bahagian atas umbang 12

3. Daya-daya Yang Terdapat Pada Talian Atas

3.1 Tiupan angin 13


3.2 Berat pengalir dan bahan pepasangan 14
3.3 Daya yang terjadi pada tiang disebabkan oleh
tegangan pengalir 14 – 16

4. Beban Kerja Umbang

4.1 Beban kerja rod dan pelit umbang 17 – 18


4.2 Beban kerja dawai umbang 18
4.3 Beban kerja penebat umbang 18

5. Daya Pada Umbang

5.1 Tiang tamatan 19 – 20


5.2 Tiang sudut 21 – 22

6. Jarak Umbang

6.1 Jarak umbang bagi sesuatu umbang 23


6.2 Jarak umbang maksima sesuatu umbang 24
6.3 Jarak umbang minima sesuatu umbang 24

2
Kandungan

Topik Muka surat

7. Pemelihan Dan Penentuan Umbang

7.1 Carta pemilihan umbang 24


7.2 Penggunaan umbang terbang 25
7.3 Penggunaan umbang penolak luar dan tiang sokong 25
7.4 Penggunaan umbang sementara 25

8. Pemasangan Umbang

8.1 Pemilihan umbang 26 – 28


8.2 Menentukan arah / kedudukan umbang 29 – 30
8.3 Pengalian lubang umbang 31
8.4 Pemasangan pelit dan rod umbang 31

3
1 UMBANG DITALIAN ATAS VOLTAN RENDAH

1.1 Fungsi

Fungsi umbang adalah untuk memperseimbang daya-daya yang


dihasilkan oleh tegangan dawai pengalir serta daya-daya yang
terhasil disebabkan tiupan angin ditalian supaya tiang tegak.

1.2 Bahan-Bahan Yang Digunakan Pada Umbang

1.2.1 Dawai Umbang

Dawai umbang yang digunakan adalah dari jenis dawai


keluli galvanis berlembar Grade 700 N/mm² ( kuantiti 45
tan ). Saiz-saiz yang boleh didapati adalah seperti berikut:-

Saiz Beban Putus Beban Kerja Selamat Berat


mm kN kG kN kG kG / m
7/2.00 15.4 1571 6.16 628 0.17
7/2.65 27.0 2754 10.8 1102 0.30
7/3.25 40.65 4146 16.26 1659 0.46

Nota : Dawai umbang bersaiz 7/3.25 mm Gred 700 digunakan


sebagai dawai umbang utama bagi semua pembinaan talian
atas voltan rendah.

1.2.2 Komponen – Komponen Umbang

Lain – lain komponen yang digunakan pada umbang


adalah:-

a) Sepit Umbang
b) Penyelaras Berpusing.
c) Didal
d) Penebat Umbang
e) Bebusar Umbang Dan Didal
f) Rod Dan Pelit Umbang

4
Blade B
Blade
A

Blade B
Blade A

( Stay Clamp ) ( Universal Band )

Rajah 1 : Sepit Umbang

Rajah 2 : Penyelaras Berpusing

Rajah 3 : Didal

5
Rajah 4 : Penebat Umbang

Bebusar Umbang Dan Didal

Bebenang 300mm

Rod Umbang

Pelit Umbang

Lubang 17mm untuk rod 2 m.


Lubang 20mm untuk 2.5 m.

Rajah 5 : Bebusar Umbang dan Didal, Rod Umbang dan Pelit Umbang.

6
1.3 Kedudukan Komponen-Komponen Umbang

1.3.1 Kedudukan Sepit Umbang

Pada penggunaan satu umbang, sepit umbang hendaklah


ditempatkan di antara fasa merah dengan fasa kuning.

Rajah 6 : Kedudukan Sepit Umbang Satu Umbang

Pada penggunan dua umbang, sepit umbang hendaklah


ditempatkan antara fasa merah dengan fasa kuning dan satu
lagi sepit umbang dipasang di antara fasa biru dengan
pengalir lampu jalan.

