You are on page 1of 5

KAJIAN KES 1: KESEDIAAN DAN KEPERLUAN LATIHAN KEPADA KAUNSELOR

SEKOLAH DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan kaunselor serta latihan yang
diperlukan dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap
pelajar berkeperluan khas. Sampel kajian ini terdiri daripada enam orang kaunselor di
sebuah sekolah yang menjalankan Program Integrasi Pendidikan Khas di negeri
Selangor. Kajian secara kuantitatif ini telah meneroka kesediaan 6 kaunselor ini melalui
temu bual berstruktur dan tema-tema yang dikenal pasti untuk menjawab persoalan
kajian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai tahap kesediaan
yang tinggi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berkeperluan
khas.

KEKUATAN

Hasil daripada analisis dan kajian ini, saya mendapati perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling dalam program pendidikan khas sebenarnya memberi pengajaran terus
kepada murid berkeperluan khas di mana mereka dapat meneruskan kehidupan yang
kompleks ini melalui pendedahan kemahiran-kemahiran penting dalam program ini.
Rudestram (1982) dalam buku Azizi Yahaya dan Yusof Boon (2005) pernah menyatakan
bahawa pengajaran terus adalah satu bentuk latihan kemahiran yang mengajar
mengenai kemahiran-kemahiran penting dalam kehidupan. Menurut Johnson (2004),
kaunseling kelompok merupakan pendekatan yang efektik dalam membantu kanak-
kanak berkeperluan khas memperoleh kemahiran sosial. Dalam keadaan kumpulan,
mereka tidak akan rasa mereka berbeza dengan murid normal dan dapat menerima
keadaan mereka sendiri.

Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih selamat dan dapat mempraktikkan
kemahiran sosial yang perlu dipelajari. Hal ini sangat penting kerana Salisbury, Gallucci,
Palombaro, and Peck (1995) juga menggalakkan interaksi sosial antara murid normal
dengan murid berkeperluan khas. Oleh sebab ketidaupayaan keadaan fizikal dan mental,
murid berkeperluan khas akan selalu mempunyai perasaan rendah diri dan keadaan ini
mungkin akan mempengaruhi konsep kendiri mereka. Melalui kaunseling kelompok,
murid-murid ini boleh mempercepatkan perubahan konsep kendiri ke arah positif dan
meningkatkan keyakinan dalam diri sendiri.
Selain itu, kaunseling dalam pendidikan khas dapat meningkatkan kefahaman,
kemahiran dan pengetahuan guru kaunselor dalam pengurusan pendidikan khas. Hal ini
dikatakan demikian kerana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan
khas ini membuka ruang kepada kaunselor untuk mendekati dan mendampingi murid
berkeperluan khas. Penglibatan kaunselor secara langsung ini dalam pengurusan
pendidikan khas dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka terhadap
murid berkeperluan khas. Kesemuanya ini akan menyebabkan guru kaunselor lebih
berpengalaman dan bersedia semasa mengendalikan isu berkaitan murid berkeperluan
khas. Hal ini dikatakan demikian kerana permasalahan yang dihadapi oleh murid
berkeperluan khas adalah lebih kompleks daripada murid normal.

Buktinya, CACPEP (2009) pernah mengatakan bahawa guru kaunselor yang


terlatih dalam isu-isu pendidikan khas seperti masalah pembangunan sahsiah dan
masalah pembelajaran akan dapat membiasakan diri semasa mengendalikan masalah
golongan berkeperluan khas ini. dalam meneroka masalah mereka. Melalui pendedahan
ini, guru kaunselor boleh dikatakan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran
baharu yang bakal dihadapi pada masa hadapan mahupun dari sudut pengetahuan dan
kemahiran. Pada masa yang sama, guru kaunselor dapat mempraktikkan kemahiran–
kemahiran yang seharusnya dimiliki oleh sesorang kaunselor antaranya ialah empati,
ikhlas, berfikiran terbuka, menerima tanpa syarat dan jujur. Kewujudan perhubungan
teraputik ini akan menjamin keberkesanan dalam pengurusan pendidikan khas kerana
murid berkeperluan khas dapat membina kepercayaan terhadap guru kaunselor.

Menurut Milsom (2006); Scarborough & Deck (1998), perkhidmatan bimbingan


dan kaunseling dalam program pendidikan khas juga mampu meningkatkan kesedaran
dan pemahaman golongan profesional seperti ibu bapa, guru sekolah, pihak kerajaan,
pihak masyarakat dan sebagainya terhadap keperluan murid berkeperluan khas ini yang
selama ini mereka didiskriminasikan dan keadaan ini telah menjadikan murid-murid ini
mempunyai pengalaman negatif dan jurang terhadap orang sekelilingnya. Oleh itu,
kaunseling dalam pendidikan khas dapat membenarkan guru kaunselor memberikan
kesedaran kepada orang ramai tentang peranan dan tanggungjawab sendiri. Perkara ini
juga disokong oleh Milsom (2006); Quigney & Studer (1998); Scarborough & Deck (1998)
yang mengatakan bahawa program sebegini dapat meningkatkan sensitiviti golongan
masyarakat terhadap keperluan pendidikan khas dan seterusnya membetulkan sikap
mereka yang selama ini berat seberat terhadap golongan kurang upaya di mana
suasana saling menerima antara satu sama lain dapat diwujudkan. Dengan bantuan
daripada pihak masyarakat maka dapatlah membantu murid berkeperluan khas ini untuk
memperolehi segala keperluan asas yang penting dalam kehidupan seperti peluang
pendidikan dan lain-lain. Tanpa disedari oleh orang ramai, amalan kaunseling dalam
program pendidikan khas ini dapat pun merapatkan jurang pendidikan di Malaysia.
Seperti yang disarankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012),
pendidikan adalah untuk semua orang tanpa di mana semua orang berhak mendapat
pendidikan untuk mengembangkan potensi diri termasuklah murid berkeperluan khas.
Begitu juga dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang memperkenalkan
program bimbingan menyeluruh bagi semua kelompok di sekolah. Dengan ini, murid
berkeperluan khas juga berupaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari
yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara pada hari kelak.

