You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI REMBAU

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
BIL. 03 / 2017

Tarikh : 17 Oktober 2017


Hari : SELASA
Masa : 2.00 PM
Tempat : DEWAN MESYUARAT SK TAMAN SERI REMBAU

Kehadiran Mesyuarat HEM Bil 3/2017 :


1. EN. SHARIFUDDIN BIN IDRIS – (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
2. PN. HAMIZAH BT TAN
3. PN. WAN ROZNIZURA BT WAN MOHAMAD
4. PN. ESMALA SHAM BT SHAMSUL BOHARE
5. PN. JAFFRIDAH BT DAHALAN
6. CIK NOORAFIZA BT AB WAHAB -Setiausaha
7. PN. ZAMAIRA BT ZAKARIA
8. EN. SAFWAN HARIZ B MARZUKI
9. PN. ANISAH BT MOHD SANI
10. PN AZLINA WATI BT MOHD RAZLI
11. CIK AIN NADIA BT ABDUL AZIZ
12. PN NUROL AMIRAH BT SAHARI

1. UCAPAN PENGERUSI – EN SHARIFUDDIN BIN IDRIS (GURU PENOLONG KANAN


HEM SK TAMAN SERI REMBAU)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali
ketiga 2017.
1.2 Pengerusi memperkenalkan Cik Noorafiza Ab Wahab sebagai Setiausaha Unit HEM yang
baru menggantikan Pn Wan Roznizura Bt Wan Mohamad.
1.3 Encik Sharifuddin Bin Idris selaku GPK HEM yang baharu mengharapkan semua guru
dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid.
Makluman: Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE - 2 / 2017


3.1 Cadangan : Pn Anisah Bt Mohd Sani
3.2 Sokongan : Pn Jaffridah Bt Dahalan

Minit Mesyuarat Bil. 03/ 2017 HEM SKTSR


1
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Unit 3K memohon agar guru matapelajaran terakhir memastikan Program 5 minit
sebelum balik berjalan dengan baik.
3.2 Puan Anisah menyatakan perjumpaan Badan Pengawas hanya diadakan mengikut
keperluan.
3.3 Puan Zamaira menyatakan Program Info dadah PpDA berjalan pada tahap memuaskan
kerana kekangan masa sewaktu perhimpunan dijalankan.
Tindakan : Semua Ketua Unit

4. UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


4.1 GPK HEM meminta semua Ketua Unit agar melengkapkan Fail Unit HEM dalam masa
seminggu untuk disemak.
4.2 Beliau turut mengingatkan semua guru agar menyimpan dan meletakkan semula Fail Unit
HEM di Bilik GPK HEM.
4.3 Beliau juga meminta kerjasama semua guru agar memuat naik gambar aktiviti berkaitan
Unit HEM di dalam aplikasi Whatsapp Group Guru SKTSR.
Tindakan : Semua Ketua Unit
5 UNIT PENGAWAS
5.1 JK Unit Disiplin melaporkan kes terbesar yang berlaku adalah berkaitan buli dan
kecurian. Namun kes-kes ini dapat diselesaikan dengan pantas.
5.2 Pn Anisah memohon kerjasama semua guru untuk memaklumkan kes disiplin yang
berlaku walaupun ia telah diselesaikan sebagai perekodan.
5.3 Pn Anisah memohon agar guru-guru dalam jawatankuasa pengawas dapat berada di Bilik
Displin pada waktu terluang bagi membincangkan hal berkaitan disiplin
5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa sebagai langkah keselamatan Pintu Belakang akan
ditutup disamping perancangan menjadikan laluan sekolah sehala.
5.5 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar kawasan sekolah.
5.6 Pn Anisah mengingatkan guru-guru agar mengisi Fail Bergerak Unit Disiplin yang
diletakkan di setiap kelas. Pengisian buku rekod disiplin juga amsih diteruskan.
5.7 Pn Anisah member taklimat mengenai cara pengisian sistem SSDM yang perlu diakses
oleh semua guru kelas bagi merekod bukan sahaja kes salah laku malahan amalan murni
murid-murid di dalam laman web tersebut.
5.8 Akses sisitem SSDM adalah dengan menggunakan ID:NBA3024 dan kata laluan:
nba3024ppdr.
5.9 Pengerusi memohon agar aduan kes-kes sensitif perlu diselidik dengan betul sebelum
menyampaikan laporan.
5.10 Pengerusi mengingatkan guru pengawas untuk memantau tugas pengawas secara
menyeluruh dan berterusan untuk peringkat awal bagi pengurusan yang sistematik pada
masa hadapan.
Tindakan : Semua Guru