Rajah 7 : Kedudukan Sepit Umbang Dua Umbang

7
1.3.2 Kedudukan Penebat Umbang

Penebat umbang mestilah ditempatkan sekurang-kurangnya


3.05 meter ( 10 kaki ) daripada permukaan tanah. Didalam
penggunaan umbang biasa jarak diantara didal dengan
penebat umbang ditetapkan sepanjang 2 meter supaya
kelegaan minima tersebut sentiasa diperolehi.

2 meter

Kelegaan
Minima
3 meter

Rajah 8 : Kedudukan Penebat Umbang

1.4 Jenis-Jenis Umbang

Jenis – jenis umbang yang digunakan pada talian atas adalah


seperti berikut:-

a) Umbang Biasa ( satu umbang ) Rajah 9


b) Umbang Biasa ( dua umbang ) Rajah 10
c) Umbang Terbang Rajah 11
d) Umbang Penolak Luat Rajah 12
e) Tiang Sokong Rajah 13

8
Rajah 9 : Umbang Biasa ( satu umbang )

Rajah 10: Umbang Biasa ( dua umbang )

9
PENYELARAS
DUA UMBANG BERPUSING
TERBANG

PENGALI
R CANTUMAN
BUMI
MELINTASI JALAN
MINIMA 5.5 METER

Rajah 11 : Pepasangan Umbang Terbang

Bingkai Penolak
1 meter Luar Umbang

Penebat
Umbang

Bebusar
0.63 meter Umbang

1.5 Rod Umbang


meter 2.5 meter x 19 mm

Pelit Umbang

Rajah 12 : Pepasangan Umbang Penolak Luar.

10
300 mm

Sepit Umbang

Tiang Sokong
Tiang Keluli

1.5
Pelit Tiang meter

Rajah 13 : Pepasangan Tiang Sokong.

11
2.0 SAMBAT UMBANG – PENAMATAN / PERCANTUMAN DAWAI

2.1 Sambat Didal


Cara penamatan dawai umbang pada didal.

2.2 Sambat penebat umbang


Cara penamatan dawai umbang pada penebat.

2.3 Percantuman Bumi Bahagian Atas Umbang


Pada tiang – tiang konkrit bahagian atas umbang perlu
dicantumkan, cara percantuman dawai umbang kebumi.

Rajah 14 : Sambat Didal

Rajah 15 : Sampai Penebat Umbang

12
Rajah 16 : Percantuman Dawai Umbang Kebumi

13
3. DAYA – DAYA YANG TERDAPAT PADA TALIAN ATAS

Daya-daya yang terdapat pada sesalur talian atas disebabkan oleh:-

i) Tiupan angin

ii) Berat pengalir dan bahan-bahan pepasangan

iii) Tegangan pada pengalir

3.1 Tiupan angin

3.1.1 Arah Tiupan Angin

Talian yang dibina mestilah berupaya menahan tekanan


disebabkan oleh tiupan angin daripada pelbagai arah samada
secara melintang, sisi atau menegak.

Tekanan angin secara melintang merupakan arah yang paling


kritikal, walau bagaimanapun didalam pembinaan talian atas
voltan rendah, pemasangan umbang angin tidak dipraktikkkan.

3.1.2 Tekanan Dan Kelajuan Angin

Tekanan disebabkan oleh tiupan angin akan bertambah apabila


hadlaju angin bertiup kencang. Reka bentuk talian perlu dibuat
untuk menahan tiupan angin pada kelajuan 26.8 m/s. Pada
kelajuan ini, tekanan yang dihasilkan adalah seperti berikut:-

a) Pada talian - 527 N/m² (11 ib / ft²)


b) Pada tiang berbentuk bulat - 527 N/m² (11 ib / ft²)
c) Pada tiang empat segi - 814 N/m² (17 ib / ft²)

3.1.3 Keanjalan Tiang Disebabkan Oleh Tiupan Angin

Tiang yang mana satu hujungnya ditanam didalam tanah akan


bertindak sebagai paksi. Daya yang bertindak disebabkan oleh
tiupan angin ini akan menyebabkan berlakunya momen lentur
“ bending moment ”, oleh itu pembinaan talian voltan rendah
( tiang ) mestilah berupaya menahan momen lentur supaya ia
berada didalam lingkungan tegasan lentur “ bending stress “
sesuatu bahan tiang.