KELEMAHAN

Saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan semasa guru kaunselor


menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan khas. Menurut
Gething, LaCour, & Wheeler (1994), Yuker (1994), kebiasaanya orang menunjukkan
sikap negatif terhadap murid berkeperluan khas. Begitu juga dengan guru kaunselor
yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap murid berkeperluan khas. Kebanyakan
guru kaunselor menunjukkan sikap tidak begitu yakin dan tidak minat semasa
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan khas. Hal ini berlaku kerana
mereka kurang berpengalaman dalam menyelesaikan kes berkenaan murid
berkeperluan khas. Keadaan ini secara tidak langsungnya akan menyebabkan guru
kaunselor tidak dapat menunjukkan perasaan menghormati dan mempercayai,
penghargaan tentang keunikan murid berkeperluan khas, toleransi terhadap perbezaan
dan kesediaan untuk berinteraksi dengan murid berkeperluan khas. Hakikatnya, murid-
murid ini akan merasai diri tidak diterima sepenuhnya oleh guru kaunselor dan ini akan
menyebabkan mereka tidak bersedia untuk meluahkan masalah dan perasaan mereka
dengan bebas. Perkara ini amat penting kerana Azharimah Saimi dan Salleh Amat
pernah menyatakan bahawa sifat empati, penerimaan tanpa syarat, sikap posiif
merupakan elemen yang penting dalam
mengelakkan guru kaunselor bersikap prejudis terhadap golongan ini. Jikalau guru
kaunselor terus menunjukkan sikap yang negatif terhadap murid berkeperluan khas
maka akan memperlihatkan ketidakupayaan dan ketidakmampuan guru kaunselor
dalam pengendalian pengurusan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan khas.

Dari segi pengetahuan dan latihan, guru kaunselor adalah kurang mantap dan
cekap dalam mengendalikan kes berkenaan golongan murid berkeperluan khas.
Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh kekurangan latihan dan kursus mengenai
cara pengurusan kaunseling dalam kalangan murid berkeperluan khas. Perkara ini juga
diperakui oleh Abdul Halim et.al. (2000) yang menyatakan di Malaysia masih belum
wujud satu model latihan yang kukuh untuk diaplikasikan semasa memberi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada klien yang terdiri daripada
berkeperluan khas. Natijanya, guru kaunselor tidak mempunyai satu garis panduan yang
nyata semasa dalam mengendalikan masalah berkaitan murid berkeperluan khas.

Guru kaunselor juga meghadapi masalah kekurangan maklumat dan


pengetahuan mengenai murid berkeperluan khas sehingga mereka tidak dapat
menjalankan tugas dengan baik dan menepati segala keperluan murid-murid ini. Hal ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan diri semasa menyelesaikan masalah
murid berkeperluan khas. Buktinya, kajian yang dijalankan oleh Quigney (2005)
menunjukkan bahawa guru kaunselor yang tidak pernah terdedah dengan kes murid
berkeperluan khas akan kurang berkeyakinan dan bersedia dalam menyokong
keperluan murid-murid ini.

Sehubungan dengan itu, McEachern (2003); Milsom & Akos (2003); Nichter &
Edmonson (2005); Romano et al. (2009); Studer & Quigney (2005) juga mengatakan
bahawa program pelantikan kaunselor kini tidak menyediakan latihan-latihan yang
secukupnya terhadap bakal pelatih kaunselor dalam berhadapan dengan murid
berkeperluan khas dan cabaran pada masa hadapan menyebabkan guru kaunselor
sekarang tidak mempunyai tatacara atau panduan yang khusus semasa menjalankan
amalan kaunseling yang menjurus kepada kegagalan pengurusan kaunseling dalam
program pendidikan khas.

Berikutan dengan perkara ini, saya telah menemui satu kajian yang dibuat oleh
Ibnu Hassin yang menyokong pernyataan di atas bahawa guru kaunselor hanya
mempunyai serba sedikit pengetahuan dalam menangani masalah murid berkeperluan
khas kekurangan latihan. Beliau telah menjalankan kajian di sebuah sekolah pendidikan
khas integrasi di bandaraya Ipoh untuk mengkaji perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang dijalankan kepada murid-murid pendidikan khas. Temu bual telah
dibuat dengan kaunselor khas sekolah berkenaan dan maklumat-maklumat berikut
telah berjaya dikumpulkan.

Hasil kajiannya menunjukkan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini


ditubuhkan pada tahun 2007. Penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini
adalah selaras dengan saranan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara agar
murid-murid berkeperluan khas turut dibantu sama seperti murid-murid normal. Pada
peringkat awal, peranan unit ini hanya memberi khidmat sokongan kepada pentadbir
berkaitan pengurusan sekolah pendidikan khas ini. Seorang guru dilantik sebagai
kaunselor dari kalangan guru yang mengajar di sekolah pendidikan khas ini. Menurut
maklumat yang didapati, guru kaunselor yang dilantik oleh pentadbir sekolah adalah dari
guru yang mempunyai pengetahuan serba sedikit berkaitan bimbingan dan kaunseling
dan tidak mendapat latihan yang khusus.

You might also like