You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM MENAIKTARAF BILIK GURU


SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

1.0 PENGENALAN
SMK Datuk Haji Abdul Samad merupakan sebuah sekolah yang dipilih oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
pada tahun 2017. Sebagai salah sebuah sekolah perintis dalam Program TS25 di Negeri
Sembilan, warga SDASA telah berusaha menaiktaraf bilik – bilik darjah dan bilik khas
seperti bilik komputer, bilik media, dan bilik – bilik khas yang lain untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran kelas abad ke 21 dengan usaha dari murid dan guru-guru
SDASA sendiri sejak awal tahun 2017. Usaha ini dijalankan dengan kos yang hampir
kesemuanya dibiayai melalui dana sekolah dan inisiatif kewangan dari guru –guru
sendiri. Namun demikian untuk tahun 2019, Kelab Guru dan Staf ingin membuat
perubahan pada bilik guru pula agar lebih kondusif, sesuai dengan watak dan kriteria di
bilik guru itu sendiri untuk sekolah perintis sekolah TS25. Memandangkan bilik guru
SMK Datuk Haji Abdul Samad tidak pernah dinaiktaraf semenjak penubuhannya, untuk
menampung 50 orang guru di bilik guru, rombakan pelan kedudukan dirombak semula
untuk memberikan ruang dan keselesaan guru-guru, menambahkan almari untuk guru-
guru meletakkan buku-buku latihan murid sebagai perabot di bilik guru. Kelab Guru juga
berusaha untuk menukar meja dan kerusi guru di bilik guru yang kebanyakannya sudah
rosak. Kelab Guru bermuafakat bahawa menaiktaraf kelas dan bilik khas patut
didahulukan kerana melibatkan kepentingan murid pada tahun 2017. Oleh itu untuk tahun
2019, fokus untuk keperluan guru pula di bilik guru. Kelab Guru percaya bahawa dengan
adanya penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan di bilik guru maka keseronokan
dan motivasi bekerja dengan suasana teraputik akan lebih meningkat kerana bilik guru
ialah bilik untuk guru bukan sahaja membuat tugasan bahkan ia juga bilik perjumpaan
antara ibu bapa dan guru serta pelawat luar yang keluar masuk ke sekolah.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Agar dapat menaiktaraf bilik guru ke bilik khas sesuai dengan sekolah TS25..
2.2 Agar dapat membeli meja – meja guru yang baru untuk kemudahan guru bagi
menggantikan meja yang telah uzur dan rosak.
2.3 Agar dapat menambahkan penghawa dingin – Hanya terdapat dua penghawa dingin
yang berfungsi bagi menampung 50 orang guru di dalam bilik guru.

3.0 ANJURAN

3.1 Kelab Guru Staf SMK Datuk Haji Abdul Samad.


3.2 PIBG SMK Datuk Haji Abdul Samad.

4.0 TEMA

4.1 “Kebersihan, keceriaan dan keselesaan”

5.0 SASARAN

5.1 Bilik Guru SMK Datuk Haji Abdul Samad

6.0 PERKARA UNTUK DIBAIK PULIH

6.1 Cat dalam bilik guru SDASA


6.2 Kerusi Guru
6.3 Meja Guru
6.4 Penghawa Dingin
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Rahamat bin Isahak (YDP PIBG)


Pengerusi : En. Ahmad Jais bin Ahmad (PENGETUA)
Timbalan Pengerusi : En. Adli Hazrami bin Masngadi (GPK HEM)
Naib Pengerus I : En. Salehuddin bin Pungut (GPK AKADEMIK)
Naib Pengerusi II : En. Nazri bin Abdul Aziz (GPK KOKO)
Penyelaras : En. Mohd Noruddin bin Rohmat (Pengerusi KGS)
Penolong Penyelaras : Pn. Naziatul Azwin Azbi (Naib Pengerusi KGS)
Setiausaha 1 : Cik Azmahani Asiar (Setiausaha KGS)
Bendahari 1 : Pn. Maisarah Sulong (Bendahari KGS)
Bendahari 2 : Pn. Maradhiah Ibrahim (AJK Kakitangan)

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Biro Profesionalisme : Puan Nor Zuraini Daud


: Cik Siti Hajar Abd Rahman

Biro Keceriaan : Pn. Nurul Huda Ali


: Pn. Nurul Baddriyyah Hassim
: Pn. Siti Maysarah Abd Wahab

Biro Ekonomi : Pn. Azalin Husin


: Pn. Yap lee Mei

Biro Kebajikan : En. Nik Syahar Aiman Nik Daud


: Pn. Noor Sahedah Ishak

Biro Keselamatan : Pn. Koo Nyok Fah


: Pn. Rosnifazlinda Muhamad
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk pada lampiran A

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Sumbangan YB
10.2 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Datuk Haji Abdul Samad

11.0 PENUTUP

Kelab Guru berharap agar permohonan kami untuk mendapatkan dana dari pihak
tuan dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya dan diluluskan. Dengan adanya dana
tambahan maka projek menaiktaraf bilik Guru dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga
projek ini mendapat komitmen daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakannya. Mudah-mudahan usaha murni
yang ditunjukkan ini akan melebarkan lagi lembayung rahmat Allah di bumi SMK Datuk
Haji Abdul Samad dan diterima Allah sebagai ibadah yang ikhlas kepada-Nya. Aamiin
Ya Rabbal A’lamin.

Disediakan oleh : ......................................................


(MOHD NORUDDIN BIN ROHMAT)
Pengerusi Kelab Staf
SMK Datuk Haji Abdul Samad

...................................................
Disemak oleh : (En. Rahamat bin Isahak )
YDP PIBG
SMK Datuk Haji Abdul Samad

Diluluskan oleh : .........................................


(AHMAD JAIS BIN AHMAD)
Pengetua,
SMK Datuk Haji Abdul Samad
Lampiran A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK BAIK PULIH BILIK GURU,


SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD,PORT DICKSON 2019

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Kerusi Guru RM 250.00 80 RM 20,000.00

2 Meja Guru RM 300.00 80 RM 24,000.00

3 Penghawa Dingin RM 3,600 3 RM 10,800.00

4 Cat dinding - - RM 5,000.00

JUMLAH KESELURUHAN: RM 59,800.00


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI ABDUL SAMAD

(SDASA)

72100, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PROJEK BAIK PULIH BILIK GURU


SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD,
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TARIKH :

MEI 2019

TEMPAT :

BILIK GURU, SDASA

ANJURAN:

KELAB GURU DAN STAF SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD


Dengan kerjasama

PIBG SDASA
Lampiran B

KEADAAN KERUSI DAN MEJA SERTA KELENGKAPAN DI BILIK GURU


SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON

Cat dinding yang tidak menarik Meja yang tiada pembahagi

Tidak cukup rak untuk menyimpan buku Kerusi guru yang rosak

Kerusi yang rosak Keadaan kelengkapan yang kurang

You might also like