You are on page 1of 9

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat, Papar

Ujian Setara 1 ( 2019 )


PERNIAGAAN
Tingkatan 4
Arahan :

SEMUA soalan di Bahagian A, Pilih LIMA soalan di Bahagian B dan DUA soalan di Bahagian C

Bahagian A
[ 20 markah ]
Jawab semua soalan
1. Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan.
A. Mewujudkan peluang pekerjaan.
B. Membantu masyarakat setempat
C. Meningkatkan pendapatan negara
D. Menawarkan barang dan perkhidmatan
2. Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia.
A. Mudah dipenuhi
B. Hidup lebih selesa
C. Mempunyai batasan
D. Sama untuk semua individu
3. Mengapakah organisasi bukan bermotif untung ( OBBU) menjual barang pada harga di
bawah kos?
A. Untuk mempromosikan barang
B. Untuk mengusir pesaing – pesaing daripada pasaran
C. Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu
D. Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang
4. Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara
berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
A. Secara percuma
B. Jualan pada harga kos
C. Jualan pada harga di atas kos
D. Jualan pada harga di bawah kos

5. Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?


A. Kedai Runcit Ali
B. Restoran Ana & Ani

1
C. Koperasi Kg. Muhibbah Berhad
D. Syarikat ABC Sendirian Berhad

6. Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa


perlu mengeluarkan modal

Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?


A. Rakan kongsi lelap
B. Rakan kongsi biasa
C. Rakan kongsi berhad
D. Rakan kongsi nominal
7. Antara yang berikut, aspek yang manakah menerangkan Perkongsian Liabiliti Terhad
( PLT)?
A. Liabiliti terhad
B. Mudah ditubuhkan
C. Jangka hayat pendek
D. Kewujudan tidak kekal
8. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

 Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang


 Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanya kehilangan modal yang dilaburkan sahaja.
Manakah yang merupakan contoh bentuk milikan perniagaan tersebut?
A. Kedai Runcit Ahmad
B. Pasar Raya Ali dan Rakan- Rakan
C. Syarikat KMK Sendirian Berhad
D. Koperasi Runcit Kg. Sepupok Berhad
9. Gambar 1 berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan di Malaysia.

Gambar 1
Apakah bentuk perniagaan tersebut?

2
A. Francais
B. Usahasama
C. Perkongsian
D. Milikan tunggal
10. Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?
I. Masalah aliran tunai
II. Ketidakpastian pasaran
III. Sukar untuk menyediakan latihan
IV. Perundangan dan peraturan kerajaan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
11. Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder?
A. Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah
B. Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses bahan mentah
C. Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum
D. Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

12. Rajah di bawah menunjukkan skala perniagaan,

Skala Perniagaan

X Antarabangsa

Apakah X ?
A. Zon
B. Global
C. Negeri
D. Domestik
13. Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.
A. Menikmati ekonomi bidangan
B. Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran.
C. Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman
D. Lebih mudah untuk melakukan perubahan dan strategi pemasaran.

3
14. Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?
A. Akta Syarikat 1965
B. Akta Perkongsian 1961
C. Akta Perihal Dagangan 1972
D. Akta Perhubungan Industri 1967
15. Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi
kerajaan.
 Cukai import dan cukai eksport
 Cukai jualan dan perkhidmatan ( SST)

Apakah agensi berkenaan?


A. Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( KDM)
B. Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN)
C. Bank Negara Malaysia ( BNM)
D. Majlis Amanah Rakyat ( MARA)
16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek
perkembagan aktiviti perniagaan?
A. Pelepasan cukai
B. Promosi perniagaan
C. Pembiayaan perniagaan
D. Penggubalan undang- undang

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan agensi yang menyediakan bantuan kewangan
kepada usahawan?
A. Majlis Amanah Rakyat
B. Bank Negara Malaysia
C. Perbadanan Produktiviti Malaysia
D. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

18. Pernyataan manakah berkaitan dengan gunatenaga penuh?


A. Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
B. Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
C. Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan

4
D. Semua orang dewasa dalam sesebuah negara

19. Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.


Pak Wan terpaksa berhenti bekerja di kebun pada musim kering
kerana tumbuh- tumbuhan sukar untuk ditanam pada masa itu.

Apakah jenis pengangguran di atas?


A. Pengangguran kitaran
B. Pengangguran struktur
C. Pengangguran teknologi
D. Pengangguran bermusim
20. Apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah pengangguran kitaran?
I. Melaksanakan dasar fiskal
II. Melaksanakan dasar kewangan
III. Melaksanakan pengecualian cukai
IV. Melaksanakan ekonomi terancang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5
Bahagian B
[ 50 markah ]
Jawab lima soalan sahaja

1.
a) Jelaskan maksud perniagaan. [ 4 Markah]
b) Gambar 1 berkaitan dengan suatu jenis perniagaan.

