Professional Documents
Culture Documents
Petua PDF
Petua PDF
TIADA DI
PASARAN !
Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.
© Suhadi Sahari.
PERINGATAN
Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama
ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan,
kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut
dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak
langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.
KATA PENDAHULUAN 5
PANJANG UMUR :- 21
AMALAN LANJUT USIA 21
PENGUBAT :- 21
SAKIT PINGGANG DAN RAHIM 21
PENGUAT ZAKAR :- 23
TONGKAT BAGINDA ALI 23
WAHIDIL QAHAR 23
DOA QAHAR 23
PELEMAH :- 24
PELEMAH FADAM DAMA 24
PELEMAH SOMBA SOMBIE 25
PELEMAH PAK KAKARIPAK 25
PELEMAH IKA TAWAS 25
PENUNDUK :- 27
PENUNDUK NABI SULAIMAN 27
PENYEMPIT FARAJ :- 29
JAMPI BERKAT 29
JAMPI PENYEMPIT 29
KUNCI AIR 29
LAM KUNYIT 30
SINTAK AIR KAYANGAN 30
SELUSUH :- 31
SELUSUH MERAH TUBUH 31
SELUSUH TAWAJA 31
SELUSUH TEKUYONG 31
PENYEJUK HATI :- 32
DOA EMBUN NABI IBRAHIM 32
PENUNDUK :- 32
PELEMAH :- 33
PELEMAH RAJA UKANG 33
PEMBUNGKAM :- 33
PEMBUNGKAM URAT 331 33
PEMBUNGKAM KUN FAYA KUN 33
MANDI HAID :- 34
DOA SITI FATIMAH
MANDIAN TINGGAL FARDU 34
CUCI HAID 34
ENGGAN HAMIL 40
NIKMAT BERSETUBUH 40
MEMBELENGGU SUAMI 40
NIKMAT BERJIMA’ 40
MANDUL 45
MEMINTA ZURIAT 45
TENAGA ZAHIR BATIN 45
MENGAWAL KEHAMILAN 45
PELEMAH 45
PENYEJUK HATI 45
(E) LAIN-LAIN 46
PENUTUP 56
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.
Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab “Koleksi Seni Wirawan” (rujuk lampiran) yang luar
biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar.
Buku ini diberi nama “Petua Dan Amalan Penguat Tenaga Batin” dan ia tiada di pasaran atau mana-mana
kedai buku sekalipun. Buku ini diberi nama sedemikian bersesuaian dengan isi kandungan di dalamnya
yang mempunyai 5 tajuk utama, 12 tajuk lanjutan, 125 tajuk kecil serta ribuan petua dan amalan penguat
tenaga batin untuk suami isteri sebagai pelengkap.
Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun sejak tahun
1989 lagi. Kini, ia dijilidkan buat pertama kalinya untuk bacaan umum.
Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat
kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain,
kerana Allah Ta’ala.
Sebelum para pembaca meneliti serta mengamalkan petua-petua dan amalan-amalan yang terkandung di
dalam buku ini, terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau
sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa.
Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan.
Yang benar,
……………………………
Suhadi Sahari
(Penulis)
1. Kuning telur ditambah bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Tambah air dan
letakkan ke dalam piring atau mangkuk. Didihkan dan amalkan memakannya pada sebelah petang
sebelum makan.
2. Air halia ditambah dengan madu lebah asli. Minum dan amalkan sekerap 1 atau 2 kali selama
seminggu.
3. Limau purut 1 biji dikupas kulitnya. 7 biji markisar dicuci bersih. Bahagikan menjadi 3 bahagian
(limau purut dan markisar) untuk dimakan sehari sekerap 3 kali.
4. Untuk suami isteri : Potong buah pinang masak nipis-nipis dan dijemurkan sehingga kering.
Tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Tambahkan air hangat. Bagi setiap 1 gelas air hangat
dibubuh ½ teh serbuk tersebut. Minum bersama hampasnya sekali. Amalkan ia sekerap 2 kali
seminggu.
5. Amalkan memakan bawang putih 2 kali seminggu atau lebih. Tapi nafas dan badan akan berbau
bawang putih.
6. Air perahan halia ditambah telur dan digoreng. Minum ramuan tersebut. Telur boleh juga diganti
dengan lada hitam sebanyak 3 hingga 5 biji. Pantang : Jangan makan makanan sejuk.
7. 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih dilumatkan dan ditambah dengan sebiji kuning
telur. Rebus sehingga mendidih. Amalkan selalu.
8. Amalkan selalu memakan pisang emas dicampur dengan madu lebah iaitu paling kurang sebanyak
2 biji sebelum masuk tidur.
9. Amalkan memakan bawang putih selalu. Tetapi nafas dan peluh akan berbau.
10. Air madu 1 cawan ditambah dengan pati kunyit 1 cawan. Campurkan dengan air bunga merah 1
cawan dan sebiji kuning telur. Gaul semuanya dan amalkan meminumnya untuk setiap pagi.
11. Halia hitam dipipis lumat dan dicampurkan dengan air madu bersama cuka. Telan. Amalkan
selalu.
12. Kuning telur, minyak sapi, air madu (disukat dengan kulit telur) dan bawang merah. Gaul
semuanya dan dimakan. Amalkan selama 40 hari.
13. Kulit limau purut dicampur dengan lada sulah. Lumatkan dan dimakan.
14. Cabai 4 sudu, Kulit manis 2 sudu, cengkeh 2 sudu, lada sulah 2 sudu, buah pala 1 sudu, bunga pala
2 sudu, halia 2 sudu, buah melaka 2 sudu, jintan putih 200 sudu, jintan hitam 400 sudu dan
ditambah madu bersama minyak lenga. Amalkan memakan ramuan ini selalu.
17. Ikan belacak (tembakul) dijadikan makanan. Buat masakan bersup dan amalkan memakannya.
1. Lazat berjimak : Padi, akar peria, ubi cekur, sedikit kapur barus dan hempedu ayam hitam.
Asahkan semuanya dan disapu pada zakar. Bawa bersetubuh.
2. Ambil buah jelaga atau kulitnya. Asahkan pada batu dan dibubuh pada hujung zakar.
3. Ambil daun selasih lalu dikunyah. Lumurkan dan gosok-gosokkan pada zakar. Bawalah
bersetubuh.
4. Ambilkan darah pada balung ayam jantan. Lumurkan pada zakar dan dibawa bersetubuh.
5. Carikan biji pelir ayam jantan. Giling sehingga hancur dengan minyak jarak lalu disapukan pada
zakar. Bawalah bersetubuh dengan wanita.
