You are on page 1of 1

Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme

yang tinggi.

Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang


tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan
sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara.
Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui
semangat perkauman dan kenegerian.

Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa


sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan
kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai
serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.

Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan


prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai
agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai
rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin
dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam
dan di luar negara.

Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan


kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini
penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan


mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum
untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia
juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu


pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya
mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.

You might also like