You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan
Metafora ialah gaya bahasa kiasan langsung atau perbandingan yang menyebut dua hal tanpa
menggunakan kata-kata perbandingan. Ia menghubungkan sesuatu objek atau konsep dengan
objek lain. lazimnya metafora terdiri daripada dua perkataan yang ringkas, padat dan tersusun
(Herman J Waluyu, 1995:84). Menurut Kamus Dewan (1994:886) mendefinisikan metafora
sebagai pemakaian kata-kata yang menyatakan suatu makna atau maksud yang lain daripada
makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan).
Selain itu, metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan seolah-olah, ibarat, seakan-akan,
bak seperti, laksana, macam, bagai, dan umpama. Metafora dikenal juga sebagai kiasan
terus.
Metafora konsepsi digunakan oleh manusia bagi memahami entiti abstrak melalui sesuatu
yang konkrit. Entiti konkrit kebiasaannya dijadikan domain sumber untuk memahami entiti
abstrak yang dikenali sebagai domain sasaran. Oleh kerana kajian ini akan memokuskan pada
metafora konsepsi emosi maka pengkaji menyokong pendapat yang dikemukakan oleh
Kovesces (2000: 20) yang menyatakan:
..metaphors not only pervades the language people use about emotions, but also that it is
essential to the understanding of most aspect of the conceptualization of emotion and
emotional experience,..
Berdasarkan penerangan yang dikemukakan oleh Kovesces, (2000), metafora bukan
sahaja dianggap sebagai satu mekanisme kognitif untuk memahami entiti yang abstrak tetapi
pada masa yang sama boleh mengkonsepsualisasikan emosi dan pengalaman yang berkait
dengan emosi. Secara ringkasnya, metafora konsepsi emosi merujuk kepada penggunaan
metafora dengan membayangkan perasaan ekpresi emosi secara metaforik atau implisit.
Emosi yang diekspresikan menggunakan pelbagai jenis metafora ini merupakan suatu
kebiasaan yang wujud dalam bentuk leksikal, frasa, klausa dan ujaran. Kajian ini akan
meneliti dan menganalisis metafora emosi KASIH puisi karya Usman Awang. Metafora
diambil dalam puisi Korban Tanah Air, Uda dan Dara dan Duri dan Api. Kajian ini
dijalankan dengan berbantukan Teori Metafora Konsepsi dan sekaligus akan menggambarkan
skema imej yang terdapat dalam puisi-puisi yang dikaji.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN


Puisi merujuk kepada susunan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah.
Selain itu, puisi merupakan satu cabang kesenian manusia yang disulam dalam seni lain
seperti drama puisi atau lirik. Dalam mengekspresikan pengalaman dan pemerhatiannya,
penulis sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa atau metafora. Hal ini adalah
untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan menggunakan bahasa yang indah di samping
menggambarkan perasaannya terhadap sesebuah situasi. Namun metafora ini kadang kala
menimbulkan kekeliruan atau kekaburan perasaan sebenar yang ingin disampaikan kepada
pembaca kerana menggunakan bahasa figuratif. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
menganalisis metafora emosi yang dikecilkan skopnya kepada emosi KASIH dalam puisi
karya Usman Awang menggunakan teori Metafora Konsepsi.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


i.

Mengenal pasti metafora emosi KASIH yang digunakan dalam puisi karya Usman

ii.

Awang
Menganalisis metafora emosi KASIH dan skema imej yang terdapat dalam puisi
karya Usman Awang

2.0 METODOLOGI KAJIAN


2.1 Data Kajian
Data-data yang diperoleh daripada puisi karya Usman Awang. Data yang didapati dengan
menganalisis rangkap puisi yang menggambarkan emosi. Puisi-puisi yang mengandungi
unsur metafora konsepsi emosi KASIH diasingkan. Hasilnya, Puisi yang akan difokuskan
kepada tiga sahaja iaitu puisi bertajuk Duri dan Api, Korban Tanah Air serta Uda dan Dara,
Data dianalisis menggunakan teori Metafora Konsepsi.

