You are on page 1of 4

Rozaimah Rashidin dan Nor Hashimah Jalaluddin (2013) telah menganalisis metafora emosi

KASIH dalam karya Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Tuhfat Al-Nafis. Metafora ialah
penggunaan kata secara berkias iaitu tidak memberi maksud secara langsung. Menurut Za’ba
(2002) menyatakan bahawa metafora ialah peribahasa yang disampaikan untuk mengatakan
sesuatu makna tetapi dengan penggunaan kiasan. Emosi pula merujuk kepada perasaan yang
terbit dalam diri seseorang individu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji makna emosi KASIH
menggunakan teks Melayu tradisional. Kajian ini memfokuskan semantik dan pragmatik secara
khusus serta secara amnya dari segi linguistik dan bahasa. Selain itu, pengkaji turut
memfokuskan kepada teks Melayu tradisional yang ditetapkan kerana teks tersbut berkait rapat
dengan jiwa atau kehidupan masyarakat Melayu.

Kajian ini berpandukan beberapa buah kajian lepas. Ketiga-tiga kajian lepas tersebut
mengkaji makna KASIH dalam kalangan orang Melayu melalui perspektif bahasa serta
linguistik. Kajian pertama ialah kajian oleh Goddard (1996) mengatakan budaya Melayu sangat
mementingkan aspek kasih sayang. Terdapat tiga perkataan yang saling berkaitan
menunjukkan perkaitan emosi KASIH iaitu sayang, kasih dan cinta. Kajian kedua ialah kajian
oleh Muhammad Haji Salleh (2007) pula menganalisis konsep cinta berdasarkan syair , pantun,
cerita lisan dan buku cerita. Menurutnya, perasaan cinta, kasih dan sayang orang Melayu
bersifat imaginatif. Perasaan tersebut sangat subur dan kaya dalam kalangan masyarakat
Melayu. seterusnya, kajian ketiga dilakukan oleh Imran Ho dan Sabariah (2007) menggunakan
medium linguistik kognitif untuk menganalisis konsep metafora KASIH. Data korpus
menunjukkan metafora cinta, kasih dan sayang dinyatakan melalui berapa kerap kolokasi. Hasil
kajian tersebut melihatkan cinta itu dijelaskan melalui aspek dalam ungkapan jatuh cinta.
Penggunaan leksikal cinta adalah untuk meluahkan perasaan cinta kepada seseorang.

Kajian ini menganalisis beberapa buah teks Melayu tradisional yang berbeza. Pengkaji
memperoleh butiran melalui laman web simpanan maklumat bahan untuk kajian iaitu Malay
Concordance Project (MCP). Butiran diperolehi dalam bentuk konkordans dengan cara
mendapatkan leksikal KASIH melalui beberapa ulasa daripada sastera klasik yang telah
dihadkan. Setelah dianalisis maklumat dalam bentuk konkordans tersebut, data yang
mempunyai metafora KASIH melibatkan emosi dipisahkan dengan maklumat korpus yang
mentah dan hasil menemui 30 leksikal KASIH berunsur metafora yang menggunakan Teori
Hibrid. Proses Tiga Serangkai termasuklah fasa simulasi, fasa perubahan dan fasa pembuktian.

Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati teks Melayu tradisional sangat berkait
rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Teks tradisional Melayu mempunyai banyak tema
dalam sesuatu karya. Tema-tema yang kerap kali menjadi persoalan utama dalam karya agung
termasuklah tema keperwiraan, kekayaan dan kesetiaan. Terdapat penggunaan unsur-unsur
emosi dalam tema-tema setiap teks ini. Unsur emosi tidak hanya melibatkan perasaan positif
seperti cinta, rindu sayang dan kasih tetapi perasaan negatif juga diselitkan dalam tema-tema
tersebut iaitu, cemburu, dendam dan marah. Namun, kepelbagaian emosi dalam tema tersebut
tidak ditunjukkan secara jelas dan terang-terangan. Emosi tersebut ditonjolkan dengan cara
tersirat, iaitu kata atau ungkapan membawa kepada maksud lambang emosi.
Contoh penggunaan emosi positif seperti konsep metafora KASIH yang disampaikan
secara tersirat ialah (a) berkasih tiada bercerai dan (b) sangat kasihnya akan isteri seperti
menatang minyak yang penuh. Kedua-dua data tersebut memerlukan pentafsiran yang tinggi
untuk memahami maknanya. Rantau konsepsi emosi KASIH akan terhasil setelah proses
menginterpretasi makna dilakukan.