14
3.2 Berat Pengalir Dan Bahan Pepasangan

Beban tegak yang bertindak keatas tiang merupakan berat tiang


tersebut, bahan-bahan pepasangan dan “ weight span ” talian
pengalir tersebut.

3.3 Daya Yang Terjadi Pada Tiang Disebabkan Oleh Tegangan


Pengalir.

Tegangan yang dibuat pada pengalir akan menyebabkan daya-


daya dihasilkan pada tiang. Untuk memperseimbangkan daya-daya
ini, umbang perlu dipasang pada tiang secara bertentangan arah
dengan daya atau daya keupayaan yang dihasilkan oleh tegangan
dawai pengalir.

3.3.1 Tiang Tamatan

Pengalir

Daya yang dihasilkan merupakan jumlah tegangan yang dibuat


pada kesemua pengalir mengikut arah talian. Pemasangan
umbang perlu dibuat bertentangan dengan arah talian.

3.3.2 Tiang Sesalur Terus

Pengalir Pengalir

Tegangan pengalir adalah sama dikedua-dua bahagian tiang, daya


keputusan tidak terjadi, dengan itu pemasangan umbang tidak
perlukan.

15
3.3.3 Tiang Sesalur Terus Bersudut

Pengalir

Pengalir

Daya keputusan yang dihasilkan pada kedudukan atau didalam


garisan yang membahagi sudut diantara dawai pengalir.
Pemasangan umbang perlu dibina didalam garisan tersebut secara
bertentangan arah.

3.3.4 Tiang Pembahagian

Pengalir Pengalir

Sekiranya kedua-dua bahagian pengalir sama tegangannya, daya


keputusan pada tiang tidak akan terjadi dan dengan itu,
pemasangan umbang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun,
dikawasan-kawasan luar bandar dimana dahan atau pokok-pokok
kayu sering terjatuh ke atas talian, pemasangan umbang perlu
dibuat pada kedua-dua bahagian tiang tersebut. ( kedudukan sepit
umbang 75mm dibawah dawai neutral ).

Pada tiang dimana penggunaan saiz dawai pengalir atau bilangan


pengalirnya berbeza, umbang perlu dipasang.

16
3.3.5 Tiang Sesalur Terus Dengan Tamatan Tee

Pengalir Pengalir

Pengalir

Dalam kes seperti ini, daya keputusan yang terjadi terdapat pada
arah tamatan tee. Pemasangan umbang perlu dibuat pada arah
yang bertentangan dengan tamatan tee.

3.3.6 Tiga Cawang Tiang Pembahagian

Pemasangan umbang diperlukan sama seperti sebab-sebab yang


diberi pada tiang sesalur terus dengan tamatan tee.

3.3.7 Empat Cawang Tiang Pembahagian dan Sesalur Terus Dengan


Tamatan Tee

Pemasangan umbang diperlukan sama seperti sebab-sebab


yang diberi pada tiang pembahagian.

17
4.0 BEBAN KERJA UMBANG.

4.1 Beban Kerja Rod Dan Pelit Umbang

Bagi rod dan pelit umbang yang ditanam dengan kedudukannya


secara mendatar, pelit umbang tersebut boleh dianggap akan
mengalami ketarikan naik “ uplift ” dengan frustum tanah seperti di
rajah bawah.
Katakan sudut yang terjadi 30º daripada bahagian sisinya hingga
kegarisan tegak pelit dan ketumpatan tanah 1600 kg/m³

30º 30º

0.45 m

Sekiranya pelit umbang yang digunakan 0.45 m x 0.45 m berserta


dengan rod umbang 2 m yang ditanam sedalam 1.5 m, melalui
kiraan pepasangan ini dapat menahan sehingga labih kurang 4000
kg ( 39 kN ).

Sekiranya rod umbang ditanam didalam kedudukan bersudut,


beban kerja untuk pepasangan umbang ini akan berkurangan.

18
30º

30º

0.45 m

Sekiranya pelit umbang yang digunakan 0.45 m x 0.45 m berserta


dengan rod umbang 2 meter yang ditanam sedalam 1.5 meter
secara 45º daripada garisan tegak, melalui kiraan beban kerjanya
lebih kurang 3200 kg ( 31.4kN )

Didalam kerja sebenar, beban keatas rod dan pelit umbang


bergantung kepada jenis tanah dan faktor keselamatan sebanyak
2.5 perlu diambil kira.