6 UNIT KEBAJIKAN DAN BANTUAN MURID SEKOLAH


6.1 Pengerusi memaklumkan sumbangan kepada murid Tahun 4 yang kematian ibu akibat
penyakit kanser telah disampaikan.
6.2 Cik Ain Nadia menyatakan bagi kes-kes kecemasan dan kematian, bantuan kilat akan
dijalankan manakala sumbangan individu sentiasa dibuka.
Tindakan : JK Unit Kebajikan

7 UNIT KWAMP

Minit Mesyuarat Bil. 03/ 2017 HEM SKTSR


2
7.1 Pengerusi menyatakan wang bantuan bagi KWAMP akan disampaikan secara tertutup
kepada penjaga yang layak.
7.2 Cikgu Azlinawati memohon agar guru kelas dapat mengisi data pendapatan dan
tanggungan dengan lengkap dan betul bagi tujuan penerima KWAMP.
7.3 Pn Jaffridah menyatakan terdapat ibu bapa penjaga yang tidak memberi kerjasama
untuk mengisi maklumat seperti tidak menyerahkan penyata pendapatan.
7.4 Pengerusi mengingatkan penjaga tanpa penyata pendapatan perlu menyerahkan
Borang Isytihar Pendapatan. Guru Kelas diminta meletakkan pendapatan RM 3001.00
jika penjaga enggan memberikan kerjasama.
7.5 Pn Azlinawati memaklumkan bahawa bantuan kebajikan orang asli telah dipohon dan
menantikan jawapan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tindakan : JK Unit KWAMP
8 UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
8.1 Pengerusi memaklumkan tiada aduan mengenai RMT yang diterima.
8.2 Pengerus memohon guru bertugas agar memantau makanan dan minuman yang
disediakan untuk murid RMT. Guru bertugas perlu memastikan makanan yang
disediakan mengikut menu yang ditetapkan oleh Unit RMT. Beliau turut menyatakan
proses penyediaan makanan juga perlu diselia.
8.3 Pengerusi menyatakan penerima RMT bagi tahun 2018 akan disenarai pendek dalam
waktu terdekat. Penerima adalah dengan pendapata perkapita penjaga bawah 140.
Tindakan : JK Unit RMT

9 UNIT APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)


9.1 Pengerusi menekankan pengisian data APDM perlu betul dan dikemaskini kerana ia
mempengaruhi banyak perkara lain.
Tindakan : JK Unit APDM
10 UNIT PENGURUSAN KANTIN
10.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pengusaha kantin kerana mencapai Kantin A
bagi tahun ini.
10.2 Pengerusi meminta agar JK Kantin dapat menceriakan kantin.
Tindakan : JK Unit Pengurusan Kantin

11 UNIT SURAU AL-KAUTHAR


11.1 Pn. Wan Roznizura memaklumkan Surau Al-Kauthar telah mendapat tempat ketiga
pada pertandingan peringkat daerah dan berharap agar warga SKTSR dapat
mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Tindakan : JK Unit Surau Al-Kauthar

12 HAL-HAL LAIN
12.1 GPK HEM memohon agar semua unit bertindak menyediakan pelaporan bagi
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi audit SKPMg2.
Tindakan : Ketua unit

12.2 GPK HEM juga memohon agar guru kelas dapat bersedia dengan dokumen yang
perlu untuk murid yang berpindah dan menyerahkannya di pejabat.
Tindakan : Guru Kelas

4 PENUTUP
Minit Mesyuarat Bil. 03/ 2017 HEM SKTSR
3
4.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.
4.2 Mesyuarat akan datang akan dilaksanakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………… …………………………
(NOORAFIZA AB WAHAB) (SHARIFUDDIN BIN IDRIS)
Setiausaha Guru Penolong Kanan HEM
Unit HEM SK Taman Seri Rembau SK Taman Seri Rembau

Minit Mesyuarat Bil. 03/ 2017 HEM SKTSR


4

You might also like