6. Ambilkan sebiji kapas yang telah dibuang kulitnya dan campurkan sedikit minyak jarak. Sapukan
pada zakar suami dan bawalah bersetubuh.
8. Jimak yang seronok : Darah ayam jantan ditambahkan dengan air mawar dan digosokkan pada
zakar. Bawalah berjimak.
SEJUK
1. Badan sejuk : Dapatkan 7 biji bawang putih dan halia yang panjangnya lebih kurang 1 inci. Bakar
tetapi jangan sehingga hangus. Makan sekali untuk setiap hari sehingga sembuh. Jangan makan
buah-buahan sejuk seperti labu putih, labu air dan tembikai.
2. Sejuk sebelah badan : 5 ketul halia sebesar ibu jari (tanpa membuang kulitnya) dibasuh dengan
air. Sediakan 3 cawan minyak tanah. Halia tadi ditumbuk lumat dan ditambah dengan minyak
tanah. Sapukan pada badan. Pantang : Jangan makan makanan berdaging, keju dan makanan
berminyak selama 3 minggu.
AWET MUDA
1. 3 hingga 4 potong halia bara ditambah dengan jintan manis. Tambah juga jintan putih dan lada
hitam. Tumbuk semuanya sehingga halus dan campurkan air. Perahkan sehingga mendapat kira-
kira 1 cawan. Minum ½ cawan untuk pagi dan ½ cawan untuk petang. Amalkan sekurang-
kurangnya 1 minggu sekali.
3. Makanlah ikan haruan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Amalkan selalu. Pantang : Tidak
boleh meminum air kelapa.
LESU
1. Daun lengudi direbus. Apabila suam gunakan untuk madi pada sebelah malam. Terus tidur dan
selimutkan seluruh badan.
2. Amalkan selalu memakan pisang emas ditambah dengan madu lebah sekurang-kurangnya 2 biji
sebelum masuk tidur.
MENAMBAHKAN KESIHATAN
2. Terlalu kurus dan seumpamanya : 2 sudu teh minyak sapi, pati santan, madu lebah dan sebiji
kuning telur. Adukkan kesemuanya dan diminum. Amalkan selama 7 hingga 14 hari.
3. Pulihkan tenaga : Sebutir kuning telur, 1 sudu air kunyit, madu lebah dan ½ sudu air limau nipis.
Kuning telur dikocakkan dan ditambah air kuyit, madu dan air perahan limau nipis. Tambahkan
juga lada dan air anggur. Minum dan amalkan selama 1 minggu.
4. Menambahkan tenaga : Buah kelapa tua dibakar sehingga hangus. Isinya ditumbuk sehingga
halus dan ditambah air panas seperti membuat kopi. Minum sekali untuk 2 hari.
6. Amalkan memakan pisang emas ditambah dengan madu lebah. Sekurang-kurangnya 2 biji
sebelum tidur.
1. Air halia ditambah madu lebah asli. Minum dan amalkan selalu.
5. Amalkan mengunyah kayu Tongkat Ali untuk beberapa kali sehari. Atau minum air rebusannya.
DARAH RENDAH
KURANG DARAH
1. Cuci bersih akar bayam duri, lalu ditumbuk sehingga halus. Tambah air masak sedikit dan ditapis.
Tambah kuning telur dan madu. Tambah pula santan dan garam. Buatkan ia supaya menjadi ½
gelas. Minum untuk setiap pagi dan sebelum minum atau makan.
2. Kunyit kira-kira 6 hingga 7 buka (atau lebih) dibersihkan dan ditumbuk sehingga halus. Tambah
air panas secukupnya. Tapiskan dan minum. Sesudah itu, telan kuning telur ayam. Amalkan
selama seminggu.
3. Penghidap akan merasa lesu dan selalu mengantuk. Petuanya : Ambil kunyit secukupnya dan
diparut. Ambilkan airnya dan tambahkan sebiji telur ayam. Gaulkan kesemuanya dan ditambah
dengan madu bersama anggur untuk melazatkannya. Amalkan meminumnya selama 1 minggu.
4. Amalkan mengunyah sedikit kayu Tongkat Ali dan airnya terus ditelan. Lakukan selalu.
1. Sekati lobak putih di parut halus-halus dan diperah. Ambil airnya dan ditambah dengan garam.
Minum. Amalkan berkali-kali. Segelas untuk 3 kali sehari.
3. Bagi lelaki : Hujung zakarnya menjadi merah, bengkak dan gatal. Pedih semasa membuang air
kecil dan air kencingnya mengandungi nanah yang pekat dan keruh. Jika terlambat mengubatinya,
buah zakar akan membengkak, sakit dan mungkit rosak. Membawa kepada kemandulan. Bagi
perempuan : Nanah keluar melalui kemaluan, boleh merebak dan menyebabkan pembengkakan
dan menanah di bahagian dubur.
4. 6 lembar daun peria, 2 potong akar jati sepanjang 8 cm, 2 potong kulit kemboja 8 cm, 1 umbi
temulawak 8 cm dan 3 potong gula enau (kabung) 8 cm. Potong dan cuci semuanya. Rebuskan ke
dalam 4 gelas air. Minum 3 kali sehari untuk sehari. Setiap kali minum, ambil kira-kira ¾ gelas.
Saringkan terlebih dahulu.
PENYAKIT KELAMIN
1. Daun kobis tua dihiris kecil-kecil. Embunkan semalaman. Ramaskan dan tambahkan dengan air
limau nipis. Minumkan setiap pagi.
2. Bengkak dan tumbuh bisul-bisul kecil pada kemaluan : Daun kobis tua dihiris-hiris halus dan
diembunkan semalaman. Pantang : Elakkan dari terkena hujan. Keesokkan harinya, ramaskan dan
campurkan dengan air limau nipis. Minum untuk setiap pagi.
4. Sakit pada rahim : Minum setiap hari 1 tahil minyak sapi yang baik sekali. Minyak sapi dan
kapas pula ditumbuk dan sapukan ke rahim.
6. Tiada senaman. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali senaman hendaklah selama
30 minit atau lebih.
7. Tekanan perasaan.
12. Ada sesuatu yang tidak disukai pada lelaki atau wanita tersebut. Mungkin nafasnya, tubuhnya atau
kemaluannya berbau kurang menyenangkan.
14. Si wanita atau si lelaki terlalu selekeh dan pengotor sehingga pasangannya merasa jijik.
15. Si wanita atau si lelaki tiada pengetahuan tentang cara menghias diri.
16. Pemakanan yang tidak seimbang dan selalu mengambil makanan berlemak dan makanan segera.
MENGELAKKAN KEHAMILAN
1. Selepas isteri melahirkan anak, suruhlah isteri anda menyusui anak tersebut. Selama waktu ibu
tersebut menyusui anaknya, insya-Allah tidak akan berlaku kehamilan.
