You are on page 1of 6

RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
 1 paket yis
 2 sudu susu pekat
 1 cawan air suam
 2 sudu gula
 4 cawan tepung gandum
 1 sudu teh baking powder
 2 sudu marjerin
 1 sudu teh garam

CARA-CARA
Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah


Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke
dalam sebuah bekas.

Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung,
garam, dan baking powder.

Ramas hingga sebati.


3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam
bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.

Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.

4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai
dan terap.

5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah
menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.
6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?

7. Salut Gul

You might also like