You are on page 1of 24

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAEDAH TINJAUAN
(KFP 6014)

TUGASAN 1(PROPOSAL)

TAJUK: PENERAPAN AKTIVITI HARIAN KE DALAM


PENGAJARAN DAN PEMUDAH CARA(Pdpc) MATEMATIK
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID LITERASI TAHUN 3
(LINUS 2.0) DIDAERAH PETALING PERDANA.

1. NURUL MAJDIAH BINTI HJ ROSLI M20161000412


NAMA DAN NO MATRIK 2.THENMOLY A/P RAJAN M20161000417
3.SARASWATHI A/P BALAKRISHNAN M20161000415
4.RUBY DANNY A/P ROBERT M20161000414

KUMPULAN KULIAH GROUP B (Masa: Jumaat : 7.00-11.00pm,)

TARIKH HANTAR 23 .4.2017

NAMA PENSYARAH PROFESOR MADYA DR.WONG KUNG TECK

1
PENERAPAN AKTIVITI HARIAN KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAH
CARA(Pdpc) MATEMATIK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID LITERASI TAHUN
3 (LINUS 2.0) DIDAERAH PETALING PERDANA.

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 6 Tahun 2013,


Perlaksanaan Program Linus 2.0 mulai tahun 2013, Program Linus telah mula diperkenalkan
di bawah NKRA Pendidikan mulai tahun 2010 bertujuan untuk memastikan semua murid
yang telah mengikuti 3 tahun pendidikan rendah dapat menguasai asas literasi dan numerasi
kecuali bagi mereka yang disahkan mempunyai masalah pembelajaran. Murid akan
dikategorikan kepada Menguasai dan Tidak Mengusai. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai
murid Arus Perdana, Linus dan Linus Tegar,

Berdasarkan Dr. Norliza Zakuan, (2010), Aspirasi pendidikan di Malaysia untuk


meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti
kepada semua pelajar di seluruh negara. Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi
membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja bagi Malaysia sebagai negara
membangun pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendidikan berkualiti dapat dikecapi
oleh semua bagi menambahbaik taraf kehidupan penduduk Malaysia. Dalam konteks ini,
initiatif yang dirancang ini iatu Program Linus adalah sebagai langkah pertama bagi
mencapai aspirasi, negara .
Kementerian Pelajaran Malaysia, telah membentuk satu program yang diberi nama
LINUS (Literasi Numerasi). LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU
(Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan
Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0
kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini saringan
hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik.

Program LINUS – Numerasi merupakan operasi asas matematik, yang mana ianya
digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas
mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Numerasi memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid
bermula tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira. Objektif pengajaran numerasi ini
untuk membolehkan murid- murid sekolah rendah melakukan operasi asas Matematik dan
memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam
kehidupan harian. Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T),
dan SJK(C).

2
Semua murid tahun 3 yang dikenal pasti tiada masalah pembelajaran akan menduduki
saringan pertama LINUS2.0 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun
setiap tahun.Terdapat 2 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 3 yang akan bermula pada
bulan MAC dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan
ditempatkan di kelas LINUS. Kemudian, murid ini akan diuji lagi pada bulan September dalam
saringan berikutnya.

Oleh yang demikian, kajian ini akan dilaksanakan untuk membantu mencapai aspirasi
Negara untuk memastikan sifar LINUS-numerasi apabila mereka telah tamat tahun 3 sekolah
rendah kelak.

1.2 Pernyataan Masalah


Keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara
seperti Singapura, Hong Kong dan Korea (KPM, 201 Ob). Berdasarkan kajian PISA (Programme
for International Student Assessment), menunjukkan Malaysia mempunyai jumlah murid yang
tidak mencapai sasaran standard numerasi sebanyak 117,024 (24%) (KPM, 20l0). Keadaan ini
menunjukkan kadar numerasi adalah masih rendah di peringkat sekolah rendah.

NKRA KPM menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran, berkeupayaan menguasai asas numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan
rendah walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Sub NKRA LINUS
telah diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% ( 54,000)
murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat
serius kerana apabila melangkah ke Tahap 2(Tahun 4, 5 dan 6), masih terdapat murid – murid
yang tidak menguasai 3M – Membaca, Menulis dan Mengira. Dapatan Dr Norliza, (2010)
menunjukkan murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada peningkatan
kadar keciciran di sekolah, selain meningkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid yang
tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik
secara kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila berada di peringkat lebih tinggi.
Menyedari perkara ini, maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid
Tahun 1 sehingga Tahun 3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak
menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program LINUS adalah
untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada
mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.
Malah, didapati terdapat murid- murid yang gagal menguasai konstruk 11 dan 12 dalam
saringan Numerasi.( konstruk 11 -Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.).(Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran. ).
Berdasarkan data yang diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, kebanyakan
konstruk yang gagal dilepasti oleh murid-murid tahun 3 pada saringan pertama adalah konstruk
11 dan konstruk 12. Kedua dua konstruk ini memerlukan pengaplikasian pengetahuan dan
kemahiran dalam kehidupan harian. Oleh yang demikia, murid perlu dibawa keluar dari
kepompong pemikiran yang sempit terhadap matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan
analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha kearah itu, murid - murid perlu

3
dikaji bagaimana cara mereka belajar dan menjawab soalan. Menurut Wood ( 1988), Satu-
satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui
perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam perbincanga matematik, boleh
menyelesaikan suatu masalah.
Murid – murid tahun 3 di Daerah Petaling Perdana juga didapati mempunyai minat yang kurang
terhadap subjek Matematik menyebabkan murid gagal menguasai saringan.Menurut kajian yang
dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin
Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya
minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang
beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi negatif ini menyebabkan
mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu sebagai suatu yang
mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap matapelajaran
tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok menghadiri kelas matematik,
mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk ponteng kelas
matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lama semakin
berkurang.

