You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KOTA GELANGGI 1

27000, JERANTUT

MINIT MESYUARAT SKPMG2


BILANGAN 1 TAHUN 2017-11-24

TARIKH : 13 MAC 2017

MASA : 2.30 PTG

TEMPAT : BILIK GERAKAN, SKKG1

Kehadiran :
Semua guru

Tidak Hadir (Bersebab) :


1. Mohd Redzuan Ismail (Cuti sakit)

Urus Setia Mesyuarat :


1. Mohd Shahrum Norani GPK Pentadbiran
2. Mohd Syahir Shuhaimi S/U SKPMg2

1.0 Aluan Pengerusi


1.1 Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar En Baharuddin Ab Ghani.
1.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan tahniah kepada
AJK SKPMg2 kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama.
1.3 Mesyuarat ini diadakan untuk berbincang mengenai pengagihan tugas dan cara
kemasukan markah dalam SKPMg2 bagi SKKG1 2017.
1.4 Berharap kerjasama dari semua guru dan kakitangan bagi menjayakan misi dalam
SKPMg2.

Makluman : Semua guru


dan kakitangan

2.0 Agihan tugas kepada semua AJK


2.1 Setiausaha SKPMg2 SKKG1 ialah Guru Data.
2.2 Bagi memudahkan dan melancarkan pengisian markah dalam SKPMg2, tugasan
telah diagihkan kepada Pasukan Pelaksana Standard seperti yang terdapat dalam
lampiran.
2.3 Surat lantikan sebagai PPS akan diberi kepada AJK

Makluman : Semua AJK yang terlibat

3.0 Kemasukan markah dalam SKPMg2 secara online


3.1 kemasukan markah secara online akan dikemaskini sebanyak 3 kali setahun iaitu
pada bulan Mac, Jun dan November.
3.2 Semua AJK yang dilantik diminta untuk mengisi markah secara offline dahulu dan
menyerahkan satu salinan kepada S/U untuk diisi markah secara online.
3.3 Pemberian markah adalah berdasarkan rubrik yang diberi.

Tindakan : AJK SKPMg2


4.0 hal-hal lain
4.1 Guru Besar berharap semua guru memberikan kerjasama bagi menjayakan semua
aktiviti yang dijalankan di sekolah bagi menjayakan sasaran SKPMg2 ini.
4.2 GPK 1 mohon jangan menunggu saat akhir untuk menghantar setiap kali penilaian
dibuat bagi mengelakkan kesesakan untuk mengisi markah.
4.3 Guru Besar mengingatkan untuk menyedia dan menyimpan evidens yang
berkaitan untuk tujuan pemantauan.

Tindakan : Semua AJK

5.0 Penangguhan mesyuarat


5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.25 petang.

Disemak oleh:
Disediakan oleh :

-------------------------------------------
(MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI)
Setiausaha SKPMg2 (ZAHARUDDIN BIN ZAKARIA)
SKKG1 GPK HEM
SKKG1

You might also like