You are on page 1of 1

RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah


Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah
bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering


Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan
baking powder.
Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah


Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan
kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.

4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-
jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.

6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?

7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

You might also like