1.3 Tujuan Kajian


Oleh yang demikian, kajian ini akan dilaksanakan untuk membantu guru- guru
meningkatkan kemahiran Numerasi murid- murid Linus2.0 dan seterusnya menjadikan sifar
LINUS menjelang 3 tahun pembelajaran di sekolah rendah. Diharapkan dengan perlaksanaan
kajian ini akan membantu guru membuka minda mereka untuk menggunakan teknik penerapan
aktiviti harian ke dalam pengajaran dan pemudahcara (pdpc) untuk mengajar murid- murid yang
gagal menguasai saringan pertama LINUS2.0-Numerasi.

1.3 Objektif Kajian


Kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan pendekatan aktiviti kehidupan harian kedalam
Pengajaran dan Pemudah Cara Numerasi Linus Tahun 3. Kajian akan memfokuskan kepada
tahap pencapaian murid tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12 ketika saringa Linus2.0 Numerasi. Ia
juga untu melihat keberkesanan pendekatan aktiviti haria terhadap minat murid tahun 3 dalam
konstruk 11 dan 12 serta mengenalpasti keberkesanan pendekatan aktiviti harian terhadap
kefahaman murid tahun 3 daam konstruk 11 dan 12. Maka secara khususnya, objektif- objektif
kajian ini adalah seperti berikut:
1. mengenal pasti keberkesanan pendekatan aktiviti harian terhadap minat murid tahun 3
dalam konstruk 11 dan 12.

2. mengenal pasti keberkesanan pendekatan aktiviti harian terhadap kefahaman murid


tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12.

4
3. mengenal pasti keberkesanan pendekatan aktiviti harian terhadap pencapaian murid
tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12.

1.5 Persoalan Kajian dan Hipotesis


Melalui kajian ini, tiga persoalan kajian dibina:
1. Adakah penerapan aktiviti harian ke dalam PdPc Matematik mempengaruhi minat murid
tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12?

2. Adakah penerapan aktiviti harian ke dalam PdPc Matematik mempengaruhi kefahaman


murid Tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12?

3. Adakah penerapan aktiviti harian ke dalam PdPc Matematik mempengaruhi pencapaian


murid Tahun 3 dalam konstruk 11 dan 12?

Hipotesis- hipotesis berikut akan diuji di dalam kajian ini:


Hipotesis 1:
- Terdapat perbezaan signifikan terhadap min minat murid tahun 3 dalam konstruk 11 dan
12 antara ujian pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Hipotesis 2
- Terdapat perbezaan signifikan terhadap min kefahaman murid tahun 3 dalam konstruk
11 dan 12 antara ujian pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Hipotesis 3
- Terdapat perbezaan signifikan terhadap min pencapaian murid tahun 3 dalam konstruk
11 dan 12 antara ujian pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5
1.6 Kerangka Teori Kajian
Bagi menjayakan kajian ini, Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian yang digunakan.

NUMERASI MATEMATIK
(konstruk 11, 12)

Minggu 1
Ujian Pra 1(saringan numerasi 1)
100 murid

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan


(Tradisional) (Aktiviti Harian)
50 murid 50 murid

Minggu 2
Ujian Pra 2 100 murid

rawatan
Minggu 3-8
50 murid

Ujian Pasca(saringan numerasi 2)


Minggu 10
100 murid

Soal selidik

Minggu 11
100 murid

Minat Kefahaman Pencapaian

6
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini bertujuan untuk membantu guru- guru meningkatkan kemahiran Numerasi murid-
murid Linus2.0 dan seterusnya menjadikan sifar LINUS menjelang 3 tahun pembelajaran di
sekolah rendah. Diharapkan dengan perlaksanaan kajian ini akan membantu guru membuka
minda mereka untuk menggunakan teknik penerapan aktiviti harian ke dalam pengajaran dan
pemudahcara (pdpc) untuk mengajar murid- murid yang gagal menguasai saringan pertama
LINUS2.0-Numerasi.
Diharapkan setelah kaedah ini dijalankan, ianya dapat membantu murid- murid untuk
menguasai konstruk 11 dan 12 di dalam saringan kedua, dimana, konstruk- konstruk ini
melibatkan penyelesaian masalah terhadap aktiviti harian/aktiviti dalam kehidupan. Berdasarkan
data yang diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, kebanyakan konstruk yang
gagal dilepasti oleh murid-murid tahun 3 pada saringan pertama adalah konstruk 11 dan konstruk
12. Kedua dua konstruk ini memerlukan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian.

Malah, diharapkan juga murid- murid akan dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek
Matematik dan membuang anggapan negative bahawa matematik adalah satu subjek yang
susah dan membosankan. Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin
Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik
itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang
susah.

