You are on page 1of 11

SULIT

Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah Tahun 2019


Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 Syarat Kemasukan

a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun


persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga
15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).

c. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.

d. Bagi murid prasekolah pendidikan khas :


i. Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-
mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan
kerajaan. [Rujuk Borang BPPOKU(Pindaan 1/2012)]
ii. Pengesahan dan pendaftaran seperti carta di Lampiran A.

2.0 Bilangan murid per kelas

a. Kelas prasekolah perdana - tidak melebihi 25 orang.

b. Kelas prasekolah pendidikan khas/integrasi – tidak melebihi tujuh orang.

3.0 Pemilihan Sekolah


Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

4.0 Hebahan - Pengiklanan Kemasukan Prasekolah bagi sesi persekolahan 2019

a. Bahagian/JPN/PPD menyebarluaskan surat makluman permohonan


kemasukan murid prasekolah bagi sesi persekolahan 2019 kepada semua
sekolah/institusi di bawah tanggungjawab Bahagian/JPN/PPD.

b. Pihak sekolah/institusi perlu membuat promosi pendaftaran murid kepada ibu


bapa/penjaga sama ada melalui surat edaran/brosur/pamplet/kain rentang dan
kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai.

c. Butiran yang dipaparkan perlu mempunyai maklumat yang jelas tentang


permohonan kemasukan.

d. Brosur/risalah/kain rentang hendaklah diletakkan di tempat yang difikirkan


sesuai dan strategik.

SULIT

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
SULIT

5.0 Kaedah Permohonan

a. Secara dalam talian


i. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my/
ii. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30
April 2018
iii. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam
talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini
perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen
berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018.
iv. Garis panduan dan manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman
sesawang (https://eprasekolah.moe.gov.my/) sebagai panduan.

b. Secara Manual
i. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei
2018.
ii. Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan
dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
iii. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di
sekolah/institusi yang ingin dimohon.
iv. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen
berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Nota : Pihak sekolah perlu memastikan borang permohonan disemak dan mengembalikan borang
yang tidak lengkap kepada pemohon untuk dilengkapkan.

6.0 Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah

a. Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah bertanggungjawab dalam


membuat keputusan pemilihan kemasukan murid ke kelas prasekolah KPM.

b. Jawatankuasa ini perlu mengadakan mesyuarat pemilihan walaupun bilangan


permohonan yang diterima kurang berbanding dengan kapasiti tempat yang
ditawarkan.

c. Pemilihan murid dibuat menggunakan sistem merit berdasarkan kriteria dan


pecahan wajaran seperti Lampiran B.

d. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

e. Ahli jawatankuasa pemilihan murid prasekolah terdiri daripada:


i. Pengarah/Pengetua/Guru Besar - Pengerusi
ii. GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
iii. GPK Hal Ehwal Murid - Setiausaha
iv. Seorang Guru Prasekolah - Penolong Setiausaha
v. GPK Kokurikulum - Ahli Jawatankuasa
SULIT
‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN’
SULIT

vi. *GPK Pendidikan Khas/penyelaras - Ahli Jawatankuasa


vii. Guru Prasekolah (jika melebihi 1 kelas) - Ahli Jawatankuasa
viii. **Seorang Wakil Komuniti - Ahli Jawatankuasa

*Bagi sekolah yang mempunyai kelas prasekolah pendidikan khas


**Tertakluk kepada keperluan pihak sekolah
Nota: Bagi prasekolah di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), Jawatankuasa Pemilihan
Murid tertakluk kepada pentadbiran IPGK.

f. Pihak sekolah/institusi perlu memastikan:


i. Mesyuarat pemilihan murid dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid
Prasekolah sebelum atau pada 15 Julai 2018.
ii. Minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha dan disimpan dalam fail
yang berkaitan.
iii. Senarai murid yang berjaya dan tidak berjaya dihantar ke JPN/PPD
untuk pengesahan sebelum atau pada 23 Julai 2018. Sesalinan minit
mesyuarat pemilihan juga perlu dikemukakan kepada JPN/PPD.
iv. Keputusan permohonan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga.
v. Pihak sekolah/institusi berhak menolak permohonan atau memberhentikan
murid sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan adalah PALSU.

