You are on page 1of 7

ETN 701

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KERTAS PENERANGAN 1

PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAMME

KOD MODUL/
ETN 7013
MODUL CODE

SEMESTER / SEMESTER 3 (DIPLOMA)

TAJUK MODUL /
ETN 7013 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2
MODULE AND TITTLE
NO. KOMPETENSI DAN
K01 : IMPLEMENT AUDIO VIDEO PRODUCT TESTING
PERNYATAAN /
K02: CARRY OUT AUDIO VIDEO PRODUCT TESTING EQUIPMENT
KOMPETENCY NO. AND
IDENTIFICATION
STATEMENT

1.1 Select audio video product


1.2 Determine type of test to be carried out.
OBJEKTIF PENCAPAIAN
1.3 Identify type of test instrument
AKHIRAN /TERMINAL
1.4 Carry out test.
PERFORMANCE
2.1 Select test instrument
OBJECTIVE
2.2 Determine suitable test instrument for specific test.
2.3 Identify test equipment for audio video equipment testing

NAMA PELAJAR /
……………………………………………………………………………………………………………………….
STUDENT NAME

NO. KAD PENGENALAN


/ I.C. NUMBER …………………………………………………………………………………………………………………………

KELAS / CLASS
………………………………………………………………………………………………………………………..

NAMAPENSYARAH
/LECTURER’SNAME

Unit Tek. Elektronik KVBP 1 / 7


ETN 701

TAJUK : MULTIMETER ANALOG/DIGITAL

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan penggunan meter pelbagai analog/digita.l

PENERANGAN

1 Meter pelbagai analog/digital

1.1 Pengenalan
 Meter pelbagai boleh berfungsi sebagai meter volt, meter arus, atau meter ohm.
 Rajah 1 dan 2 memaparkan gambar dua buah meter pelbagai yang berbeza.
 Terdapat dua kategori meter pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan meter
pelbagai digital.
 Meter pelbagai analog menggunakan jarum penunjuk di atas skala meter
manakala meter pelbagai digital pula memaparkan digit untuk menunjukkan nilai
bacaan.

Rajah 1. Meter pelbagai analog Rajah2. Meter pelbagai digital

1.2 Kegunaan

 Meter belbagai boleh digunakan untuk mengukur :-


i. Rintangan
ii. Voltan arus terus (AT)
iii. Voltan arus ulang alik (AU)
iv. Arus terus

Unit Tek. Elektronik KVBP 2 / 7


ETN 701

1.3 Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

Skala
Penunjuk

Pelaras sifar penunjuk


Pelaras sifar
ohm
Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Julat

Tamatan Tamatan
negatif positif

Rajah 3. Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

1.4 Fungsi bahagian


i) Skala
 Memaparkan julat bacaan ukuran yang ditunjuk oleh jarum penunjuk.

ii) Penunjuk
 Menunjuk nilai bacaan ukuran

iii) Pelaras sifar penunjuk


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan sifar

iv) Pelaras sifar ohm


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan 0 ohm.

v) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab

vi) Suis pemilih fungsi dan julat


 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt arus
terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere (DCmA) dan
meter ohm (Ω).
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang
dilakukan.

vii) Tamatan positif


 Punca sambungan kuar merah (positif).

viii) Tamatan negatif


 Punca sambungan kuar hitam (negatif).

Unit Tek. Elektronik KVBP 3 / 7


ETN 701

1.5 Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

Paparan berdigit
Butang kuasa Butang nada pembuz

Butang P.Hold
Butang pilihan AC/DC

Julat
Suis pemilih fungsi
dan julat
Soket kapasitor
Soket transistor
Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Tamatan 20A
Tamatan positif
Tamatan negatif

Rajah 4. Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

1.6 Fungsi bahagian

i) Butang kuasa (POWER)


 Menghidup dan mematikan meter pelbagai.

ii) Paparan berdigit


 Memaparkan nilai bacaan digit

iii) Butang pilihan AC/DC


 Suis tekan untuk memilih fungsi meter samada beroperasi dalam keadaan
mengukur arus terus (DC) atau arus ulang alik (AC).

iv) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab

v) Suis pemilih fungsi dan julat


 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt arus terus
(DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere (DCmA) dan meter ohm
(Ω).menguji diod, transistor dan sebagainya.
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang dilakukan.

vi) Butang nada pembuz


 Suis tekan untuk memilih meter berada dalam mode senyap atau nada beep
ketika berada pada julat menguji diod.( )

