You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM “PONTENG SIFAR”

1.0 PENDAHULUAN
Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini
amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Justeru itu, masalah ponteng
sekolah dan ponteng kelas ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng tersebut. Program Kempen “Tak Nak
Ponteng” ini bertujuan untuk member kesedaran kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng di
samping memberi pendedahan mengenai kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap negatif ini
tidak diubah. Pelaksanaan program “Kempen Tak Nak Ponteng” adalah bertujuan untuk memastikan
bahawa tahap ponteng sekolah dalam kalangan murid SK Pokok Sena akan dapat dikurangkan dan
seterusnya memastikan masalah disiplin ini akan dapat dikawal dan dibendung.

2.0 RASIONAL

Program yang bakal dijalankan ini akan dapat menyemai semangat cintakan sekolah dalam diri
murid serta memastikan murid sentiasa ingin datang ke sekolah setiap masa. Ianya juga bertujuan
menyedarkan murid bahawa gejala ponteng akan menyebabkan kesan buruk terhadap masa hadapan
mereka sekiranya tidak diatasi dan difahami mereka.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program in bertujuan bagi memastikan disiplin akan bertambah baik dalam kalangan
murid. Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid akan betapa
pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah demi memastikan
kecemerlangan mereka di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
Antara objektif program tersebut ialah :
i. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam
kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran
ii. Pelajar dapat menetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah
iii. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid
iv. Meyediakan pelbagai alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid daripada
terlibat dengan ponteng sifar.
5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
5.1 Tarikh Hari Pelancaran Program yang dirancang ialah pada 22 Julai 2012 (Ahad)
5.2 Pelaksanaan aktiviti program penyayang secara berterusan iaitu mulai Mei hingga
September 2012.
6.0 TEMPAT
6.1 Pelancaran Program akan diadakan di Tapak Perhimpunan SK Pokok Sena.
6.2 Ceramah akan diadakan di Tapak Perhimpunan SK Pokok Sena
6.3 Pertandingan Menulis Karangan dan Mewarna Poster akan dilaksanakan di kelas
masing-masing.
7.0 KUMPULAN SASARAN
8.1 Seramai 100 orang murid yang dipilih bermula tahun 1 hingga tahun 6.

8.0 PENGANJUR

9.1 Unit Hal Ehwal Murid dan Bimbingan Kaunseling SK Pokok Sena.

9.0 PECAHAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM KEMPEN “TAK NAK PONTENG”

BIL AKTIVITI PROGRAM PELAKSANAAN TARIKH


1. PELANCARAN Hari pelancaran “Kempen Tak Nak Ponteng” 22 JULAI 2012
PROGRAM
“ KEMPEN TAK NAK
PONTENG”
2. ANUGERAH MURID Anugerah tersebut akan diberikan pada Hari 22 JULAI 2012
KEHADIRAN PENUH Pelancaran Kempen.
MENGIKUT BULAN
3. ANUGERAH Anugerah tersebut akan diberikan kepada 29 JULAI 2012
“HARAPAN TAK NAK murid yang telah dikenalpasti mempunyai
PONTENG” masalah ponteng tetapi telah berubah dan
menunjukkan sikap yang positif secara
mingguan pada waktu perhimpunan.
4. CERAMAH “KENAPA Dilaksanakan pada Mei 2012.pelaksanaan 29 JULAI 2012
SAYA PERLU ceramah selama 2 jam yang telah diselitkan
DATANG KE dalam program pemantapan disiplin murid.
SEKOLAH”
5. PERTANDINGAN Dilaksanakan untuk murid tahap 2 pada 23 23 JULAI 2012
MENULIS Julai 2012. Pelaksanaan ialah pada masa
KARANGAN pertama dan kedua iaitu selama 2 jam. Murid
“KEPENTINGAN digalakkan menulis karangan mengenai
DATANG KE “Kepentingan datang Ke sekolah dan
SEKOLAH DAN keburukan ponteng Sekolah”. Aktiviti ini
KEBURUKAN dilaksanakan oleh guru masa pertama dan
PONTENG kedua. Jawatankuasa akan memilih karangan
SEKOLAH” yang terbaik dan hadiah akan diberikan pada
waktu perhimpunan berikutnya.
6. PERTANDINGAN Di laksanakan untuk murid tahap 1 pada 24
MEWARNA POSTER Julai 2012. Pelaksanaan ialah pada masa
“TAK NAK pertama dan kedua iaitu selama 1 jam. Murid
PONTENG” diminta mewarna poster “Sifar Ponteng”.
Aktiviti ini dilaksanakan oleh guru masa
pertama dan kedua.Jawatankuasa akan
memilih poster yang terbaik dan hadiah akan
diberikan pada waktu perhimpunan
berikutnya.
10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan bagi pelaksanaan program “Sifar Ponteng”

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. PELANCARAN PROGRAM KEMPEN “SIFAR Banner Pelancaran Program RM 30.00
PONTENG”
2. ANUGERAH MURID KEHADIRAN PENUH 50 orang murid X RM 2.00 RM 100.00
MENGIKUT BULAN
3. ANUGERAH “HARAPAN TAK NAK PONTENG” 50 orang murid X RM 2.00 RM 100.00

4. CERAMAH “KENAPA SAYA PERLU DATANG KE Bayaran Penceramah RM 150.00


SEKOLAH” RM 150.00
Jamuan RM 5 RM 5.00

5. PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN Hadiah (tahap 2)


“KEPENTINGAN DATANG KE SEKOLAH DAN Tahun 4 – RM 3 X 9 murid RM 27.00
KEBURUKAN PONTENG SEKOLAH”. Tahun 5 – RM 3 X 9 murid RM 27.00
Tahun 6 – RM 3 X 9 murid RM 27.00

6. PERTANDINGAN MEWARNA “TAK NAK PONTENG” Hadiah (tahap 1)


Tahun 1 – RM 3 X 9 murid RM 27.00
Tahun 2 – RM 3 X 9 murid RM 27.00
Tahun 3 – RM 3 X 9 murid RM 27.00

7. KERTAS 1 rim RM 8.00


JUMLAH KESELURUHAN RM 600.00

11.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM “SIFAR PONTENG”

AJK PROGRAM

Penasihat : En Fazil Bin Jaafar (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Ros Nani Bt Iteng (PK HEM)

Naib Pengerusi : Pn Sharipah Rahimi Bt Abdul Rahim (PK 1)

En Mohamad Fauzi bin Awang Lipah (PK KOKO)

En Sharih Roslan Effendi Bin Rosley (PK PPKI)

Setiausaha : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

AJK : Pn Norma Bt Shaari

Pn Maznah Bt Mustafa
Pn Norhayati Bt Hamzah

Pn Noorani Bt Mohd Hussain

Pn Fuwilah Bt Othman

Pn Arshadiah Bt Abu Bakar

Pn Salina Bt Mat Dan

Pn Nor E’ni Bt Ahmad

You might also like