You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Pengurusan kecederaan merupakan perkara yang amat penting untuk diketahui oleh semua
pihak terutamanya pengurusan kecederaan di sekolah. Pengurusan kecederaan perlu
dilakukan sekiranya berlaku sebarang kemalangan di sekolah. Kemalangan di sekolah boleh
menjadi signifikan untuk berlaku sekiranya aspek keselamatan di sekolah tidak dititikberatkan.
Namun begitu, terdapat juga kemalangan yang sukar untuk dielakkan walaupun pihak sekolah
telah menguruskan aspek keselamatan dengan baik sekali seperti kecederaan ketika sukan.
Menurut surat khabar Sinar Harian (21 April 2017) sebanyak 31 kemalangan telah berlaku di
sekolah dalam tempoh 5 tahun termasuk yang melibatkan kematian. Maka, untuk
menanggani masalah ini, sekolah perlu memiliki kaedah pengurusan kemalangan yang
berkesan dan pengurusan kecederaan adalah satu komponen yang amat penting dalam
beberapa komponen yang terdapat dalam pengurusan kemalangan tersebut.

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN KECEDERAAN


Dalam erti kata lain, pengurusan kecederaan ini merupakan pertolongan cemas.
Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada
seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba.
Maka dapat dilihat bahawa pertolongan cemas ini merupakan rawatan pertama yang kepada
mangsa sebelum tibanya ambulans atau pesakit mendapat rawatan doktor. Matlamat utama
pertolongan cemas ialah untuk menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan menjadi
bertambah teruk, mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh
doktor. Antara perkara-perkara dalam pengurusan kecederaan ialah D.R.A.B.C, T.O.T.A.P.S
dan R.I.C.E.R.

2.1 D.R.A.B.C
Prosedur DRABC merupakan rutin pertolongan cemas yang standard dan diajar bagi
digunakan dalam kes yang (disyaki) kecederaan teruk terutamanya apabila mangsa
tidak sedarkan diri. Maksud karektor-karektor DRABC ialah D- Danger, R- Response,
A- Airway, B- Breathing dan C- Circulation.

Danger (bahaya). Sekiranya seseorang tidak sedarkan diri, langkah pertama ialah
kita perlu memeriksa dan memerhati kebahayaan pada mangsa dan persekitaran yang
berisiko kepada mangsa tercedera, diri sendiri dan orang lain. Sebagai contohnya
sumber elektrik, kedudukan mangsa di tepi cerun atau kolam atau sungai dan
sekiranya mangsa tercedera berada dalam kereta yang rosak akibat kemalangan,
adakah terdapat kemungkinan untuk tercetusnya kebekaran.

1
Response (tindak balas). Kemudian kita perlu bertanya kepada mangsa untuk
memberi tindak balas. Tujuan utama bagi langkah ini ialah untuk memastikan sama
ada mangsa tersebut sedarkan diri atau pun tidak. Untuk mengenalpasti sama ada
mangsa sedar atau tidak, periksa sekiranya mangsa boleh bercakap dengan kita,
dengan suara kita, melakukan pergerakan seperti membuka/menutup mata dan
memberikan tindak balas terhadap sentuhan. Namun, perbuatan melibatkan sentuhan
perlulah berhati-hati dan berwaspada. Ianya melibatkan sensitiviti personal dan antara
jantina serta sentuhan seperti menggoncang badan atau bahu mangsa mungkin boleh
menyebabkan kecederaan yang lebih serius. Sekiranya mangsa sedarkan diri, tanya
kepadanya mengenai situasinya seperti adakah mangsa berasa kesakitan, apa yang
telah berlaku dan sebagainya. Dalam situasi ini, langkah yang selebihnya, ABC tidak
perlu lagi dilaksanakan kerana seseorang itu boleh bernafas dan bercakap.
Bergantung pada situasi, mangsa mungkin memerlukan bantuan perubatan atau pun
tidak. Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, dapatkan bantuan dan lakukan langkah
seterusnya.

Airway (salur udara). Sekiranya mangsa tidak memberikan tindak balas dan tidak
sedarkan diri, periksa sama ada salur udara mangsa terdapat benda asing atau
halangan yang menyumbat tekak mangsa yang boleh menghalang mangsa untuk
bernafas. Penyumbatan tekak boleh disebabkan oleh lidah tertelan, makanan atau
muntah dan objek seperti gigi palsu. Kemudian periksa sama ada kedudukan kepala
mangsa merupakan kedudukan yang sesuai untuk membenarkan pernafasan berlaku
dengan mudah. Ianya adalah lebih efisien sekiranya mencondongkan kepala mangsa
ke belakang dan mengangkat dagu mangsa ke atas.