2. Sewaktu bersetubuh gunakanlah teknik anzal iaitu jangan mengeluarkan air mani suami ke dalam
faraj isteri. Sebaliknya, pancutkan ia di luar faraj. Ini kerana air mani tersebut mempunyai benih
suami yang akan bergabung dengan benih isteri untuk menjadi anak.
3. Bersetubuhlah pada hari di mana isteri anda tidak subur iaitu pada hari pertama sehingga hari ke-
10 selepas datang haid. Dan hari yang ke-20 sehingga datangnya haid semula.
5. Suruhlah si isteri mengambil pil perancang keluarga, menggunakan alat IUD (Intra Uterine
Device) atau melakukan BTL (Bilateral Tubular Ligation).
6. Carikan buah pokok jarak (biasa dibuat obor pada zaman dahulu) dan ambilkan bijinya. Lalu
suruhlah si isteri menelannya 1 biji sahaja. 1 biji boleh menahan daripada kehamilan sehingga 1
tahun lamanya dan begitulah seterusnya.
7. Cari kepala kelawar yang dikeringkan. Letakkan di bawah kepala wanita (di bawah bantal).
1. Cari susu kuda dan berikan kepada isteri untuk meminumnya. Jangan diberitahu si isteri bahawa
itu adalah susu kuda. Seterusnya, bawalah dia bersetubuh. Insya-Allah akan berhasil.
1. Ambil susu ibu yang mengandung itu dan letakkan di dalam bekas. Masukkan serangga tuma yang
terdapat di dalam padi. Sekiranya tuma tersebut keluar dari susu itu, bermakna anaknya lelaki.
Dan sekiranya tuma tersebut tidak keluar dari susu tersebut, bermakna anaknya perempuan.
1. Bagi lelaki : Air madu 1 cawan dan minyak lenga 1 cawan dicampur kedua-duanya. Minum untuk
setiap pagi.
2. 20 ekor lintah direndam ke dalam belanga dan ditambah dengan 1 cawan minyak bijan. Biarkan
sehingga masak. Sapukan ke zakar.
3. Lemak ayam hitam dijadikan minyak dan disapukan pada ari-ari dan alatnya. Amalkan selalu.
4. Kepala ikan linang dipotong dan dibakar menjadi abu. Gaulkan bersama dengan minyak. Sapukan
pada zakar.
5. Kayu Tongkat Ali dikunyah sedikit sambil airnya terus ditelan. Amalkan 1 hingga 3 kali sehari.
8. Kuning telur ditambah bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Tambah air dan
letakkan ke dalam piring atau mangkuk. Didihkan dan amalkan memakannya pada sebelah petang
sebelum makan.
9. Air halia ditambah dengan madu lebah asli. Minum dan amalkan sekerap 1 atau 2 kali selama
seminggu.
10. Limau purut 1 biji dikupas kulitnya. 7 biji markisar dicuci bersih. Bahagikan menjadi 3 bahagian
(limau purut dan markisar) untuk dimakan sehari sekerap 3 kali.
11. Amalkan memakan bawang putih 2 kali seminggu atau lebih. Tapi nafas dan badan akan berbau
bawang putih.
12. Air perahan halia ditambah telur dan digoreng. Minum ramuan tersebut. Telur boleh juga diganti
dengan lada hitam sebanyak 3 hingga 5 biji. Pantang : Jangan makan makanan sejuk.
13. 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih dilumatkan dan ditambah dengan sebiji kuning
telur. Rebus sehingga mendidih. Amalkan selalu.
14. Amalkan selalu memakan pisang emas dicampur dengan madu lebah iaitu paling kurang sebanyak
2 biji sebelum masuk tidur.
15. Amalkan memakan bawang putih selalu. Tetapi nafas dan peluh akan berbau.
16. Air madu 1 cawan ditambah dengan pati kunyit 1 cawan. Campurkan dengan air bunga merah 1
cawan dan sebiji kuning telur. Gaul semuanya dan amalkan meminumnya untuk setiap pagi.
17. Halia hitam dipipis lumat dan dicampurkan dengan air madu bersama cuka. Telan. Amalkan
selalu.
18. Kuning telur, minyak sapi, air madu (disukat dengan kulit telur) dan bawang merah. Gaul
semuanya dan dimakan. Amalkan selama 40 hari.
18. Kulit limau purut dicampur dengan lada sulah. Lumatkan dan dimakan.
21. Carikan zakar buaya yang telah dikeringkan. Rebus dengan air secukupnya dan minumkan.
Bawalah bersetubuh.
22. Ambil darah ayam jantan dan lumurkan pada zakar. Bawalah bersetubuh.
23. 2 sudu teh minyak sapi, 2 sudu teh pati santan, 2 sudu teh madu lebah dan 1 biji kuning telur.
Adunkan kesemuanya sehingga rata. Minum pada sebelah pagi sebelum makan. Amalkan
sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
24. Ambilkan gula batu ½ kati dan digiling halus. Ayakkan. Lada sebanyak ¼ kati ditumbuk halus dan
diayak. Masakkan gula dan masukkan lada tadi. Kacaukan sehingga menjadi likat. Amalkan setiap
hari, untuk sekali makan ambilkan sebesar ibu jari.
26. Ikan belacak (tembakul) dijadikan makanan. Buat masakan bersup dan amalkan memakannya.
27. Air madu 1 cawan dan minyak lenga 1 cawan. Campurkan kedua-duanya dan amalkan
meminumnya setiap pagi.
1. Hempedu pelanduk dicampur dengan kulit kayu manis dan madu. Sapukan ke zakar. Insya-Allah
ia akan menjadi kuat dan panjang.
MEMBESARKAN SYAHWAT
1. Membesarkan syahwat dan zakar : Urut dengan air panas yang suam-suam sehingga zakar
menjadi kemerah-merahan. Lumurkan dengan halia jem dan barulah dibawa berjimak.
1. Cari ikan linang (seakan belut) dan digoreng menggunakan minyak masak yang belum digunakan.
Gunakan sedikit minyak sahaja. Biarkan minyak tersebut sejuk dan jadikan ia sebagai minyak
pengurut zakar. Urutlah secara urutan ke luar. Seterusnya, isi ikan tersebut dimakan. Amalkan
selalu.
2. Ambil beberapa ekor lintah. Hancurkan dan dicampur dengan minyak masak. Gaul rata-rata.
Gunakan untuk mengurut zakar. Urutan hendaklah mengarah ke luar.