Dengan perlaksanaan kajian ini juga diharapkan ianya dapat membantu murid- murid
yang tidak mempunyai masalah pembelajaran, menguasai asas mengira dengan baik. Program
LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan
saringan yang dijalankan dalam program LINUS adalah untuk mengenalpasti masalah sebenar
yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah pembelajaran atau
murid keperluan khas.oleh yang demikian, sekiranya murid- murid tidak mempunyai sebarang
masalah pembelajaran ataupun bekeperluan khas, diaharapkan dengan penggunaan kaedah yang
akan dijalankan ini akan membantu mereka untu menguasai asas mengira dengan baik.
Adalah menjadi harapan besar untuk sesebuah sekolah untuk menjadikan sekolah serta
murid mereka sifar linus menjelang 3 tahun persekolahan rendah. Maka dengan kajiann yanga
kan dilaksanakan ini diharapkan akan dapat membantu sekolah mencapai KPI sifar linus
numerasi menjelang berakhirnya 3 tahun persekolahan rendah.

Malah, dengan penyelidikan ini, diharapkan akan dapat mencapai sasaran NKRA dimana
menjelang 3 tahun persekolahan rendah, semua murid berupaya menguasai asas numerasi.

7
1.8 Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatakan murid- murid sekolah rendahTahap 1 iatu tahun 3 sahaja
di daerah Petaling Perdana sahaja. Dan dengan itu, keputusan kajian tidak boleh
digeneralisasikan kepada murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6).

1.9 Definisi Operational/ istilah.


Terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh penyelidik yang membawa erti yang tersendiri
bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

1.9.1 Linus
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) mentakrifkan LINUS ialah akronim kepada
perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud
Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang
mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program
LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris,
berbanding sebelum ini saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk
Matematik.
Dr Norliza Zakuan ( 2010) menyatakan di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenalpasti
iaitu
i) Prasekolah
ii) LINUS
iii) Sekolah Berprestasi Tinggi
iv) Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar.
Penguasan 3 M melalui Program Literasi dan Numerasi Sub NKRA LINUS yang telah
diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% ( 54,000)
murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat
serius kerana apabila melangkah ke Tahap 2, masih terdapat murid –murid yang tidak menguasai
3M – Membaca, Menulis dan Mengira. Dapatan menunjukkan murid-murid yang tidak
menguasai 3M akan menyumbang kepada peningkatan kadar keciciran di sekolah, selain
meningkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid yang tidak menguasai 3M dari peringkat
awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik secara kumulatif dan perkara ini amat
sukar diperbaiki apabila berada di peringkat lebih tinggi.
Program LINUS telah diperkenalkan semasa pembentangan dalam Bidang Keberhasilan
Utama Negara (National Key Result Areas-NKRA) pendidikan oleh Tan Sri Dato' Haji
Muhyiddin bin Mohd Yassin pada bulan Ogos 2009. Matlamat utama LINUS supaya setiap
kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun
pendidikan rendah (KPM, 2010a). Program LINUS bermula pada tahun 2010 dan disasarkan
kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

8
Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan
murid berkomunikasi dan dan berinteraksi dalam kehidupan harian serta untuk membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Rusin Fateh, Nazariyah, Mastura,
& Siti Hajar, 2011).

1.9.2 Numerasi
Kemahiran numerasi adalah keupayaan mernbaca, menulis, mengira dan menyusun
nombor hingga 1000, menjadi cekap dalam operasi Matematik, menambah, menolak mendarab
dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang
(KPM, 20 II). Kefahaman konsep merupakan perkara penting dalam pembelajaran Matematik.
Proses pembelajaran Matematik yang bermakna banyak berasaskan kepada aktiviti mental
melibatkan proses mencari, membina dan mengaplikasi perhubungan atau perkaitan secara logik
serta membentuk kefahaman intuitif mengenai sesuatu konsep (Mohd Salleh & Tan Wee Chuen,
200 I). Murid-murid yang tidak dapat menguasai konsep Matematik akan menganggap mata
pe1ajaran itu sukar

1.9.3 Pengajaran
i. Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti,
pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan
(Baharuddin et.al, 2001). .
ii. Proses pengajaran boleh diertikan sebagai satu sistem aktiviti yang diarahkan kepada pelajar,
biasanya secara bersemuka dengan guru, bertujuan untuk membawa perubahan dalarn diri pelajar
(Abd Rahim,2002)
iii. Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih
dahulu. (Shahabudin Hashim et.al, 2003)
iv. Ee Ah Meng (2003), pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan,
sikap dan nilai-nilai. Pengajaran boleh dilakukan melalui penerangan, tunjuk cara, eksperimen
atau. Gabungan kesemua kaedah itu. Pengajaran yang menarik dan berkesan merupakan
pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh
masyarakat dan negara. Dapat dirumuskan bahawa pengajaran adalah aktiviti-aktiviti
bermatlarnat yang dilakukan oleh guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pengajaran.
(Shahabudin Hashim et.al, 2003)
v. Antara ciri-ciri pengajaran ialah mempunyai dua unsur utama iaitu pengajar (guru) dan murid
(Mok Soon Sang, 2010b)

1.9.4 Minat
i. Minat menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-tiga adalah kecenderungan hati yang tinggi
terhadap suatu gairah keinginan.

ii. Minat menurut Mahfudz Shalahuddin adalah perhatian yang mengandung unsur-unsur
perasaan.