Breathing (pernafasan). Seterusnya, periksa sama ada mangsa bernafas atau pun
tidak. Sekiranya mangsa tidak memberi tindak balas (dianggapkan mangsa tidak
sedarkan diri) dan mangsa tidak bernafas walaupun salur udara pernafasan tiada
penyumbatan, dapatkan bantuan perubatan segera.

*Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri tetapi bernafas, turut dapatkan bantuan
perubatan. Ianya adalah lebih sesuai untuk meletakkan mangsa yang bernafas tetapi
tidak sedarkan diri di dalam kedudukan pemulihan namun ianya tidak disarankan
sekiranya ianya melibatkan kecederaan serius seperti patah tulang kerana
menggerakkan mangsa dalam keadaan tersebut boleh menyebabkan kecederaan
yang lebih teruk.

2
Sementara menunggu bantuan perubatan tiba, sambung dengan prosedur DRABC
yang seterusnya. Langkah/teknik yang berikutnya perlu dilakukan oleh seseorang
yang mempunyai ilmu dan layak untuk melakukannya iaitu prosedur EAR- Expire Air
Resuscitation iaitu membekalkan bantuan pernafasan (oksigen) kepada mangsa yang
tidak sedarkan diri dan tidak bernafas melalui mulut ke mulut (boleh juga dilakukan
hidung ke hidung atau mulut ke hidung ke mulut). Bagi mangsa dewasa, berikan
sebanyak 12 hembusan seminit, bagi kanak-kanak pula 15 hembusan seminit dan bayi
pula 20 hembusan seminit.

Prosedur EAR adalah seperti berikut:


1. Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
2. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang
kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu).
3. Buka saluran udara:
a) Condongkan kepala mangsa ke belakang.
b) Dagu didongakkan ke atas.
4. Picit hidung mangsa.
5. Tarik nafas sepenuhnya.
6. Letakkan bibir di sekeliling mulut mangsa dengan rapat.
7. Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya terangkat.
8. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang
sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
9. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam
seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan
perubatan telah tiba.

Namun begitu bantuan resusitasi mulut ke mulut sahaja tidak membantu sekiranya
tiada peredaran darah, C-Circulation (denyutan nadi) iaitu jantung berhenti berdegup.
Maka pada masa yang sama, dalam melakukan prosedur resusitasi mulut ke mulut ini,
denyutan nadi mangsa perlu sentiasa diperiksa.

Circulation (peredaran darah). Peredaran darah adalah pentting untuk hidup. Daram
dipam ke seluruh badan oleh jantung. Pelaksana pertolongan cemas dan pegawai
perubatan memeriksa persedaran darah dengan mencari denyutan nadi. Tempat
yang bagus untuk memeriksa nadi ialah pada leher iaitu nadi karotid dan pada
bahagian bawah pergelangan tangan iaitu nadi radial. Sekiranya mangsa tidak
mempunyai denyutan nadi, tetapi terdapat pernafasan, mampatan dada luaran perlu

3
dilaksanakan. Prosedur tersebut dipanggil ECC- External Chest Compression. Untuk
dewasa, mampatan sedalam 3.5cm-4.5cm dilakukan sebanyak 80-100 kali seminit
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan (tangan kanan diletakkan di atas
tangan kiri), bagi kanak-kanak pula mampatan sedalam 2.5cm-3.5cm dilakukan
sebanyak 100 kali seminit dengan menggunakan satu tangan sahaja manakala bagi
bagi mampatan sedalam 1.5cm-2.5cm dilakukan sebanyak 100 kali seminit dengan
menggunakan jari telunjuk dan hantu sahaja. Untuk melakukan mampatan, tangan
perlulah berada dalam keadaan lurus tanpa membengkokkan siku.