4.2 Beban Kerja Dawai Umbang

Beban kerja bagi saiz dawai umbang 7/3.25 mm, 7/4.00 mm bagi
gred 700 adalah 16.26 kN dan 24.6 kN.

4.3 Beban Kerja Penebat Umbang

Beban pecah untuk penebat umbang didalam lingkungan 22 kN,


sekiranya faktor keselamatan 2.5 diambil kira, beban kerja selamat
untuk penebat umbang adalah 8.9 kN.

19
5.0 DAYA PADA UMBANG

5.1 Tiang Tamatan

TR
TY ξT
TB 90º - Θ
TS/L
Θ
TN

TS

Pada tiang tamatan, jumlah daya didalam talian merupakan jumlah


daya bagi setiap pengalir.

T = ξ TR + TY + TB + TS/L + TN.

Sekiranya sudut yang terjadi adalah Θº ( sudut diantara rod


umbang dengan garis tegak )

Oleh itu Tengangan pada umbang = ξ T


Cos 90º - Θº

= ξ T
Sin Θº

20
Contoh 1

Kira nilai tegangan umbang yang dipasang sekiranya kedudukan


rod umbang 45º daripada garis tegak pada tiang tamatan yang
menggunakan pengalir tak bersalut 4 x 100 mm². Jika satu umbang
hanya dapat menampung beban kerja 8.9 kN, berapa bilangan
dawai umbang diperlukan.

Jawapan

Tegangan pada pengalir 100 mm² = 2.44 kN

Tegangan pada pengalir 25 mm² = 0.61 kN

Jumlah tegangan pada talian = ( 4 x 2.44 + 0.61 ) kN.

= 10.37 kN.

Tegangan pada umbang =ξT = 10.37


Sin Θº Sin 45º

= 10.37
0.707

= 14.7 kN

@ 2 umbang yang diperlukan.

21
5.1 Tiang Sudut

90º - Sº
2
2 ξ T Cos 90º - Sº
2

Pada tiang sudut dimana sudut peralihannya Sº, dan jumlah


tegangan pada talian adalah T, oleh itu daya keputusan yang
terjadi pada tiang adalah.

2 T Cos ( 90º - Sº/2 ) = 2 T Sin Sº/2

Sekiranya sudut pada rod umbang dengan garis tegak Θº.

Maka tegangan pada umbang adalah = 2 T Sin Sº/2


Sin Θº

22
Contoh 2

Kira nilai tegangan umbang yang dipasang sekiranya kedudukan rod


umbang 45º daripada garis tegak pada tiang sudut ( sudut peralihan 60º )
yang menggunakan pengalir tak bersalut 4 x 100 mm² + 25 mm². Jika satu
umbang hanya dapat menampung beban kerja 8.9 kN, berapa bilangan
dawai umbang diperlukan ?

Jawapan

Jumlah tegangan pada talian = ( 4 x 2.44 + 0.61 ) kN

= 10.37 kN.

Maka tegangan pada umbang adalah = 2ξT Sin Sº/2


Sin Θº

= 2 x 10.37 Sin 60º/2


Sin 45º

= 20.74 x Sin 30º


0.707

@ 2 umbang diperlukan = 14.7 kN

23
6.0 JARAK UMBANG

6.1 Definasi

6.1.1 Jarak Umbang Bagi Sesuatu Umbang

Didefinasikan sebagai jarak diantara pangkal tiang sehingga


ke rod umbang yang keluar daripada permukaan tanah.

Jarak
Umbang

6.1.2 Jarak Umbang bagi penggunaan dua umbang

Didefinasikan sebagai jarak diantara pangkal tiang sehingga


titik ditengah bahagian diantara rod umbang yang keluar
daripada permukaan tanah. ( Jarak diantara kedua-dua rod
umbang adalah 2 meter ).