Contoh penggunaan metafora emosi KASIH yang disampaikan secara tersirat


termasuklah data (a)berkasih tiada bercerai dan data (b) sangat kasihnya akan isterinya
seperti menatang minyak yang penuh. Kedua-dua data tersebut memerlukan pentafsiran
yang tinggi untuk memahami maknanya. Rantau konsepsi emosi KASIH akan terhasil setelah
proses menginterpretasi makna dilakukan. Emosi KASIH mengatakan konsep leksikal dan
makna yang bersifat tersirat berdasarkan penggunaan leksikal dari karya yang terpilih.

Terdapat tiga metod digunakan untuk mengumpul data dengan tepat iaitu dengan
penggunaan konsep ad hoc, pemetaan domain dan rantau konsepsi meatafora KASIH. Carston
(2009) menyatakan ad hoc adalah bahagian pemikiran penutur yang dapat difahami oleh
pendengar pada masa tertentu yang bersifat khusus dan seketika. Ad hoc dibahagikan kepada
dua bahagian, penyempitan dan peluasan. Ad hoc penyempitan digunakan jika terdapat leksikal
atau ungkapan yang taksa atau terdapat banyak kesimpulan yang dibuat dan pembaca akan
memilih dan menggugurkan contoh yang tidak mempunya kaitan dengan konteks seterusnya
menyempitkan makna yang dikehendaki. Perumpamaan, bentuk metafora dan simbol iaitu
bukan kiasan merujuk kepada faktor-faktor keluasan.

Contohnya, (a) bercerai merupakan contoh yang dilihat kurang jelas atau tersirat.
Masalah ketaksaan ujaran ini dapat diatasi dengan ad hoc penyempitan iaitu dengan
mengukuhkan konsep yang dikod oleh item leksikal dan menyasarkan item leksikal tertentu.
Seperti yang terdapat pada butir (a) iaitu leksikal bercerai yang tidak jelas dan mempunyai
makna yang tersirat. Hal ini disebabkan butiran tersebut memiliki padanan maksud lanjutan
yang berbagai seperti bercampur, berpecah dan berjauhan. Leksikal bercerai ini memiliki
banyak rumusan dan andaian yang akan menyebabkan kekeliruan atau kesamaran terhadap
makna kepada penutur mahupun pendengar semasa proses pemahaman frasa tersebut. selain
itu, melalui data (a) jugaa pentafsiran maknanya ialah pertalian suami isteri, ikatan anggota
keluarga. Selain itu, tafsiran itu juga boleh sebagai kaitan persahabatan yang akrab. Ad hoc
penyempitan dalam lingkungan, audiens akan memilih kesimpulan atau idea yang paling tepat
bagi frasa berkasih tiada bercerai itu dan akhirnya akan terhasil makna sebenar yang hendak
disampaikan berdasarkan pertikan tersebut iaitu persahabatan yang sangat erat antara Hang
Tuah lima bersaudara sejak kecil lagi dan maknna dalam L digugurkan.