Prosedur ECC adalah seperti berikut:


1. Mangsa dibaringkan telentang.
2. Pembantu mula melutut di sisi kanan.
3. Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.
4. Letakkan bahagian belakang tapak tangan ke atas sternum.
5. Tindihkan tapak tangan kiri dengan jari berselang seli.
6. Tekan secara tegak dengan lurus di atas dada mangsa.
7. Tekan sedalam 4-5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat
tangan.
8. Ulang 80 hingga 100 mampatan / tekanan seminit.
9. Antara mampatan, kirakan “One and two”….
10. Mampatan dada terus dilakuakan sehingga denyutan nadi mangsa kembali
atau bantuan perubatan tiba.

Sekiranya mangsa yang tidak sedarkan diri tidak bernafas dan tidak mempunyai
denyutan nadi, Maka prosedur CPR- Cardio Pulmonary Resuscitation perlu
dilaksnakan. CPR merupakan gabungan antara prosedur EAR dan ECC. Untuk CPR,
setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan). Lakukan di dalam 4
kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula
dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan
setiap 5 saat. Hentikan prosedur apabila mangsa kembali bernafas dengan sendiri
dan terdapat denyutan nadi atau bantuan perubatan tiba.

2.2 T.O.T.A.P.S
T.O.T.A.P.S merupakan prosedur yang digunakan untuk menilai kecederaan sukan
bagi atlet dan pemain amatur. Karektor-karektor T.O.T.A.P.S merupakan singkatan
bagi T- Talk, O- Observe, T- Touch, A- Active movement, P- Passive movement dan
S- Skill test.

4
 Talk (bercakap). Tanya mangsa apa yang telah berlaku. Dimanakan tempat
yang cedera? Adakah ianya menyakitkan?
 Observe (perhatikan). Lihat kawasan yang terjejas untuk mengesan sebarang
tanda-tanda kecederaan seperti kemerahan, bengkak atau kelainan jika
dibandingkan dengan bahagian bertentangan (seperti tangan kanan dan kiri).
 Touch (sentuh). Dengan perlahan sentuh kawasan yang tercedera dan
rasakan sama ada ianya terasa suam ataupun mencetuskan kesakitan
mangsa.
 Active movement (gerakan aktif). Suruh mangsa untuk menggerakkan
kawasan tercedera dengan sebarang bantuan atau sokongan.
 Passive movement (gerakan pasif). Sekiranya mangsa mampu
menggerakkan kawasan tercedera, cuba untuk melakukan gerakan liputan
penuh.
 Skill test (menuji kemahiran). Sekiranya tiada sebarang prosedur di atas yang
menyebabkan kesakitan, mangsa perlu berdiri dan tunjukkan kemampuan
mereka untuk melakukan pergerakan yang berimpak tinggi. Sekiranya
kecederaan dikesan, mangsa dikecualikan daripada sebarang aktiviti dan
dirawat.

*Langkah-langkah di atas tidak dilaksanakan bagi kecedaran kepala (concussion)


dan kecederaan tulang belakang. Dalam kes yang disyaki kecederaan tulang
belakang, mangsa perlu berbaring rata dan tidak bergerak sehingga bantuan
perubatan professional tiba.

2.3 R.I.C.E.D
Kecederaan menyebabkan kemusnahan tisu lembut seperti otot, tendon dan ligament.
Hasilnya yang menyebabkan berlakunya pengumpulan bendalir yang tidak normal dan
terlihat sebagai bengkak. Peningkatan tekanan yang disebabkan pembekakan boleh
merencat proses penyembuhan dan menyebabkan kesakitan otot dan kekejangan
otot. Untuk mengatasi masalah ini, prosedur R.I.C.E.D merupakan antara cara yang
terbaik.

 Rest- rehat akan meminimumkan kecedaran yang lebih teruk untuk berlaku.
Elakkan sebarang pergerakan bahagian tercedera semampu yang boleh.

5
 Ice- ais merupakan cara yang efektif untuk mengurankan kesakitan dan
kekejangan otot serta mengurankan lebam yang disebabkan pendarahan. Ais
perlulah dibalut dengan kain atau tuala lembab dan elakkan sentuhan secara
langsung antara ais dan kulit. Prinsip rawatan ais adalah seperi berikut:
o Letakkan ais secepat mungkin selepas kecederaan berlaku.
o Rawtan ais dilakukan selama 20 minit bagi setiap 2 jam.
o Teruskan kekerapan di atas sehingga 48 jam yang pertama.
o Laksanakan semula pemulihan ais sekiranya sebarang
kebengkakakan dan kesakitan berlaku.
 Elevation- mengangkat kawasan tercedera atas daripada paras jantung boleh
mengurangkan bekalah darah yang kawasan tercedera itu terima dan bengkak
akan berkurang.
 Diagnos- diagnos kecederaan dengan merujuk pegawai/professional
perubatan terutama sekiranya seseorang itu risau akan kecederaan, atau
bengkak atau kesakitan menjadi semakin teruk. Turutdapatkan rawatan
sekiranya bengkak atau kesakitan tidak berkurang dengan ketara selepas 48
JAM.