MENAHAN MANI
1. Tahan mani : Amalkan pada setiap pagi sebiji kuning telur dan bunga merah untuk diminum.
2. Mani lambat keluar : Gambir Sarawak dibasahkan dan dilumat, kemudian lumurkan ke zakar.
3. Melambatkan keluarnya air mani : Ambil kuning telur ayam. Tambahkan dengan bawang putih
dan bawang merah secukupnya. Tambahkan sedikit air lalu ditumbuk halus kesemuanya. Letakkan
ke dalam tempat dan dimasak sehingga mendidih. Amalkan memakan ramuan ini pada sebelah
petang sebelum makan nasi.
1. Zakar sedia kuat : Apyun (candu atau madat) dicampur dengan buah pala, bunga cengkeh dan
jira hitam. Lumatkan sehingga sama beratnya. Tambahkan air madu. Makan. Tetapi jika terlalu
kuat, segeralah berendam ke dalam air.
2. Kayu tongkat ali dipotong sedikit dan dikunyah sehingga lumat. Telan airnya. Amalkan sekerap 2
kali sehari.
MEMANASKAN BADAN
2. Amalkan mengunyah sedikit potongan kayu Tongkat Ali.Airnya diminum sekali. Lakukan selalu.
3. Rebuskan kayu Tongkat Ali dan air rebusannya diminum. Amalkan selalu.
AWET MUDA
3. Amalkan mengunyah sedikit kayu Tongkat Ali dan airnya terus diminum (bagi lelaki sahaja).
1. Mencegah mati pucuk : Jangan kencing di dalam air sebaliknya pancarkan terus ke air, batu,
kayu, tanah atau seumpamanya.
MEMBANYAKKAN MANI
1. Kismis dimasak dengan susu lembu dan sebatikan kedua-duanya. Jadikan makanan sedikit sedikit
untuk setiap hari. Amalkan.
MENGGELISAHKAN WANITA
1. 3 butir buah pelaga dikupas kulitnya dan dikunyah sehingga lumat. Ambilkan airnya dan sapukan
pada zakar. Setelah kering, bawalah bersetubuh.
1. Carikan darah burung gagak dan sapukan ke zakar. Barulah dibawa bersetubuh.
MENDAPATKAN ANAK
1. Amalkan meminum air rebusan Tongkat Ali selalu. Amalkan selama 40 hari.
LAZAT BERJIMA’
1. Hempedu pelanduk, kulit kayu manis dan air madu diasah kesemuanya dan disapukan pada zakar.
Bawalah bersetubuh.
HARUMKAN FARAJ
1. Jelatang ayam putih dan kapur barus digiling lumat dengan air madu. Sapukan pada zakar dan
terus dibawa bersetubuh. Amalkan selalu.
1. Bagi wanita : Buah pakmar dipotong halus-halus dan direbus selama ½ hingga 1 jam. Sejukkan
dan boleh diminum. Digalakkan merebus cuma segelas 3 kali sehari. Pantang : Jangan minum air
kelapa muda dan jangan makan nenas.
2. Cari daun mas kotek. Hancurkan dan dididihkan dengan air secukupnya. Tapiskan dan amalkan
meminumnya. Amalkan 2 kali sehari.
3. Akar serapat, kacip fatimah dan buah manjakani secukupnya ditumbuk lumat dengan lesung batu.
Tambahkan air secukupnya dan dididihkan. Tapiskan dan minum selalu. Amalkan 2 kali sehari.
4. Kuatkan tenaga batin wanita : Temulawak, kunyit dan limau purut digilis berasingan. Perahkan
dan ambilkan patinya semangkuk kecil setiap satu. Adunkan kesemuanya dan ditambah dengan
manisan lebah sebanyak 1 mangkuk kecil juga. Amalkan meminumnya untuk setiap pagi selama 7
hari berturut-turut.
1. Ambilkan sebiji kapas yang telah dibuang kulitnya dan campurkan sedikit minyak jarak. Sapukan
pada zakar suami dan bawalah bersetubuh.
MANDUL
1. Cari kulit ranting atau dahan pokok dedah dan bawang merah. Bintik-bintik putih padanya
(ranting atau dahan dedap) dibuangkan dan dibersihkan. Rebus dengan bawang yang telah dibakar
(tidak sampai hangus). Minum dan hampasnya diletakkan ke ari-ari serta di punggung. Amalkan 2
hingga 3 kali sehari.
AWET MUDA
1. Makanlah ikan haruan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Amalkan selalu. Pantang : Tidak
boleh meminum air kelapa.
1. Telur ayam hitam 1 biji, buah maja secukupnya, kayu gaharu, kayu cendana, minyak kelapa dan
kunyit dihancurkan dan digaulkan semuanya. Amalkan meminumnya.
2. Segenggam akar kayu serapat direbus dan diminum airnya. Amalkan meminumnya segelas sekali
untuk 2 kali sehari selama 44 hari. Amalkan ia setelah melahirkan anak.
3. Lengkuas digiling bersama cuka asam atau nipah. Ambil airnya dan diminum kira-kira ½ cawan
setiap pagi. Hampasnya hendaklah disapu pada ari-ari selama 3 hari berturut-turut.
4. Merapatkan faraj : Ambilkan telur ayam hitam sebutir, buah maja secukupnya, kayu gaharu
secukupnya, kayu cendana secukupnya, sedikit minyak bijan dan kunyit. Gaulkan semuanya dan
amalkan memakannya selama 3 pagi berturut-turut. Kemudian, bolehlah mencubanya.
6. Segera menyempitkan : Cari darah ayam jantan dan sapukan pada bibir faraj. Bawalah
bersetubuh.
MENGEMBALIKAN DARA
1. Serap air hempedu lembu jantan ke dalam kapas dan masukkan ke dalam faraj. Biar lama di situ.
2. Setelah bersalin : Daun lamundi (lamuni) diambil secekak atau lebih sedikit. Tumbuk lumat dan
ambilkan airnya. Jadikan ia air untuk memasak nasi. Amalkan selama 40 hari atau lebih. Pantang:
Jangan minum air kelapa.
3. Lengkuas digiling lumat-lumat dengan air cuka dan minum untuk setiap pagi selama 3 hari. Ambil
sedikit dan sapukan pada ari-ari serta punggung.
4. Seperti dara sunti semula : Akar serapat, kacip fatimah dan buah manjakani secukupnya
ditumbuk lumat dengan lesung batu. Tambahkan air secukupnya dan dididihkan. Tapiskan dan
minum selalu. Amalkan 2 kali sehari.
5. Kembalikan dara : Daun mas kotek ditumbuk lumat dan dididihkan. Tapis airnya dan diminum
selalu. Amalkan.