9
iii.Minat menurut Crow dan Crow adalah interest yang berhubungan dengan daya gerak yang
mendorong kita cenderung atau merasa tertarik pada seseorang, benda atau suatu
kegiatan. Kegiatan yang diminati seseorang akan diperhatikan terus menerus yang disertai
dengan rasa senang. Minat adalah suatu rasa lebih suka dan rasa keterikatan pada suatu hal
aktivitas tanpa ada yang menyuruh.

iv. Menurut Berhard “minat” timbul atau muncul tidak secara tiba-tiba, melainkan timbul akibat
dari partisipasi, pengalaman, kebiasaan pada waktu belajar atau bekerja, dengan kata lain, minat
dapat menjadi penyebab kegiatan dan penyebab.

v. Slameto, (2003) menyatakan bahwa: Minat adalah satu rasa lebih suka dan rasa keterikatan
pada suatu hal atau aktivitas, tanpa ada yang menyuruh. Minat pada dasarnya adalah penerimaan
suatu hubungan antara diri sendiri dan sesuatu di luar diri. Semakin kuat atau dekat hubungan
tersebut, semakin besar minat.

Dapat disimpulkan bahwa minat belajar adalah rasa suka atau ketertarikan murid terhadap
pelajaran sehingga mendorong murid untuk menguasai pengetahuan dan pengalaman,. Dalam
hubungannya dengan kegiatan pembelajaran, minat menjadi motor penggerak untuk dapat
mencapai tujuan yang diinginkan, tanpa minat, tujuan belajar tidak akan tercapai.

1.9.5 Kefahaman

i. Pemahaman dalam pembelajaran adalah tingkat kemampuan yang mengharapkan seseorang


mampu memahami arti atau konsep, situasi serta fakta yang diketahuinya. Dalam hal ini ia tidak
hanya hapal secara verbal, tetapi memahami konsep dari masalah atau fakta yang ditanyakan,
maka operasionalnya dapat membezakan, mengubah, mempersiapkan, menyajikan, mengatur,
menginterpretasikan, menjelaskan, mendemonstrasikan, memberi contoh, memperkirakan,
menentukan, dan mengambil keputusan.

1.9.6 Pencapaian
i. Pencapaian adalah suatu tahap kebolehan untuk mendapatkan apa yang diingini (Kamus
Dewan, 2002).
ii. Shahabuddin et .al. (2003), menyatakan pencapaian akademik merujuk kepada suatu tahap
pengukuran terhadap pencapaian yang telah dicapai sepanjang pembelajaran pelajar.
iii. Prestasi akademik dalam konteks kajian ini merujuk kepada Cumulative Point Avarage
(CPA) yang diperoleh oleh pelajar.

10
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai bahan-bahan pencarian berlandaskan
skop kajian,penerapan aktiviti harian, faktor pencapaian , kaedah P&P serta perbandingan
terhadap kajian-kajian lepas.

Matematik telah menjadi asas kepada tunjang kehidupan manusia. Samada kita sedari
ataupun tidak, Matematik telah diguakan dalam pelbagai aktiviti kehidupan kita seperti dalam
perniagaan, permainan, ukuran dan lain- lain. Setiap aktiviti harian berkait rapat dengan
Matematik dan tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian manusia. Kepentingan Matematik
dalam aspek kehidupan tidak dapat disangkal lagi dari dahuu seperti dinyatakan oleh Davis and
Hersh (2003) The appropriate relationship of mathematics to real life has been discussed for a
long time”. Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam
sistem pendidikan di negara ini. Namun begitu sering kali terdengar keluhan daripada pelbagai
pihak tentang tahap penguasaan Matematik yang lemah di kalangan majoriti murid di negara ini
(Kamel Ariffin, 2002). Menurut Noor Erma (2014), Murid beranggapan mata pelajaran
Matematik merupakan mata pelajaran yang agak sukar untuk dikuasai. Terdapat murid yang
menunjukkan pencapaian yang baik dan ada pula yang terus tercicir dalam menguasai mata
pelajaran ini walaupun berhadapan dengan tajuk-tajuk yang mudah. Tambahan pula, ada yang
berkata bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang membosankan.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (dalam Syuhada, 2001), masih terdapat ramai murid
yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang khususnya dalam mata pelajaran Matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum juga menyatakan perkara yang serupa di mana pencapaian
murid dalam Matematik bagi murid di seluruh negara masih lagi rendah baik dari segi kualiti
mahupun kuantiti.

2.1 Definisi Konsep/ Konstruk

Penerapan aktiviti harian ketika pengajaran Matematik adalah Untuk menjadikan


Matematik lebih bermakna dan dapat dilihat perakaitanya dengan kehidupan seharian. Guru
seharusya menerapkan penggunaan aplikasinya sejak dari kecil lagi iatu ketika di sekolah

11
rendah. Malah, National Council of Teachers of Matematics(NCTM) (1989), turut menyatakan
matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,
bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu
pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, guru- guru dan pelajar- pelajar haruslah
berganding bahu untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan
pemblajaran matematik serta membuat tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi kelemahan
tersebut.