3.0 TINDAKAN APABILA BERLAKUNYA KECEDERAAN DI SEKOLAH


Kemalangan yang mengakibatkan kecederaan di sekolah merupakan perkara yang mampu
kita atasi namun sekiranya berlakunya sesuatu di luar kawalan dan kuasa pihak sekolah,
maka sudah pasti ianya berlaku. Kemalangan mungkin boleh berlaku disebabkan beberapa
faktor seperti kegagalan fasaliti dan infrastruktur, ketika bersukan, menjalankan aktiviti
kokurikulum, musim/cuaca, kawasan larangan seperti kolam renang dan melibatkan peralatan
sukan, bengkel dan sebagainya.

Apabila berlakunya kecederaan di sekolah, terdapat prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi


yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 dan SPI Bil: 1/1995, terdapat peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah, sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku
perlulah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera. Di samping itu,
untuk memberikan sebarang ubat-ubatan dan menghantar murid-murid ke hospital perlulah
mendapat kebenaran bertulis ibu bapa. Ini bermakna, guru tidak boleh sesuka hati untuk
memberikan ubat seperti paracetamol sekiranya murid demam dan membawanya ke hospital
secara semberono. Sekiranya berlaku kecederaan yang serius, maka guru perlulah
memaklumkan kepada ibu bapa murid tersebut dan menghubungi pasukan perubatan dengan

6
segera. Sementara menunggu bantuan perubatan tiba, guru boleh membelikan bantu mula
atau pertolongan cemas terhadap murid tersebut tanpa memberikan sebarang ubatan yang
perlu dikonsum. Namun begitu, semasa kemalangan itu berlaku, guru perlulah sentiasa
tenang dan yakin, menilai situasi dan memberi sebarang rawatan yang perlu dan
menenangkan mangsa kemalangan. Sebarang pengurusan kecedaraan yang ingin
dilaksanakan kepada mangsa perlulah bersesuaian dengan keadaanya dan perlu
dilaksanakan oleh guru yang terlatih.

Sekiranya terdapat aktiviti kokurikulum dan sukan peti pertolongan cemas yang lengkap
perlulah disediakan tidak kira di mana aktiviti-aktiviti tersebut di laksanakan. Kecedaraan
traumatik yang menyebabkan kecederaan pada bahagian tisu lembut amat signifikan dengan
aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum. Rawatan segera yang melibatkan mangsa yang masih
sedar amat berkesan dengan adanya peti pertolongan cemas yang lengkap.

4.0 RAWATAN MENGATASI MASALAH KECEDERAAN DI SEKOLAH


Untuk melaksanakan rawatan bagi mengatasi kecederaan dengan baik, ianya merangkumi
beberapa aspek iaitu kepakaran guru dalam melaksanakan bantu mula/pertolongan cemas,
pelaksanaan pengurusan kecederaan yang betul bilik rawatan peralatan dan kemudahan
yang terdapat di dalam bilik rawatan.Semua guru seharusnya mendapatkan latihan
pertolongan cemas daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian
Kesihatan Malasyia. Namun begitu, tidak semua guru berkesempatan dan mempunyai
komitmen masing-masing. Maka, dalam melaksanakan bantu mula, guru yang paling
bertanggungjawab ialah guru opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta guru
Persatuan Bulan Sabit Merah. Hal ini demikian kerana mereka merupakan golongan yang
sudah pasti mendapat latihan dan mempunyai ilmu mengenai pertolongan cemas dan teknik-
teknik pengurusan kecederaan.

