You are on page 1of 7

SGDU 5053 PRINCIPALSHIP AND SCHOOL MANAGEMENT

Kerja Kursus Bagi Menggantikan Peperiksaan Akhir

Soalan 1(a)
Dalam Kes Encik Semangat Waja hendak membuang Haru Biru daripada persekolahan,

Semangat Waja harus bertindak mengikut peraturan dan undang undang yang sedia ada iaitu

Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan -Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959. Mengikut

Peraturan tersebut sebagai seorang Guru Besar mempunyai kuasa untuk menjalankan

hukuman ataupun dalam kes ini meroton terhadap pelajar sekolahnya namun hukuman keatas

pelajar perempuan adalah dilarang. Guru Besar dibenarkan merotan dengan rotan yang ringan

ditapak tangan atau dipunggung yang berlapik dengan pakaian.

Dari awal lagi didapati Pengurusan Encik Semangat Waja tidak mengikuti peraturan iaitu

sebagai contohnya Haru Biru telah dijatuhkan hukuman rotan ringan di punggung di

perhimpunan sekolah. Ini jelas bercanggah dengan peraturan dan undang undang yang telah

ditetapkan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1984 meyatakan pihak sekolah tidak boleh

menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid

-murid, menghasut, mencaci atau mengambil sebarang Tindakan yang boleh memalukan

seseorang murid.

Disamping itu juga didapati Pengurusan Encik Semangat Waja tidak memberi peluang

kepada Haru Biru untuk membela diri sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Ini adalah

bercanggah dengan Undang -undang Keadilan Asasi (Law of Natural Justice). Audi Alterem

Partem menjelaskan seseorang yang dituduh perlu diberi notis yang jelas dan memberi

peluang untuk membela diri.


Dalam kes Mahadevan lwn Anandarajah mahkamah memutuskan bahawa pihak pentadbiran

sekolah hendaklah memberi hak untuk didengar kepada pelajar berkenaan sebelum tindakan

disiplin dikenakan ke atasnya.

Encik Semangat Waja boleh membuang Haru Biru dari sekolahnya kerana dari segi peraturan

undang undang Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan -Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah)

1959 peraturan 7 jelas tertera bahawa untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah

seseorang murid yang melanggar peraturan sekolah boleh digantung atau dibuang mengikut

prosedur yang betul. Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan mengikut

peraturan keatas seseorang pelajar hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang

diluluskan oleh pendaftar.

Encik Semangat Waja perlu memberi perhatian terhadap perkara- perkara teknikal yang perlu

diberi perhatian dalam melaksanakan peraturan 4 dan 8. Encik Semangat Waja perlu sedar

tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-

langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling. Kesemua ini mestilah mempunyai

dokumentasi yang lengkap.

Surat amaran atau tatatertib yang dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang

rasmi mengikut kad pengenalan atau surat beranak, kelas supaya kesahihanya dijamin.

Maklumat perlu sama seperti dalam rekod kedatangan sekolah. Segala kesalahan harus

direkod dengan jelas dan ditandatangan oleh si tertuduh .Setiap kes yang berlaku dalam

sekolah haruslah dirujuk mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan – Peraturan Pelajaran


(Disiplin Sekolah ) 1959 . Surat – surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandatangani oleh

Guru Besar atau Pengetua.

Setiap surat hendaklah disalinkan kepada pendaftar sekolah-sekolah, Pegawai Pendidikan

Daerah berkenaan dan juga kepada ibu bapa / penjaga tertuduh. Ibu bapa atau penjaga

tertuduh perlu diberi ruang dan peluang untuk membuat rayuan mengikut peruntukan. Setiap

surat tatatertib hendaklah diakui oleh tertuduh dengan dua orang saksi dan salinan kepada ibu

bapa atau penjaga perlulah dibuat dengan mengikut prosedur yang sama.

Encik Semangat Waja harus memastikan murid yang akan dihukum diberi peluang didengar

dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu

diberi peluang memberi pembelaan dirinya dengan tempoh beliau menjawab pertuduhan

hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.

Encik Semangat Waja juga perlu sedar bahawa sesuatu kesalahan disiplin telah dijatuhkan

hukuman , murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Dalam situasi

ini Haru Biru pernah dirotan atas kesalahan disiplinnya. Maka Haru Biru tidak lagi boleh

digantung atau dibuang atas kesalahan yang sama yang telah diberi hukuman.
Soalan 1(b)

Berdasarkan situasi Halib yang patah tangan semasa mengikuti pelajaran Pendidikan Seni

dan bapanya ingin menyaman sekolah kerana kecuaian , peluang beliau untuk menang adalah

tipis. Menurut definisi yang diberikan oleh Lord Wright di dalam kes Loghelly Iron & Coal v

M’Mullan [1934] AC 1, 25: “Negligence means more than heedless or careless conduct...it

properly connotes the complex of duty, beach and damage thereby suffered by the person to

whom the duty was owing.” Berdasarkan kepada definisi di atas, jelaslah bahawa kecuaian

merupak suatu perbuatan yang melebihi dari suatu perbuatan kelalaian dan perbuatan yang

tidak berhati-hati. Ianya mempunyai hubungkait dengan konsep- konsep tanggungjawab,

pelanggaran tanggungjawab serta kecederaan, kerosakan dan / atau kerugian yang dialami

oleh seseorang.

Dalam konteks pendidikan, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau

kecederaan yang menimpa pelajar dan mengakibatkan risiko atau kerugian yang terpaksa

ditanggung oleh pelajar, seperti mata buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun

kematian. Apabila mahkamah memutuskan guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksa

membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa pelajar itu. Ini kerana

pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun yang belum

mencapai usia dewasa untuk hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah akan diwakili

untuk dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh Bapa Halib mahupun Halib sebelum Puan

Cantik ataupun pengurusan sekolah dianggap cuai melaksanakan tugasnya dan boleh

disabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan fizikal.


Elemen berikut digunakan untuk membuktikan tahap kecuaian seseorang.

(i) Kewajipan berjaga-jaga yang sedia ada yang akibat wujudnya tanggungjawab

yang diberikan.

(ii) Berlaku kemungkiran berjaga-jaga

(iii) Berlaku kecederaan ke atas orang dibawah jagaannya.

(iv) Terdapat hubungan yang rapat antara kecederaan dengan kemungkiran

tanggungjawab.

Dalam kes Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (Budak) menuntut melalui bapa dan penjaganya

Hj. Kamarulzaman Bin Mohd Ali lwn. Louis Marie Neube Rt. J.Ambrose a/l Ambrose & 2

Lagi. Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan plantif adalah ditolak kerana defenden

didapati tidak melakukan kecuaian seperti mana yang didakwa. Elemen pertama mudah

dibuktikan. Ini kerana sekolah mempunyai tanggungjawab loco parentis iaitu bertindak

menyediakan penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar mereka

Perkara yang sama juga berlaku dalam situasi Halib dimana Puan Cantik telah bertindak

dengan memberi arahan yang jelas kepada para pelajar dalam kelas. Puan Cantik telah

mengarahkan para pelajar supaya duduk di tempat masing-masing dengan betul dan tidak

mengganggu rakan mereka. Situasi ini menunjukkan arahan arahan seperti mana dikeluarkan

oleh Puan Cantik adalah cukup dan memadai untuk menunjukkan tidak berlaku kecuaian di

pihak Puan Cantik. Arahan Puan Cantik dikatakan berkualiti apabila jelas, khusus, tepat dan

menggunakan Bahasa yang mudah difahami.

Dalam kes ini untuk menentukan sama ada Puan Cantik cuai dalam kewajipanya, mendapati

bahawa tidak ada benda berbahaya dalam kelas tersebut kerana Pendidikan seni tidak
memerlukan perkakas yang berbahaya dan Puan Cantik hanya menggunakan tanah liat

sahaja. Pembaris merupakan peralatan wajib yang perlu ada pada seorang pelajar. Seperti

mana dalam kes Zazlin Zahira Hj. Kamarulzaman (Budak) menuntut melalui bapa dan

penjaganya Hj. Kamarulzaman Bin Mohd Ali lwn. Louis Marie Neube Rt. J.Ambrose a/l

Ambrose & 2 Lagi kelas Pendidikan Seni tidak perlu arahan atau amaran diberikan pada

setiap kali kelas tersebut hendak dimulakan dan cukup setakat pengawasan biasa dibuat oleh

guru berkenaan

Sekiranya setelah amaran diberikan seperti mana dilakukan oleh Puan Cantik, dan pelajar

telah mengengkari arahan tersebut maka perbuatan pelajar tersebut dianggab sebagai

kecuaian sertaan. Kecuaian sertaan merujuk kepada suatu keadaan di mana pelajar sendiri

dikatakan telah bertindak cuai dan bertanggungjawab terhadap risiko yang dialami. Halib dan

Haru Biru bergaduh selepas Puan Cantik memberi arahan kepada para pelajar supaya duduk

di tempat masing-masing dengan betul dan tidak mengganggu rakan mereka.

Sebagai memenuhi tanggungjawab dan menjaga kebajikan terhadap pelanggannya Puan

Cantik mendapatkan bantuan Penolong Kanan (Hal Ehwal Pelajar) untuk menghantar Halib

ke Hospital. Kesemua Tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah menunjukkan mereka

bertindak dengan mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar. Maka jelaslah bahawa

pihak sekolah tidak dapat disabitkan.


RUJUKAN

[1974] 1 MLJ 138. Lihat juga kes Surrinder Singh Kanda lwn. Govt. of Federation of Malaya
[1962] MLJ 169, Mahan Singh lwn. Govt. of Malaysia [1978] 2 MLJ 133.
[1969] 1 LNS 102 MAHADEVAN v. ANANDARAJAN & ORS HIGH COURT,
SEREMBAN ABDUL HAMID J CIVIL SUIT NO. 101 OF 1968 5 SEPTEMBER 1969
Mohd Farok Bin Mat Nor. 2016. Kecuaian Guru Di Sekolah; Satu Kajian Menurut Undang
Undang Tort Kecuaian Di Malaysia. International Conference on Aqidah, Dakwah and
Syariah 2016 (Irsyad 2016) Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016
(Irsyad 2016)

Norchaya Talib & Saw Tiong Guan.2006. Prinsip-Prinsip Asas Tort. , Petaling Jaya:
Thomson: Sweet & Maxwell.

Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan -Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959

KES

Hj. Kamarulzaman Bin Mohd Ali lwn. Louis Marie Neube Rt. J.Ambrose a/l Ambrose & 2
Lagi

Mahadevan vs. Anandarajah & Ors.

Meor Atiqulrahman Bin Ishak & Ors melawan Fatimah Sihi & Anor.

You might also like