Nota : Bagi IPGK, sesalinan minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada


Pengarah IPGK masing-masing.

7.0 Bagi permohonan yang melibatkan murid pendidikan khas, pegawai/penyelia


Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah di JPN/PPD perlu
membuat perbincangan bersama-sama dengan pegawai/penyelia Unit
Pendidikan Khas di JPN/PPD sebelum membuat pengesahan/perakuan
keputusan pemilihan yang dibuat oleh pihak sekolah/institusi.

8.0 Proses kerja

Proses kerja kemasukan murid prasekolah KPM adalah seperti jadual di


Lampiran C dan carta alir seperti di Lampiran D

SULIT

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
SULIT

Lampiran A

Carta Aliran Pengesahan dan Pendaftaran Kanak-Kanak Keperluan Khas

Mula

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
SULIT
Ibu bapa / Penjaga
Guru
Kenal Pasti Bayi / Kanak-kanak Kakitangan Kesihatan
dengan Keperluan Khas Pegawai Kebajikan
Pengamal Perubatan Swasta / NGO

Sekolah
Dapatkan Borang Pendaftaran Jabatan Pendidikan Negeri
Kanak-kanak Keperluan Khas Pejabat Pendidikan Daerah
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Hospital / Klinik

Bawa Kanak-Kanak ke Hospital /


Klinik untuk Pemeriksaan Ibu Bapa / Guru
Perubatan

Tidak Dapat Mengenalpasti


Masalah Pemeriksaan Perubatan Pengamal Perubatan yang berdaftar di Klinik / Hospital Kerajaan

Rujukan ke pakar Membuat Diagnosis Pengamal Perubatan Kerajaan

Tidak Perlu Mengisi Borang Tiada Ada Pengamal Perubatan Kerajaan


Pendaftaran Ketidakupayaan

Ada

Mencadangkan Penempatan
Pengamal Perubatan Kerajaan

Melengkapkan Bahagian B dan Pengamal Perubatan Kerajaan


Bahagian C dalam Borang

Menyerahkan 3 Salinan
Borang kepada Ibu Bapa dan Pengamal Perubatan Kerajaan
Memberi Penerangan

Merekod Dalam Buku Daftar dan


Menyimpan 1 Salinan Borang Jururawat Terlatih di Klinik Kanak-Kanak atau
Klinik Kesihatan dan Jabtan Pesakit Luar

Menghantar 1 Salinan Borang


Kepada Jabatan Pendidikan Ibu Bapa / Guru
Negeri

Membawa Anak ke Jabatan


Kebajikan Masyarakat Daeruntuk
Pendaftaran Bersama
Borang Lengkap
Ibu Bapa / Guru
2 Salinan Fotostat Kad
Pengenalan atau Sijil Kelahira
3 Keping Gambar Saiz
Pengenalan

SULIT
Tamat

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
SULIT

Lampiran B
Sistem Merit Pemilihan Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM
1. Kohort Umur (40%)

Bil Kriteria Wajaran


1 Umur 5+ 40
2 Umur 4+ 20
3 Umur 3+ (1 – 15 Januari sahaja) 5

2. Pendapatan PerKapita (30%)

Bil Kriteria Wajaran


1 RM500 dan ke bawah 30
2 RM501 – RM750 25
3 RM751 – RM1000 20
4 RM1001 – RM1250 15
5 RM1251 – RM1500 10
6 RM1501 dan ke atas 5

3. Kewarganegaraan IbuBapa/Penjaga(20%)

Bil Kriteria Wajaran


1 Kedua ibu bapa*/penjaga warganegara 20
2 Salah seorang ibu atau bapa/penjaga warganegara 15
3 Kedua ibu bapa/penjaga penduduk tetap 10
4 Kedua ibu bapa / penjaga bukan warganegara 5

*Hanya mengambil kira kewarganegaraan ibu sahaja bagi anak yang tidak sah taraf

4. Jarak Dengan Sekolah (10%)

Bil Kriteria Wajaran


1 5.0 km dan ke bawah 10
2 5.1 km – 10.0 km 8
3 10.1 km – 15.0 km 6
4 15.1 km dan ke atas 4

SULIT
SULIT

Lampiran C
Jadual Proses Kerja Kemasukan Murid Ke Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
Dokumen yang diperlukan/
Bil Proses Kerja Tindakan
Catatan
1. Mengeluarkan surat makluman Bahagian/JPN Surat makluman
permohonan kemasukan murid-murid
prasekolah KPM.
2. Menyebarluaskan surat makluman Bahagian/JPN/ Surat makluman
permohonan kemasukan murid-murid PPD
prasekolah KPM.
3. Membuat hebahan/siaran/iklan kepada Sekolah/ Kain rentang/pengumuman
ibubapa/penjaga dan masyarakat institusi semasa perhimpunan sekolah
sekitar.