Untuk mencapai matlamat NCTM, guru dan murid haruslah berganding bahu dan saling
berkolaborasi ketika pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru seharusnya sentiasa
membuat perkaitan diantara Matematik dan kehidupan seharian murid. Guru seharusnya
menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu murid melihat perkaitan ini seperti
yang dinyatakan oleh Brownell (1935), Some psychologists and mathematics educators have
argued that emphasizing the connections between mathematics and real-life situations can
distract students from the important ideas and relationships within mathematics “. Guru perlulah
lebih berani membuat perkaitan aktiviti harian dengan Matematik kerana menurut Cockroft (
1982), “All children need to experience practical work related to the activities of everyday life.
Pupils cannot be expected to have the ability to make use of mathematics in everyday life
situations, unless they had the opportunity to experience these situations for themselves in
school. Murid- murid boleh dibantu untuk memahami Matematik dengan sendirinya sekiranya
mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti Matematik seperti pengiraan jual beli.

Malah, murid- murid seharusnya didedahan dengan perkaitan ini agar mereka dapat
mengaplikasikan sendiri di luar sekolah. Mereka seharusnya mampu untuk membina konsep
matematik itu dengan pengaplikasian yang telah mereka pelajari. Namun, malangnya murid-
murid tidak dapat membina sendiri konsep Matematik tersebut tanpa bantuan guru. Murid telah
mempunyai pengalaman yang luas dalam Matematik namun mereka gagal mengaitnya dengan
persekitaran mereka seperti yang dinyatakan oleh Cockroft (1982) “They clearly stated that
pupils cannot expect to have the ability to make use of mathematics in everyday life situations,
unless they had the opportunity to experience these situations for themselves in school.”

12
Selain itu, kefahaman murid akan menjadi lebih jelas sekiranya apa yang telah mereka
pelajari dapat diaplikasikan untuk persekitaran mereka.Jika kita banding bezakan pengajaran dan
pembelajaran dahulu dan masa kini, terdapat perbezaan yang ketara dimana, pengajaran
Tradisional lebih kepada mendengar dan mengingati sahaja tanpa berpeluang untuk
mengaplikasian apa yang telah mereka pelajari. Nik Azis (1988) menyatakan, pembelajaran bagi
kebanyakan pelajar adalah berbentuk pasif,guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.
Pelajar akan menerima pengetahuan itu dan berusaha mengingati kebanyakan daripadanya dalam
bentuk yang diberikan oleh guru.

Pada masa kini, perubahan pengajaran Matematik adalah amat ketara dimana, pendidikan
praktikal lebih ditekankan berbanding kaedah tradisional. Ini dapat diwakili seperti Rajah di
bawah:

BEFORE NOW

Maths > real life Real Life > Maths

Rajah 1

Semakin kita menyedari pentingnya perkaitan Matematik dengan persekitaran, guru


seharusnya perlulah membina konsep matematik dengan baik ketika pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan apa yang diajar dan dipelajari menjadi lebih bemakna.
Penglibatan aktif dari murid juga memainkan peranan untu memastikan konsep Matematik dapat
dibina dan lebih difahami. Piaget sendiri telah mengakui kepentingan penglibatan aktif daripada
murid sepeti yang dinyatakan Piaget (1970), Saya berpendapat bahawa pengetahuan manusia
bersifat aktif untuk pengetahuan, manusia perlu mengasimilasikan realiti ke dalam sistem
transformasi. Saya menolak pendapat yang menyatakan bahawa pengetahuan manusia terdiri
daripada salinan realiti yang statik.

Persekitaran itu sendiri memainkan peranan penting sebagai guru semulajadi yang
terbaik. Guru perlulah perbanyakan aktiviti praktikal seperti penyiasatan, bereksperimen yang
perlu dimasukkan kedalam kaedah pengajaran mereka ketika pengajaran dan pemudah cara
(pdpc) matematik seperti yang dinyatakan oeh Wistdt ( 1990),School mathematics, they say,

13
should become connected to the children’s everyday life experiences, and collect material from
the environment that surrounds the pupils.

2.2 Rumusan

Kesimpulanya, guru- guru perluah mengaitkan secara terus aktiviti yang telah mereka lakukan
ketika pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan persekitaran. Ini kerana Matematik
bukanlah sesuatu yang teori sahaja, tetapi ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian
kita. Fungsi dan peranan Matematik Tambahan dalam kehidupan seharian sudah tidak boleh
disangkal lagi. Oleh itu, mengetahui dan menguasai Matematik merupakan suatu kemahiran
yang perlu ada pada semua murid kerana mereka merupakan aset penting kepada pembangunan
negara pada masa akan datang.

Justeru kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti pengaruh penerapan aktiviti harian ke
dalam PdPc Matematik ke atas pencapaian murid Numerasi Linus 2.0 Tahun 3 di sekolah rendah
secara langsung mahupun tidak langsung. Kajian ini diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas
dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran Matematik murid di
sekolah rendah. Malahan kerjasama yang erat dan kefahaman yang jelas tentang kepentingan
pengaruh-pengaruh tersebut kepada prestasi murid dalam Matematik secara tidak langsung
diharapkan dapat menimbulkan kesedaran dan kesungguhan untuk meningkatkan pencapaian
Matematik murid-murid ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti.

