You are on page 1of 9

PANDUAN PELAKSANAAN KELAS KHAS

KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)

 Pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz


al-Quran (KKQ)
 Carta Aliran Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran
Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)

Tahun 2014

Disediakan oleh:
Unit Pengajian Islam Elektif
Bidang Pendidikan Islam
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

1
Tajuk
1. Pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz
al-Quran (KKQ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Berasrama Penuh (SBP Agama) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK).
Tujuan

2. Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli mesyuarat mengambil


maklum dan mengambil tindakan sewajarnya ke arah pemantapan
pelaksanaan KKQ di SMKA, SBP (Agama) dan KAA.

Latar belakang

3.1 Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ)


mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
sejak tahun 1986. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.
Program ini diperluaskan ke semua SMK KAA mulai 1992. KKQ
merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum di SMKA dan SMK
(KAA).

3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran


KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) pada 25.3.1985 yang dipengerusikan
oleh YB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran
Malaysia, memutuskan bahawa kelas ini hendaklah dilaksanakan di
sekolah – sekolah terpilih.

2
Perkara yang hendak dimaklumkan

4.1 Status Dasar


KKQ merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
SMKA, SBP (AGAMA) SMK (KAA), seluruh negara. Ia dilaksanakan
tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan. Pihak pentadbir sekolah hendaklah
memastikan pelaksanaan KKQ berjalan seperti yang digariskan oleh
pihak KPM. Oleh kerana statusnya sebagai aktiviti kokurikulum, maka
proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Ia
merupakan tugas rasmi bagi guru KKQ .

4.2 Status guru


4.2.1 Jawatan Guru Al-Quran di SMKA dan SMK (KAA) telah
diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002
berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian
Pendidikan Malaysia KP(PP)0050/Jld.43 (9) Bertarikh 8 Mac 2002.
Status guru tersebut adalah over & above, Gred DG 41.

4.2.2 Tugas dan tanggungjawab guru KKQ ialah:


4.2.2.1 Melaksanakan sepenuhnya KKQ mengikut
panduan yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

4.2.2.2 Melaksanakan kelas pemulihan Al-Quran di sekolah


masing-masing.

4.2.2.3 Melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan


dengan Al-Quran.
4.2.2.4 Menanam minat pelajar-pelajar dan warga sekolah
kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik
dan cinta Al-Quran.
4.2.2.5 Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan Al-
Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.

3
4.2.3 Mereka boleh (dengan budi bicara) diminta mengajar mata
pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.
4.2.4 Adalah dicadangkan Guru KKQ tidak diberi jawatan -
jawatan yang boleh menyebabkan terganggu tugas-tugas
rasminya seperti guru tingkatan. Ini bagi membolehkan guru
terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya agar kelas
berkenaan dapat berjalan dengan baik.

4.3 Status Murid

4.3.1 Pelajar-pelajar KKQ adalah dipilih dalam kalangan pelajar


SMKA,SBP (Agama) dan KAA.
4.3.2 Satu kelas KKQ diwujudkan bagi setiap tingkatan.
4.3.3 Bagi tingkatan yang melebihi satu kelas, pelajar KKQ hendaklah
dipilih daripada mereka yang benar-benar berkelayakan. Ujian
kelayakan boleh dilaksanakan jika perlu.

4.4 Peruntukan waktu

4.4.1 Peruntukan waktu bagi setiap kelas adalah tiga jam


seminggu sebagaimana yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP).

4.4.2 Penyusunan jadual waktu bagi perlaksanaan KKQ hendaklah


disusun dengan teliti dan bersifat fleksibel bagi memastikan
KKQ dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini bertujuan
memastikan KKQ tidak berlaku pertembungan dengan sebarang
aktiviti di sekolah.

4.4.3 Jadual waktu guru KKQ adalah termasuk dalam jadual waktu
rasmi guru berkenaan dan disahkan oleh pentadbir.

4
4.5 Penilaian dan Persijilan

4.5.1 Penilaian akhir tingkatan tiga dan lima dikendalikan oleh Bidang
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Bahagian Pembangunan
Kurikulum KPM (BPI BPK KPM)
(lihat lampiran ).

4.5.2 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan untuk


tingkatan satu, dua dan empat.

4.5.3 Pelajar yang mencapai kelulusan minima bagi penilaian


kendalian BPI BPK KPM layak dianugerahkan Sijil Khas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran Kementerian
Pelajaran Malaysia.

4.5.4 Adalah dicadangkan pihak sekolah menganugerahkan sijil


penglibatan Kokurikulum KKQ kepada pelajar yang tamat
tingkatan tiga dan lima.

4.6 Program Peningkatan Profesionalisme Guru

Bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru-guru KKQ


Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri
melaksanakan program Latihan Dalam Perkhidmatan dari masa ke
semasa. Antaranya:

5
4.6.1 KAA
Kursus dijalankan mengikut semakan kurikulum KKQ tahun
2002.

Tahun
Sukatan Pelajaran Kursus Sasaran
Kursus
2002 Tingkatan 1 Guru-guru KKQ KAA
2003 Tingkatan 2 Guru-guru KKQ KAA
2004 Tingkatan 3 Guru-guru KKQ KAA
2005 Tingkatan 4 Guru-guru KKQ KAA
2006 Tingkatan 5 Guru-guru KKQ KAA
2007 Pemantapan Keseluruhan Guru-guru KKQ KAA
2008 Kursus kepada guru – guru Guru-guru KKQ KAA
baru

4.6.2 SMKA dan SBP (Agama)


Kursus dijalankan mengikut semakan kurikulum KKQ tahun
2002.

