You are on page 1of 2

Kecuaian guru dan undang-undang tort

Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagai sebahagian


daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang individu daripada kesalaahan
sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspe kecuaian.
Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil tindakan
berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-
undang.

Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab
berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam
pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang
menimpa pelajar dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelajar,
seperti mata buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun kematian. Apabila
mahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksa
membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa pelajar itu. Oleh
kerana pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun
yang belum mencapai usia dewasa untuk hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah
akan diwakili untuk dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif iaitu pelajar sebelum seseorang
defendan yang merupakan guru dianggap cuai melaksanakan tugasnya dan boleh
disabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan fizikal plaintif. Empat elemen
tersebut adalah:

1. Kewajipan berjaga-jaga
2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri
3. plaintif mengalami kerugian
4. terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defendan dengan kecederaan fizikal plantif.

kewajipan berjaga-jaga - elemen ini mudah dibuktikan. Ini adalah kerana guru dan sekolah
mempunyai tanggungjawab in loco parentis, di mana ibu bapa yang menghantar anak
mereka ke sekolah telah menyerahkan peranan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa
menjaga anak-anak mereka ssewaktu berada si sekolah. Ibu bapa menghantar anak-anak
mereka ke sekolah untuk mendapat pendidikan daripada guru-guru di sekolah. Sebagai ibu
bapa yang baik dan munasabah, guru dan sekolah berkewajipan untuk menyediakan
penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar mereka sebelum, semasa dan selepas waktu
persekolahan. Kaitkan kes Mohamed Raihan Ibrahim dan Kes Titus Vs Lindberg. Darjah
penyeliaan bergantung kepada umur, bilangan murid, aktiviti merbahaya atau tidak,
peralatan yang digunakan merbahaya atau tidak dan kualiti pelajar sama ada telah
mempunyai rekod disiplin atau pun tidak.

Kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri - apabila guru:


i. mendedahkan pelajar kepada situasi yang berbahaya dan guru mengabaikan.
ii. apabila guru tidak melakukan sebarang tindakan untuk mencegah dan mengelakkan
kecederaan
iii. apabila guru cuai memberikan arahan yang tidak jelas dan mencukupi ketika membuat
persediaan untuk melakukan aktiviti yang merbahaya ( kes Mohamed Raihan )

mahkamah menganggap guru adalah merupakan seorang yang lebih berpengalaman, bijak,
berpengetahuan, terlatih dan peka terhadap risiko sesuatu perbuatan. oleh itu guru
bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah kecederaan
yang boleh diramalkan secara munasabah.
Guru juga bertanggungjawab untuk memberikan amaran kepada pelajar tentang sesuatu
risiko kecederaan semasa pelajar mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang
merbahaya (kes chen soon lee). Sekiranya setelah amaran diberikan dan pelajar telah
mengengkari arahan tersebut, perbuatan pelajar telah dianggap sebagai kecuaian sertaan
(kes headmistress), Kecuaian sertaan merujuk kepada suatu keadaan di mana pelajar
sendiri dikatakan telah bertindak cuai dan bertanggungjawab terhadap kemalangan yang
menimpa diri dan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Aspek kecuaian guru juga melihat kualiti arahan yang diberikan kepada pelajar dalam usaha
mencegah kecedederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. (kes zazlin zahira
kamaruzzaman). Sesuatu arahan dikatakan berkualiti apabila jelas, khusus, tepat, dan
menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Apabila telah dibuktikan defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif,


langkah seterusnya adalah untuk meneliti sama ada defendan telah mengabaikan kewajipan
tersebut. Pengabaian kewajipan berjaga-jaga berlaku apabila defendan melakukan sesuatu
perbuatan yang dianggap berada di bawah paras minimum tahap penjagaan (standard of
care) yang dikehendaki oleh defendan (kes mohamed Raihan - guru duduk bawah pokok
dan kes jumat mahmud) dan juga kes chen soon lee, camkin vs Bishop cth tidak mungkiri ).
Guru juga perlu bertindak dengan cermat untuk menjaga keselamatan pelajar ( kes zazlin ).

Dalam kes kecuaian guru, mahkamah juga akan membuktikan bahawa terdapat hubungan
yang rapat antara tingkahlaku defendan dengan kecederaan plaintif (spt tindakan pn hau
dalam kes mohamed raihan).

You might also like