Bagi rawatan yang paling sesuai mengikut pengurusan kecederaan untuk merawat
kecederaan-kecederaan yang amat biasa di sekolah seperti terjatuh dan terseliuh ialah
T.O.T.A.P.S. Hal ini kerana ianya sering melibatkan keadaan mangsa yang masih sedarkan
diri dan kecederannya akan menunjukkan tanda-tanda yang boleh dilihat atau pun kesakitan
kecederaan tersebut boleh dilihat berdasarkan reaksi mangsa. Melalui setiap langkah
T.O.T.A.P.S, guru dapat mengenal pasti darjah kecederaan yang sebetulnya dan mampu
melaksanakan rawatan pemulihan sementara menunggu bantuan perubatan tiba (sekiranya
melibatkan kecederaaan yang serius). Rawatan susulan tersebut boleh melibatkan prosedur
R.I.C.E.D sekiranya kecederaan yang berlaku tidak terlalu serius seperti ingin mengurang
bengkak (turut digunakan sekiranya berlaku kecedaraan sukan).

7
Bagi yang melibatkan kemalangan serius seperti terkena renjatan elektrik, dipukul atau
dihentak objek tumpul atau berat dan menyebabkan mangsa kelihatan terbaring longlai,
prosedur D.R.A.B.C amatlah sesuai untuk dilakukan. Dengan melakukan prosedur ini, nyawa
mangsa yang berada dalam keadaan bahaya mungkin boleh diselamatkan.

Namun begitu, perlu diingatkan sekiranya kecederaan yang berlaku melibatkan kecederaan
tulang belakang, leher, kepala dan patah tulang yang serius, jangan sesekali mengubah
kedudukan dan keadaan mangsa sekiranya tidak mahir untuk melakukan teknik yang betul.
Sementara, menunggu pasukan perubatan tiba, bagi yang tidak mahir, hanya perlu
melindungi persekitaran mangsa dari sebarang bahaya. Contohnya, sekiranya berlaku
kemalangan yang amat serius dan melibatkan kecederaan tulang belakang di jalan raya
hadapan sekolah, guru perlu meletakkan kon keselamatan atau segi tiga amaran dalam jarak
kira-kira 45 meter. Sekiranya terdapat golongan yang mahir dan kecederaan melibatkan
kepala, leher, tulang belakang atau kecederaan teruk, pastikan bahagian kepala, leher dan
tulang belakang stabil dahulu sebelum mengerakkan atau mengalihkan mangsa kemalangan.
Boleh dilakukan dengan mengangkat mangsa secara serentak oleh sekurang-kurangnya dua
atau tiga orang atau meletakkan mangsa di atas sekeping papan yang kukuh untuk
mengalihkan mangsa kemalangan. Sekiranya melibatkan patah tulang, bahagian yang patah
hendaklah dipastikan supaya tidak beralih. Tangan yang patah boleh distabilkan dengan kayu
sebagai anduh manakala kaki hendaklah distabilkan dengan kayu sebagai anduh atau diikat
sekali dengan kaki yang tidak cedera.

5.0 PENUTUP
Maka, dapat dilihat bahawa perngurusan kecederaan amatlah berkait rapat dengan
pengurusan kemalangan di sekolah. Setiap pengurusan kecederaan perlulah diaplikasikan
sesuai dengan keadaan kemalangan yang berlaku. Disamping itu, guru-guru perlulah
mempunyai kesedaraan mengenai pentingnya untuk mengetahui pertolongan cemas di
samping mengetahui prosedur keselamatan di sekolah. Hal ini demikian kerana, gurulah
insan yang bertanggungjawab di sekolah untuk melindungi anak-anak muridnya.

(2377 patah perkataan)

8
Rujukan

Mustafa Mohd Ali. Zurina Ismail & Dr Abdul Shatar Dahan. (1994). Panduan Pertolongan
Cemas. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

31 kemalangan di sekolah dalam tempoh 5 tahun. (n.d.). Retrieved September 21, 2018, from
http://www.sinarharian.com.my/semasa/31-kemalangan-di-sekolah-dalam-tempoh-5-
tahun-1.663579

O., & Maznan, S. S. (n.d.). Pertolongan cemas kemalangan jalan raya - Penentu jangka hayat
mangsa. Retrieved September 17, 2018, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Anderson, M.K. and Hall, S.J. (1995) Sports Injury Management. Williams and Wilkins:
Philadelphia.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, D. (2000, March 30). SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 9/2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah [Letter to Semua Pengarah Pendididikan Negeri]. PEJABAT
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR
DAMANSARA, Kuala Lumpur.

You might also like