Unit Tek. Elektronik KVBP 4 / 7


ETN 701

vii) Butang P.Hold


 Suis tekan untuk memegunkan bacaan digit.
viii) Soket pemuat
 Punca sambungan ketika membuat pengujian pemuat.

ix) Tamatan positif V-Ω-Hz


 Punca sambungan kuar merah ketika meter berfungsi untuk mengukur voltan,
rintangan atau frekuensi.

x) Tamatan negatif
 Punca sambungan kuar hitam (negatif/ common) untuk semua operasi
pengukuran.

xi) Tamatan positif mA


 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur arus
yang rendah.

xii) Tamatan 20A


 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur arus
yang tinggi sehingga had maksima 20 ampere.

xiii) Soket transistor


 Punca sambungan ketika membuat pengujian transistor.

1.7 Pengendalian meter pelbagai

 Meter pelbagai mestilah dikendalikan mengikut langkah-langkah yang betul dan


selamat. Kecuaian atau kegagalan mematuhi langkah-langkah yang telah
ditetapkan akan mengakibatkan meter rosak, menghasilkan bacaan yang salah
atau berlaku kemalangan.

i) Mengendali meter voltan arus terus (VDC)

 Pastikan voltan yang hendak diukur samada voltan arus terus atau arus ulang
alik.
 Sambungkan kuar meter pada tamatan. Kuar merah pada tamatan positif (+)
dan kuar hitam pada tamatan negatif meter (-/COM).
 Laraskan julat meter pada fungsi DCV. Pilih julat yang paling tinggi contohnya
1000 DCV.
 Tentukan punca voltan yang hendak diukur dan pastikan ianya selamat ketika
kerja pengukuran dilakukan.
 Tentukan punca positif dan negatif yang hendak diukur.
 Sentuhkan hujung kuar merah pada punca positif dan hujung kuar hitam pada
punca negatif. Pastikan ketika kerja pengukuran hujung kuar tidak bersentuhan
dengan mana-mana pengalir atau punca.
 Baca bacaan jarum meter atau paparan digit.
 Sekiranya tiada perubahan kedudukan penunjuk skala meter atau paparan digit
laras suis pemilih julat pada aras yang lebih rendah.
 Ulang langkah 8 sehingga penunjuk skala atau paparan digit menunjukkan
bacaan yang tepat. Pemilihan julat yang paling hampir dengan nilai voltan yang
diukur akan menghasilkan bacaan yang lebih tepat.

Unit Tek. Elektronik KVBP 5 / 7


ETN 701

ii) Skala meter volt analog

Skala yang perlu dibaca


0 hingga 10V sahaja

-Suis pemilih
-Fungsi meter yang dipilih
DCV Meter berfungsi
sebagai meter volt DC
-Julat yang dipilih 10V.

Rajah 5. Panel hadapan meter pelbagai memilih fungsi meter dan julat.

 Rajah 5 menunjukkan meter pelbagai analog telah disetkan pada fungsi untuk
mengukur voltan arus terus 4 volt.
 Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi DCV julat 10.
 Meter hanya boleh mengukur voltan arus terus dalam lingkungan 0 hingga 10
volt sahaja.
 Meter akan rosak sekiranya mengukur voltan yang melebihi 10 volt.
 Skala meter yang perlu dibaca ialah 0 hingga 10 DCV.A & ACV.
 Skala meter hendaklah dibaca seperti rajah 6.

Unit Tek. Elektronik KVBP 6 / 7


ETN 701

Rajah 6. Jarum penunjuk menunjukkan bacaan 4 Volt DC

Rajah 7. Pembahagian skala 0 hingga 10

iii) Membaca paparan digit meter Ohm digital

Suis pemilih
-Fungsi meter yang dipilih Ω.
-Meter berfungsi sebagai meter ohm.
-Julat yang dipilih 4Mega ohm

Skrin paparan digit menunjukkan bacaan 1.93MΩ


Rajah 8. Bacaan meter ohm digit

 Rajah 8 menunjukkan meter pelbagai digital telah disetkan pada fungsi untuk
mengukur rintangan. Rintangan yang diukur dalam lingkungan mega ohm.
 Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi Ω dan julat 4M (4Mega).
 Meter hanya boleh mengukur nilai rintangan sahaja dalam lingkungan 400kilo
ohm hingga 4 Mega ohm sahaja. Meter akan memapar bacaan E sekiranya nilai
rintangan yang diukur melebihi 4Mega ohm.

Unit Tek. Elektronik KVBP 7 / 7

You might also like