You are on page 1of 2

Rujukan : PPMCS(001)209(01)Jilid.

1
Tarikh : 14 Januari 2019

SEMUA Pesuruhjaya Pengakap Bahagian


SEMUA Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Salam Pengakap
Y.Bhg. Tuan,

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2019

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Ibupejabat Persekutuan


Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) dengan ini mengeluarkan Borang
Pendaftaran Keahlian Bagi Tahun 2019 (PPM-1(A) dan PPM-1(B) 2019) bagi
pelaksanaan urusan pendaftaran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2019.

2. Mengikut Undang-undang Tubuh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) setiap


ahli dan kumpulan Pengakap haruslah didaftarkan ke PPM melalui Ibupejabat Pengakap
Negeri bagi membolehkan ahli dan kumpulan terbabit menyertai dan memakai sebarang
bentuk pakaian dan aksesori Pengakap Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Tuan adalah diingatkan untuk mengambil


perhatian kepada perkara-perkara berikut sebelum menghantar borang tersebut ke
Ibupejabat PPMCS :

3.1 Semua pendaftaran Keahlian Tahunan bagi tahun 2019 hendaklah


menggunakan Borang PPM-1(A) dan Borang PPM-1(B) serta dihantar dalam
dua Salinan LENGKAP ke Ibupejabat PPMCS.

3.2 Borang pendaftaran PPM-1(A) dan PPM-1(B) hendaklah dihantar ke Ibupejabat


PPMCS sebelum 25 Mac 2019.

3.3 Kadar bayaran pendaftaran ke Ibupejabat PPMCS adalah tetap seperti berikut:

i. Kumpulan Baru RM 10.00


ii. Pengakap Kanak-kanak RM 7.00
iii. Pengakap Muda RM 7.00
iv. Pengakap Remaja RM 7.00
v. Pengakap Kelana RM 7.00
vi. Pemimpin/Penolong Pemimpin RM 10.00
vii. Pesuruhjaya/Penolong Pesuruhjaya RM 10.00
viii. Ahli Biasa RM 10.00
3.4 Bayaran pendaftaran boleh dibuat melalui Cek/Wang Pos Malaysia/Kiriman
Wang/Deraf Bank/Deposit Tunai/Internet Banking atas nama PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH atau melalui akaun Public Bank (No.
3063399019).

3.5 Slip bayaran seperti perkara 3.4 hendaklah dihantar bersama Borang
Pendaftaran Keahlian Bagi Tahun 2019 [PPM-1(A) dan PPM-1(B)] ke
Ibupejabat PPMCS.

4. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami agar pihak YBhg. Tuan akan
dapat memanjangkan perkara ini kepada semua kumpulan di Bahagian / Daerah Tuan.

Perhatian dan kerjasama pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
berbanyak terima kasih.

Sekian.

“BERPENGAKAP MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA”

Saya yang menjalankan tugas-tugas


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

DATUK DR. AWANG ZAINI HAJI SUNTIM


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah

s.k. : YAB. Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Pengakap Negeri Sabah

: Setiausaha Eksekutif Pengakap Negeri Sabah

: Fail

You might also like