Professional Documents
Culture Documents
Program Intervensi - Linus PDF
Program Intervensi - Linus PDF
Satu site khas telah disediakan dalam VLE-Frog. Tujuan site ini direka adalah untuk memberi
peluang kepada ibu bapa atau waris murid supaya dapat memahami lebih mendalam bagi
Program Literasi dan Numerasi. Ibu bapa atau waris murid juga boleh melayari site ini untuk
mengetahui aktiviti-aktiviti LINUS yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa, guru atau murid
boleh memuat turun bahan-bahan seperti soalan diagnosis, power point dari site ini untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1
2. CERAMAH “MEMAHAMI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS” oleh Puan Ivy
Pihak sekolah berasa bangga dapat menjemput salah seorang ibu murid yang
berpengalaman lama di BOLD (For Special Needs Children) untuk memberi ceramah di
sekolah. Ceramah ini sisertai oleh semua guru di sekolah sebagai satu sesi Latihan Dalam
perkhidmatab. Dalam ceramah ini, guru-guru berpeluang mengetahui secara mendalam
tentang teknik-teknik untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru-guru juga diberi
peluang merasai perasaan murid-murid disleksia.
2
3. HARI KELUARGA
Hari Keluarga bersama-sama murid-murid LINUS diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan
Jun dan bulan Oktober. Ibu bapa atau waris murid LINUS dikehendaki berjumpa dengan guru
untuk berbincang tentang perkembangan murid.
Sesi berkongsi pintar bersama-sama sekolah-sekolah lain telah diadakan semasa lawatan
benchmarking ke SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong. Penyelaras LINUS, Cik Chan Yee San telah
berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara sekolah-sekolah
yang pernah mengunjungi ke sekolah ialah SJK (C) Keat Hwa (H), Kedah, SJK (C) Keat Hwa (K),
Kedah, IPG Persekutuan Pulau Pinang, IPG Tuanku Bainun dan sebagainya.
3
5. PROGRAM ANAK ANGKAT
GURU (IBU ANGKAT) MURID (ANAK ANGKAT)
I. H’NG YON SHENG (LELAKI)
II. LEE MING JIE (LELAKI)
CIK LEE SU SAN III. MOHAMMAD DANIEL B. ABD (LELAKI)
IV. NG GUO SHUN (LELAKI)
V. OOI YEE SHENG (LELAKI)
I. LEVINE LEE WEI WEN (LELAKI)
PUAN LIM SWEE LEANG II. NAOMI CHOONG ROU MEI (LELAKI)
III. TAN WAN TING (PEREMPUAN)
I. CHAN JOVEN (LELAKI)
CIK LIONG KHIM SIM II. LEONARD OOI ZHAN ZHEN (LELAKI)
III. QUEENIE TAN QIAN YINH (PEREMPUAN)
IV. TAN YING HUI (PEREMPUAN)
CIK CHAN YEE SAN I. OOI POH HOCK (LELAKI)
Sasaran program ini adalah murid-murid yang tidak dapat menguasai saringan 1 LINUS.
Guru-guru BM bagi setiap kelas dikehendaki membimbing murid-murid yang tidak dapat
menguasai LINUS sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru-guru yang
berkenaan dikehendaki memastikan murid-murid dapat menguasai 12 konstruk pada
saringan 2.
7. KELAS TAMBAHAN
Kelas Tambahan bagi murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik dan
Bahasa Inggeris dijalankan mengikut jadual yang ditentukan. Seorang guru akan
mengajar 10 orang murid dalam kelas tambahan. Kelas tambahan ini dijalankan sebelum
sesi persekolahan. Murid-murid yang lemah diwajibkan menghadiri kelas tambahan ini.
4
8. KELAB LINUS
Kelab LINUS ini dijadikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Kelab LINUS
dijalankan pada hari Jumaat. Murid-murid LINUS dibimbing menguasai 12 konstruk
LINUS secara tidak formal iaitu melalui nyanyian, lakonan, mainan dan sebagainya.
5
9. PAPAN KENYATAAN LINUS
Papan kenyataan LINUS disedikan disediakan di koridor sekolah. Papan kenyataan ini dapat
menyebarkan maklumat tentang LINUS kepada ibu bapa atau waris. Selain itu, papan
kenyataan ini juga mempamerkan hasil kerja murid LINUS untuk membina keyakinan murid.
6
10. BIMBINGAN RAKAN SEBAYA
Program Bimbingan rakan sebaya dijalankan bagi setiap mata pelajaran. Murid-murid
yang cemerlang ditugaskan membimbing murid-murid yang lemah semasa guru tidak
ada di dalam kelas, pada waktu rehat atau sebelum sesi persekolahan bermula. Murid-
murid yang dijadikan sebagai “guru” atau “doctor” bagi Klinik Matematik akan diberi tag
sebagai penghargaan.
Sebuah Bilik darjah telah dijadikan sebagai Bilik LINUS. Guru-guru dan murid-murid boleh
menjalankan aktiviti di dalam bilik LINUS. Bilik LINUS juga dilengkapi dengan papan
multimedia.
DIsediakan oleh:
CHAN YEE SAN
(Penyelaras LINUS)