Peniaga A Peniaga B
Gambar 1

i. Apakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Peniaga A dan Peniaga B


[ 2 Markah ]
ii. Terangkan aktiviti peniagaan di 1(b)(i) [ 4 Markah]

2.
a) Jelaskan tiga kepentingan keuntungan kepada sesuatu perniagaan perniagaan.
[ 3 Markah]
b) Gambar 2 di bawah berkaitan dengan sejenis organisasi perniagaan.

Gambar 2
i. Nyatakan jenis organisasi berkenaan. [ 1 Markah]

6
ii. Terangkan tiga kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi di 2 (a)(i) untuk
menjalankan perniagaan. [ 6 Markah ]

3.
a) Nyatakan empat kelebihan usahasama. [ 4 Markah ]
b) Gambar 3 berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

Gambar 3
i. Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan berkenaan. [ 1 Markah]
ii. Terangkan proses pendaftaran pemilikan perniagaan yang anda nyatakan di 3(b)(i).
[ 5 Markah ]
4.
a) Jelaskan perkembangan sektor perniagaan di Malayasia selepas merdeka. [ 3 Markah]
b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Kedai Dobi Harum dimiliki oleh Puan Diana. Perniagaan ini menjalankan
perkhidmatan mencuci pakaian dan mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 6
orang. Perniagaan ini beroperasi di Parit Raja dan memberikan perkhidmatan
kepada penduduk di sekitar bandar ini.

i. Nyatakan bentuk milikan, saiz dan skala perniagaan Puan Diana. [ 3 Markah]
ii. Terangkan kekurangan saiz perniagaan di 4(b)(i). [ 4 Markah]

5.
a) Nyatakan empat matlamat undang- undang perlindungan pengguna. [ 4 Markah]
b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Pn. Yati.
Pn. Yati adalah pengeluar pelbagai jenis barangan berasaskan plastik bermutu
tinggi. Beliau ingin mengeksport produknya ke Eropah. Namun, beliau tidak
mempunyai maklumat pengimport barangan palstik di Eropah.

7
i. Nyatakan agensi kerajaan yang dapat membantu Pn. Yati. [ 1 Markah]
ii. Jelaskan lima cara bagaimana agensi di 5(b)(i) dapat membantu Pn. Yati untuk
meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. [ 5 Markah]

6. Gambar 4 di bawah ini berkaitan dengan dua jenis penggangguran.

Gambar 4

a) Nyatakan dua jenis pengangguran yang mungkin wujud seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar 1 dan Gambar 2. [ 2 Markah]
b) Terangkan kedua-dua pengangguran tersebut. [ 4 markah]
c) Jelaskan langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi pengangguran tersebut.
[ 4 Markah]
Bahagian C
[ 30 markah ]
Jawab dua soalan sahaja

7. Gambar 5 berkaitan dengan sebuah perniagaan runcit Pak Ali di Beaufort, Sabah.

Gambar 5

a) Jelaskan cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Pak Ali . [ 3 Markah ]
b) Huraikan dua konsep asas perniagaan dalam aktiviti di atas . [ 6 Markah]
c) Terangkan agensi kerajaan yang boleh membantu perniagaan di atas dalam aspek
perkembangan aktiviti perniagaan. [ 6 Markah]

8
8. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan perkongsian.

Encik Azman ialah seorang yang aktif dalam menguruskan perniagaan pakaian
sukan yang dikongsi bersama Encik Fakhrul. Untuk melariskan perniagaan, mereka
menggunakan nama Encik Fakhrul, iaitu seorang pelakon terkenal. Encik Fakhrul
tidak mengeluarkan modal dan tidak terlibat dalam menguruskan perniagaan.

a) Jelaskan dua jenis rakan kongsi yang terdapat dalam perniagaan Encik Azman.
[ 4 Markah]
b) Terangkan tiga kelebihan milikan perkongsian. [ 6 Markah ]
c) Huraikan secara ringkas perkongsian liabiliti terhad ( PLT ) [5 Markah ]

9. Pernyataan di bawah menunjukkan peranan kerajaan Malaysia.


Kerajaan Malaysia telah mewujudkan potongan cukai bagi syarikat yang
mengeksportkan barangan tempatan ke luar negara.

a) Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah kerajaan Malaysia berbuat demikian.


[ 2 Makah]
b) Terangkan empat jenis pelepasan cukai yang diberikan kepada perniagaan di Malaysia.
[ 8 Markah]
c) Jelaskan lima peranan Pihak Berkuasa Tempatan kepada usahawan. [ 5 Markah]

“ KERTAS SOALAN TAMAT”

You might also like