Jarak
Umbang

2 meter

24
6.2 Jarak Umbang Maksima Sesuatu Umbang

Untuk mendapatkan kekuatan tanah serta tegangan umbang yang


baik, jarak umbang maksima merupakan jarak dimana kedudukan
umbang 45º, pada jarak ini juga merupakan jarak yang perlu dibuat
pilihan sekiranya boleh didapati. Pada kebiasaannya jarak umbang
didalam pembinaan talian voltan rendah.

6.3 Jarak Umbang minima Sesuatu umbang

Jarak umbang minima bagi sesuatu umbang merupakan jarak yang


dihadkan supaya tegangan umbang berada didalam lingkungan
beban kerja selamat, didalam lingkungan 8.9 kN.

6.3.1 Perhubungan Diantara Jarak Umbang Dengan Tegangan


Pada Umbang.

Sekiranya jarak umbang bertambah panjang, tegangan pada dawai


umbang akan menurun.

7.0 PEMELIHAN DAN PENENTUAN UMBANG

7.1 Carta Pemilihan Umbang

Carta pemilihan umbang untuk pembinaan talian 3 fasa, pengalir


lampu jalan dan neutral adalah seperti didalam jadual.

No. Dan Bil Jarak Umbang Jarak Umbang


Nama Tiang Umbang Minima Minima
Diperlukan 4 x 100mm² + 25mm² 4 x 50mm² + 25mm²
Tamatan 2 x 7/3.25 6 meter 5.5 meter
Pembahagian
( sudut peralihan *4 x7/3.25 6 meter 5.5 meter
lebih 60º )
10º 1 x 7/3.25 3 meter 2.0 meter
20º 1 x 7/3.25 3.5 meter 3.0 meter
Sudut 30º 1 x 7/3.25 4.5 meter 3.5 meter
45º 2 x 7/3.25 4.5 meter 4.5 meter
60º 2 x 7/3.25 6 meter 5.5 meter

* 2 umbang perlu dipasang dalam garisan yang bertentangan


dengan kedua-dua arah pengalir.

25
7.2 Penggunaan Umbang Terbang

Umbang terbang hanya digunakan apabila kawasan tanah tidak


dapat digunakan untuk memasang satu dan dua umbang biasa
pada tiang yang berkaitan. Pemasangan umbang terbang bagi
membolehkan umbang biasa dipasang pada tiang umbang terbang
yang mengimbangi daya disebabkan oleh tegangan dawai pengalir.

7.3 Penggunaan Umbang Penolak Luar dan Tiang Sokong

Umbang penolak luar dan tiang sokong hanya digunakan sekiranya


kawasan tanah untuk pemasangan umbang biasa tidak boleh
dibuat, pemasangan umbang-umbang ini hanya boleh dilakukan
pada sudut yang kecil sahaja iaitu:-

Untuk talian 4 x 100mm² + 25mm² sehingga sudut peralihan


maksima 5º dan bagi talian 4 x 50mm² + 25mm² sehingga sudut
peralihan maksima 8º.

7.4 Penggunaan Umbang Sementara

Semasa pembinaan, penamatan dawai umbang ( sambat umbang )


perlu dibuat sebelum pengalir-pengalir ditegangkan. Pengalir
ditegangkan ketahap tegangan bunuh sebelum diturunkan kembali
ketegangan yang akan ditinggalkan dalam pembinaan.

Sekiranya jarak umbang ditempatkan pada kedudukan yang


minima, Umbang-umbang sementara mungkin perlu digunakan
pada tiang-tiang tamatan dan sudut bagi menampung lebihan daya
disebabkan oleh tegangan bunuh dilakukan.

Umbang sementara juga diperlukan pada tiang pembahagian


apabila kerja-kerja menegang pengalir tidak dijalankan secara
serentak dikedua-dua bahagian tiang tersebut.

26
8.0 PEMASANGAN UMBANG

8.1 Pemilihan Umbang

8.1.1 Bilangan, Saiz Dawai dan Jarak Umbang

Bilangan dan saiz dawai umbang yang perlu digunakan


pada tiang sudut atau tamatan boleh diperolehi daripada
jadual pemilihan umbang.

8.1.2 i) Sudut peralihan merupakan buka sudut diantara


dawai pengalir yang diubah daripada kedudukan yang
lurus.

Sudut
Peralihan

ii) Cara penentuan sudut peralihan

a) Sudut peralihan boleh ditentukan dengan


membuat pengukuran yang sebenar dengan
menggunakan papan jangka sudut.
90º 80º 70º 60º
45º

40º

30º

10º

27
Atau

b) Dengan menetapkan ukuran pada garisan


talian dan garisan rujukan pengalir seperti
rajah dibawah ( ukuran garisan ini dibuat
sepanjang 3 meter ), sudut peralihan dapat
diketahui dengan membuat ukuran pada X
berpandukan pada jadual dibawah.

Pancang Tiang 3 meter Pancang Ukuran

X Ukuran Keputusan
3 meter
Pancang Ukuran

28
Pancang Tiang 3 meter Pancang Ukuran

X Ukuran Keputusan

3 meter
Pancang Ukuran

Kos A 2bc = b² + c² - a²

Kos A = b² + c² - a²
2 bc 3 meter
c B
A
Kos A = 3² + 3² - 2.3²
2(bxc)
3 meter a 2.3 meter
Kos A = 18 – 5.29 b
2(9)

Kos A = 0.706 C

Kos A = 45º

Panjang “ X “ Sudut Peralihan


0.78 meter 15º
1.6 meter 30º
2.3 meter 45º
3.0 meter 60º
3.7 meter 75º
4.2 meter 90º

29
8.2 Menentukan Arah / Kedudukan Umbang.

Kedudukan umbang mestilah diletakkan pada kedudukan yang


betul dan tepat bersetentangan dengan daya dihasilkan oleh
tegangan dawai pengalir.

Pada Tiang Tamatan

Kedudukan umbang selari dengan talian pengalir.

Pada Tiang Sesalur Terus Bersudut

Kedudukan umbang adalah dipertengahan sudut diantara


dawai pengalir.

Contoh : Tiang Sudut 30º

105º

30º

Cara-cara untuk membahagi sudut ini boleh dilakukan


dengan menggunakan pita pengukur seperti rajah dibawah.

30
C
B 3m
3m
A

5m 5m

Pancang
Keputusan

Nota: Ukuran A ke B dan A ke C mestilah sama panjang


( katakan 3 meter ), sementara ukuran B ke pancang
keputusan dan ukuran C ke pancang keputusan juga
mestilah sama panjang.

31
8.3 Pengalian Lubang Umbang

8.3.1 Ukuran Lubang Umbang

Lubang umbang digali dalam bentuk empatsegi berserta


dengan lubang alur untuk rod umbang seperti saiz berikut
0.6 m x 1 m x 150 mm.

8.3.2 Dalam Lubang Dan Panjang Lubang Alur

Berpandukan kepada jarak umbang, dalam dan panjanng


lubang alur boleh diperolehi daripada jadual carta umbang.

Dalam dan panjang lubang alur ( dalam carta umbang )


diperolehi dengan membuat kiraan supaya apabila
pemasangan rod dan pelit umbang dibuat, bebenang rod
umbang berada diatas paras tanah pada kedudukan dalam
pelit umbang yang betul dan rod umbang didalam keadaan
yang lurus.

8.4 Pemasangan Pelit dan Rod Umbang

Selepas lubang dan lubang alur digali, masukkan rod dan pelit
umbang pada kedudukannya hingga tersentuh dengan dasar
lubang dan seterusnya pelit umbang dihentak masuk dengan
menggunakan penumbuk bumi sehingga rod umbang seiring
dengan dasar lubang alur.

32
8.5 Menimbus Lubang

Selepas pemasangan pelit dan rod umbang, lubang perlu ditimbus


kembali dan pada setiap 150mm lapisan tanah yang dimasukkan
hendaklah dipadatkan dengan menggunakan penumbuk bumi.

8.6 Pematian Dawai Umbang.

Selepas lubang ditimbus, bebusar umbang dan didal dipasang


pada rod umbang. Pematian dawai umbang perlu dilakukan
dengan cara membuat sambat didal pada berbusar umbang.

Penyelarasan umbang boleh dibuat dengan cara menyelaraskan


nat penyelaras bebusar yang terdapat pada rod umbang.

33

You might also like