6. Menyempitkan faraj : Ambil buah manjakani dan diasahkan dengan air sehingga likat. Sapukan
pada bibir faraj dan biarkan selama ½ jam. Amalkan selalu.
MENGUJI
1. Sama ada masih dara atau tidak : Seulas bawang putih dikupas licin dan dicucukkan dengan
jarum pada beberapa tempat. Letakkan di dalam faraj dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya,
jika hilang baunya bererti masih dara, jika tidak bermakna sebaliknya.
2. Sama ada mandul atau mengandung : Buat seperti di atas (1.). Pagi esok sekiranya mulut
berbau bawang putih tandanya mandul, jika mulut tidak berbau bawang putih ertinya
mengandung.
KEPUTIHAN
1. 2 biji delima putih yang muda ditumbuk dan dicampurkan dengan segenggam daunnya. Rebuskan
dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas sahaja. Amalkan meminumnya selama 7 pagi berturut-
turut. Pantang : Jangan makan daging kambing, nenas, air kelapa dan ikan laut.
2. Amalkan memakan buah amra (mangga yang seakan kedondong). Malam 2-3 biji sahaja.
3. 2 ruas kunyit dan 2 tangkai daun asam jawa ditumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan ½
gelas air masak, tapiskan dan tambah garam secukupnya. Minum setiap hari sehingga sembuh.
JARANGKAN ANAK
1. Kayu penjarang anak (terdapat di Negeri Sembilan dan Pahang) ambilkan sebanyak 2 cekak dan
direbus sehingga keluar getahnya. Minum segelas untuk 3 kali sehari.
2. Beberapa lembar daun ubi keledek digiling lumat-lumat. Tambah ½ camca madu lebah. Sapukan
ke bahagian perut dan dibarut kemas. Amalkan sehingga habis tempoh pantang.
3. Sewaktu melahirkan anak sulung, ambilkan sedikit darah nifas dan lumurkan ke seluruh tubuh.
4. Cari kepala kelawang yang dikeringkan dan diletakkan di bawah kepala anda (bantal).
1. Amalkan berurut bertujuan melancarkan peredaran darah dan mulakan setelah 3 hari melahirkan
bayi. Lakukan selalu untuk mengelakkan tubuh berasa sengal.
2. Amalkan bertungku bertujuan mengeluarkan darah kotor terutamanya saki baki darah beku,
membuang angina dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang.
Lakukan selalu pada sebelah pagi dan petang.
3. Lakukan amalan bertangas bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina dan
menyihatkan system peranakan, membetulkan kedudukan saluran peranakan dan mengecutkan
rahim.
4. Lakukan amalan berbengkung. Perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Ia adalah untuk
mengelakkan perut menjadi buncit selain mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga boleh
membantu mendapatkan kembali tubuh langsing kerana ia akan menghalang daripada tabiat
makan banyak.
5. Amalkan mandian rempah ratus bertujuan membuang angina dalam badan selain menghaluskan
kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan menaikkan seri muka.
6. Memakai param dan pilis bertujuan mengelakkan rasa pening yang menyebabkan mata rabun.
7. Amalkan meminum jamu bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain
merapatkan kembali bahagian sulit.
9. Elakkan pergerakkan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan.
11. Elakkan membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti berjahit.
HAMIL
2. Makanan pantang bagi ibu hamil : Pucuk pinang, betik muda dan nenas masam kerana ia boleh
menggugurkan kandungan.
3. Ingin hamil : Susu kuda diberi minum pada wanita tersebut dan bawalah dia bersetubuh.
1. Perahkan pati limau kapas ke dalam gelas dan taruhkan secukupnya gula batu. Bancuh dengan air
hangat. Amalkan meminumnya selama 3 pagi atau bila-bila masa sahaja.
ENGGAN HAMIL
1. Selepas melahirkan anak, susuilah anak tersebut dengan susu dari dada anda sendiri. Selama anda
menyusuinya dengan susu ibu (anda sendiri), insya-Allah tidak akan terjadinya kehamilan.
2. Sewaktu bersetubuh, jangan benarkan suami memancutkan air maninya ke dalam faraj.
Sebaliknya, pancutkan ia di luar faraj. Ini dinamakan teknik anzal. Ia dilakukan kerana air mani
tersebut mempunyai benih lelaki yang berkemungkinan akan bersenyawa dengan benih wanita (di
dalam rahim) seterusnya membentuk bayi.
3. Bersetubuhlah cuma pada hari anda tidak subur iaitu pada hari pertama sehingga hari ke-10
selepas datangnya haid. Dan hari ke-20 hingga ke hari datangnya haid itu semula (hari ke 28). Ini
dilakukan kerana pada hari-hari tersebut, benih wanita yang boleh menyebabkan mengandung
belum keluar ke dalam rahim. Ia akan keluar ke dalam rahim pada 1 hari sama ada yang ke-10
atau sehingga hari ke-20.
5. Gunakanlah pil perancang keluarga, alat IUD (Intra Uterine Device) atau lakukanlah BTL
(Bilateral Tubular Ligation).
6. Carikan buah pokok jarak (biasa dibuat obor pada zaman dahulu) dan ambilkan bijinya. Lalu
suruhlah si isteri menelannya 1 biji sahaja. 1 biji boleh menahan daripada kehamilan sehingga 1
tahun lamanya dan begitulah seterusnya.
INGIN HAMIL
1. Cari susu kuda dan amalkan meminumnya selalu. Bawalah bersetubuh dengan suami.
SAKIT RAHIM
1. Minum tiap-tiap hari 1 tahil minyak sapi yang terbaik dan bersih.
2. Biji kapas ditumbuk lumat dan digaulkan dengan minyak sapi sehingga rata.Sapukan pada rahim.
Amalkan selalu.
RUH WUJUD
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, hembuslah nafas perlahan-lahan.
Amalkan membacanya sebanyak 3 kali untuk setiap hari. Amalkan ketika hendak tidur malam.
DOA UJUT
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Setelah bangun pagi, cucilah muka. Kemudian, cuci lagi sambil membaca mentera ini. Lakukan sebanyak
3 kali. Amalkan selalu. Insya-Allah anda akan sentiasa muda.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera di atas dan selam air sungai sebanyak 7 kali. Amalkan selalu. Ucapan ini juga boleh
dibaca sewaktu mandi bila-bila masa (pagi, petang atau malam).
WUJUD ROH
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Sewaktu empungas (mencuci muka selepas bangun), ambil sedikit air di dalam telapak tangan dan
diminum sedikit. Lakukan sebanyak 3 kali. Ucapan ini juga boleh dibacakan semasa mandi bila-bila masa
(pagi, petang atau malam).