Seterusnya, bagi ad hoc peluasan dapat dilihat melalui maklumat (b) menatang minyak
yang penuh. Pandangan yang dikod oleh leksikal akan dicatat oleh pendengar seterusnya
pendegar akan menganalisis dan mencari unsur munasabah menerusi buku yang mengandungi
maklumat am tentang segala bidang pengetahuan tertentu. Pendengar mengandaikan bahawa
ujaran sebagai garis rujukan yang yang tidak terperinci untuk mencapai permintaan penutur.
Pilihan dilakukan berdasarkan sesuatu yang diperole seterusnya segala perisian yan tidak
berkait akan ditolak sehingga penerimaan data berkait sebagai bayangan pendapat penutur.
Frasa menatang minyak yang penuh adalah frasa kepada metafora yang memiliki pelbagai
maksud yang tidak mudah untuk dijelaskan jika sulit memahami konteksnya. Untuk menerima
dan memahami metafora, andaian dan rumusan implikatur boleh dibina berdasarkan ad hoc
perluasan. Terdapat satu andaian terpilih sebagai keputusan yang sangat berkaitan. Antara
tafsiran yang boleh wujud berdasarkan klauss menatang minyak yang penuh adalah sperti
meletak minyak di telapak tangan. Perbuatan ini bermaksud membawa secara cermat,
pelakuan supaya yang dijaga itu tidak terkeluar dari bekasnya dan pelakuan yang membawa
maksud memelihara dengan kasih sayang dan dijaga dengan sempurna. Kesemua andaian
atau pemikiran tersebut dikaitkan dengan tindakan menjaga dengan teliti. Pelakuan menatang
minyak yang penuh di dalam sebuah bekas ini boleh dihuraikan kepada sifat kesabaran dan
hemat yang saling berkait dengan KASIH dalam ikatan suami dan isteri. Dari segi kognitif,
pelakuan tersebut dikategorikan sebagai pelakuan memelihara perkara yang dikasihi dan
dipelihara dengan erat seperti yang digambarkan sebagai ikatan kasih suami dan isteri.

Peringkat penganalisian data berikutnya mengaitkan proses pemetaan domain.


Pemetaan domain IKATAN boleh ditujukan ke domain emosi KASIH melalui proses pemetaan
domain bagi data (a) berkasih tiada bercerai dan seterusnya menghasilkan metafora konsepsi
KASIH ADALAH IKATAN. Bercerai itu merujuk kepada ikatan melalui pengetahuan kognitif
kerana perkaitan idea yang berlandaskan pertalian sebagai sahabat. Skema imej
PENGHUBUNG ialah skema imej yang menyambung antara dua atau lebuh abstrak dan konkrit
serta sebagai penghubung sesama sendiri yang mengaitkan orang perseorangan yang
menyampaikan dan orang perseorangan yang mengambil fikiran tersebut. Data berkasih tiada
bercerai menggambarkan mengenai pertalian sahabat yang sangat rapat antara Hang Tuah
dengan lima sahabatnya yang disatukan atas dasar KASIH. Manakala data (b) juga dihuraikan
sebagai domain BEKAS dan mencipta metafora konsepsi KASIH ADALAH BEKAS. Frasa
menatang minyak yang penuh dihuraikan sebagai skema imej BEKAS disebabkan makana
penuh boleh digelar sebagai sebuah bekas dan juga diimaginasikan sebagai satu pelakuan
membawa sebuah bekas yang keseluruhannya diisi minyak.

Akhir sekali, adanya pembentukan perasaan KASIH melalui rantau konsep setelah
selesai siri perubahan ad hoc dan pemetaan domain melintasi Proses Tiga Serangkai. Rantau
konsepsi bermaksud ruang berhimpunnya pengetahuan yang berkaitan domain, skema imej,
metafora konsepsi dan konsep leksikal. Penerapan konsep ad hoc dari segi penyempitan dan
peluasan serta frasa pemetaan domain r telah menghasilkan rantau konsepsi. Melalui
penggunaan Teori Hibrid dan aplikasian metafora, maka terhasilnya rantau konsepsi yang
melibatkan perasaan KASIH yang menggunakan maklumat korpus yang diambil dari teks karya
agung Melayu. dapat dijelaskan bahawa melalui penghasilan ad hoc dan pemetaan domain
yang dijalankan bersama berjaya membuatkan perasaan yang tidak dapat diarasa dengan
pancaindera diketahui dengan mudah.

Kesimpulan bagi kajian ini ialah kepelbagaian emosi yang terdapat dalam teks Melayu
tradisional tidak ditunjukkan secara terang-terangan namun disampaikan secara tersirat atau
mempunyai unsur dua makna, iaitu menggunakan kata-kata yang lebih ke arah perlambangan
emosi. Dalam karya tersebut, emosi KASIH diguna menjadi penggerak yang mebanyangkan
dan menjelaskan pendapat yang terbentuk dalam fikiran dan proses mentafsir oraNG melayu
terdahulu. Menerusi kajian ini, jelaslah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu zaman dahulu
banyak menggunakan bahasa kiasan atau makna yang tersirat dalam percakapan seharian
kerana Melayu itu dianggap masyarakat yang penuh hemah dan bersopan santun.

You might also like