2.2 Teori

Kajian ini menggunakan salah satu teori di bawah semantik kognitif iaitu Metafora konsepsi
Teori ini telah dipelopori oleh Lakoff (1980). Teori Metafora Konsepsi ini merupakan suatu
bentuk mekanisme kognitif yang digunakan oleh manusia untuk memahami entiti abstrak
berdasarkan sesuatu yang konkrit. Entiti konkrit ini kebiasaannya dijadikan domain punca
untuk memahami entiti abstrak yang dikenali sebagai domain sasaran. Daripada perspektif
linguistic kognitif, metafora is defined as understanding one conceptual domain in terms
of another conceptual domain. A convenenient shorthand way of capturing this view
metaphor is the following: CONSEPTUAL DOMAIN A IS CONSEPTUAL DOMAIN B, which
is called conceptual metaphor (Kovesces, 2010:4). Domain A merujuk kepada domain
sasaran, manakala domain B merujuk kepada domain sumber. Menurut Lakoff dan Johnson
(1980), terdapat tiga jenis metafora konsepsi yang asas iaitu metafora orientasi, metafora
ontologi dan metafora struktural. Metafora orientasi ialah peluasan makna/konsep orientasi
seperti DALAM-LUAR, ATAS-BAWAH, HADAPAN-BELAKANG kepada domain bukan
ruang. Metafora ontologi pula ialah pengkonseptualisasian benda yang abstrak (emosi, idea,
fenomena persekitaran) menjadikannya seperti benda yang abstrak (emosi, idea, fenomena
persekitaran) menjadikannya seperti benda (biasanya entiti, benda konkrit atau tempat).
Metafora struktural pula mengambil item-item yang banyak berstruktur dalam pengalaman
hidup sebagai sumber domain untuk memahami sesuatu konsep yang lain.

3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Puisi merujuk kepada susunan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah.
Terdapat pelbagai cara untuk mengekpresikan emosi, tetapi dengan menulis puisi adalah
suatu cara yang menyampaikan mesej dengan seni yang indah. Hal ini termasuklah dengan
mengekpresikan emosi kasih, cinta, rindu, marah, sedih, gembira dan sebagainya. Lazimnya,
kepelbagaian emosi dalam puisi tidak ditonjolkan secara terang-terangan tetapi secara tersirat
menerusi rangkap atau leksikal yang menjurus kepada perlambangan emosi, misalnya dalam
contoh berikut;

(a) Kekasih yang menunggu dia


putus cintabisikan jiwa
3

(b) Bersumpah keramat cinta


wajah seri terukir
(c) Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
(1) Metafora Orientasi
Metafora orientasi ialah peluasan makna/konsep orientasi seperti DALAM-LUAR, ATASBAWAH, HADAPAN-BELAKANG kepada domain bukan ruang.
Kekasih yang menunggu dia
Putus cintabisikan jiwa
Sebagai contoh, baris kekasih yang menunggu dia melibatkan orientasi SUMBERSASARAN dan menghasilkan metafora konsepsi KASIH ADALAH PENANTIAN. Leksikal
kekasih merujuk kepada SUMBER atau domain A. Manakala, dia dalam baris itu
dikonsepsikan sebagai SASARAN atau domain B. Kasih dikatakan sebagai penantian kerana
sifat kasih merupakan suatu emosi yang subjektif. Oleh itu, emosi kasih dalam Skema imej
yang dapat dikonsepsikan ialah kitaran. Kitaran melibatkan hal-hal berulang. Strukturnya
terdiri daripada titik permulaan, perkembangan melalui perkara-perkara berterusan tanpa
imbasan, dan akhirnya kembali ke tempat atau keadaan asal. Contohnya, pembinaan emosi,
perhitungan hari, minggu, bulan, dan tahun. Kekasih dalam baris di atas bersifat konkrit
kerana berupa sesuatu yang dapat digambarkan, dirasai, dilihat dan lain-lain. Penantian
pula bersifat abstrak atau sesuatu yang tidak boleh dilihat atau tidak dapat dirasa dengan
pancaindera.
Skema imej: KITARAN

Kasi
h

penanti
an

Rajah 3.1
Domain
Domain sumber (konkrit)
Kekasih

Domain sasaran (abstrak)


