You are on page 1of 12

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


1. Elaun Elaun yang dibayar kepada seseorang Pegawai yang

Gangguan bertukar Wilayah atas kadar sebulan gaji hakiki apabila


Pegawai berkenaan ditukarkan balik ke Wilayah asalnya.
Pegawai berkenaan boleh dibayar pendahuluan sebanyak
separuh daripada gaji hakiki ketika bertukar dan baki bayaran
sebanyak separuh lagi boleh dibayar berasaskan gaji terakhir
yang diterima sebelum bertukar semula ke Wilayah asal.
Takrifan

Gred

Gred gaji yang ditetapkan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK
1976), Sistem Saraan Baru (SSB), dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pegawai

Seseorang pegawai tetap/sementara di dalam Perkhidmatan Awam termasuk


anggota dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera
Malaysia

Wilayah

Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan


JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

BilPerkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan Gaji Hakiki Pegawai

Satu jumlah wang yang ditetapkan bagi penjawat awam yang berasaskan konsep
gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan
perumahan.

1.0 Pastikan Tuntutan Bayaran Elaun Gangguan dan


dokumen sokongan berikut disertakan :
1.1 Borang Perakuan Tuntutan Elaun Gangguan Lampiran A

1.2 Penyata perubahan mengenai pendapatan Lampiran B

seseorang pegawai (Kew 8-Pin.10/96).


Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan
di dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan
1.3 Surat pengesahan daripada majikan suami/isteri Lampiran C

tidak menuntut Elaun Gangguan. (Jika berkhidmat


dengan kerajaan dan turut bertukar)

1.4 Surat arahan pertukaran

1.5 Penyata Gaji Akhir semasa bertukar (LPC)

1.6 Salinan penyata akaun bank


JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

BilPerkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan 2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun
semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi
syarat berikut :-

2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun

kewangan kelulusan AP58(a) diterima;

2.2 B aki peruntukan dalam tahun kewangan


perbelanjaan dan baki peruntukan semasa adalah mencukupi;

2.3 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat kelulusan


perbendaharaan disertakan.

3.0 Pegawai Yang layak

Pegawai yang layak menerima Elaun Gangguan ialah seperti berikut :

3.1 Pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan yang dilantik dan/atau
ditempatkan berkhidmat di Semenanjung.

3.2 Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan.

3.3 Pegawai dari Sabah, Sarawak atau Labuan yang bertukar di antara negeri-
negeri itu.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 4/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan 4.0 Pegawai Yang Tidak layak
Pegawai yang tidak layak menerima Elaun Gangguan

ialah seperti berikut :


4.1 Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke

Wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak


menuntut Elaun Gangguan, berasaskan kepada pegawai
yang menerima gaji lebih tinggi.
4.2 Pegawai yang berpindah lebih dari satu wilayah

hanya layak menuntut sekali sahaja.


Sebagai contoh, Pegawai yang berasal dari
Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Sabah dan kemudiannya bertukar
5.0 Kadar Kelayakan Pegawai Perintah Am

5.1 Elaun Gangguan dibayar atas kadar sebulan gaji Bab B – Elaun-
Elaun Dalam
hakiki pegawai apabila pegawai berkenaan ditukarkan Perkhidmatan
balik ke wilayah asalnya.
5.2 Pegawai boleh dibayar Elaun Gangguan secara Pekeliling
Perkhidmatan
pendahuluan sebanyak separuh daripada gajinya apabila Bilangan 4
beliau dikehendaki bertukar wilayah. Tahun 1988
5.3 Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar

berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh


pegawai itu sebelum beliau bertukar semula ke wilayah
asalnya.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 5/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

BilPerkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan Contoh: Perkiraan separuh sebelum/selepas bertukar
ke Sabah/Sarawak/Labuan:

Pegawai W27 telah diarah bertukar ke Labuan dengan gaji hakiki RM2, 000.00.
Beliau telah menuntut pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang
diterimanya ketika itu. 5 tahun kemudian, beliau berpindah balik ke wilayah asal
dengan gaji hakiki RM4,000.00 Perkiraan Elaun Gangguan adalah seperti berikut:

Gaji Hakiki Elaun Gangguan


Bertukar ke Labuan RM2,000.00 RM1,000.00
Bertukar blk ke Perak RM4,000.00
Beza RM4,000-RM1,000 = RM3,000.00

Elaun Gangguan yang layak dituntut adalah sebanyak RM3,000.00

(Contoh dengan tangga gaji yang sebenar)

Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan
melalui tempoh masa yang munasabah iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan
dan sebelum perpindahan berlaku atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan
pertukaran. Penetapan tempoh 3 bulan ini adalah selaras dengan peraturan
semasa berhubung Elaun Bertukar/ Berpindah Rumah sepertimana yang
dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Pembayaran
Elaun Gangguan hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN GANGGUAN


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 6/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


Elaun
Gangguan
6.0 Kod Objek Pekeliling
Perbendaharaan
Kod Objek yang dipertanggungkan ialah 15199. 1PP –
PS 1.1
(Penjenisan Kod
Bagi Hasil dan
Perbelanjaan)
Lampiran A

BORANG PERAKUAN

TUNTUTAN ELAUN GANGGUAN

Bahawa saya ……………………………. No Kad Pengenalan …………………………….


Alamat (tempat bertugas sekarang)
……………………………………………………………………………...

Adalah saya dengan ini membuat pengesahan bahawa saya telah ditukarkan dari

……………………………. ke …………………………….

Dengan ini memperakui bahawa * saya telah dibayar / tidak dibayar Error! Reference source not found.
daripada gaji hakiki saya sebagai pendahuluan / belum pernah dibayar Elaun Gangguan seperti yang
tersebut di dalam pek.bil.4/1988 perenggan 4, semasa pertukaran saya dari wilayah*Semenanjung / Sabah /
Sarawak / Labuan ke wilayah ……………………………. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sokongan
berkenaan pertukaran saya

Nama * Isteri/Suami : ………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ………………………………………………….

Tempat Bertugas : ………………………………………………….

Tempat Bertukar : ………………………………………………….

Sekiranya didapati saya telah tersalah dibayar dua kali elaun gangguan disebabkan perakuan ini, maka saya
bersetuju untuk membayar balik amaun kepada Kerajaan dengan wang tunai sekaligus atau melalui
potongan gaji saya. Berikut adalah dinyatakan butir-butir peribadi saya:

1.Wilayah Asal : ……………………………


2.Lama Berkhidmat *di Sabah/Sarawak/S.M’sia : ……………………………
3.Alamat baru *di Sabah/Sarawak/S.M’sia : ……………………………
4.No. Telefon boleh dihubungi : ……………………………

______________________________________________________________________ Semua maklumat yang


dinyatakan di atas adalah benar.

Nama Pegawai :
No. Kad Pengenalan : ………………….
Tarikh : (tandatangan)

Nama Ketua Jabatan :


No. Kad Pengenalan : ………………….
Tarikh : (tandatangan)
______________________________________________________________________
Cap Jabatan
*potong yang tidak berkenaan
Lampiran B
Lampiran C

You might also like