14
BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai
objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih
bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Bab ini akan
menjelaskan metodologi kajian yang akan digunakan dalam kajian yang dijalankan. Penyelidik
merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi- strategi yang akan digunakan untuk
mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu. Bab ini juga akan
membincangkan dengan terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang
akan digunakan dalam menyiapkan kajian ini, antaranya ialah:
1. Populasi dan pensampelan.
2. Instrumen kajian.
3. Prosedur pengumpulan data.
4. Teknik penganalisis data.

Metodologi kajian dan strategi yang akan disusun untuk mendapatkan maklumat dan data untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian seperti yang dijelaskan dalam rajah 3.1 berikut:

15
CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Kajian Awal
1. Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian.
2. Mengenal pasti populasi dan pensampelan yang sesuai.

Penyediaan Borang Soal selidik dan Soalan Ujian

Soal selidik, Ujian dan Pemerhatian

Pengumpulan data

Analisis data

keputusan

Rumusan dan cadangan

Rajah 3.1: Carta alir proses kajian yang dijalankan

3.2 Populasi dan Persampean


Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang mempunyai ciri-
ciri yang sama yang ingin dikaji. Menurut Rohana Yusof, (2004), setiap individu atau objek
dalam sesuatu populasi berkemungkinan berbeza-beza dalam banyak segi, namun ianya mestilah
mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama. Manakala persampelan merupakan
pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi tersebut.
Penyelidik akan memilih populasi kajian ini daripada 10 buah sekolah yangmenjalani saringan
Linus2.0 Numerasi Tahun 3 yang terdapat di daerah Petaling perdana. Manakala persampelan,
penyelidik akan mengambil sebahagian murid- murid Linus2.0 Numerasi daripada 10 buah
sekolah tersebut yang berjumlah 100 orang dan bentuk persampelan adalah berdasarkan kaedah
Rawak Mudah. Sekolah- sekolah tersebut ialah:

16
1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
2. Sekolah kebagsaan Seksyen 20
3. Sekolah kebangsaan Seksyen 24
4. Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
5. Sekolah Kebagsaan Shah Alam
6. Sekolah kebangsaan Seksyen 7
7. Sekolah kebangsaan Padang Jawa
8. Sekolah kebangsaan Taman Sri Muda
9. Sekolah kebangsaan Seksyen 17
10. Sekolah kebangsaan Seksyen 27(1)
Berikut adalah bilangan soal selidik dan soalan ujian yang akan diagihkan dan bilangan yang
diterima mengikut sekolah.
Rajah 3.2 Jadual Agihan dan terimaan Borang soal selidik dan Ujian
Nama Sekolah Bilangan
Sampel
1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 10
2. Sekolah kebagsaan Seksyen 20 10
3. Sekolah kebangsaan Seksyen 24 10
4. Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 10
5. Sekolah Kebagsaan Shah Alam 10
6. Sekolah kebangsaan Seksyen 7 10
7. Sekolah kebangsaan Padang Jawa 10
8. Sekolah kebangsaan Taman Sri 10
Muda
10
9. Sekolah kebangsaan Seksyen 17
10. Sekolah kebangsaan Seksyen 10
27(1)

17
Kebanyakan respondant terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi kaum,
tahap peendidikan dan jantina. Oleh yang demikian, hasil kajian yang lebih bervariasi dapat
diperoleh. Daerah Petaing Perdana dipilih kerana daerah ini terdiri dari pelbagai jenis sekolah
termasuk sekolah harian biasa dan skolah kluster. Terdapat sejumlah 61 buah sekolah
kebangsaan di daerah tersebut. Dan 10 buah sekolah telah dipilih berdasarkan keputusan ujian
saringan Linus mereka.

3.3 Instrumen kajian


Penulis mengunakan sampel kajian ini terhadap murid Linus Numerasi di beberapa sekolah
kebangsaan di sekitar daerah Petaling perdana. Dalam kajian ini pegkaji akan mengunakan
beberapa instrumen dalam mengumpulkan data, antaranya ialah:
1. Ujian pra 1
2. Ujian Pra 2(saringan Linus 1)
3. Ujian Pasca(saringa Linus 2)
4. Soal Selidik
3.3.1 Ujian Pra 1
Ujian pra 1 akan diberi untuk mengenalpasti aras tahap murid supaya mereka dapat dibahagikan
sama rata kepada kumpulan rawatan dan juga kawalan. Seramai 100 orang respondan akan
menduduki ujian pra 1 ini.Ujian ini memfokuskan kepada 2 konstruk linus iatu konstruk 11 dan
juga konstruk 12. Terdapat 5 soalan berdasarkan konstruk 11 dan 5 soalan lagi berdasarkan
konstruk 12. Ianya juga akan dijalankan untuk mengenalpasti aspek kelemahan responden agar
pengkaji dapat terus memfokuskan kepada kelemahan responden. Tujuan Ujian Pra 1dijalankan
adalah untuk menilai tahap pencapaian respondan yang lemah dalam penguasaan dan yang
berkebolehan dapat dikesan lebih awal.Bagi respondan yang tidak dapat menguasai konsep juga
dapat dikesan dan ini membolehkan pengkaji membuat tindakan awal bagi mengatasi masalah
ini.
Malah, ianya juga bertujuan menganalisa kelemahan dan kekuatan respondan. Hasil
keputusan Ujian Pra 1 ini boleh menjadi pendorong untuk respodan menguasai konstruk 11 dan
12. Respondan akan dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan penyelidik dapat
merancang aktiviti yang lebih bersesuaian.

18
3.3.2Ujian Pra 2(saringan 1 Linus numerasi)
Uian ini akan dijalankan sebagai ujian selari yang telah diselaraskan oleh pihak sekolah dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.seramai 100 orang respondan akan mnduduki ujian pra 2 ini
Item Ujian Pra 2 menggunakan format yang digunakan untuk saringan 1 Linus-Numerasi
sekarang., dimana ianya mengandungi 12 konstruk. Ujian ini dijalankan sebelum kaedah rawatan
diperkenalkan. Selain itu, Ujian Pra 2 ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan
respondan. Dengan adanya ujian ini juga dapat menempatkan mereka mengikut aras
respondan. Dengan ini proses pengajaran dan pemudah cara akan berjalan lebih lancar.

3.3.3Ujian Pasca(Saringan Linus 2)


Ujian ini dijalankan setelah teknik dan kaedah pengajaran diperkenalkan, ini bertujuan untuk
menguji tahap pencapaian responden . terdapat 12 konstruk yang akan diujia di dalam ujian
pasca ini. Pengkaji akan memfokuskan epada dapatan konstruk 11 dan 12 dimana kedua- dua
konstruk ini merupakan kayu ukur kepada kejayaan kaedah yang akan digunakan.
Instrument ujian pasca ini akan membantu pengkaji untuk menjawab persoalan kajian yang
ketiga.

3.3.4 Soal Selidik


Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan
penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan
mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini
membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau
bimbang. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis
soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan
kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi:
1998). Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada pengkaji untuk tujuan
soal selidik dilakukan dan menyatakan bahawa segala maklumat peribadi adalah dirahsiakan.
Soalan ini bukanlah ujian dan tidak terdapat jawapan benar atau salah. Responden diberi masa
selama dua puluh minit untuk menjawab. Soalan soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan
data tentang latar belakang responden dan reaksi mereka terhadap kaedah yang akan dijalankan.

19
Borang soal selidik ini disediakan sebanyak 100 set. Contoh borang soal selidik seperti dalam
Lampiran A.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu (A) Aspek
demografi (b) minat sedia ada respondan terhadap matematik (c) kaedah pembelajaran
Matematik (IV) Pandangan respondan terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Bahagian A merupakan bagaian demografi respondan yang terdiri daripada Latar belakang
respoden yang menyentuh aspek jantina, bangsa , keputusan saringan numerasi terdahulu, lokasi
dan tingkat pelajaran ibubapa.

Bahagian B merupakan aspek yang menyentuh aspek minat respondan terhadap matematik. .
Item berkaitan minat sediada terhadap matematik disesuaikan daripada instrumen yang telah
dibentuk oleh Noran Fauziah Yaakob, et al. (1997) yang mengandungi 10 item. Bahagian ini
akan menjawab persoalan kajian pertama dan menguji hipotesis nombor 1.Bahagian ini juga
menggunakan skala Likert berdasarkan seperti pilihan di bawah.
5 = Sangat Setuju
4 = Setuju
3 = Kurang setuju
2 = Tidak Setuju
1 = Sangat Tidak Setuju

Item-item berkenaan ialah seperti berikut:


BAHAGIAN B-MINAT
1. Saya sangat meminati matapelajaran Matematik
2. Saya merasakan matapelajaran Matematik adalah sesuatu yang sukar untuk difahami
3. Saya merasakan matapelajaran matematik tiada kaitan dengan kehidupan saya.
4. Saya suka menghadiri kelas Matematik.
5. Saya seronok belajar Matematik.
6. Matematik menggalakan saya berfikir
7. Matematik memberi kesan dalam kehidupan harian saya
8. Saya sentiasa mendapat gred A dalam matapelajaran Matematik

20
9. Bagi saya Matematik mudah sekiranya saya memahami konsep.
10. Saya suka membuat latihan matematik kerana dapat meningkatkan kemahiran saya.

Bahagian C terdiri daripada kaedah pembelajaran Matematik yang sering respondan amalkan.
Yang mana adakah kaedah yang digunaan membantu respondan untuk memahami konsep
matematik. Item yang dikemukakan terdiri daripada 10 item yang menggunakan skala Likert
seperti di bawah:
5 = Sangat Setuju
4 = Setuju
3 = Kurang Setuju
2 = Tidak Setuju
1 = Sangat Tidak Setuju
Item yang ditanya seperti berikut:
1. Saya seronok sekiranya guru menjalankan aktiviti “Role Play”
2. Ibu bapa dan keluarga sentiasa membantu saya menyelesaikan soalan matematik di rumah.
3. Saya mengingati fakta asas matematik yang mudah melalui teknik hafalan.
4. Saya lebih memahami Matematik sekiranya banyak aktiviti kehidupan seharian diterapkan
dalam pengajaran.
5. Matematik membantu saya untuk menyelesaikan masalah harian saya.
6. Melalui pembelajaran matematik, saya dapat meneroka ilmu baru.
7. Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam matematik melalui latihan yang saya
selesaikan.
8. Guru pandai memberi semangat kepada saya untuk belajar matematik.
9. Guru saya sentiasa memberi latihan matematik dengan menerapkan aktiviti harian di dalam
soalan.