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini pada pagi dan petang terutamanya sewaktu mandi dan seumpamanya.
PANJANG UMUR
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan kalimah ini sewaktu mandi atau mencuci muka atau minum air.
PENGUBAT
Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama Allah,
Cara mengamalkannya :
Apabila anda mengalami sakit pinggan atau kelamin. Ambilkan kuning telur ayam 1 biji. Tambah dengan
lada 3 jemput dan tambah dengan madu sebanyak 1 sukatan kulit telur tadi. Bacakan mentera di atas 3 kali
dan hembuskan ke dalam adunan tersebut. Amalkan meminumnya.
PENGUAT ZAKAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Setiap kali makan nasi, ambilkan sedikit nasi dan kepal-kepalkan sebesar jari kelingking. Buat kepalan
sebanyak 3 biji. Bacakan mentera ini, tiupkan ketiga-tiganya dan telan satu-satu. Insya-Allah zakar anda
akan menjadi keras hampir 24 jam.
WAHIDIL QAHAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Qahhar (7 kali).
Lailahaillallahul Wahidil Qahhar.
Cara mengamalkannya :
Ambil air suam dan bacakan mentera ini. Sapukan ke zakar sehingga kemerahan. Amalkan selalu.
DOA QAHAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahul Qahhar,
Waahidul Qahhar.
Masuk daging kamu.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini sebelum memasukkan zakar ke dalam farajnya. Insya-Allah akan kuatlah zakar anda.
Ambil air liur di tengah lidah dan urutkan zakar sebanyak 3 kali, sambil membaca :
Bismillahirrahmanirrahim.
Kemudian, ambil semula air liur di tengah lidah dan urutkan zakar 3 kali lagi, sambil membaca :
NYAMPAIAN NIBONG
Bismillahirrahmanirrahim.
Hok Allah,
Cara mengamalkannya :
Cium buah dada kanannya dahulu, kemudian buah dada kirinya, kemudian lehernya, kemudian mulutnya
dan kemudian mukanya sambil membaca mentera ini berulang kali. Insya-Allah naiklah syahwatnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Ambilkan air liur dari anak tekak dan bacakan mentera ini. Hembuskan kepadanya dan calitkan ke tapak
tangan. Sentuhlah wanita tersebut.
PELEMAH
Cara mengamalkannya :
Mentera di atas dibacakan sebanyak 3 kali dan dipatahkan ibu jari kanan anda menggunakan keempat-
empat jari kanan. Jangan dibuka! Kemudian, patahkan keempat-empat jari tadi dengan tangan kiri anda.
Jangan buka sebelum urusan anda selesai. Selama anda tidak membukanya, wanita tersebut tidak akan
melawan tindakan anda.
Bismillahirrahmanirrahim.
Somba Sombie,
Som batang sendawa.
Berkat Lailahaillallah,
Berkat aku memakai doa Muhammadur rasulullah.
Cara mengamalkannya :
Bismillahirrahmanirrahim.
Pak kakaripak,
Kayu minyak sedih ku timbang,
Air embun turun lalu.
Cara mengamalkannya :
Bismillahirrahmanirrahim
Cara mengamalkannya :
Bacakan dan hembuskan ke tangan. Sentuhan anda akan membuatkannya menjadi lemah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Ini adalah amalan yang boleh digunakan oleh lelaki atau suami bertujuan untuk memujuk si wanita atau
isteri yang tidak mahu tidur sama. Caranya : Ambilkan sebiji lada putih dan bacakan mentera ini dengan
niat ia ditujukan untuk wanita tersebut. Hembuskan ke lada tersebut. Kemudian, bacalah mentera tersebut
berulang kali sambil menggosok-gosokkan lada tersebut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sebelah
kiri. Ulang membacanya sehingga wanita tersebut mencapai kemuncaknya. Awas: Jangan sampai dia
menggigit bajunya. Boleh menyebabkan kita mati pucuk.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Ini adalah amalan yang boleh digunakan oleh lelaki atau suami bertujuan untuk memujuk si wanita atau
isteri yang tidak mahu tidur sama. Ambilkan sebiji lada putih dan bacakan mentera ini dengan niat
ditujukan kepada wanita tersebut. Hembuskan ke lada tersebut. Kemudian, bacalah mentera ini berulang
kali sehingga air maninya keluar.
Bismillahirrahmanirrahim.
Berkat Lailahaillallah,
Berkat doa Muhammadur rasulullah.
Cara mengamalkannya :
Ini adalah amalan yang boleh digunakan oleh lelaki atau suami bertujuan untuk memujuk si wanita atau
isteri yang tidak mahu tidur sama. Bacakan mentera ini sebanyak 3 kali (1 kali baca 1 kali menyentik
papan). Kemudian, ulangi berterusan membacanya sambil menyentik-nyentik papan. Berhenti sekiranya dia
sudah mencapai kemuncaknya. Awas : Jangan anda terjentik tempat sambungan papan, boleh
menyebabkan mati pucuk.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Ini adalah amalan yang boleh digunakan oleh lelaki atau suami bertujuan untuk memujuk si wanita atau
isteri yang tidak mahu tidur sama. Bacakan jampi ini dan tiupkan ke jari. Gunakan jari tersebut untuk
mengetuk papan sambil berulang membaca jampi tersebut. Setelah wanita tersebut keluar air maninya,
barulah berhenti.
PENUNDUK
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
MENURUT KATA
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini dan kenakan jari manis ke anak tekak. Calitkan ke dagu isteri sewaktu dia sedang
menyedut nafas.
PENYEMPIT FARAJ
JAMPI BERKAT
Bismillahirrahmanirrahim.
Berkat Bismillah,
Berkat Lailahaillallah,
Berkat Muhammaddur rasulullah.
Kun fayakun,
Terkunci lubang tubuh.
Haq!
Cara mengamalkannya:
Bacakan mentera di atas. Semasa menyebut “Haq!” , kemut-kemutkan faraj anda sebanyak 3 kali sekuat
mungkin. Amalkan. Insya-Allah, faraj anda akan sempit seperti anak dara semula.
JAMPI PENYEMPIT
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Jampi ini dibacakan dan sewaktu menyebut “Huk!” kemutkan faraj anda 1 kali. Begitu juga sewaktu
menyebut “Hak!”. Bacakan sebanyak 3 kali dan amalkan selalu. Ia akan menyempitkan faraj anda.
KUNCI AIR
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Baca mentera ini sewaktu yang dirasakan sesuai terutamanya sewaktu mandi, sewaktu mencuci faraj,
sewaktu minum air, sewaktu hendak bersetubuh dan seumpamanya. Amalkannya, insya-Allah mujarab.
