You are on page 1of 4

(A) Pernafasan Manusia

Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.

Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu.

Semasa menarik nafas

Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.

Peparu mengembang.

Dada naik dan mengembang.

Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

Semasa menghembus nafas,

Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.

Peparu mengempis.

Dada turun dan mengempis.

Diafragma mengecut dan naik ke atas.

Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam masa satu minit.

Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.

Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca

Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal

Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari

Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak udara. Oleh itu, peparu
memerlukan lebih banyak udara dan menyebabkan kadar pernafasan bertambah.

Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar pernafasan.

Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.

(B) Perkumuhan

Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada badan.

Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.

Picture
(C) Penyahtinjaan

Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.

Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang tidak dapat dihadamkan oleh perut kita.

Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.

Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan terkumpul dalam
badan kita dan menjadi toksik atau beracun.

Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berlaku:

Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah batu karang atau kencing berdarah.

Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah kanser usus, radang usus atau usus
tersumbat.

Picture

(D) Gerak Balas Terhadap Rangsangan

Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.

Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.

Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan dengan menggunakan organ-
organ deria, iaitu lidah, mata, hidung, telinga dan kulit.

Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk mengesan perubahan dan
mengelakkan diri daripada bahaya, kecederaan dan sebagainya.

Contoh gerak balas terhadap rangsangan:

Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca panas (kulit).

Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).

Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam (kulit).

Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik (mata).

Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).

Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta (telinga).

Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.

(E) Pewarisan

Pewarisan ialah ciri-ciri yang diwariskan oleh ibu bapa mereka.

Anak-anak mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka, seperti:


Rupa Paras

Warna kulit

Jenis rambut

Ciri-ciri pada anak juga boleh diwarisi daripada keturunan.

Contoh penyakit Keturunan:

Kencing Manis (Diabetis)

Asma

Albino

Buta warna

Down syndrome

Hemofilia

(F) Tabiat yang perlu Dielakkan

Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan manusia.

Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:

Memudaratkan kesihatan

Mengganggu tumbesaran

Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan

Contoh tabiat buruk dan kesannya:

Picture

(G) Amalan Hidup Sihat

Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan badan.

Contoh amalan gaya hidup sihat:

Membawa bekal makanan yang berkhasiat ke sekolah.

Mengambil makanan yang seimbang.

Minum lapan gelas air sehari.

Menonton televisyen dan berehat bersama-sama keluarga.

Tidur yang mencukupi.

Meluangkan masa untuk bersukan dan berjoging bersama-sama rakan-rakan.

Menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.


Mengelakkan tabiat-tabiat yang buruk.

Picture

You might also like