21
Bahagian D terdiri daripada Pandangan respondan terhadap pengajaran dan pembelajaran
Matematik yang sering mereka amalkan. Item yang dikemukakan terdiri daripada 10 item yang
menggunakan skala Likert seperti di bawah:
5 = Sangat Setuju
4 = Setuju
3 = Kurang Setuju
2 = Tidak Setuju
1 = Sangat Tidak Setuju
Item yang ditanya seperti berikut:
1. Guru matapelajaran Matematik saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran
Matematik.
2. Guru saya sentiasa mengaitkan Matematik dengan kehidupan seharian saya.
3. Saya akan lebih mudah memahami Matematik sekiranya soalan yang ditanya
berkaitan dengan aktiviti harian saya.
4. Saya sangat menggemari aktiviti “Hands On” yang melibatkan Matematik.
5. Saya suka di peluang untuk meneroka ilmu baru matematik di dalam kelas
6. Saya rasa seronok belajar matematik kerana guru saya menagajar secara kreatif.
7. Guru saya sentiasa melakukan aktivit Matematik yang berkaitan dengan kehidupan
harian saya.
8. Guru saya kerap menggunakan barangan sekeliling untuk dijadikan contoh ketika
pengajaran Matematik.
9. Saya lebih memahami matematik sekiranya saya menyelesaikan masalah Matematik
menggunakan barangan sekeliling saya.
10. Saya akan lebih memahami untuk menyelesaikan masalah matematik sekiranya saya
mengaitkanya dengan kehidupan sebenar saya.

22
3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Terdapat beberapa prosedur pemgmpulan data yang akan dijalankan oleh penyelidik
sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Pertama, penyelidik perlulah mendapat kelulusan
daripada Bahgian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan. Kemudian, surat kebenaran
kepada Pejabat peajaran Negeri Selangor dan Pejabat pendidikan Daerah petaling Perdana juga
harus dikemukakan sebelum penyelidik menjalankan penyelidikan. Sebelum menjalankan kajian
di sesuatu populasin penyelidi telah meminta kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian
tersebut daripada guru besar sekolah berkenaan .

Penyelidik akan memakluman bahawa bentuk kajian adalah berbentuk ujian dan soal
selidi. Penyelidik akan meminta satu masa yang sesuai untuk penyelidik menjalankan kajian
tersebut. Dengan kebenaran dari piha yang terlibat, maka penyelidikan diharapkan dapat berjalan
dengan lancar.
Respndan akan diberi 2 kali ujia pra. Ujia Pra 1 akan diberikan pada awal
tahun,respondan diberi masa selama 25minit untuk menjawab Ujian pra 1. manakala Ujia pra 2
dijalankan ketika saringan Linus Numerasi 1 dijalankan. Tempoh perlaksanaan adalah sepanjang
saringan Linus Numerasi dijalankan.
Ujian pasca pula aan dijalakan selepas kaedah rawatan diperkenalkan. Ujian pasca pula
merupakan saringan kedua Linus Numerasi .
Kemudian, untuk soal selidi yang akan dijalankan, responden diberi masa dua puluh minit untuk
menjawab soalan soal selidik. Responden juga diberi peluang untuk bertanya sekiranya terdapat
soalan yang kurang jelas atau tidak difahami..
Untuk menjawab soal selidik, satu taklimat ringkas daripada penyeidik akan dijalankan.
Setelah selesai ujian soal selidik dijalankan, kertas jawapan soal selidik akan dikutip terlebih
dahulu daripada responden sebelum ujian bertulis dijalankan. .

23
3.4 Teknik Penganalisis Data
Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik dan ujian bertulis telah diproses dengan
menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial, iaitu SPSS versi 18.0 dan Microsoft Excel untuk
mendapatkan natijah daripada data yang diperoleh. Penulis menggunakan dua kaedah tersebut
kerana penggunaan SPSS versi 18.0 dan Microsoft Excel. Penggunaan perisian tersebut akan
memudahkan penulis menganalisis dengan tepat data yang dikumpul.

Untuk menganalisi data yang dikumpul, data akan diproses menggunakan perisian SPSS
dimana Ujian T sampel bersandar (paired- samples t- test) digunakan apabila pengkaji
mempunyai satu kumpulan sampel dan data sampel tersebut dipungut pada 2 keadaan yang
berbeza. Ujian t test ini akan memberikan maklumat samada terdapat perbezaan yang signifikan
pada skor min.
Terdapat 2 jadual yang akan dipaparkan iatu paired samples statistics dan paired samples
test. Significant ( 2 tailed) akan digunkan untuk menerangkan samada terdapat perbezaan eatas
pencapaian murid sebelum dan selepas kaedah rawatan dijalan. Sekiranya pengkaji ingi meihat
keberesanan rawatann yang dijalankan, maka pengkaji haruslah menguji mean data yang
dikumpul.

24

You might also like