LAM KUNYIT
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini sebelum melakukan persetubuhan. Juga boleh dibacakan pada secawan air dan
diminum. Amalkanlah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
SELUSUH
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Urut dahulu perut ibu di saat ketumbannya hendak pecah. Bacakan mentera ini pada segelas air dan
disuruh ibu yang mengandung itu meminumnya. Insya-Allah licinlah keluar bayinya.
SELUSUH TAWAJA
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Ambilkan sebanyak 2 gelas air. Letakkan sekerat hujung jari manis kanan ke dalam air tersebut dan
bacakan mentera tersebut. Berilah minum ibu berkenaan.
SELUSUH TEKUYONG
Bismillahirrahmanirrahim.
Bacakan mentera ini pada air bersih yang ditaruh di dalam tudung periuk dan berikan ibu tersebut
meminumnya.
PENYEJUK HATI
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacalah mentera ini ke dalam makanan suami yang pemarah tersebut. Insya-Allah akan sejuklah hatinya.
Amalkan selalu.
PENUNDUK
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Rabbi Ya Saidi,
Kun kata Allah,
Fayakun kata Muhammad,
Rang sudah ku tungkang,
Lidah sudah ku patah,
Hati sudah ku kunci,
Mulut sudah ku tutup.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini sekali dan hembuskan ke suami yang garang tanpa pengetahuannya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Rimminallah di hadapanku,
Muhammad di belakangku,
Saidina Ali di sebelah kanan,
Amir di kiriku.
Bacakan mentera ini dan tiupkan ke kiri, kanan dan depan sebelum bersemuka dengan suami yang garang
atau marah.
PELEMAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini dan hembuskan ke arahnya. Insya-Allah dia akan menjadi lemah dan tidak akan
marah.
PEMBUNGKAM
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini sewaktu si suami yang sedang mengamuk atau meradang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Inni tuwakaltullah,
Rabbi tarabbikum,
Sifat yang bernyawa,
Syaitan Iblis tergagah-gagah jantung hati si …(sebutkan namanya)… mendengar suaraku,
Hancur keluh mendengar suaraku.
Kunci Allah,
Allah menguncinya.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini dan cubalah memujuk suami yang marah itu dengan lemah-lembut.
MANDI HAID
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara menggunakannya :
Bacakan mentera ini pada air mandian atau bacakan ia sewaktu mandi haid. Insya-Allah, anda akan
bertambah cantik.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
Bacakan mentera ini pada air mandian atau bacakan ia sewaktu sedang mandi haid.
CUCI HAID
Bismillahirrahmanirrahim.
Cara mengamalkannya :
2. Tuliskan azimat tersebut pada sekeping kertas dan masukkan ke dalam mulut. Letakkan di bawah
lidah. Bawalah bersetubuh.
MENGELAK HAMIL
1. Carikan gigi kanak-kanak yang pertama kali patah dan dijadikan azimat.
2. Ambil kepala kelawar yang dikeringkan dan jadikan azimat. Letakkan dibawah bantal wanita
tersebut ketika hendak bersetubuh.
NIKMAT BERJIMA’
1. Tuliskan azimat ini pada sehelai kertas (digalakkan menggunakan tinta Jaffaran). Kemudian,
pakaikan ketika hendak bersetubuh.
2. Tuliskan azimat ini (sebaik-baiknya dengan pena tembaga) di atas kertas. Kemudian, lipatkan
kertas tersebut dan letak di bawah lidah. Bawalah bersetubuh.
PENGUBAT
Bismillahirrahmanirrahim.
Lasturabikum Kaalu bala bikum
Malikul mubin
Jadikan azimat.
2. Tuliskan azimat tersebut pada sekeping kertas dan masukkan ke dalam mulut. Letakkan di bawah
lidah. Bawalah bersetubuh.
3. Tuliskan isim ini pada daun sirih menggunakan dakwat Arab atau tinta Jaffaran (atau
seumpamanya). Kemudian, dimamah dan ditelan.
4. Tuliskan wafak ini pada telapak tangan dengan tinta Jaffaran (atau seumpamanya). Kemudian,
usapkan pada zakar atau dipakaikan sebagai pengikat pinggang. Bawalah bersetubuh.
1. Tuliskan azimat ini pada sekeping kertas dan ikatkan pada pinggang.
2. Cari sirih yang bertemu urat dan tuliskan azimat di atas. Kunyah dan telan sirih tersebut pada hari
Khamis, Isnin dan Jumaat.
1. Tuliskan isim ini di atas sekeping kain putih atau kertas. Kemudian, ikatkan pada paha kiri ketika
hendak bersetubuh. Insya-Allah air mani akan tertahan sehingga anda wanita tersebut puas. Kalau
tidak turun juga, lepaskanlah ikatannya.
MENDAMAIKAN MADU-MADU
1. Tuliskan isim ini ke atas sekeping kertas dan jadikannya sebagai azimat. Insya-Allah akan
damailah madu-madu anda.
NIKMAT BERJIMA’
1. Tuliskan azimat ini (sebaik-baiknya dengan pena tembaga) di atas kertas. Kemudian, lipatkan
kertas tersebut dan letak di bawah lidah. Bawalah bersetubuh.
ENGGAN HAMIL
1. Cari tahi gajah yang telah kering dan jadikan tangkal selama mana dikehendaki tidak mahu hamil.
2. Carikan gigi kanak-kanak yang pertama kali patah dan dijadikan azimat.
NIKMAT BERSETUBUH
1. Tuliskan azimat tersebut pada sekeping kertas dan masukkan ke dalam mulut. Letakkan di bawah
lidah. Bawalah bersetubuh.
MEMBELENGGU SUAMI
1. Tuliskan isim ini pada sekeping kertas dan pakaikannya ketika bersetubuh dengan suami. Zakar
suami tidak akan menegak kecuali kepadanya sahaja. (Amaran : Niatkan kerana Allah dan untuk
tujuan kebaikan).
NIKMAT BERJIMA’
1. Tuliskan azimat ini pada sehelai kertas (digalakkan menggunakan tinta Jaffaran). Kemudian,
pakaikan ketika hendak bersetubuh.
1. Bacakan doa di atas sebelum melakukan jimak. Maksudnya : Dengan nama Allah. Ya Allah!
Jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang Engkau kurniakan
kepada kami.
ELAK MENGANDUNG
MEMINTA ZURIAT
1. Tuliskan ayat ini pada kertas putih yang kosong dengan dakwat Arab, minyak misk, tinta Jaffaran,
air mawar atau seumpamanya. Tuangkan air hujan dan larutkannya. Jadikanlah ia minuman suami
isteri. Amalkan selama seminggu.
2. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak
kurang bilangannya. Masanya : Di antara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang Fardu
Subuh.
3. Bagi isteri : Berpuasalah selama 7 hari berturut-turut dimulai dengan hari Ahad. Setiap kali ingin
berbuka, bacalah “Ya Mushawwir” sebanyak 21 kali pada segelas air dan diminum pada
permulaan berbuka puasa. Bagi suami : Berpuasa selama 3 hari berturut-turut. Setiap kali ingin
4. Ucapkanlah “Ya Waahid” sebanyak 190 kali setiap selesai sembahyang 5 waktu. Amalkan
selama 1 bulan. Dan digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis selama mengamalkannya.
DOA KESIHATAN
1. Bacakan doa ini setiap kali selepas sembahyang fardu. Amalkan selalu.
RAJA PENAWAR
1. Surah Al-Fatihah, Qulhu, Al-Falaq, An-Naas dan Qursi dibacakan sebanyak 70 kali ke air
hujan yang diambil pada malam-malam utama. Jadikan ia minuman atau untuk menyapu.
AWET MUDA
1. Ambilkan air suam dan bacakan ayat di atas sebanyak 5 kali. Cari tuala kecil dan rendamkan ke
dalam air suam tadi. Perahkan dan bungkuskan pada zakar untuk beberapa ketika. Atau, bacakan 7
kali ayat tersebut pada air suam dan sapukan pada zakar. Amalkan selalu.
1. Tuliskan pada zakar ayat di atas dan barulah dibawa bersetubuh. Insya-Allah, si dia tidak akan
mencari lelaki lain.
2. Ciumlah ubun-ubunnya dan bacakan : Ya Latiif. Allahu Nuurun ‘ala nuurin Wa syahidan nuuru
‘alaa may yasyaa.
4. Cium kedua matanya dan bacakan : Allahumma. Innaa Fatahnaa Laka fatham mubiinaa.
8. Cium lehernya dan bacakan : Allahu nuurus samaa Waati Wal ‘ardh.
9. Cium tengkuknya dan bacakan : Nuuru Habiibil iimaan Mini ‘ibaadikas shaalihiin.
10. Cium kedua telapak tangannya dan bacakan : Maa kazabal fu ‘aadu Maa ro-aa.
11. Cium di antara kedua buah dadanya dan bacakan : Wa alqaitu ‘alaika mahabbatan minnii.
SETIAKAN ISTERI
1. Bacakan di dalam hati ayat ini semasa bersetubuh dengan isteri. Insya-Allah dia akan menjadi
setia seumur hidup.
HAMILKAN ISTERI
5. Ucapkanlah “Ya Waahid” sebanyak 190 kali setiap selesai sembahyang 5 waktu. Amalkan
selama 1 bulan. Dan digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis selama mengamalkannya.
1. Tuliskan ayat ini sebanyak 70 kali di dalam mangkuk putih dan lunturkan menggunakan air madu.
Berilah dia meminumnya selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah akan berhasil.
PELEMAH
MANDUL
1. Berpuasalah selama 7 hari dan sebelum berbukan bacalah 21 kali ayat di atas. Amalkan.
2. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu
Subuh). Amalkan selama 40 hari. Insya-Allah, anda akan mendapat anak.
MEMINTA ZURIAT
1. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak
kurang bilangannya. Masanya : Di antara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang Fardu
Subuh.
2. Ucapkanlah “Ya Waahid” sebanyak 190 kali setiap selesai sembahyang 5 waktu. Amalkan
selama 1 bulan. Dan digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis selama mengamalkannya.
MENGAWAL KEHAMILAN
PELEMAH
PENYEJUK HATI
Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada sahabatnya iaitu Jabir:
2. 2 hb. Hijrah : Di betis kanannya. Usap-usapkan betisnya sedikit keras. Akan bangkitlah berahinya.
3. 3 hb. Hijrah : Pada lutut kanannya : Raba-rabakan lututnya sedikit keras. Akan bangkitlah
berahinya.
4. 4 hb. Hijrah : Pangkal paha kanannya. Sentuhkan atau himpitkan dengan paha anda. Akan
bangkitlah berahinya.
5. 5 hb. Hijrah : Pada mulut atau bibir farajnya. Usap keras, akan bangkitlah berahinya.
7. 7 hb. Hijrah : Pada dadanya. Dekapkan dengan dada anda perlahan-lahan. Akan bangkitlah
berahinya.
8. 8 hb. Hijrah : Pada buah dada kanannya. Raba-rabakan dan ramas perlahan-lahan. Akan
bangkitlah berahinya.
9. 9 hb. Hijrah : Pada lehernya. Sentuh dengan leher anda. Akan bangkitlah berahinya.
10. 10 hb. Hijrah : Pada mulutnya. Kucuplah bibirnya agak keras. Akan bangkitlah berahinya.
11. 11 hb. Hijrah : Pada matanya. Cium matanya. Akan bangkitlah berahinya.
12. 12 hb. Hijrah : Pada alisnya. Cium alisnya. Akan bangkitlah berahinya.
13. 13 hb. Hijrah : Pada dahinya dan keningnya. Ciumlah ia. Akan bangkitlah berahinya.
1. Kulitnya putih : Syahwatnya terletak pada kedua belah pipinya. Ciumlah kedua belah pipi
tersebut, maka akan bangkitlah nafsunya.
2. Kulitnya merah : Syahwatnya terletak pada mata dan payudaranya. Ciumlah matanya serta rabalah
payudaranya pada waktu tengah malam.
3. Kulitnya kuning : Syahwatnya terletak pada kedua alisnya. Ciumlah kedua alisnya menjelang
tengah malam.
4. Kulitnya kuning langsat : Syahwatnya terletak pada paha sebelah kanannya. Usap-usapkan atau
raba pahanya menjelang subuh, tentu bangkit nafsunya.
5. Kulitnya kuning kehijau-hijauan : Syahwatnya terletak pada pundaknya. Peluklah dan ciumlah
pundaknya pada tengah malam.
6. Kulitnya hitam : Syahwatnya terletak pada paha sebelah kiri. Rabalah paha sebelah kiri tersebut
selepas maghrib, akan bangkitlah nafsunya.
7. Kulit hitam manis : Syahwatnya terletak pada kedua belah telinganya. Ciumlah kedua telinganya
menjelang tengah malam. Naiklah syahwatnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.
Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku “Petua Dan Amalan Penguat Tenaga Batin”
ini yang telah diolah seperti seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami
memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung
perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan
dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan.