You are on page 1of 14

BIODATA TUN TAN CHENG LOCK

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang
merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Dalam tempoh
hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan
masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-
arena politik dan ekonomi. Beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan
persoalan-persoalan.
Beliau dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang
terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah
Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.
Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum
meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah
ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri
yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah
Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.
Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden
Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin dan
empat orang anak perempuan.

Kerjaya Politik
Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta
Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar
untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.
Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi
ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan
Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi
kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun
1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang
beliau menyandang sehingga 1934.
Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan
tinggal disana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti
politik Cinadi Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI)
yangmengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan
kepadamereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak
British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union. Malayan Union dibentuk secara
rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan
dan Parti Komunis Malaya (CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk
menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar.
Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah
Melayu(AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan
PKMM. Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union
danmembentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-
komunitiperniagaan. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan
kerajaanTanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu
(MCA). Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun
Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan
menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:

•menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;


•melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
•bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
•bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu
menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan
MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk
membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur
dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara
MCA dan IMP menjadi tegang.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-
orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953
yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan
menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran
Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang
Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan
sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai
kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC
mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam
pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan
untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan
memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk
menulis Perlembagaan Persekutuan.
Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung
ketika berumur 77 tahun.
BIODATA TUN SAMBANTHAN

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres
India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian
dalam kerajaan Malaysia. Beliau dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak. Tun
Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam
pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India
Utara. Ketika berusia 36 tahun, beliau dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC).
Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding
dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan
pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan telah menjadi Menteri Buruh.
Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca
pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi
bagi mentakbir ladang tersebut dan mendorong kepada penubuhan National Land Finance Cooperative
Society. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan dan dilantik menjadi Menteri Kesihatan.
Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan
yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi
menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan
masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan
Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia
pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan
telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.
BIODATA TUN ABDUL RAZAK

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur
dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa
Pembangunan". Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak
merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau
keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak
sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam
menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah
Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam
bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu
Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak
bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa
untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-
undang. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom. Disamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk
perbincangan persoalan-persoalan politik Negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950,
Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.
Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang
politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong
Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua
MenteriPahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik
sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.Selepas pilihan
raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang
portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan
Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan
yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta
mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22
September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
kedua. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. Beliau
dan"generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan
ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. NEP menetapkan
dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
• menghapuskan kemiskinan; dan
• menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan.
Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional"
melalui kestabilan politik.
Abdul Razak meninggal pada tahun 1976, disebabkan penyakit Leukemia dan disemadikan di Makam
Pahlawan, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa
Pembangunan.

BIODATA DATO` ONN JAAFAR

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934,
menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union
yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan
Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan
ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam
gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO
berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah
Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk
Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos
1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya,
parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan
parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang
pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan
orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu.
Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi
dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam
politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada
anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19
Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari
1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana
Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai
"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid
Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid
yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah
Thailand. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak
kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi
penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
Beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar
bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca
Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat
Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya
ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk
menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V.
Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple
pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada
tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah
masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran
undang-undangnya. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang
akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan
Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika
itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak
wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian
Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar
al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di
bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan
tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda
sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan
Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai
Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting
di pekan Alor Star. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947.
Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk
Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai
setiausaha. Semasa itu,Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan
India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya
dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan
pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun
berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian berpindah ke Kuala Lumpur di mana beliau
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah.Pada
tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah
pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai partinya.
Pada Ogos 1951, Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan Tunku dilantik sebagai
presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut,
pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik
sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti
Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang
diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai
sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan
Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961
diSingapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei,
beliaumenjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman
bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-
hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat
pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi

kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar
kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat
demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak
supaya
Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen
haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam
perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan
Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah
yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi
pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan
Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih
besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-
perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei
di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis
terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat,
mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau
terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya
sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang
terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu
kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan
Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk
menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga
setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu
beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai
Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai
sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah
Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang
berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali"
("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan
pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan
perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan
sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir
yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan
serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk
Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia
pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star

You might also like