You are on page 1of 1

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah.

Terdapat banyak
jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti
badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak
faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang.


Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan
budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat
menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika
kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi


pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-
kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat


membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.


Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-
tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan
ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan


kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik
untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah
menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh
itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

You might also like