Tahun
Sukatan Pelajaran Kursus Sasaran
Kursus
2004 Tingkatan 1 & 2 Guru-guru KKQ
SMKA
2005 Tingkatan 3 & 4 Guru-guru KKQ
SMKA
2006 Tingkatan 5 dan Guru-guru KKQ
Pemantapan SMKA
2007 Telah diadakan Penilaian Guru-guru KKQ
Tahriri (Objektif) –diberi SMKA
sijil pada yang lulus
2008 Kursus kepada guru – guru Guru-guru KKQ
baru SMKA

6
4.6.3 Kursus yang akan dijalankan pada sesi 2010 hingga 2017
(Kumpulan sasaran: Gabungan guru baru KAA, SMKA,
SBP (Agama), pertukaran guru, guru pencen dan ganti
guru sambung belajar).

Tahun
Sukatan Pelajaran Kursus
Kursus
2010 Tingkatan 1
2011 Tingkatan 2
2012 Tingkatan 3
2013 Tingkatan 4
2014 Tingkatan 5
2015 Pemantapan
2016 Akan diadakan Penilaian Tahriri (Objektif) –diberi
sijil pada yang lulus
2017 Akan diadakan Penilaian Syafawi (Lisan) –diberi
sijil pada yang lulus

4.7 Penerbitan

4.7.1 Kurikulum KKQ tingkatan 1-3.


4.7.2 Kurikulum KKQ tingkatan 4-5.
4.7.3 Buku Panduan KKQ tingkatan 1-3.
4.7.4 Buku Panduan KKQ tingkatan 4-5.
4.7.5 Buku Panduan KKQ tingkatan 1-3 edisi semakan.
4.7.6 Buku Panduan KKQ tingkatan 4-5 edisi semakan.
4.7.7 CD Panduan Taranum dan Qiraat.
4.7.8 CD Panduan Taranum dan Qiraat edisi semakan.
4.7.9 Nota Kursus Peningkatan Kemahiran Al-Quran Guru-guru KAA
2005, 2006 dan 2007.
4.7.10 Buku Rancangan Tahunan KKQ tingkatan 1-3.

7
4.8 Pengurusan Fail

Butiran yang boleh dimasukkan dalam Pengurusan Fail KKQ ialah;


4.8.1 Biodata Guru.
4.8.2 Jadual Waktu .
4.8.3 Kurikulum KKQ.
4.8.4 Huraian Kurikulum KKQ.
4.8.5 Senarai Buku-Buku Rujukan .
4.8.6 Minit Mesyuarat .
4.8.7 Senarai Pelajar .
4.8.8 Penilaian KKQ .
4.8.9 Bank soalan .
4.8.10 Markah penilaian (tahriri & syafawi).
4.8.11 Salinan Keputusan Penilaian .
4.8.12 Surat-surat dari KPM, JPN, PPD dan Sekolah

4.9 Pemantauan Dan Penyeliaan


Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan dari semasa ke semasa
oleh pihak-pihak berikut:
4.9.1 Jemaah Nazir Sekolah.
4.9.2 Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.9.3 Jabatan Pelajaran Negeri.
4.9.4 Pejabat Pelajaran Bahagian/Daerah.
4.9.5 Pentadbiran Sekolah.

PENUTUP

5. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk mengambil maklum dan


mengambil tindakan sewajarnya mengenai pelaksanaan Kelas Khas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran di SMKA,SBP (Agama)
dan KAA.

Unit Pengajian Islam Elektif


Bidang Pendidikan Islam
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

8
Lampiran 1
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN KELAS KHAS
KEMAHIRAN MEMBACA & MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ

FEB
BPK KPM mengeluarkan Surat Makluman Pendaftaran
Peperiksaan kepada semua SPI JPN.

FEB/ SPI JPN mengedarkan surat kepada semua sekolah yang terlibat. Sekolah mendaftarkan
MAC
calon yang layak dengan mengisi borang yang disediakan dan dihantar terus ke SPI.

Taklimat Peperiksaan oleh BPK kepada SPI dan penyerahan Borang Pendaftaran
Peperiksaan oleh Penolong Pengarah Kurikulum SPI kepada BPK.

Percetakan dan penghantaran Soalan Peperiksaan dari BPK ke JPN


APR/
MEI

Taklimat Pelaksanaan Peperiksaan oleh SPI kepada PPD/PPG.

Taklimat Pelaksanaan Peperiksaan dan penyerahan Soalan Peperiksaan oleh


PPD/PPG kepada SU Peperiksaan setiap sekolah.

JUN Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca & Menghafaz Al-Quran


(KKQ). (Pemantauan oleh BPK, SPI, PPD/PPG)

JUL/
Pemeriksaan Skrip OMR (‫ )ﲢﺮﻳﺮي‬oleh SPI JPN dan Pentaksiran Lisan (‫)ﺷﻔﻮي‬.
OGS dilaksanakan oleh guru KKQ di sekolah terbabit.

Penghantaran Markah Peperiksaan KKQ daripada sekolah kepada SPI

OGS
Penyerahan Markah Peperiksaan KKQ yang lengkap daripada SPI pada BPK

SEP
Percetakan dan penghantaran Sijil Peperiksaan KKQ kepada SPI JPN.

OKT Penyerahan Sijil Peperiksaan KKQ kepada sekolah terlibat.


9

You might also like