4. Muat turun dan cetak/perbanyakkan Sekolah/ Borang Permohonan


Borang Permohonan Kemasukan Murid institusi
Prasekolah KPM dari laman sesawang
SMPK (untuk permohonan secara
manual)
5. Membuat Permohonan sama ada secara Ibu Bapa/ Borang permohonan berserta
dalam talian (1 Mac – 30 April 2018) Penjaga dokumen yang lengkap dihantar
atau secara manual (1 Mac - 31 Mei ke sekolah yang dipohon
2018)

6. Menerima permohonan daripada ibu Sekolah/ Semakan permohonan bermula


bapa/penjaga. (Secara dalam talian atau institusi 1 Mac 2018
manual) Nota :
Permohonan yang tidak lengkap
hendaklah dimaklumkan kepada
ibu bapa/penjaga.
Dokumen permohonan yang
diterima hendaklah disemak dan
dikembalikan kepada pemohon
sekiranya tidak lengkap.
7. Membuat Pengesahan Permohonan Sekolah/ 1 April - 31 Mei 2018
dalam talian institusi
8. Memantau Pengesahan permohonan JPN/PPD Bermula 1 April 2018
yang dibuat oleh sekolah
9. Key in maklumat permohonan manual ke Sekolah/ Bermula 1 Mei 2018
dalam sistem institusi
10. Menyediakan maklumat permohonan Sekolah/ Senarai permohonan beserta
untuk dibawa ke dalam mesyuarat institusi dokumen berkaitan.
Jawatankuasa Pemilihan Murid
Prasekolah.

SULIT

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN’
Dokumen yang diperlukan/
Bil Proses Kerja Tindakan
Catatan
11. Pemilihan murid dibuat oleh Sekolah/ Pemilihan berdasarkan sistem
Jawatankuasa Pemilihan Murid institusi merit selewat-lewatnya 15 Julai
Prasekolah. 2018
Menyediakan minit mesyuarat
dan justifikasi pemilihan.
12. Kemaskini keputusan pemilihan Sekolah/ Selewat-lewatnya 23 Julai 2018
berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa institusi
Pemilihan Murid Prasekolah
13. Membuat pengesahan/perakuan Bahagian/JPN/ Selewat-lewatnya 31 Julai 2018
pemilihan murid (Berjaya/Tidak Berjaya) PPD
14. Menyemak keputusan permohonan Ibu Bapa/ Bermula 5 Ogos 2018
Penjaga

15. Maklum keputusan permohonan kepada Sekolah/ Selepas disahkan/perakukan


ibu bapa/penjaga institusi oleh JPN/PPW/PPD
16. Membuat permohonan rayuan Ibu Bapa/ Rayuan kepada JPN/PPD
(sekiranya perlu) Penjaga bermula 5 - 20 Ogos 2018
(bagi permohonan
yang tidak berjaya)

17. Menerima permohonan rayuan JPN/PPD 5 - 20 Ogos 2018


18. Memproses permohonan rayuan JPN/PPD 21 Ogos – 5 September 2018
19. Menyemak keputusan permohonan Ibu Bapa / Bermula 10 September 2018
rayuan Penjaga
(bagi permohonan
yang tidak berjaya)

20. Maklum keputusan permohonan rayuan Sekolah Selepas diproses oleh JPN/PPD
kepada ibu bapa/penjaga
21. Membuat pendaftaran dan Sekolah/ Penetapan tarikh pendaftaran
melaksanakan orientasi. institusi dan orientasi dibuat oleh pihak
sekolah/institusi

SULIT

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


SULIT

Lampiran D

Carta Alir Pelaksanaan Kemasukan ke Kelas Prasekolah KPM


SULIT

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

You might also like