Penantian

Metafora konsepsi = KASIH ADALAH KITARAN

(ii) Metafora Ontologi


Metafora ontologi pula ialah pengkonseptualisasian benda yang abstrak (emosi, idea,
fenomena persekitaran) menjadikannya seperti benda yang abstrak (emosi, idea, fenomena
persekitaran) menjadikannya seperti benda (biasanya entiti, benda konkrit atau tempat).
Dalam puisi Kekasih, contoh baris yang dianalisis ialah:
Bersumpah keramat cinta
wajah seri terukir
Emosi kasih dalam baris wajah seri terukir dikonsepsikan sebagai OBJEK. Skema imej
OBJEK adalah pengalaman atau entiti yang mempunyai hubungan perkaitan dengan tubuh
badan kita dan entiti lain di alam ini. Objek merupakan sesuatu yang dapat disentuh atau
dilihat misalnya benda atau barang. Berdasarkan puisi yang bertajuk kekasih ini, emosi kasih
mampu menggembirakan seseorang dan pastinya wajah akan tersenyum apabila kekasih
mengungkapkan janji untuk setia hingga akhir hayat. Oleh itu wajah itu sendiri
diprojeksikan sebagai OBJEK iaitu bersifat konkrit (dirasa,dan dilihat). Manakala, frasa seri
terukir adalah sesuatu yang bersifat abstrak iaitu tidak boleh dilihat jika dipindahkan ke
dalam bentuk emosi. Oleh itu, hasil daripada skema imej tersebut mengkonsepsikan KASIH
ADALAH OBJEK.
Skema imej: OBJEK

KASIH

Rajah 3.2
Domain
Domain sumber
Wajah

Domain sasaran
seri terukir

Metafora Konsepsi: KASIH ADALAH OBJEK

(iii) Metafora Struktural


Metafora struktural pula mengambil item-item yang banyak berstruktur dalam pengalaman
hidup sebagai sumber domain untuk memahami sesuatu konsep yang lain.
Yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat
Contoh di atas menggambarkan emosi kasih pada baris dengan tangan erat pada keyakinan
terpahat. Skema imej yang dapat dikonsepsikan berdasarkan baris itu adalah DAYA. Skema
imej daya melibatkan interaksi abstrak atau konkrit. Antara elemen-elemen yang terlibat
adalah sumber dan sasaran daya, arah dan kuasa daya, serta pergerakan sumber dan sasaran.
Berdasarkan puisi Duri dan Api ini, baris dengan tangan erat pada keyakinan terpahat di
atas diprojeksikan sebagai DAYA. Hal ini kerana tangan erat dalam frasa itu
menggambarkan genggaman yang kuat perlu dijaga rapi kerana ianya bernilai dalam sebuah
keyakinan. Perasaan kasih yang wujud dalam diri seseorang perlu serentak dengan rasa yakin
terhadap sesebuah perhubungan. Oleh itu, hasil metafora konsepsi yang dibuat ialah KASIH
ADALAH SEBUAH DAYA
6

Daya

Rajah 3.3
Domain
Domain sumber (konkrit)
dengan tangan erat

Domain sasaran (abstrak)


pada keyakinan terpahat

Metafora Konsepsi: KASIH ADALAH DAYA

4.0 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, terdapat tiga metafora konsepsi yang dapat
dikenal pasti dalam puisi karya Usman Awang yang melibatkan emosi KASIH iaitu Metafora
Ontologi, Metafora Orientasi, dan Metafora Struktural. Dalam analisis Metafora Orientasi,
skema imej yang digambarkan ialah KITARAN, dalam analisis Metafora Ontologi pula
skema imej yang tergambar ialah OBJEK. Manakala, analisis Metafora Struktural mendapati
skema imej yang terdapat di dalamnya ialah skema imej DAYA. Kajian emosi KASIH ini
7

diberi gambaran kepada tiga skema imej iaitu KITARAN, OBJEK, dan DAYA. Bukan itu
sahaja, skema imej tersebut membantu untuk mendapatkan hasil untuk metafora konsepsi.
Skema imej dan Metafora Konsepsi secara keseluruhannya mempunyai kaitan dan tanpa
Metafora Konsepsi, skema imej tidak dapat disimpulkan sebagai satu metafora.

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah. 2008. Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik:
Satu analisis semantik kognitif. Kertas kerja. Bangi.
Puisi Dunia Penyair Usman Awang. 2009. Dicapai pada 24 November 2016 daripada
8

https://penyair.wordpress.com/category/usman-awang/page/6/
Ruzanna Md. Ruslan & Rozaimah Rashidin. 2014. Skema Imej dan Metafora Konsepsi
dalam
Skrip Teater Wangi Jadi Saksi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Wong Shia Ho, 2013. Bahasa Figuratif Sebagai Wahana Pemikiran: Satu Analisis
Pragmatik. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

You might also like