You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, KELAB /PERSATUAN DAN KELAB/PERMAINAN

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

1. MATLAMAT

i. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala


antisosial di sekeliling mereka.
ii. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
iii. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan
jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

1.1 MOTO

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

2. OBJEKTIF
i. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
ii. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
iii. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
iv. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.
v. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama,
bangsa dan negara.

3. KEAHLIAN

 Dibuka kepada semua murid di sekolah ini.


 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
 Pemilihan ahli juga boleh dibuat oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
4. GURU PENASIHAT

 Guru Penasihat terdiri daripada guru di sekolah ini.


 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.
 Pemilihan AJK secara undian.
 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
 AJK yang hendak meletakkan jawatan perlulah menghantar surat perletakan jawatan kepada
Guru Penasihat.
 AJK hendaklah terdiri daripada:

PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS

 Guru Penasihat boleh menambah bilangan ahli jika difikirkan perlu.

6. YURAN KEAHLIAN

 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui kutipan yuran keahlian yang dipersetujui oleh
AJK dan ahlinya.
 Kewangan juga boleh diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan oleh kelab.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN

 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian
kelab.

8. AKTIVITI

 Dijalankan seperti yang dirancang(takwim) dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan
ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN

 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan.
 Tindakan disiplin adalah melalui cara berikut :
1. Amaran lisan
2. Amaran bertulis
3. Gantung keahlian
4. Pecat keahlian
 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil, boleh membuat rayuan kepada guru
Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


 Cadangan pindaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat dan Pentadbir
Sekolah secara bertulis.
 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.
 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan oleh pengetua/guru
besar.

12. HAL-HAL LAIN

 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

............................ ....................................... ......................................................

(FAUZIAH LIMAN) (JOANNES ) (ROSMAH WATI B.ABDUL SUKOR)


SETIAUSAHA PENGERUSI GURU PENASIHAT
SK KG.BAHAGIA SK KG.BAHAGIA SK KG. BAHAGIA

DISAHKAN PERLEMBAGAAN INI :

...................................
(JAMILAH BINTI APAS )
GURU BESAR
SK KG. BAHAGIA

You might also like